Bab 7 : Bermula

Action Series 1113

Bab 7 : Bermula

" Nampaknya...kita kena berhenti dululah ya..Dah pukul 8 pagi dah ni, korang berdua pun..dah nampak macam mayat." Mikael memandang aku dan Emilia yang kelihatan penat dan dibasahi peluh, kami berlatih semalaman untuk memahirkan pengawalan tenaga roh kami. Abang Zen tertidur dikerusi sambil menyilang tangannya.

" Sabar..kali ni aku pasti aku..boleh." Kata aku kemudian mengeluarkan lagi tenaga roh aku, Mikael tersenyum pahit, aku cuba alirkannya, bayangkan buih, jangan letupkannya, bergeraklah..teruskan.

" Ah!" Akhirnya tenaga roh aku mengalir dengan jayanya. Tangan kanan aku dikelilingi aura tenaga roh aku.

" Wah, selepas hampir 9 jam ya.." Kata Mikael. Aku terus terduduk, Emilia mengambil tuala dan terus mengelap peluhnya.

" Sudahlah, aku tak larat nak buat..Malam nantilah aku habiskan latihan aku ni.." Keluh Emilia.

" Baihaqi, kau baru dapat alirkan tenaga roh kau sahaja, belum lagi gunakannya pada sihir atau sumpahan kau.." Tegur Mikael, bahu aku terus terangkat.

" Betul juga.." Aku hampir terlupa pasal tu..Wajah aku tepuk dengan kuat.

" Jangan risaukannya, untuk latihan seterusnya, kita akan sempurnakan lagi aliran tenaga roh kau kemudian cuba gunakannya untuk sempurnakan teknik sumpahan dan sihir kau pula..Buat masa ni, pergi mandi dulu." Cadang Mikael, dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku berdiri namun aku endahkan sahaja dia dan berdiri dengan sendiri. Mikael menarik semula tangannya dan mengibas seluarnya beberapa kali.

" Terima kasih untuk latihan hari ni, Mikael..Aku pergi mandi dulu, cakapkan terima kasih aku pada Abang Zen bila dia bangun.." Aku berjalan keluar daripada bilik latihan itu, Mikael menoleh semula kearah aku, dia tersenyum.

" Aku pun sama.." Emilia berjalan keluar mengekori aku.

Aku dan Emilia berjalan bersama-sama menuju kearah tangga, langkah Emilia tiba-tiba terhenti, entah kenapa aku juga berhenti mengikutinya, dia menghembuskan nafas yang panjang.

" Sakit hati betul..bila ada orang lain dapat mahir dalam sesuatu lebih awal daripada aku." Kata Emilia, pipi kanannya mengembang.

" Nasib je..jadi tadi, sejujurnya aku tak sangka jadi.." Balas aku.

" Dengar ni, Baihaqi..Lepas ni, aku akan mahir lebih awal dalam semua benda berbanding dengan kau, kita ialah rival!" Emilia mengangkat jari telunjuknya kemudian mendekatkan dirinya dengan aku.

" Rival?" Aku memandangnya pelik.

" Aku nak pandang kau sebagai saingan aku..supaya aku bersemangat sikit. Aku suka jatuhkan orang lain dan pijak mereka apabila mereka sedar mereka kalah dengan aku!" Emilia tersenyum sinis.

" Personaliti kau memang teruk.." Kata aku.

" Kau pun sama je.." Balas Emilia.

Kami memandang sesama sendiri kemudian tersenyum, Emilia bergerak kehadapan aku, mata aku mengekori sahaja langkahnya.

" Ambik aku dengan serius, Baihaqi..Aku tak plan untuk kalah." Cabar Emilia.

" Jangan menangis masa kalah nanti pulak.." Perli aku.

" Hehe, kau pesan untuk diri sendiri ke?" Emilia tergelak kecil kemudian terus berlari pergi, aku terkaku berfikir.

Adakah aku dah mula berhubung dengan mereka? Dengan Airi, dengan Mikael, dengan Abang Zen, dengan Emilia..

Bila bercakap dengan mereka, aku rasa mereka tak layan aku..macam keluarga aku, terasa seperti...aku bercakap dengan orang yang pandang aku sebagai diri aku dan bukannya..sampah.

***

" Untuk sarapan hari ni, aku buatkan pancake untuk semua, makanlah.." Alex menghidangkan makanan diatas meja, Mikael beri aku sarapan dahulu disini sebelum aku pulang, kelihatan mata Emilia berkilauan apabila melihat pancakes yang dibuat Alex.

" Memang ahli yang berada dimarkas utama adalah korang je ya?" Tanya aku apabila melihat hanya Alex, Mikael dan Abang Zen yang berada dimeja makan yang besar ini.

" Kebanyakkan ahli Shadow Society duduk dekat rumah mereka sendiri je, mereka ada kehidupan dan kerja sendiri, mereka biasanya hanya datang ke markas apabila dipanggil atau ada laporan mahu diberi.." Terang Mikael.

" Kalau kau nak tahu, ada hampir 50 orang ahli Shadow Society dekat Kuala Lumpur..." Kata pula Abang Zen.

" Begitu.." Aku mengangguk faham, kumpulan ni agak besar juga, apabila aku melihat hubungan mereka bertiga, mereka nampak rapat jadi mesti mereka sudah lama kenal sesama sendiri..

***

Aku terfikir, aku tak perlukan hubungan tapi..tipulah kalau aku..tak mahu ada kawan ataupun keluarga yang kekal bersama dengan aku dan sokong aku..

Ibu meninggal dunia, ayah dan ahli keluarga lain tak pernah layan aku seperti orang, semasa disekolah aku tak pernah berkawan, banyak orang takut nak dekati aku dan anggap aku pelik..

Tapi sejak dua kemenjak ini, aku akhirnya dapat berkawan dengan seseorang, ahli Shadow Society pun banyak bantu aku, Emilia memandang aku sebagai rivalnya, terasa seperti hubungan-hubungan yang pernah aku mahukan dulu, aku adanya sekarang..

Walaupun begitu, aku masih rasa..aku tak boleh terlalu rapat dan..biarkan diri aku terserap dalam hubungan ini, mereka hanya ada..sebagai langkah aku mencapai apa yang aku mahukan sahaja..

Baihaqi, kau tak terasa terlalu dingin ke..berfikir sebegitu?

" Saya orang yang teruk, kan? Ibu.." Aku terduduk dihadapan gambar ibu, berfikir sebegini memang menarik banyak tenaga, sudahlah aku penat sebab berlatih di markas tadi..

" Baihaqi, kau dah balik?" Soal Airi, dia membuka pintu bilik aku.

" Ketuklah dulu lain kali.." Kata aku sambil menoleh kearahnya.

" Aku dah ketuk..tapi kau tak perasan.." Keluh Airi.

" Begitu, maaflah.." Aku memandang semula gambar ibu, Airi memerhati sahaja aku, dengan perlahan dia berjalan kearah aku.

" Itu gambar siapa?" Tanya Airi.

" Gambar arwah ibu aku..dia meninggal beberapa tahun lepas..sebab penyakit." Balas aku, Airi duduk ditepi aku dan memandang gambar itu.

" Makcik..saya kawan Baihaqi, nama saya Airi. Makcik tenang je ya, saya tolong Baihaqi..dan jagakan dia..Hehe." Tiba-tiba Airi bercakap dihadapan gambar ibu, bahu aku terangkat.

" Aku kehilangan kedua-dua ibu bapa aku, kadang-kadang aku..bercakap dengan gambar mereka untuk mengubat rindu. Agak efektif jugak sebenarnya.." Kata Airi, senyumannya sayu sahaja, aku menggaru kepala aku.

" Aku pun sama je, aku..selalu bercakap dengan gambar ibu dan mengeluh.." Aku meletakkan tangan aku diatas peha aku semula.

" Nampaknya kita ada persamaan, hah.." Airi meletakkan tangannya didagu, senyumannya yang tadi sayu berubah riang.

Sudah lama rasanya, aku tidak bersembang sebegini dengan seseorang..Kali terakhir semestinya hanya semasa ibu ada sahaja..

" Airi, kau rasa apa maknanya untuk kita..berhubung dengan seseorang?" Soal aku.

" Ah? Soalan apa kau bagi aku ni?" Airi kelihatan janggal mendengar soalan aku itu.

" Ja..Jawab jelah.." Keluh aku.

" Hum..Berhubung dengan seseorang sebenarnya ialah sesuatu yang menakutkan, macam kes aku, sebenarnya sebelum aku dekati kau, aku agak teragak-agak..sebab aku takut macam mana kau bakal layan aku..Tapi aku tekad, aku mahu berkenalan dan berkawan dengan kau..sebab kau buat aku rasa kagum. Apabila kau lepasi semua halangan kau untuk berhubung dengan seseorang, hati kau akan terasa puas dan nyaman.." Terang Airi, dia meletakkan tangannya didadanya, aku memandangnya sahaja..Telinga aku mula kemerahan.

" Bersembang sebegini..memang memalukan, hah.." Aku berdiri dan menutup sebahagian wajah aku, Airi juga turut ikut berdiri.

" Kau yang start dulu.." Kata Airi.

" Sudahlah..aku..lapar." Aku cuba menukar topik.

" Baguslah, aku dah masakkan untuk kau!" Airi menunjukkan thumbs-up, aku menoleh lagi kearahnya, Airi..memang seseorang yang cerah..Kenapa orang macam dia kagum dengan aku?

Hati aku yang sering terasa dendam dan marah ini..Mula terasa tenang apabila aku bercakap dengan kau..Begitu juga semasa aku berlatih dengan Mikael dan Abang Zen, ataupun semasa aku dan Emilia bersama bergelut dalam latihan kami..

Aku memang hipokrit..

***

" Ah! Tuan Khalid dan Akak Lisa!" Seorang lelaki dengan rambut jingga kelihatan terkejut apabila melihat Khalid dan Lisa sedang makan bersama disebuah gerai, mereka berdua memandang lelaki itu dengan wajah terkejut juga.

" Dah..lama tak jumpa, Shaufi.." Kata Khalid dengan senyuman janggal.

" Memanglah, tuan sibuk dengan skuad baru tuan dan bagi saya pegang skuad 5, bukan ke sepatutnya Akak Lisa yang buat semua kerja ni sebab dia Nasib Kapten?!" Shaufi menurungut, Khalid kelihatan serba-salah.

" Khalid perlukan aku sebab telepathy berguna untuk komunikasi..Skuad 5 bukannya ada misi ataupun tugas penting pun semasa aku dan Khalid hilang betul tak?" Terang Lisa, dia menghirup kopinya dengan wajah tenang.

" Tapi masih menyusahkan! Saya memang takkan jadi ketua skuad dengan tugas banyak sebegitu!" Shaufi menarik rambutnya sedikit.

" Tahu pun..Selama ni korang menyusahkan Khalid tak pernah fikir pula?" Soal Lisa, Shaufi tertunduk malu.

" Bertenang Shaufi..makanlah dulu.." Ajak Khalid, cuba memujuk Shaufi yang dalam kesusahan itu.

***

Zen sedang berada dibalkoni markas, rokok berada ditangannya, dia menghembuskan asap rokok sambil memerhati permandangan daripada atas bukit, angin petang bertiup perlahan, rambutnya yang panjang berterbangan.

" Permandangan daripada sini memang buruk, kan?" Tegur Mikael, dia berjalan dan memberhentikan langkahnya ditepi Zen.

" Takdelah buruk sangat, aku lebih suka tengok pokok daripada bangunan-bangunan buruk dekat tengah bandar.." Balas Zen, Mikael tersenyum.

" Bagi aku satu.." Pinta Mikael sambil menunjukkan batang rokok yang berada ditangan Zen.

" Kau bukan dah berhenti ke?" Soal Zen.

" Sekali-sekala, apa salahnya?" Kata Mikael, Zen menyerahkan sahaja sepucuk rokok, Mikael mengambilnya.

" Tolong bakarkan." Pinta Mikael sambil menghalakan pucuk rokoknya kearah Zen.

" Tch, menyusahkan.." Keluh Zen, dia memetik jarinya, api berwarna unggu terkeluar sedikit dan dia membakarkan rokok Mikael.

Mikael menghisap rokoknya dan menghembuskan asap, dia meletakkan tangannya dipagar balkoni.

" Zen...Vera dah mati, kan?" Tanya Mikael.

" Mikael..kau yang bunuh dia..Kenapa dengan kau ni?" Zen memandang Mikael dengan wajah tertanya.

" Ya..betul tu..Aku bunuh dia. Tapi, kau rasa..ada kemungkinan ke..dia sebenarnya belum mati?" Keluh Mikael, dia mengenggam rokoknya.

" Bagitau aku, apa jadi?" Tanya Zen.

" Ada berlawan dengan Saka yang boleh gunakan sebahagian daripada Azrael.." Balas Mikael, mata Zen terbuka luas seketika namun dia kembali tenang.

" Biar betul.." Zen menutup sebahagian wajahnya.

" Aku sendiri tak percaya tapi Azrael memang bertindak pelik semasa tu dan setiap kali senjata kami bertembung, aku dapat rasakannya, ia memang bahagian Azrael.." Kata Mikael, dia menarik rambutnya kebelakang.

" Aku hanya..berikan bahagian Azrael kepada Vera.." Tambah Mikael lagi, dia kemudian sambung menghisap rokoknya.

" Tenang dulu, Mikael, kalau boleh kita tunggu kalau Saka itu bertindak lagi, bila dia keluarkan Azrael, kau dapat kesan dia..Kalau dia keluar lagi, kita akan cuba tangkap dia.." Pesan Zen, Mikael mengeluh kecil, asap yang kecil keluar daripada mulutnya.

" Itu memang plan aku. Zen jangan bagitau sesiapa dahulu pasal hal ni, kita akan selesaikannya dengan sesama kita saja.." Arah Mikael, Zen mengangguk faham sahaja.

***

Dunia ghaib ialah satu misteri, malah bagi Pemburu Saka dan juga Saka sendiri, tiada sesiapa ketahui, apa yang tersorok didalam dunia itu selain daripada ianya tempat lahir dan terciptanya Saka.

Emosi buruk manusia, roh yang berdendam, nama-nama dan khabar angin yang buruk membentuk tenaga roh yang melahirkan Saka di dunia ghaib, manusia yang pernah melihat dunia ini menerangkannya sebagai satu tempat yang buruk dan jijik, manusia yang menjejakkan kaki mereka didunia ghaib pula tidak pernah pulang..

Satu demi satu langkah aku ambil dalam keadaan aku yang cedera ini, luka yang besar berada didada aku dan wajah aku, darah mengalir dengan laju, tidak lama lagi..Aku bakal mati, aku akan mati..tapi walaupun macam tu, aku tetap cuba berjalan..dan mencari seseorang..yang mungkin akan tolong aku...

" Aku tak mahu mati."

" Sesiapa...tolong beri aku hidup.."

Akhirnya aku tiada kekuatan yang tinggal lagi, kaki aku terjatuh dan aku menyandarkan badan aku ditepi dinding, kelihatan darah aku terheret didinding ini dan mengalir hingga terjatuh daripada tangga dimana aku terduduk dalam keadaan yang nazak.

" M..Mika..el.." Hanya nama dia sahaja dapat aku cakapkan..

Mikael, kalau aku mati sekarang, kau takkan tenang, aku akan sumpah kau..

" Vera, kau macam abang aku.." Kata-katanya seperti bermain dikepala aku, sial..Aku tak nak mati dan ingat masa-masa itu..Bagilah aku sumpah dia..

" Kesiannya..kau kena bunuh dengan orang yang kau percayai..Mereka tak percayakan kau, mereka pandang kau sebagai orang yang jahat..Kesian betul.." Seorang budak lelaki muncul dihadapan aku, dia tersenyum sinis namun mata merahnya kelihatan sayu, rambut hitamnya pula serabut dan kerinting.

" Aku boleh jadikan kau Saka..dan kau boleh terus hidup. Kau dapat gunakan kuasa yang lebih kuat..dan kau dapat lepasi semua had yang badan manusia tak benarkan kau..Kau hanya perlu bantu aku sahaja.." Tawar budak lelaki itu, dia menghulurkan tangannya yang kecil kearah aku.

" Aku..nak..sumpah..Mika..el.." Kata aku dalam keadaan yang lemah, budak itu mengambil tangan aku, dia meletakkan tapak tangan aku dipipinya kemudian membelainya perlahan.

" Ah, bila kau jadi Saka...Kau boleh sumpah Mikael,seberapa banyak kali kau nak.." Balas budak lelaki itu.

Aku terima tawaran dia dan..dilahirkan semula didunia ghaib..

" Masih belum kenyang, Reaper?" Lelaki itu muncul dihadapan aku, tenaga rohnya membuatkan kaki dan badan aku lemah, aku terus terduduk dihadapannya, walaupun aku Saka..dan sepatutnya sudah mati..

Aku dapat rasa..bulu roma dan peluh aku turun apabila lelaki itu memandang aku..

" Sedikit sahaja lagi.." Kata aku, lelaki itu tersenyum sahaja.

" Jangan biarkan Xander tunggu dengan lama..Dia bukannya seseorang yang penyabar.." Pesan lelaki itu, aku mengangguk sahaja.

" Skuad 3 sudah pulang ke Kuala Lumpur jadi sila berhati-hati, bukan itu sahaja..skuad 7 juga sudah selesaikan siasatan mereka tentang mangsa-mangsa kau yang kau biarkan beberapa hari lepas.." Terang lelaki itu, aku menelan air liur aku.

" Reaper..lain kali, jangan tinggalkan kesan..Jikalau kau bunuh seseorang, jangan tinggalkan sisa.." Lelaki itu meletakkan tangannya diatas kepala aku.

" Baik..tuan." Balas aku, tangannya dengan perlahan bergerak daripada kepala aku.

" Tapi kejadian lepas bukannya salah kau sepenuhnya juga, kau diganggu oleh Mikael, betul tak?" Tanya lelaki itu.

" Ya..aku masih tak cukup kuat pada masa itu.." Aku mengangkat kepala aku.

" Aku faham, Reaper. Pastikan kau cukup kuat lain kali..untuk bunuh dan sumpah dia. Kalau Mikael juga masuk campur didalam hal ini, ianya akan jadi menyusahkan.." Keluh lelaki itu, dia berjalan kearah tepi aku.

" Aku..akan bunuh dia lain kali, tuan." Aku cuba berdiri, lelaki itu meletakkan tangannya dibahu aku.

" Jangan kecewakan aku dan dia, Reaper.." Lelaki itu menepuk aku beberapa kali sebelum berjalan pergi, aku terus menghembuskan nafas lega dan memandang kebelakang seketika.

Ketakutan. Itu sahaja apa yang aku rasa..apabila bercakap dengan lelaki itu.

***

" Terima kasih kerana hadir, skuad khas, sebelum bermula, aku akan kenalkan diri aku bagi yang tak tahu..Aku ialah kapten skuad 7, Gong-Li..Well, korang panggillah aku Tuan Gong-Li sahaja.." Tuan Gong-Li berada dihadapan ahli-ahli skuad khas, Khalid duduk ditepinya dengan wajah yang serius.

" Hari ini, aku akan serahkan dan terangkan pasal laporan baru yang skuad aku buat untuk minggu ini..Jadi ini ialah taklimat misi korang, sila fokus ya." Tuan Gong-Li menunjukkan fail yang dipegangnya.

" Baik, tuan!" Balas Shaurya, Rizqi menutup sedikit telinganya, Yuki pula memandang mereka dengan senyuman pahit, Chyou diam sahaja dan tidak bertindak.

" Perlahan sedikit, Shaurya.." Bisik Lisa.

" Baiklah..aku mula sekarang, sila lihat kehadapan.." Tuan Gong-Li membuka projector yang memaparkan beberapa gambar badan yang terbelah-belah dan terpotong, salah satu daripadanya ialah Ehsan, Khalid kelihatan terganggu seketika.

" Teruknya.." Yuki menarik sedikit pakaiannya.

" Maaflah..tunjuk korang sesuatu yang agak grafik ini. Dalam masa seminggu ini, semasa skuad 3 berada diluar negeri, terdapat serangan Saka yang berlaku, Saka ini menyerang orang ramai dan Pemburu Saka dan selepas siasatan, kami pasti semua serangan ini ialah daripada Saka yang sama.." Cerita Tuan Gong-Li.

" Macam mana tuan tahu ianya Saka yang sama?" Tanya Rizqi.

" Soalan yang bagus. Sebab semua mangsa yang kena serang ini, mereka terkena satu sumpahan, Teknik Sumpahan Bayang..Maksudnya Saka ini ialah Saka bayang.." Balas Tuan Gong-Li.

" Saka bayang?" Khalid kelihatan terkejut, Tuan Gong-Li menoleh kearahnya.

" Iya, sudah lama Saka bayang tidak muncul sebegini, mereka ialah jenis Saka yang agak kuat, kemungkinan besar serangan ini dilakukan untuk dia mengisi semula tenaga rohnya, Saka tahap tinggi biasanya buat sebegini sebab apabila mereka keluar daripada dunia ghaib, kebanyakkan tenaga roh mereka hilang.." Tuan Gong-Li menukar paparan projektornya, menunjukkan beberapa fakta tentang Saka bayang dan gambar-gambar bukti.

" Nampak menyusahkan untuk dikendalikan.." Keluh Rizqi namun dia hanya tersenyum teruja sahaja.

" Bukan itu sahaja, daripada siasatan juga, membuktikan Saka ini bukannya bertindak sewenang-wenangnya sahaja, dia seperti tahu, semua pergerakan Pemburu Saka dan skuad OPS, ada kemungkinan, Saka ini kena mengena dengan pihak yang bekerja dengan pengkhianat organisasi.." Sambung Tuan Gong-Li.

" Kalau dia ada kena mengena dengan pihak itu, jawapannya ianya tugas skuad khas untuk selesaikannya, betul tak?" Tanya Shaurya.

" Semestinya." Khalid akhirnya berdiri, dia bergerak kehadapan dan menyamakan bahunya dengan Tuan Gong-Li.

" Salah seorang daripada kawan aku jadi mangsa Saka ini, aku tak berniat nak lepaskan dia, kita akan basmi Saka ini. Aku faham, ini mungkin kedengaran agak personal dan aku mementingkan diri aku..Tapi aku harap ahli skuad lain bantu aku, kita kena selesaikan Saka ini sebelum lebih banyak yang tercedera.." Kata Khalid, dia meletakkan kedua-dua tangannya diatas meja dan memandang satu per satu wajah ahli skuadnya.

" Jangan risau Tuan Khalid, kami..faham." Balas Yuki, matanya kelihatan sedih sahaja.

" Kau tak perlu cakap macam tu pun, kami akan ambil misi ini.." Lisa menyilang tangannya.

" Rasanya mungkin Saka bayang ni boleh beri cabaran sedikit, bosan basmi Saka-saka yang lemah.." Rizqi tersenyum.

" Dengan itu, selesai taklimat kita ini, aku harap korang semua berjaya dalam misi ini..Tolong jangan mati pula, korang semua masih muda.." Pesan Tuan Gong-Li, dia menutup matanya dengan perlahan.

***

Pemburu Saka, kerja yang penuh risiko, bila-bila masa sahaja kau boleh mati, tanpa kau sedar, kau boleh disumpah..

Kenapa jadi Pemburu Saka? Semua orang ada kemahuan dan kehendak mereka, untuk pertahankan sesuatu..untuk menjaga sesuatu..untuk musnahkan sesuatu..

Sehari sebelum ini...,

" Wah, ini memang laporan yang sangat teliti.." Syakir sedang memerhati fail yang diserahkan kepadanya oleh Tuan Danielle, mereka berdua masih sedang berada dijalan raya, lampu kereta sahaja yang menerangi jalan dihadapan kereta mereka.

" Tuan Gong-Li serahkan semua laporan ini kepada semua kapten, nampaknya dia masih percayakan ahli-ahli kapten OPS, kalau dia ada ragu-ragu walaupun sedikit..Dia pasti hanya akan serahkannya kepada orang yang dia percaya sahaja.." Kata Tuan Danielle, dia masih memandu, matanya fokus sahaja pada jalan yang agak gelap.

" Boleh jadi juga Tuan Gong-Li serahkan laporan ini kepada semua kapten skuad supaya pengkhianat fikir yang dia masih belum meragukan semua kapten skuad lagi..Laporan ini juga boleh jadi perangkap.." Balas Syakir, dia meletakkan fail tadi dihadapannya, Tuan Danielle tersenyum.

" Mata yang tajam, Syakir.." Puji Tuan Danielle, Syakir membuka mata kanannya sedikit.

" Esok saya sibuk, Tuan Danielle, dengan kerja daripada skuad 3 lagi..Saya mungkin tak dapat bantu tuan dalam masa beberapa minggu ini..Skuad 3 ialah skuad yang agak sibuk..Kami ada outstation lagi minggu depan.." Keluh Syakir.

" Jangan risaukannya, buat masa ini semuanya berjalan lancar sahaja..Aku faham, mesti sibuk jadi ahli skuad yang aktif." Tuan Danielle kelihatan tenang dengan senyumannya, Syakir menutup semula matanya dan turut ikut tersenyum.

" Skuad 10 tiada misi ataupun kerja ke baru-baru ini?" Tanya Syakir.

" Kami hanya selesaikan laporan-laporan orang ramai sahaja, agak membosankan.." Balas Tuan Danielle, wajahnya kelihatan kecewa seketika.

" Begitu.." Syakir menoleh kearah luar tingkap kereta, mereka melalui beberapa lampu jalan, bandar Kuala Lumpur yang masih bercahaya walaupun sudah tengah malam mula kelihatan.

Bab 7 Tamat.

Arc 1 Bermula!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience