Bab 10 : Fun fair

Action Series 1113

Bab 10 : Fun fair

" Hum, esok cuti berlatih sendiri ya, aku ada hal..Kalau kau nak keluar dengan kawan kau, esoklah masanya juga.."

Esok yang dikatakan oleh Mikael sudah tiba, aku terjaga agak awal juga hari ini, selepas menguruskan diri aku, aku keluar daripada bilik dan melihat taman dirumah aku, tak banyak pembantu rumah berada disini, satu-satunya tempat untuk aku bertenang, pokok-pokok dan bunga-bunga disini disusun cantik dan kelihatan segar.

Aku mengambil nafas yang panjang.

" Tuan, aku dapat rasakan rasa sesak didada kau.." Terdengar suara Kuro ditepi telinga aku, bayang berada dibahagian belakang telinga kiri aku.

" Boleh tak jangan cakap apa yang aku rasakan sekarang pada aku.." Keluh aku.

" Ingat tuan, kita berkongsi badan, bila kau rasa macam ni, aku pun rasa benda yang sama, aku tak sukakannya.." Balas Kuro, aku menutup telinga kiri kemudian mengeluh kecil.

" Baihaqi...kau kat sini rupanya.." Tegur Airi, dia berada dibelakang aku, senyumannya manis seperti biasa, aku menoleh kearahnya.

" Airi..S..Selamat pagi.." Kata aku.

" Eh..uhm, selamat pagi.." Airi janggal seketika, dia mungkin tak sangka aku sambut dia dengan 'selamat pagi', aku rasa aku ni...memang pelik sekarang..

" Taman ni cantik betul, hah..Selalunya lepas kerja, aku duduk sini dan nikmati je permandangan.." Airi meletakkan tangannya kehadapan, dia memegang tapak tangan kirinya sendiri.

" Arwah ibulah..yang jaga taman ni dulu..bersama dengan pembantu-pembantu rumah lama dulu, aku selalu duduk disini, tengok ibu siram bunga...dan bercucuk tanam.." Memori lama bermain dikepala aku, teringat aku akan semasa ibu sedang menyiram beberapa pokok bunga, aku pandang ibu dari jauh sahaja.

" Bila kau bercakap pasal ibu kau, mata kau selalu nampak sedih..Kau buat aku rasa sedih dan teringatkan memori lama jugak kau tahu?" Keluh Airi.

" Maaflah.." Aku tertunduk sedikit.

" Baihaqi..kau rasa cara apa yang terbaik..untuk lupakan rasa sakit kita?" Tanya Airi. Kau kata..aku ada mata yang sedih..tapi lihatlah kau sekarang..Kesedihan..bertapak diwajah kau sekarang..

" Aku..tak pernah lupa rasa sakit aku..Aku hanya biarkan aku rasanya kemudian teruskan sahaja hari aku.." Balas aku.

" Betul jugak, hah..Kita takkan dapat..lepaskan diri daripada rasa sakit.." Senyuman Airi berubah pahit.

" Airi, kau nampak tak okay, ada apa-apa aku boleh tolong kau ke? Kau banyak tolong aku, biarlah aku..balas balik jasa kau." Tawar aku, Airi mengalihkan wajahnya kearah aku, rambutnya ditolak ketepi.

" Hum? Aku tak pastilah, sama ada aku okay atau tak okay..Tapi betul jugak, kau banyak menyusahkan aku jadi kalau kau nak balas jasa aku..Aku tak halang." Kata Airi, bahu aku terangkat sedikit kerana sentap.

" A..apa kau nak? Aku tengah ada duit sekarang..." Tanya aku.

" Hum? Aku..rasa nak pergi keluarlah..Jalan-jalan dekat mana-mana pun jadilah, sudah lama aku menatap je dalam rumah yang besar ni..tanpa keluar tengok dunia luar.." Airi meletakkan tangannya didagu, aku menepuk peha aku beberapa kali, kenapa...aku rasa malu pula tiba-tiba?

Aku hanya nak ajak dia keluar sahaja..

" A..Apa kat petang ni..kita pergi keluar? Tapi kau pilihlah nak pergi mana, aku ikut sahaja.." Cadang aku.

" Jom! Kau seriuslah, Baihaqi?" Mata Airi kembali cerah dan seperti berkilauan, aku mengambil langkah kebelakang, dada aku..tiba-tiba rasa berat dan telinga aku kemerahan.

" Ah..ya.." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

" Baiklah..petang ni, kan? Roger-roger!" Airi kelihatan teruja.

" Tapi takpe..kalau kau keluar dengan aku?" Soal aku, perlu risau juga pasal kebenaran ahli keluarga aku.

" Petang ni jadual aku kosong sahaja, banyak saja pembantu rumah disini yang keluar berjalan..dan lain-lain..Apa salahnya kalau aku pun nak keluar?" Airi berjalan kearah hadapan aku kemudian memandang aku dengan senyuman.

Apabila lihat Airi..seperti kembali kepada diri biasanya, aku..terasa tenang sedikit.

" Ah, apa-apa jelah.." Aku tersenyum kecil.

***

" Misi outstation lagi, Haiqal?" Tegur Tuan Gong-Li, mereka berdua terserempak sesama sendiri di dewan besar bangunan OPS, semua ahli skuad 3 sedang bersedia dan mengemas barangan mereka, senjata sumpahan dan beberapa alat sihir tersusun dilantai.

" Beberapa minggu ini agak sibuk, harap selepas semua ni selesai, dapatlah cuti panjang sikit..." Keluh Haiqal, dia mengurut lehernya sendiri.

" Mungkin kita hanya perlu tunggu Kyoko pulang dari Jepun serta Tuan Ali dan Baharin selesaikan kerja mereka di UK..Tangan kita tengah penuh sangat sekarang, tapi sempat pula Kyoko balik kampung...Dia tu." Kata Tuan Gong-Li, dia meletakkan tangannya dikepala, Haiqal berdiri dengan perlahan.

" Lupa pula banyak kapten skuad tengah takde sekarang..Itu membuktikan betapa sibuknya skuad 3 sekarang, hah..Apapun, apa kerja yang Tuan Ali dan Baharin sedang lakukan dekat UK sekarang?" Tanya Haiqal.

" Mungkin mesyuarat besar antara Pengerusi OPS dari setiap negara, bukan Malaysia sahaja ada masalah dengan pengkhianat dalam organisasi, Jepun pun ada tangkap pengkhianat mereka beberapa bulan lepas, ada juga khabar angin yang mengatakan ada pengkhianat yang bekerja di dalam OPS Amerika dan China.." Terang Tuan Gong-Li, Haiqal kelihatan terkejut.

" Inilah apa jadi bila kita biarkan orang luar dengan agenda sendiri masuk ke dalam dunia Pemburu Saka.." Tuan Gong-Li mengeluh kecil.

" Saya rasa itu bukannya satu-satu sebab kenapa kita mula ada masalah sebegini." Balas Haiqal.

" Semestinya..Aku hanya harap apa-apa sahaja yang mereka bincangkan dan pilih ialah pilihan yang terbaik untuk OPS dan kita semua.." Tuan Gong-Li berjalan pergi dengan perlahan, Haiqal memerhatinya sehingga dia keluar daripada dewan.

" Apa yang tuan sembangkan?" Soal Syakir.

" Pasal..betapa sibuknya kita sekarang saja.." Kata Haiqal, Syakir mengangguk faham.

" Oh, begitu." Syakir mengalihkan pandangannya.

***

" Kita dapat beberapa laporan tentang aktiviti Saka yang pelik berlaku di Gombak..Aku dan Lisa akan berada disana..Terdapat juga laporan di Shah Alam dan Klang, korang berempat akan bertugas disitu..Sila berhati-hati ya dan semoga berjaya. Oh ya, kalau korang dapat jumpa Saka bayang, jangan berlawan dengan dia, segera dapatkan bantuan dahulu.." Itulah arahan yang Tuan Khalid berikan pada skuad khas tengah hari tadi, selepas selesainya taklimat misi, kami dihantar ke tempat yang dilaporkan dan akhirnya selepas empat hari bertugas dengan Shaurya...

Aku dapat bersama dengan Yuki!

" Ini kali pertama saya berada di Shah Alam, sebelum ini semua misi kita hanya dalam area KL sahaja, nampaknya pencarian kita dah makin meluas sebab kita dah masuk Selangor sekali.." Yuki melihat peta Shah Alam melalui telefonnya, kami berdua sedang berada didalam kereta organisasi bersama, orang yang membawa kami ialah seorang ejen OPS, Puan Husna.

" Masih tak jauh sangat pun kita daripada KL sekarang..Hum, Shah Alam banyak tempat menarik untuk pergi, an? Lagi-lagi masa malam.." Kata aku sambil meletakkan kedua-dua tangan aku kebelakang, Puan Husna memandang aku seketika dengan wajah pelik.

" Kita ada misi, Rizqi..saya tak rasa kita patut..berseronok sangat.." Keluh Yuki.

" Betul cakap, Yuki tu.." Sokong pula Puan Husna, aku menongkatkan kepala aku kemudian menjelerkan lidah aku.

" Aku buat je apa yang aku nak buat...Tambahan pula, cuba fikir, kemungkinan besar Saka berada di kawasan yang banyak orang sedang berseronok dan bersedih serta bersama, mereka suka kawasan yang dipenuhi dengan emosi buruk manusia, jadi fun fair ataupun yang sama dengannya mesti tempat 'hostspot' untuk Saka." Terang Rizqi dengan senyuman diwajahnya, Yuki dan Husna mempunyai ekspresi yang sama diwajah mereka, mereka nampak risau.

" Kau hanya cari alasan untuk..berseronok betul tak?" Keluh Puan Husna.

***

" K..Kau pasti nak pergi sini? Agak jauh juga daripada sini.." Baihaqi memandang skrin telefon Airi dengan wajah tertanya-tanya, Airi tersenyum teruja sahaja.

" Semestinya! Tambahan pula, takdelah jauh sangat.." Balas Airi.

Telefon Airi sedang memaparkan laman web tentang fun fair yang sedang dibuka di Shah Alam, dia mahu kami pergi ke situ bersama. Bila aku fikirkannya, bukan ke tempat sebegini hanya kekasih sahaja pergi bersama, kawan-kawan pun pergi ke fun fair untuk berseronok ke? Aku tak tahu sangat, aku mana ada kawan!

Tapi..kami berdua sudah berada dihadapan stesen bas dan Airi nampak teruja sahaja..Baik aku ikut sahaja dan tunaikan permintaannya, lagipun, aku nak balas jasa dia balik..Dia dah lakukan banyak untuk aku..

Kemas bilik aku, bantu aku semasa aku berlatih dirumah dan masakkan aku..Aku tak suka terima banyak bantuan sebegini kemudian tidak balasnya semula..

" Bas dah sampai.." Kata Airi dan dia terus berdiri, dia memakai t-shirt hitam dengan sweater kelabu dengan jalur hitam bersama dengan seluar jeans berwarna biru pekat, rambutnya juga bersikat lebih kemas daripada biasa. Kelihatan bas sedang mendekati kami.

Matahari terbenam dengan perlahan, langit yang tadi jingga, lama-kelamaan berubah gelap, lampu jalan juga terbuka satu demi satu, aku dan Airi duduk bersebelahan didalam bas ini, tidak banyak orang sedang berada disini, Airi menoleh kearah luar tingkap bas.

" Ini..pertama kali aku..pergi Shah Alam.." Kata aku.

" Seriuslah?" Soal Airi.

" Keluarga aku kurung aku agak lama dalam rumah aku..Aku dapat pergi sekolah pun masa aku 13 tahun. Semasa disekolah, aku memang tak tahu apa-apa jadi..aku harus belajar semua benda sendiri..Sekurang-kurangnya, aku dapat jawab PT3 dan SPM aku dengan baik..tapi semua tu akhirnya takde mana pun, aku tak dapat sambung belajar..ataupun kerja..sebab keluarga aku kata tak mahu aku..sebarkan sumpahan aku ke tempat lain..Rasanya sebab itulah juga, aku tak dapat pergi ke tempat yang jauh-jauh.." Cerita aku, Airi dengan perlahan menyentuh tangan aku kemudian memegangnya erat, aku terkejut dan segera memandangnya, Airi tersenyum sahaja.

" Baihaqi, untuk hari ini, lupakan sahaja semua benda yang menyakitkan kau, mari berseronok.." Pujuk Airi.

" A..Ah, baik.." Aku mengangguk dengan laju kerana terlalu terkebil-kebil, Airi tergelak kecil kemudian mengangkat tangan aku yang sedang dipegangnya.

" Tangan kau besar sangat berbanding tangan aku..Lawak, kan?" Tangan Airi memang lebih kecil daripada aku, jarinya bermain diantara jari aku, tapak tangannya terasa agak sejuk.

" Ah..agak lawak.." Aku mengalihkan pandangan aku, Airi meletakkan tangan kami berdua kebawah semula kemudian menyandarkan kepalanya.

" Hehe.." Dia tergelak lagi, entah kenapa, kami tidak melepaskan tangan sesama sendiri dan hangat yang sedang aku rasakan ditangan aku sekarang..membuat aku rasa tenang..

***

" Dah sampai!" Airi menuruni tangga bas dengan pantas, dia berjalan kehadapan sebelum aku, satu demi satu langkah aku ambil, aku menoleh kearah hadapan aku, kelihatan cahaya berwarna warni menerangi pandangan aku, kenderaan yang memenuhi tempat parkir, orang ramai yang sedang beratur, beberapa tarikan permainan di fun fair itu kelihatan dari jauh sini.

Aku hampir terjatuh.

" Baihaqi, kau okay?" Tanya Airi.

" Aku..okay..cumanya..banyak cahaya je.." Balas aku. Adakah ini apa yang orang panggil..'culture shock'?

" Pakai ni.." Airi memakaikan aku cermin mata hitam, aku menoleh kearahnya.

" Hahaha..tak sesuai langsung..tapi kalau pakai ni tak nampak sangat cahaya.." Kata Airi, aku menegakkan diri aku kemudian membetulkan posisi cermin mata hitam yang diberinya tadi.

" A..Aku pakai jelah buat masa ni.." Aku hanya terus berjalan sahaja, Airi tersenyum kemudian berjalan semula ditepi aku.

Selepas berbaris dibarisan yang sangat panjang aku pernah nampak seumur hidup aku, akhirnya kami berdua dapat memasuki fun fair ini, cahaya-cahaya yang banyak dan berwarna warni tadi makin banyak berada disini, aku mengurut kepala aku sendiri.

Kelihatan langit malam ini dipenuhi dengan bintang, bulan penuh juga menjelma dan nampak cerah, aku mengekori sahaja Airi, hentian pertama kami ialah..

" Saya nak..satu churos coklat dan satu lagi churos strawberi.." Airi memesan makanan disatu van, aku mengeluarkan dompet aku.

" Berapa harga?" Tanya aku.

" Aku hampir lupa..kau nak belanja aku, kan?" Airi mengelip matanya, dia memang gembira ada orang nak belanjakan dia, hah.., aku mengeluh kecil.

" Semuanya 6 ringgit ya.." Kata penjual churos itu, aku meletakkan sekeping 100 ringgit diatas tangannya.

" Maaf takde duit kecik.." Aku memandang wajahnya tepat dimata.

" Ah..baik.." Penjual churos itu berpeluh sedikit.

" Apa bendanya ni?" Soal aku sambil memegang churos ditangan aku, ianya seperti roti tapi ia berbentuk seperti batang.

" Churos..makan jelah..Sedap tau.." Balas Airi, aku memakan sebahagian churos ini, memang macam roti..cumanya ada coklat sahaja didalamnya..

" Bolehlah.." Aku menjilat sedikit coklat yang berada dijari aku.

" Reaction kau.." Airi kelihatan tidak puas hati, eh? Kenapa? Aku ada buat salah ke?

Airi membawa aku ke tarikan permainan pula, ada permainan dimana kami membaling bola kearah tin untuk mendapatkan hadiah.

" Kau dapat semua!" Airi terkejut selepas aku membaling tepat semua bola aku dan menjatuhkan semua tin.

" A..Ambik satu anak patung je ya..N..Nanti..a..ada orang lain nak..main jugak..Hadiah tak banyak sangat.." Pinta penjaga permainan itu, dia cakap gagap.

" B..Baik, kami ambik satu je." Airi mengangkat ibu jarinya. Memang mengejutkan sangat ke?

Kemudian kami menaiki bumper car...

" Sempitnya.." Keluh aku, lutut aku berlanggar dengan lutut Airi.

" Kau je yang besar sangat.." Kata Airi. Tiba-tiba seorang lelaki melanggar kenderaan kami, dia tergelak-gelak selepas itu, aku menoleh kearahnya.

" B..Baihaqi?" Airi kelihatan risau.

" Kita main ni..untuk langgar orang lain, kan?" Tanya aku, Airi mengangguk. Senyuman sinis terukir diwajah aku.

Selepas melanggar semua orang dan terutamanya lelaki tadi, aku dan Airi pergi ke permainan seterusnya pula iaitu roller coster.

" Wohooo!" Airi mengangkat tangannya sedang kami menuruni landasan roller coster yang mencakar langit ini, aku memegang sahaja pemegang yang berada dihadapan aku.

Apa yang seronoknya pasal roller coster?! Bukan boleh mati ke macam ni! Kenapa orang-orang lain dibelakang aku nampak seronok jugak!

" Hah..aku..rasa tak sedap badan.." Selepas naik roller coster tadi, aku rasa kepala dan badan aku berat lalu aku terus duduk dibangku, kaki aku juga bergetar.

" Tinggi jugak landasan tadi..hehehe.." Airi duduk ditepi aku, aku menoleh kearahnya.

" Kau..tak takut ke?" Soal aku.

" Takdelah..Tengok muka kau yang takut tadi memang berbaloi, hilang semua takut aku.." Balas Airi, aku menutup sedikit wajah aku..

" J..Jangan harap..aku bagi kau tengok lagi.." Keluh aku.

" Alaaa! Kenapa?" Airi mengembangkan pipinya, aku terus berdiri.

" Sudahlah..aku nak beli air!" Aku ingin segera bergegas daripada bangku itu namun Airi juga ikut berdiri dan mengejar aku.

" Kau comel bila kau malu.." Perli Airi.

" A..Aku takde malu..." Aku mengetap gigi aku, sedang ku melajukan langkah aku, bahu aku berlanggar dengan seorang lelaki, kami berdua terus terhenti.

" Ah..maaf.." Kata aku, lelaki itu menoleh kearah aku, dia mempunyai rambut kelabu dan juga mata biru yang cerah, dia memakai pakaian hitam dan seluar putih.

" Hum..baik." Balas lelaki itu, dia hanya terus berjalan semula, Airi memerhati lelaki itu, riak wajahnya terus berubah apabila terlihat wajah lelaki itu.

" Airi?" Aku pelik, kenapa Airi terkaku tiba-tiba?

" Oi, Airi.." Aku tegurnya lagi, tangan Airi terus menarik baju aku, kenapa dengan dia?

" A..Aku pun haus..Jom beli air sama-sama.." Kata Airi.

" O..okay.." Aku meneruskan langkah aku, Airi masih memegang baju aku dengan erat. Lelaki tadi..ada benda yang tak kena pasal dia ke? Airi tiba-tiba sahaja jadi begini selepas berjumpa dengan lelaki tu..

***

" Kau ada diposisi kau, Eric?" Soal Zaki melalui panggilan telefon, Eric meletakkan kertas jampi dibahagian satu tapak permainan kemudian terus berjalan pergi.

" Aku dah letak yang terakhir.." Kata Eric, dia melihat sekeliling, kelihatan ramai orang sedang bersama dengan keluarga, kawan-kawan malah kekasih mereka, ada yang sedang berseronok, ada yang sedang bermain permainan, ada budak-budak yang menangis, ibu dan ayah yang marah, orang tua yang berjalan dengan perlahan, semuanya Eric perhatikan dengan pandangan yang kosong.

" Sekarang kita tunggu Reaper bertindak pula.." Balas Zaki.

" Semua manusia ni..bakal jadi makanan Saka.." Keluh Eric.

" Apa kau cakap?" Tanya Zaki.

" Takde apa.." Eric mengakhiri panggilan mereka, dia mengeluarkan karambitnya dan memusing-musingkannya dijari telunjuknya.

***

" Jadi disinilah fun fairnya, hah.." Rizqi berjalan laju kearah barisan memasuki fun fair, Yuki mengejarnya dalam keadaan cemas.

" Rizqi, kita kena fokus pada misi.." Kata Yuki.

" Lepaklah..sejam je aku nak masuk sini lagipun belum lewat malam..Saka masih kurang aktif sekarang, mari berseronok dahulu.." Pujuk Rizqi, dia memasuki barisan yang panjang, Yuki terus menarik tangannya.

" Awak dah lupa pesanan saya Lisa dengan saya ke, Rizqi?" Yuki kelihatan marah, Rizqi membuat wajah malas.

" Yuki..kau ni-" Sebelum sempat Rizqi menghabiskan ayatnya, cahaya hitam muncul dari dalam fun fair, dia dan Yuki segera menoleh kearah cahaya itu, pendinding yang hitam dan gelap berdiri dengan perlahan dan mula menutupi seluruh fun fair tersebut, orang ramai yang berada diluar segera melarikan diri mereka.

" Apakah? Pendinding..bayang?" Rizqi kurang percaya apa yang sedang dilihatnya namun dia segera bergegas masuk kedalam fun fair itu.

" Sabar, Rizqi!" Panggil Yuki namun Rizqi sudah terlalu jauh daripadanya, akhirnya Yuki juga berlari kearah fun fair yang sedang ditutupi pendinding bayang tersebut.

***

" Apa yang ada kat atas tu?" " Ada orang terbanglah!" " Tengok atas korang!" " Apa tu?" Orang ramai berkumpul dihadapan ferris wheel, seorang lelaki dalam jubah hitam sedang berterbangan diudara dan berhadapan ferris wheel tersebut, lelaki itu menarik hood jubah hitamnya.

" Banyaknya..makanan berkumpul.." Reaper tersenyum sinis, tenaga roh hitam mengelilingi badannya, dia kemudiannya mengangkat tangannya keatas.

Air yang dipegang oleh Airi terjatuh daripada tangannya, matanya terbuka luas sahaja, Baihaqi yang sedang berdiri ditepinya juga terkaku, kelihatan langit dan disekeliling fun fair mula hitam dan gelap.

" Azrael, bukalah..Pendinding Bayang!" Azimat hitam yang berada dicincin Reaper mengeluarkan tenaga roh yang banyak dan membentuk pendinding bayang.

" Apa jadi ni?!" " Lari!" " Serangan Saka?!" " Kalau ini prank, memang tak lawak!" " Semua lari!" Orang ramai yang tadi berkumpul mula kelam-kabut dan melarikan diri mereka jauh daripada Reaper, Baihaqi menepuk bahu Airi.

" Airi" Panggilnya, Airi menoleh perlahan kearah Baihaqi.

" K..Kita kena serang dengan Saka ke sekarang?" Soal Airi.

" Nampaknyalah..makhluk atas tu ialah Saka..Kita kena lari!" Kata Baihaqi, Airi mula menggeletar, Baihaqi memegang tangannya dengan perlahan.

" Mari..Airi.." Ajak Baihaqi, dia mengeratkan lagi pegangannya, Airi mengangguk sahaja, mereka berdua melarikan diri mereka, Reaper memandang mereka semua dari atas langit.

" Aku lapar, masa untuk makan.Mari bunuh mereka semua, Azrael!" Kapak yang diperbuat daripada bayang terbentuk ditangan Reaper, dia terus menuju kearah orang ramai dengan pantas Baihaqi menoleh kebelakang.

Bab 10 Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience