Bab 2 : Pertemuan mereka
" Aku ialah Saka, nama aku Kuro. Buatlah ikatan dengan aku dan aku akan berikan kau semula tangan kau..." Tawar Kuro, budak perempuan ni sebenarnya ialah Saka? Dia mengelap darah yang berada dibibirnya, aku masih memproses apa yang terjadi.
" Bila keluar kau terus cari tuan baru, hah..Tak kesiankan aku ke? Tak seronok ke jadi Saka aku?" Soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul, dia memakai pakaian hitam, lelaki itu berdiri dihadapan aku dan Kuro, dia tersenyum sahaja sambil memandang kami.
" Jangan haraplah aku kembali duduk dalam botol kaca lagi.." Kata Kuro.
" Haih..kau ni.." Keluh lelaki itu.
Pandangan aku tiba-tiba mula kabur, badan aku juga mula terasa lemah, aku hampir terjatuh namun lelaki tadi sempat menangkap aku sebelum wajah aku menyentuh jalan tar ini, dia meletakkan jarinya ditengkuk aku.
" Budak ni hilang banyak darah, dia akan mati macam ni.." Lelaki itu dengan perlahan membaringkan badan aku.
" A..Aku..mati?" Soal aku, apa yang aku dapat fikir hanyalah..tidak lama lagi, aku akan mati, mulut aku juga sudah susah untuk bercakap, lelaki itu memandang sahaja aku.
" Budak..kalau kau nak hidup, terimalah ikatan yang Kuro mahu lakukan...Dia akan berikan tangan kau semula dan juga berikan kau kekuatan yang kau mahukan.." Kata lelaki itu, aku dengan perlahan menoleh kearah Kuro, walaupun pandangan aku kabur, dia seorang sahaja yang dapat aku lihat dengan jelas, Kuro mendekatkan wajahnya dengan aku.
" Betul cakap dia tu..Buatlah ikatan dengan aku.." Kuro menyentuh pipi aku dengan perlahan.
" Ba..baiklah, aku buat..ikatan dengan..kau." Tanya aku, Kuro terus tersenyum semula.
" Hehe, sekarang kau tuan aku.." Kuro membuka mulutnya, kelihatan dua taringnya yang tajam, dia menggigit tengkuk aku.
" Ah!" Mata aku terbeliak, dia menghisap darah aku, pandangan aku terus menghilang.
***
" Mana Baihaqi?" Soal Tuan Ali, dia menutup pintu bilik Baihaqi, seorang pembantu rumah mendekatinya.
" Baihaqi keluar namun dia masih pulang dari petang tadi.." Kata pembantu rumah itu, Tuan Ali mengalihkan pandangannya.
" Begitu.." Balas Tuan Ali kemudian berjalan pergi, pembantu rumah itu menghembuskan nafas lega, Airi memerhati mereka dari jauh.
" Tuan Baihaqi..masih belum balik?" Monolog Airi sendiri, dia menyorokkan dulang makanan yang dibawanya kemudian mengembangkan pipinya.
" Baik dia balik cepat..Aku dah siapkan makanan malam dia.." Kata Airi.
***
Aku terasa seperti sedang tenggelam, kedua-dua tapak tangan aku sudah tiada, aku tak dapat berenang keatas semula, aku makin tenggelam dengan dalam. Takde apa aku dapat lakukan..aku akan mati.
" Sekarang kau tuan aku." Tiba-tiba seorang budak perempuan menarik tangan aku, rambutnya yang panjang seperti bertebangan, matanya yang merah dan cerah kelihatan sangat jelas walaupun kami berdua sedang tenggelam dalam air ini.
" Hah!" Mata aku terus terbuka, aku segera bangun, kepala aku terantuk dengan sesuatu, aku terus memegang kepala aku, eh, tunggu...
Aku menoleh kearah tangan aku, tapak tangan kanan aku kembali, aku menggerakkan satu per satu jari aku kemudian aku mengangkat pula tangan kiri, ianya juga kembali. Apa yang tengah terjadi ni?
Aku melihat sekeliling pula, aku sedang terbaring didalam sebuah kereta. Seingat aku, sebelum aku tak sedarkan diri, ada seorang lelaki sedang berada ditepi aku dan tengkuk aku digigit oleh Saka budak perempuan itu.
Aku terus menyentuh tengkuk aku, tiada kesan digigit pun.
" Oh dah sedarkan diri kau?" Tegur seseorang, aku menoleh kearah suara itu, lelaki yang tadi itu sedang memandang aku dari luar kereta, dia membuka pintu kereta dan memandang aku.
" Kau dah okay budak?" Tanya lelaki itu.
" Apa yang terjadi? Kenapa tangan aku..ada balik?" Aku keliru dan menunjukkan kedua-dua tapak tangan aku kearah lelaki itu.
" Hum..aku tak pelik yang kau terkejut. Tangan kau tu..bukannya tangan kau pun sebenarnya. Kuro menjadi sebahagian badan kau dan sekarang kau dan dia menjadi satu..Tangan kau pulih disebabkan kau buat ikatan dengan Kuro.." Terang lelaki itu, Kuro? Itu nama Saka itu tadikan?
" Aku dengan dia jadi satu?" Aku masih tak faham.
" Ahh, konsep ini agak susah difahami..Tapi jangan risau, kau masih manusia, cumanya sebahagian badan kau ialah Kuro punya dan ianya tangan kau.." Balas lelaki itu.
" Siapa kau pula?" Aku menoleh kearah lelaki itu.
" Aku? Nama aku Mikael...aku ialah Pemburu Saka.." Kata Mikael.
" Begitu.." Aku menggaru kepala aku, tangan aku bukannya tangan aku lagi dan ianya bahagian badan Kuro? Aku masih rasanya seperti tangan aku.
" Badan kau dan aku jadi satu..susah lagi nak faham ke?" Tiba-tiba Kuro muncul dan duduk diatas badan aku.
" Kuro?!" Aku terkejut dan terus terkebelakang, kepala aku berlanggar dengan tingkap kereta ini, Mikael tergelak melihat reaksi aku, Kuro duduk ditepi aku sambil membetulkan rambutnya.
" Aku selamatkan kau jadi berterima kasihlah kepada aku..tuan." Kuro tersenyum namun dia menjeling aku.
" Jangan panggil aku 'tuan', nama aku Baihaqi." Kata aku.
" Baiklah, Tuan Baihaqi.." Balas Kuro.
" Kuro ialah antara Saka khas yang aku ada, dia Saka yang berasal daripada roh manusia, jarang kes ini terjadi, bukan itu sahaja, dia dapat gunakan sumpahan bayang..Dia Saka yang kuat." Kata Mikael, Saka yang khas dan kuat ni sekarang..ialah Saka aku?
" Tapi sekarang..akulah tuan Kuro, kan?" Tanya aku.
" Oh ya, sekarang kau tuan dia..sebab korang berdua buat ikatan janji.." Keluh Mikael, dia kelihatan kecewa.
" Ikatan janji?" Lagi sekali, konsep yang aku kurang fahami, tapi aku pernah dengarnya sebelum ini, rasanya ayah pernah bercakap pasalnya.
" Ikatan janji ialah apabila tuan dan Saka membuat ikatan yang benarkan tuan gunakan kuasa dan mengarahkan Saka, lebih kurang itulah, ianya macam kontrak, korang berdua ada buat janji antara satu sama lain sekarang.." Terang Mikael lagi, bahu aku terus terangkat.
" Buat janji? Apa perjanjian yang aku buat?!" Aku menunjukkan jari telunjuk kearah diri sendiri, aku dalam keadaan separa mati tadi jadi aku tak tahu apa yang aku cakapkan..
" Janji kita ialah..aku kekalkan kau hidup dan kau beri aku duduk dalam badan kau.." Kata Kuro.
" Itu sahaja? Lega.." Aku menghembuskan nafas yang panjang.
" Jangan lega sangat. Perjanjian kita ni bermaksud, aku sedia untuk korbankan darah kau untuk gunakan kuasa aku..kadang-kadang, bukan darah sahaja yang aku nak.." Kuro kedengaran sinis, aku terus menjelingnya.
" Haih, jangan keruhkan hubungan korang, hubungan yang baik antara Saka dan tuan penting..ingat tu, Baihaqi dan Kuro." Pesan Mikael, dia berjalan kearah hadapan keretanya kemudian membuka pintu pemandu dan duduk dihadapan kami berdua.
" Wah..dah nak pagi ni, rasa nak pergi makan, aku lapar semalaman bekerja, mari ikut aku, Baihaqi.." Ajak Mikael.
" Ah..baik." Aku mengangguk sahaja, Mikael menghidupkan keretanya kemudian kami keluar daripada jalan ini, aku melihat kearah luar tingkap kereta ini, matahari kelihatan terbit dengan indah.
Aku terasa seperti..kehidupan aku bakal berubah. Hanya semalaman sahaja, aku berlawan dengan Saka, kemudian hampir mati dan sekarang aku punyai Saka yang dikatakan khas dan kuat, aku menoleh kearah Kuro, dia duduk ditepi aku tanpa memandang aku semula.
" Manusia biasa boleh nampak kau ke?" Tanya aku kepada Kuro.
" Hum..rasanya kebanyakkan tak boleh.." Balas Kuro.
" Kau akan ikut kami makan jugak ke?" Soal aku lagi.
" Tch, banyaknya soalan kau..Jangan risaulah, aku akan masuk badan kau sekarang jadi kau tak perlu risau pasal tu." Kuro kelihatan terganggu, apahal dia ni? Aku hanya nak tahu lebih pasal dia sahaja..
" Kalau kau perlukan aku, panggil je nama aku, tuan." Kata Kuro, dengan perlahan dia menghilang memasuki bayang aku.
Jadi itu yang dia maksudkan..dengan 'memasuki badan aku'?
" Haha, mesti kau susah nak proses apa yang terjadi, hah.." Mikael tergelak kecil melihat aku.
" Haih, aku tak faham apa-apapun.." Keluh aku sambil menyandarkan kepala aku ditingkap kereta ini.
***
" Selamat datang semua ke skuad khas yang didirikan oleh Tuan Ali untuk banteras kes-kes penggunaan Saka haram yang berleluasa sejak beberapa bulan ini, aku ketua skuad korang, Khalid, aku ketua kumpulan siasatan organisasi Pemburu Saka dan juga ketua skuad 5." Khalid berdiri dihadapan skuad baru yang diketuainya, dia memegang sehelai kertas, terdapat juga beberapa fail diatas mejanya, dihadapannya pula ialah ahli-ahli skuad, tiga orang lelaki dan juga dua orang perempuan, salah seorang daripada ahli itu ialah Rizqi.
" Baiklah, aku ada fail tentang rekod korang daripada kumpulan atau skuad korang yang sebelum ini." Khalid mengeluarkan beberapa kertas daripada fail yang berada diatas mejanya.
" Pertama sekali daripada kumpulan pembasmian dan skuad 3, Shaurya.Mahir dalam penggunaan sihir api, tidak ada kemahiran dalam penggunaan Saka." Khalid menerangkan apa yang berada difail yang dipegangnya.
" Ah, selamat berkenalan semua! Saya Shaurya, harap dapat bekerja dengan baik bersama!" Shaurya berdiri dan menunduk-nundukkan dirinya dihadapan semua orang.
" Selamat berkenalan, Shaurya, aku pernah dengar pasal kau daripada Tuan Haiqal. Okay, baiklah seterusnya.." Khalid tersenyum kearah Shaurya, dia kelihatan malu-malu selepas mendengar kata-kata Khalid, Rizqi memerhati Shaurya dengan pandangan pelik.
" Kau..biar betul. Ahem, ahli organisasi Pemburu Saka Jepun daripada kumpulan pembasmian dan skuad 10, Yuki Yamaguchi. Mahir dalam penggunaan sihir ais dan tuan kepada Saka salju, Yukii-onna.." Khalid menoleh kearah seorang perempuan berambut putih dan juga bermata biru cerah, perempuan itu berdiri dengan perlahan.
" Hai semua, saya dihantar oleh ayah saya untuk bantu skuad khas ini, saya harap dapat bekerja dengan kamu semua dengan baik, oh ya, panggil saya Yuki sahaja ya.." Yuki melihat semua orang dengan senyuman manis diwajahnya, Rizqi memandang sahaja Yuki, dia tersenyum juga.
" Rizqi.." Khalid menjelingnya, Rizqi terus mengalihkan pandangannya.
" Yuki Yamaguchi..kamu ada kena mengena dengan Toshinori Yamaguchi ke?" Tanya Khalid.
" Oh, mestilah! Dia ayah saya." Balas Yuki.
" Kau anak Tuan Toshi, hah...ayah kamu antara mentor saya masa saya muda dulu.." Kata Khalid, dia teringat akan mentornya itu.
" Iya? Wah..saya tak sangka.." Yuki kelihatan teruja, Khalid tersenyum melihat reaksi Yuki.
" Nampaknya semua orang dalam skuad ini semuanya orang-orang muda yang berbakat, Shaurya ada rekod yang baik, dia sangat kuat, Yuki juga gunakan Saka yang diturunkan oleh keluarganya, Yukii-Onna, Saka keturunan yang boleh dianggap mistik." Monolog Khalid sambil selepas memerhati dua fail tentang Shaurya dan juga Yuki.
" Ahli ketiga kita, Chyou daripada kumpulan selamat dan rawat, ahli skuad 6, mahir dalam sihir mata ketiga serta pemegang Saka ' Invincible', Ghost." Khalid membaca fail ketiga pula, seorang lelaki dengan rambut yang menutup sebahagian wajah dan matanya berdiri.
" S..Selamat berkenalan..semua." Chyou kelihatan gemuruh, semua orang memandangnya dengan wajah risau.
" Selamat berkenalan, Chyou.." Yuki melambaikan tangannya kearah Chyou.
" Ah..ya.." Dia segera duduk.
" Seterusnya ahli keempat kita, daripada kumpulan siasatan dan skuad 5, pembantu yang aku percayai, Lisa Brown. Mahir dalam sihir telepathy, dia masih belum tuankan mana-mana Saka lagi tapi dia bakal dapat nanti.." Khalid menoleh kearah perempuan berambut pendek yang duduk dihujung bilik, Lisa menyilang tangannya dan berdiri dengan laju.
" Aku Lisa, harap korang semua tak menyusahkan aku sama macam ahli skuad 5lah, buat kerja elok-elok ya.." Lisa menjeling semua orang, mereka semua tersenyum pahit sahaja sambil mengangguk.
" Ahli terakhir kita pula baru sahaja diterima sebagai ahli organisasi kita, dia budak mentah yang kuat sahaja jadi tolonglah beri tunjuk ajar pada dia ya semua." Khalid memandang Rizqi dengan wajah malas, Rizqi terasa apabila tahu dialah orang yang sedang dikatakan oleh Khalid.
" Rizqi, dia masih belum ditetapkan dalam mana-mana kumpulan atau skuad, dia mahir dalam sihir memanipulasi ruang, ada juga beberapa sihir yang dia mahir, dia budak yang berbakat tapi masih bodoh, pengguna Saka mistik, Saka yang menguatkan lagi sihir dia, Violet." Sedang Khalid menerangkan tentang Rizqi, dia berdiri dengan wajah yang bangga namun berubah pahit apabila dipanggil ' budak dan masih bodoh'.
" Tuan Khalid memang perlu malukan saya macam tu ke? Takpelah, saya akan buktikan, saya yang terkuat disini, jadi korang semua tengok ya! Lagi-lagi kau, Yuki." Rizqi memandang Yuki dengan senyuman, dia seperti cuba menunjukkan wajahnya yang tampan, Yuki hanya tersenyum sahaja.
" Oh..uhm..baik!" Balas Yuki, Khalid mengetuk kepala Rizqi dan membuat dia duduk semula, Khalid menghembuskan nafas yang panjang.
" Baiklah semua, kita juga dapat pejabat khas untuk duduk, mulai hari ni, jangan pergi pejabat lama skuad korang pulak, setiap kali ada perjumpaan atau bekerja, kita akan pergi pejabat khas kita. Mari ikut aku, aku bawa korang ke pejabat tu." Arah Khalid, Lisa berjalan dahulu kearahnya, ahli-ahli yang lain berdiri dan mengikutinya.
***
" Begitu, kau daripada keluarga yang ternama dalam organisasi Pemburu Saka, hah.Sebab itulah kau berani lawan Saka, tapi kau tak pula gunakan sihir..ataupun punyai Saka untuk melawan Saka.." Kata Mikael selepas mendengar tentang asal usul aku, dia baru sahaja menghabiskan air kopinya, aku menoleh kearahnya.
" Aku lahir dengan tenaga roh yang lemah, aku dapat belajar gunakan sihir, masa berlatih untuk gunakan Saka pun aku banyak kali gagal.." Balas aku.
" Ah, mesti susahkan hidup kau, orang dengan tenaga roh yang lemah dalam keluarga Pemburu Saka dianggap cacat." Mikael mengusap janggutnya yang pendek sambil mengalihkan pandangannya.
" Aku dilayan macam sampah dekat rumah aku..tapi aku rasa mungkin kali ni aku dapat buktikan sesuatu..aku dah ada Saka sekarang..jadi mungkin aku boleh..lawan Saka dan buktikan diri aku tak lemah lagi.." Aku mengenggam tangan kanan aku dengan erat, aku memandangnya dengan jelingan yang tajam.
" Budak jangan naif sangat.." Tegur Mikael, aku kembali memandangnya.
" Jangan gunakan Saka kau sangat. Kuro ialah Saka Bayang, ianya antara Saka yang dilarang untuk digunakan, Saka Bayang jika tak dikawal dengan baik, boleh rosakkan hati kau dan jadikan kau patung mereka.." Pesan Mikael, aku terdiam seketika, Saka yang kelihatan macam budak perempuan ni boleh..rosakkan aku?
" Saka Bayang susah untuk dijinakkan, mereka kuat dan sentiasa bertindak ikut kehendak mereka sahaja.Memang senang membuat ikat janji dengan mereka tapi bayaran untuk gunakan kuasa mereka sangat tinggi..Aku biarkan Kuro jadikan tuan dia pun hanya sebab itu sahaja cara selamatkan kau masa tu.." Nada suara Mikael makin bertambah serius, aku menarik sedikit pakaian aku.
" Jadi apa gunanya aku ada Saka sekarang?" Keluh aku.
" Aku tak ceritakan buruk menggunakan Saka Bayang sebab aku tak nak buat Kuro ragu-ragu jadikan kau tuan dia. Dengar ni, Baihaqi, aku boleh latih kau mahir dalam gunakan Saka kau, supaya bila kau gunakan Kuro kau takkan rosakkan badan dan hati kau.." Tawar Mikael, dia menghalakan tangannya kearah aku.
" Latih aku? Silakan! Aku terima apa-apa bayaran." Kata aku.
" Oh sabar budak, biar aku beritahu kau satu benda lagi. Aku memang Pemburu Saka tapi aku tak bekerja untuk organisasi, aku ialah ahli vigilante yang bekerja tanpa didalam bayang, aku datang daripada Shadow Society." Terang Mikael,'Shadow Society'? Aku tak pernah dengarnya sebelum ini.
" Kau nampak keliru, hah...Uhm, Shadow Society ialah kumpulan Pemburu Saka yang melawan musuh yang organisasi terlepas pandang, musuh-musuh kami tersorokm dan bekerja lebih dalam daripada capaian organisasi Pemburu Saka. Hanya ahli-ahli Shadow Society sahaja tahu pasal kewujudan musuh-musuh ini.." Mikael menyambung penerangannya, aku mendengar dengan setia.
" Jadi untuk buat kau latih aku..kau nak aku sertai Shadow Society, kan?" Tanya aku.
" Bingo! Aku tahu kau akan dapat tangkap apa yang aku mahukan.." Mikael memetik jarinya.
" Baiklah, aku terima.." Balas aku.
" Wah, tanpa ragu-ragu, hah.." Kata Mikael, dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
" Ini ialah nombor aku, jangan hilangkan atau bagi sesiapa ya..Aku tak nak ada orang keluarga kau tahu yang kau sertai kami.." Mikael menyerahkan kad kepada aku, dengan perlahan aku mengambilnya, aku melihat apa yang tertulis dikad itu, terdapat nombor telefon dan juga tulisan 'Shadow Society' dibawah nombor itu.
Selepas makan, Mikael bawa aku pulang, kami berhenti dihadapan rumah aku, dia menoleh kearah luar kereta dengan wajah takjub.
" Pergh..besar rumah.." Puji Mikael.
" Besar rumah tapi terasa macam penjara bagi aku.." Kata aku sambi tertunduk, Mikael menepuk bahu aku.
" Dengar ni Baihaqi, apa-apa yang kau buat, pastikan kau sorok Saka kau, Kuro ada kemahiran untuk sorok sisa tenaga rohnya jadi kemungkinan orang tak sedar yang sekarang kau ada Saka.." Mikael memesan aku lagi, aku mengangguk faham kemudian keluar daripada keretanya.
" Terima kasih, Mikael, aku akan telefon kau nanti.." Aku menunjukkan kad yang diberinya tadi, Mikael mengangkat ibu jarinya, aku berjalan kearah rumah aku sambil memasukkan kedua-dua tangan aku kedalam poket seluar.
Apabila aku memasuki rumah, kelihatan semua pembantu rumah dan ahli keluarga aku melakukan aktiviti mereka sendiri, untuk seketika mereka perasan aku namun mereka buat tidak endah sahaja selepas itu, aku hanya terus berjalan menuju kearah bilik aku.
Sedang aku berjalan dikoridor rumah yang panjang ini, aku memikirkan peristiwa yang baru sahaja berlaku kepada aku, sekarang aku punyai Saka tapi aku harus sorokkanya, aku juga ahli kumpulan rahsia, Shadow Society. Kehidupan aku memang berubah sekarang, hah..
Perasaan aku bercampur, aku teruja, aku takut, aku marah, aku ragu-ragu..tapi yang paling penting ialah sekarang..aku dapat lakukan sesuatu untuk buktikan diri aku.
" Tuan Baihaqi!" Terdengar seseorang memanggil aku, suara ini aku kenalnya, aku menoleh kearahnya, Airi sedang berdiri dibelakang aku.
" Kau rupanya..apa kau nak?" Tanya aku.
" Mana tuan hilang semalaman? Tuan Ali cari tuan malam semalam dan pagi tadi." Kata Airi.
" Ayah cari aku?" Mustahillah, aku tak percaya..
" Tuan, mana tuan pergi?" Soal Airi, dia kelihatan risau, aku mengalihkan pandangan aku.
" Tolonglah, jangan panggil aku 'tuan' dan lagi satu, kau bukannya ibu aku jadi biarlah aku pergi mana-mana pun..Kau tak ingat ke apa yang aku pesankan kau haritu?" Aku menjelingnya, riak wajah Airi yang risau tadi berubah sedih, kenapa dengan dia ni?
" Saya tahu tu. Cumanya saya risau sahaja. Saya harap tuan..tak..saya harap awak tak lakukan apa-apa yang bakal awak sesali.." Kata Airi, aku terdiam.
Apa dengan dia ni? Risaukan aku?
" Kau..pandang rendah aku, hah..Pada akhirnya kau sama saja macam orang lain..Pandang aku lemah." Balas aku.
" Apa..bukan itu maksud saya.." Airi terkejut mendengar apa yang aku cakap.
" Jangan dekat dengan aku, Airi, aku jijik dengan orang..yang cuba acah-acah baik ni..Kau.." Aku tak dapat menghabiskan ayat aku dan terus berjalan pergi sahaja, Airi berdiri sahaja dan diam, dia tertunduk selepas aku jauh daripadanya.
***
" Pejabat organisasi di Malaysia berbeza betul dengan Jepun punya.." Yuki melihat sekeliling pejabat baru untuk skuad khas, aku berjalan kearahnya.
" Kau tak sukakannya ke? Aku jujur, pejabat ini agak buruk..mungkin sebab ini bangunan lama.." Kata aku sambil meletakkan kedua-dua tangan aku dibelakang kepala aku. Yuki kelihatan terkejut melihat aku datang dari belakangnya.
" Oh, Rizqi. Bukan saya tak sukakannya..Cuma..itulah nampak lain.." Balas Yuki, aku meneruskan langkah aku kearah tempat duduk aku.
" Kau baik sangat, Yuki. Kritik jelah.." Kata aku, Yuki tersenyum pahit.
" Rizqi, awak daripada keluarga Pemburu Saka yang besar di Malaysia, kan? Nampaknya kita ada persamaan.." Yuki mula bersembang dengan aku, wah, tak sangka dia mahu bersembang dengan aku, takpe aku sukakannya.
Dia seseorang yang comel tapi bekerja dalam dunia Pemburu Saka yang gila ni? Aku takjub.
" Oh ya, atuk aku dulu pengasas Organisasi Pemburu Saka dan keluarga aku banyak beri sumbangan pada organisasi di Malaysia dan beberapa negara lain, rasanya termasuk Jepun.." Balas aku, Yuki mengangguk sahaja sambil mendengar.
" Hum, saya kenal ayah awak, Tuan Ali pernah datang ke rumah saya beberapa kali, ayah saya dan ayah awak ada hubungan yang baik.." Cerita Yuki.
" Haih, orang tua aku selalu hilang, patutlah..dia pergi jumpa kawan, hah.." Keluh aku, kenapalah ayah tak pernah bawak aku pergi Jepun tidak aku kenal Yuki lebih awal.
" Hai-hai, Yuki! Rizqi!" Seseorang memasuki pejabat ini, biar betul, baru dapat bersendirian dengan Yuki. Orang yang menegur kami ialah Shaurya, dia bising betul..
" Oh hai, Shaurya." Yuki membalas 'hai' Shaurya tadi.
" Aku dengar kita akan mula bertugas esok, mereka mesti nak kita rapatkan hubungan kita supaya dapat bekerja dengan baik bersama nanti.." Kata Shaurya, dia makin dekat dengan aku dan Yuki.
" Saya pun rasa yang sama. Tadi akak Lisa dan Tuan Khalid ada disini tapi katanya mereka pergi makan tengah hari.." Balas Yuki, aku memerhati sahaja mereka berdua, mereka dalam kumpulan pembasmi, jadi sihir mereka mesti kuat untuk kalahkan Saka.
Sihir api
Sihir ais
Aku tahu beberapa teknik daripada setiap sihir itu tapi takdelah mahir mana..Mereka berdua ni 'mahir' dalam satu teknik sihir, hah..
" Aku sengaja nak tanya, selain daripada teknik sihir yang korang mahir, sihir lain apa yang korang tahu?" Tanya aku.
" Uhm? Sihir basic macam sihir pemulih, pendinding dan penguat..Aku ada belajar juga sihir batu tapi aku tak bagus dalam penggunaannya.." Balas Shaurya.
" Saya pun tahu semua sihir basic tapi pendinding saya tak kuat sangat dan saya ada belajar juga sihir air dan sihir angin.." Kata pula Yuki, kebanyakkan mereka ini pengguna sihir element, hah..
" Aku dengar kau mahir dalam banyak sihir, mesti bertuah lahir dalam keluarga yang hebat.." Puji Shaurya.
" Kau boleh cakap macam tu..Tapi aku tak suka guna sihir element sangat sebab terlalu bosan, aku suka gunakan memanipulasi ruang sebab ia memuaskan untuk digunakan..." Aku mengenggam tangan aku dengan erat.
" Kau ada jenis sihir yang kau suka pakai, hah..Aku cemburu. Bukan semua orang boleh gunakan sihir kau itu sebab betapa banyak tenaga roh yang diperlukan untuk gunakannya.." Shaurya tersenyum pahit, dia mengalihkan pandangannya.
" Jadi sebab itulah panggilan kau, ' Yang Terhebat' sebab kau boleh gunakan teknik sihir memanipulasi ruang dan mahir dalam banyak sihir lain.." Yuki memandang sahaja aku.
" Tolonglah, aku tak namakan diri aku 'Yang Terhebat'.." Keluh aku sambil mengangkat kedua-dua tangan aku, Yuki memerhati sahaja aku, dia kemudian tersenyum seperti biasa semula.
" Rizqi, aku akan kalahkan jadi tengok ya.." Cabar Yuki, dia menghalakan jari telunjuknya kearah aku.
" Oh..ya..Kau boleh cuba." Aku terkejut seketika namun kemudian tersenyum yakin.
" Hahaha! Jangan pandang rendah aku, aku pun..akan kalahkan korang.." Shaurya menyampuk, dia ni memang menyibuk betul..
***
" Kau memang tak boleh hidup tanpa aku, hah?" Soal Lisa, Khalid menoleh kearahnya seketika, mereka berdua sedang berjalan bersama dipasar yang kelihatan agak sibuk. Pelbagai kedai berada di kiri dan kanan mereka.
" Aku perlukan kau..Tak nak kerja dengan aku dah ke?" Balas Khalid, dia mula melihat sekeliling pasar itu.
" Jangan putarkan ayat aku...Itu bukan maksud aku." Kata Lisa, sedang dia mengalihkan pandangannya kearah Khalid tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang yang dalam keadaan kelam-kabut.
" Hei, tengok mana kau jalan!" Lisa memarahi orang itu.
" Ah maaf! Tapi.." Lelaki yang melanggar Lisa tadi kelihatan takut.
" Apa tapi?!" Lisa mendekatkan wajahnya, Khalid menepuk wajahnya kemudian menghembuskan nafas yang panjang.
" Lisa cuku-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya dan menarik Lisa daripada lelaki itu.
" Ahhhh!!!" Lelaki itu menjerit, Khalid terkejut dan terus menoleh kehadapan semula, kelihatan ramai orang melarikan diri mereka.
" Apa?" Khalid tidak percaya apa yang dilihatnya.
" Kiyaarghhhhhh!" Seekor Saka yang besar dan terbentuk seperti manusia yang berada dibadan gajah berada dihadapan mereka, Saka itu menjerit, dia sedang memegang badan seorang lelaki yang tidak bernyawa.
" Saka apa tu?!" Lisa mengambil langkah kebelakang,
" Manusia biasa boleh nampaknya, kita kena segera bunuh Saka ni, Lisa, laporkan kepada yang lain dan beri lokasi kita." Arah Khalid, dia berlari kearah Saka itu.
" Khalid! Sabar!" Lisa memanggilnya namun Khalid sudah jauh daripadanya.
" Daripada informasi yang kita dapat, dialah ketua skuad khas itu, pastikan kau dapatkan dia, Eric, Zaki, Alice."
" Saka tu memang menakjubkan..rasanya kita tak perlu turunkan?" Zaki memerhati Khalid berlari kearah Saka itu daripada atas bangunan, Eric meletakkan telefonnya ketepi kemudian menoleh juga kebawah, Alice terdiam sahaja,sebahagian wajahnya ditutupi oleh payung yang dipegangnya.
" Bersedia sahaja, lelaki itu bukannya Pemburu Saka yang biasa." Kata Eric.
Khalid berada dihadapan Saka itu, makhluk itu menoleh kearah Khalid dan menjatuhkan badan lelaki yang dipegangnya tadi, ia tersenyum, kelihatan gigi yang tajam dan tidak teratur, Khalid memandangnya dengan wajah jijik.
" Mari selesaikan ini secepat mungkin, aku belum makan tengah hari aku lagi.." Khalid menarik keluar rantai daripada bajunya, kelihatan dihujung rantai itu terdapat satu azimat yang terbentuk seperti pedang yang kecil.
" Senjata Sihir. Musnahkan musuh kau, Tyson." Azimat tadi berubah menjadi pedang dan terus Khalid pegang, dia terus menuju laju kearah Saka itu dengan laju.
" Mati! Mati! Mati! Mati!" Saka itu melepaskan tumbukan kearah Khalid, dia mengelak namun kaki Saka itu pula menghampirinya, Khalid terus memotong kaki Saka itu dan menjauhkan dirinya.
" Nasiblah.." Keluh Khalid sendirian.
" Ahhh! Sakit! Sakit!" Saka itu meraung namun terus menyerang Khalid dengan menumbuk sekelilingnya bertubi-tubi dan memijak-mijak tanah dengan kuat, Khalid mengelak semua serangan yang bergerak kearahnya namun tanah mula bergegar kerana Saka itu memijak-mijaknya dengan kuat.
" Walaupun makhluk ni besar, dia laju, serangannya juga kuat, kalau sekali je aku terkena, aku akan terus mati!" Monolog Khalid, dia tidak yakin untuk melepaskan serangan.
" Aku risau tadi bila tengok dia dapat potong kaki Saka gajah tu..nasiblah nampak macam ianya hanya nasib baiknya sahaja.." Zaki menyilang tangannya dengan wajah yakin.
Lisa selesai memasang pendinding yang menutupi bahagian pasar dimana Saka gajah dan Khalid sedang bertarung, dia memerhati Khalid dari jauh, Khalid masih dapat mengelak serangan Saka itu dan melepaskan beberapa serangan yang melukakan badan Saka itu namun dia kelihatan penat.
" Jangan mati, Khalid..aku tak nak makanan tengah hari aku terasa tawar." Keluh Lisa, dia meletakkan kedua-dua tangannya dikepalanya, biji matanya berubah putih sepenuhnya, beberapa saraf timbul dimata dan kepalanya.
" Teknik Sihir Telepathy.." Lisa menggunakan teknik sihirnya.
" Skuad khas, sekarang ni aku dan Tuan Khalid dalam masalah, kami diserang oleh Saka yang kelihatan macam gajah, kelihatan beberapa orang dah jadi mangsa, kami perlukan bantuan segera, aku beri lokasi kami melalui telepathy ini jadi segera!"
" Korang dengar tak apa aku dengar?!" Shaurya dengan lajunya bergerak kearah Rizqi dan Yuki yang sudah berada dipintu pejabat mereka.
" Ya, haih, aku takkan biasa dengan teknik dia ni...rasa pelik.." Keluh Rizqi.
" Mari cepat bantu Tuan Khalid!" Kata Yuki, dia keluar daripada pejabat diikuti dengan Rizqi dan Shaurya.
" Kau ada lesen Shaurya?" Tanya Rizqi sedang mereka bertiga berlari keluar daripada bangunan organisasi.
" Oh, aku ada kereta lagi, ikut aku." Shaurya melajukan lagi langkahnya dan berada dihadapan Yuki dan Rizqi.
" Kejap, kenapa aku rasa macam ada seseorang daripada kita yang takde sekarang?" Rizqi teringat sesuatu, ada seorang ahli mereka yang tiada bersama mereka sekarang.
***
" Organisasi Pemburu Saka memang laju mengambil tindakan mereka, apabila peraturan dan adat mula diancam, mereka sentiasa akan halangnya. Memang bagus tapi malang sekali, mereka tak sedar,sentiasa ada orang dalam bayang yang mahu mereka jatuh dan mengkhianati mereka.." Seorang lelaki dengan pakaian suit kelabu tersenyum sinis, dia terduduk di meja bulat yang besar, kelihatan kerusi-kerusi yang mengelilingi meja itu kosong sahaja, dia sedang menelefon seseorang.
" Begitu, aku akan arahkan mereka bertiga untuk halang backup itu, kita kena pastikan ketua mereka mati walaupun apa-apa yang berlaku.." Kata lelaki itu.
" Semoga berjaya, Xander, aku harap kau capai apa yang kau mahukan.." Terdengar suara seseorang lelaki dari hujung telefon namun nada suaranya tidak terlalu jelas, ia seperti bercampur dengan pelbagai suara untuk menyorokkan suara sebenarnya.
" Ini demi kemahuan kita berdua, kehancuran Organisasi Pemburu Saka." Xander berdiri dengan perlahan, wajahnya yang tadi tersorok oleh bayang kelihatan sedikit melalui satu lampu yang malap yang terletak diatasnya.
Kelihatan parut dimata kirinya yang buta, rambut perang yang sudah mula sedikit beruban, senyuman Xander menjadi semakin sinis.
***
"Awal betul kau call aku, memang tak sabar nak berlatih, hah, Baihaqi.." Mikael kedengaran seperti memerli aku.
" Aku nak segera mahir dalam penggunaan Saka aku, mana kita nak berjumpa ni?" Soal aku, mengendahkan sahaja nada suaranya yang menyakitkan hati tadi.
" Hantar location kau, aku ambil kau.." Balas Mikael.
" Macam mana nak hantar location?" Aku melihat skrin telefon aku. Tak pernah hantar location aku sebelum ni, kena guna contact ke? Atau Mesagge?
" Hah?! Soalan apa aku dengar ni? Kau ada WhatsApp tak?" Bertubi-tubi soalan Mikael lontarkan kepada aku.
" Aku mana ada WhatsApp!" Kata aku, suara aku ternaik kerana terlalu rimas dengan soalan-soalan Mikael.
" Kenapa kau takde WhatsApp? Itu apps wajib orang Malaysia ada!" Mikael memarahi aku.
" Siallah, aku tak pernah download WhatsApp sebab aku tahu aku takkan ada keluarga atau kawan untuk aku hubungi!" Balas aku.
" Alahai, kalau kau cakapkan benda-benda yang menyedihkan macam tu, aku rasa kesian pula.." Keluh Mikael.
" Oh diamlah! Aku download sekarang!" Aku terus membuka Apps Store dan terus memuat turun WhatsApp, benci betul aku dengan dia ni..buat aku rimas!
Bab 2 Tamat
Share this novel