Bab 3 : Motif

Action Series 1113

Bab 3 : Motif

" Menyusahkan betul.." Khalid kelihatan penat, Saka yang dihadapnya sedang dipenuhi dengan luka dan berlemuran dengan darah namun setelah beberapa saat, luka-luka dan darahnya tadi pulih semula, Saka itu tersenyum sahaja, dia seperti mempermain-mainkan Khalid.

" Kaki yang aku potong tak pulih semula tapi luka-luka bilah dan kecil pulih, dari tadi aku tak dapat peluang buat serangan yang dalam dan kuat, dia laju dan lebih berhati-hati..Tak guna." Monolog Khalid, dia mengangkat pedangnya, Saka tadi mula menyerang Khalid semula, dia segera mengelak tangan yang dihayun Saka itu.

" Kau memang paksa aku guna teknik sihir aku, hah.." Keluh Khalid, lagi satu serangan dihalakan kearahnya, Khalid menjauhkan dirinya lagi, tanah digegarkan oleh Saka itu, dia melepaskan lagi satu tumbukan, Khalid dapat menepis dan melukan sedikit tangan Saka itu tetapi ia pulih dengan laju lagi.

" Khalid langsung tak dapat peluang menyerang..Haih, mana yang lain ni? Kenapa lambat sangat?" Lisa kelihatan risau, dia menarik sedikit rambutnya.

" Arghhh!" Khalid menjerit, kepalanya kelihatan berkerut, dia menuju kearah Saka itu dengan laju, Lisa terkejut melihat Khalid menyerang dan biarkan dirinya terbuka, kedua-dua tangan Saka itu menuju kearahnya, Khalid memusingkan badannya dan dapat memotong beberapa jari Saka itu.

" Hehehehehehe! Kau mati sekarang!" Kata Saka itu, dia membuka mulutnya dengan luas, Khalid terkejut, satu tangan keluar daripada mulut Saka itu dan terus menumbuk Khalid tepat diperutnya, dia tidak dapat mengelak serangan mengejut itu kerana sedang berada diudara, Khalid terus terpelanting jauh.

" Khalid!" Jerit Lisa. Badan Khalid terjatuh ketanah dan terheret agak jauh, Lisa bergegas laju kearah Khalid.

" Lisa jangan dekat!" Arah Khalid, langkah Lisa terhenti, dengan perlahan Khalid berdiri, kelihatan kepalanya berlemuran darah, terdapat juga darah mengalir daripada mulutnya, namun dia tersenyum sahaja.

Saka tadi kelihatan terkejut dengan reaksi Khalid itu.

" Apa masalahnya Saka? Aku belum mati lagi.." Khalid menghalakan tangannya kehadapan, pedangnya yang terlepas daripada genggamannya selepas dia terpelanting tadi kembali ketangannya.

" Kali aku pastikan kau mati!" Saka itu terus menyerang Khalid dengan menghayun kedua-dua tangannya kearah Khalid.

" Kau yang terbuka pula kali ni!" Khalid menghalakan pedangnya kearah Saka itu, dia juga menghayunkan senjatanya itu dengan laju.

" Teknik Sihir Pemusnah, Penghancuran Total." Pedang Khalid menusuk badan Saka itu, tiba-tiba kedua-dua tangannya terhenti, Saka itu seperti sedar sesuatu sedang berlaku.

" Aku tak suka guna teknik sihir aku, ianya menggelikan untuk tengok." Kata Khalid. Badan Saka itu berubah menjadi beribu bahagian seperti kaca, darah terpercik kemerata tempat namun badan dan darah Saka itu teru berubah menjadi debu dan menghilang ditiup angin.

" Kau boleh je bunuh dia dari awal, buat apa susahkan diri kau?!" Marah Lisa, dia mendekati Khalid sedang pendinding yang mengelilingi mereka jatuh dan hilang.

" Maaflah, aku tak nak bazir tenaga aku masa awal-awal tadi.." Balas Khalid sambil tersenyum pahit.

" Biar aku pulihkan luka kau.." Kata Lisa, cahaya hijau keluar daripada tangan kanannya, Khalid terduduk, kecederaannya mula membebankan dirinya.

" Haih, lambat betul skuad kita ni.." Keluh Khalid.

" Maaf Tuan Khalid tapi..mereka bertiga nampaknya diserang juga.." Tiba-tiba Chyou muncul, Khalid dan Lisa terkejut beruk, Chyou menutup sedikit wajahnya yang mula kemerahan.

" Saya tak dapat tolong sebab saya terus mahu bantu tuan, yang lain diserang oleh tiga orang dan nampaknya orang yang serang mereka boleh gunakan sihir dan Saka." Terang Chyou.

" Apa? Kita kena bantu mereka sege-" Khalid cuba berdiri namun dia dihalang oleh Lisa yang menumbuk kepalanya dengan kuat, dia terus tidak sedarkan dirinya.

" Si bodoh ni..dah cedera pun nak lawan..Geram aku.." Keluh Lisa, Chyou terdiam melihat tindakan Lisa itu.

" Chyou, kau bantu mereka bertiga, biar aku pulihkan dulu Tuan Khalid, kami akan tolong korang lepas Khalid pulih sedikit, segera!" Arah Lisa, Chyou mengangguk faham.

" Ghost, hilangkan aku." Pinta Chyou, Saka yang berbentuk seperti manusia namun hanya mempunyai mata hitam yang kosong dan tidak punyai hidung dan mulut muncul dari belakangnya, Saka itu seperti menutupi Chyou dan mereka hilang daripada pandangan.

" Nampaknya serangan ni memang bukan kebetulan, hah.." Lisa meletakkan cahaya hijau ditangan kanannya diluka Khalid, dengan perlahan, luka itu mula sedikit pulih.

***

Shaurya sedang membawa kereta dengan selaju mungkin, Rizqi duduk ditepinya manakala Yuki dibelakang. Mereka sudah hampir dekat dengan pasar dimana Khalid dan Lisa diserang.

" Baiklah kita dah nak sampai.." Kata Shaurya.

" Harap Tuan Khalid okay sahaja.." Keluh Rizqi namun dia tiba-tiba dapat merasa ada sesuatu tidak kena, seperti ada sesuatu yang mendekati kereta mereka.

" Shaurya hentikan kereta!" Arah Rizqi, Shaurya dan Yuki keliru kerana Rizqi tiba-tiba sahaja menjerit, kelihatan satu tombak menusuk enjin kereta mereka, mata Rizqi berubah unggu, dia menghalakan tangannya kehadapan.

Kereta mereka meletup, beberapa kenderaan yang dekat terhenti dan ada yang berlanggar dengan sesama sendiri, keadaan mula jadi kelam-kabut,orang ramai keluar daripada kenderaan mereka dan menjauhkan diri mereka daripada api letupan yang marak itu.

" Hah! Mereka bodoh datang ke sini dengan kereta..Betapa kuatnya kau sebagai Pemburu Saka pun..kau akan mati kalau kereta kau meletup." Zaki muncul, tombak tadi kembali ke tangannya, dia tersenyum yakin sahaja.

" Sedihnya kalau mereka mati macam tu je..Aku fikir kerja kita akan jadi lebih susah.." Keluh pula Alice, dia mengangkat sedikit payungnya, Eric berjalan kearah mereka berdua.

" Siapa yang kau panggil 'bodoh' tadi?" Terdengar suara Rizqi.

Zaki, Alice dan Eric terus terkaku dikaki mereka, kelihatan gelung air mengelilingi kereta yang terbakar itu dan memadamkan apinya, mata Eric terbuka luas, kelihatan bayang tiga orang berada disebalik asap.

" Korang akan menyesal kotorkan uniform pertama aku.." Rizqi berdiri dihadapan mereka bertiga, dia tidak cedera langsung, begitu juga Shaurya dan Yuki yang berada dibelakangnya, mereka dikelilingi pendiding unggu yang menutupi mereka daripada letupan tadi, Rizqi memetik jarinya, pendinding itu pecah dan menghilang.

" Pendinding yang dapat menahan serangan daripada luar, aku tak pernah lihatnya.." Kata Zaki dalam keadaan tidak percaya.

" Jangan salah faham, ianya bukan pendinding, ianya teknik sihir aku, aku cipta ruang yang buatkan letupan tadi tak kena pada kami tapi orang lemah yag perlu serangan hendap untuk bunuh aku macam kau..takkan faham." Terang Rizqi dalam keadaan main-main namun nadanya berubah serius apabila dia menjeling Zaki dengan senyuman diwajahnya.

" Sihir Memanipulasi Ruang, betul tak? Sihir yang hanya diwarisi oleh keluarga Adiwarna.." Kata Eric.

" Susahnya bila atuk kau seseorang yang popular, hah.." Keluh Rizqi.

" Kenapa korang serang kami? Korang melanggar peraturan organisasi dengan memulakan pergaduhan dan menggunakan senjata sumpahan tanpa sebab." Soal Shaurya, Zaki menghalakan tombaknya kearah Shaurya.

" Kau fikir kami orang daripada organisasi ke? Bodoh." Balas Zaki.

" Tugas kami ialah pastikan kami dapat bunuh ketua skuad khas korang, Khalid Yasiin." Eric mengeluarkan karambit dan memusingkannya dijari telunjuknya.

" Kami takkan benarkan korang bantu dia.." Alice menutup payungnya.

" Apa kita nak buat sekarang?" Tanya Yuki, dia menoleh kearah Rizqi dan Shaurya.

" Buat apa lagi? Kita lawan dan segera bantu Tuan Khalid." Balas Rizqi. Yuki menelan air liurnya.

" Senjata Sumpahan, telan mereka, Wonder Wild." Alice mengaktifkan senjata sumpahannya, payungnya berubah menjadi seperti mulut, kelihatan gigi-gigi yang tajam muncul. Alice mengalihkan senjatanya itu kearah Yuki.

" Biar aku lawan yang pakai tombak tu.." Kata Shaurya, dia mendekati Zaki.

" Kau lawan aku..lelaki rambut kelabu." Rizqi mencabar Eric.

" Aku memang mahu lawan kau, Rizqi." Kata Eric.

" Jangan panggil nama aku..kita tak tahu sesama sendiri.." Rizqi membuat wajah jijik, Eric berjalan kehadapan.

" Aku akan nilai kau..Sama ada kau benar-benar layak gunakan sihir kau yang kuat tu.." Eric bersedia untuk menyerang, Rizqi menghalakan tangan kanannya kehadapan.

" Tch, siapa kau nak nilai aku?" Soal Rizqi. Eric menuju kearah Rizqi, dia menghayunkan karambitnya, Rizqi menahan serangannya itu hanya dengan jari telunjuknya tadi, kelihatan bilah karambit itu dihalang oleh sesuatu yang tidak kelihatan, mata Eric dan Rizqi bertembung.

" Untuk siapa korang bekerja?" Soal Shaurya, Zaki tergelak kecil.

" Kau fikir aku akan jawab ke? Hah! Bodoh!" Zaki terus cuba menikam Shaurya.

" Teknik Sihir Api, Rantai Api." Rantai yang dibentuk oleh api keluar daripada tangan Shaurya, sebelum sempat tombak Zaki terkena pada Shaurya, dia dapat mengikatnya dan menjatuhkan tombak itu ketanah.

" Menyusahkan." Zaki menarik semula tombaknya, dia melepaskan serangan tusukan secara bertubi-tubi, Shaurya melibas dan menepis serangan Zaki tadi menggunakan rantai apinya tadi namun lama-kelamaan, rantai itu makin pendek dan hilang daripada tangannya, Zaki menghayun pula tombaknya.

" Gelung Api." Shaurya memusingkan tangannya, api mengikuti gerakan tangannya dan membentuk gelung, dia membalingnya kearah tombak itu dan menjauhkan dirinya daripada hayunan Zaki, gelung api tadi terbelah dua selepas terkena bilah tombak itu dan menghasilkan letupan yang kecil.

" Tch, ahem! Ack! Sial.." Zaki mengibas asap hitam yang terhasil daripada letupan tadi, apabila dia membuka matanya semula, Shaurya sudah berada dihadapannya, kelihatan tangan kanan Shaurya dikelilingi api, dia melepaskan tumbukan kearah Zaki.

" Argh!" Zaki dapat menahannya menggunakan tangan kanannya sendiri namun sedikit bahagian kulitnya terbakar dek api yang berada ditangan Shaurya, Zaki tertolak dan kakinya terheret dijalan selepas menahan tumbukan itu juga.

" Heh, taklah teruk sangat.." Zaki tersenyum sinis, dia menoleh kearah kesan terbakar ditangannya, Shaurya mengangkat kedua-dua tangannya.

" Masih mahu teruskan?" Soal Shaurya.

" Semestinya! Aku pastikan aku dapat bunuh kau!" Zaki kelihatan teruja.

Yuki memerhati dari jauh Shaurya dan Rizqi bertarung dari jauh, keadaan mereka agak tegang, belum sempat Yuki berfikir panjang lagi, mulut Wonder Wild terbuka dihadapannya, dia segera menjauhkan dirinya sambil mengangkat tangannya keatas, dinding ais terhasil daripada tanah dan membeku senjata itu namun dengan segeranya Alice memecahkan dinding ais itu.

" Wajah kau cantik, teknik sihir kau pun indah, bertuahnya lahir dengan pelbagai keistimewaan.." Alice menjeling Yuki, wajahnya akhirnya kelihatan selepas dia menolak rambutnya yang panjang dan lebat kebelakang, terdapat parut dimata kirinya, Yuki mengenggam kedua-dua tangannya, beberapa ketulan ais berkumpul dihadapannya, ketulan-ketulan itu membentuk menjadi ais yang tajam.

" Teknik Sihir Ais, Duri-duri ais!" Yuki menghalakan kedua-dua tangannya kearah Alice, ais-ais yang tajam itu terus menuju laju kearah Alice.Wonder Wild memakan serangan Yuki itu, dia terkaku seketika, Alice membelai kepala senjata sumpahannya kemudian tersenyum sahaja.

" Serangan kau tadi boleh bunuh aku kalau aku tak keluarkan Wonder Wild kau tahu..Walaupun kau nampak seperti seseorang yang lembut..kau masih ada kemampuan untuk bunuh seseorang, hati kau agak gelap, hah.." Kata Alice, Yuki menghembuskan nafasnya, kelihatan angin salji keluar daripada mulutnya.

" Hati siapa yang tidak gelap? Pemburu Saka menggunakan sihir dan sumpahan yang terhasil daripada kegelapan dunia ini, ada juga yang gunakan Saka, roh yang tersekat dan terpaksa menjadi hamba tuan mereka..jadi aku tak rasa kau patut terkejut..ada kegelapan dalam hati aku juga.." Yuki memandang Alice dengan pandangan yang kosong, Alice mengetap giginya.

" Kau buat bulu roma aku naik..Wonder Wild, balas balik serangan dia tadi!" Alice membuka mulut Wonder Wild, aura gelap mengelilingi mulut senjata itu, mata Yuki terbuka luas, duri-duri hitam yang sama bentuk seperti ais-ais yang tajam tadi terbentuk dan terus menyerang Yuki.

Yuki menghayun tangannya keatas, sebelum sempat duri-duri itu terkena padanya, dinding ais muncul dan menghalang semua duri itu, Alice berlari laju kearah Yuki dan memecahkan dinding ais itu.

" Dia laju tiba-tiba sahaja!" Monolog Yuki, dia membekukan tangannya sendiri dan menahan hayunan laju yang dilepaskan oleh Alice, ais ditangan Yuki terus pecah selepas menahan serangan itu, dia kelihatan dalam kesakitan, Alice menghalakan mulut Wonder Wild betul-betul dihadapan wajah Yuki.

Tiba-tiba mulut Wonder Wild tidak dapat ditutup, Alice keliru, Yuki mengambil peluang itu dan mengambil langkah kebelakang, kelihatan terdapat ruang unggu yang berada didalam mulut senjata sumpahan itu, Yuki menoleh kearah Rizqi.

Walaupun dia sedang berlawan dengan Eric, dia masih dapat membantu Yuki dari jauh, Rizqi tersenyum dan mengelip matanya seketika namun dia terus fokus semula kearah Eric yang menyerangnya semula.

" Tak guna betul! Kenapa tak dapat tutup ni!" Alice kelihatan bengang, Yuki mengalihkan pandangannya semula kearah Alice.

" Yukii-Onna, bekukan musuh kita.." Pinta Yuki, Saka muncul dari belakangnya, rambut putih yang berkilauan, kimononya juga putih bersih, matanya seperti bercahaya, Yukii-Onna kelihatan sangat indah, Alice menoleh kearah Yuki, dia mengendahkan sahaja Wonder Wild yang tidak dapat menutup mulutnya itu kemudian menuju kearah Yuki.

" Jangan bekukan semua orang, hanya bekukan orang yang serang kita sekarang ni saja." Arah Yuki. Yukii-Onna mengangguk perlahan, dia mengeluarkan kipas daripada kimononya, dia mengibas kipas itu, sekelip mata sahaja semua dihadapan Yuki terbeku, Alice dan Wonder Wild yang dipegangnya terhenti dilangkah mereka dan turut beku dan kaku dihadapan Yuki.

" Hah.." Yuki juga kelihatan sedikit beku, terdapat serpihan ais diwajah, badan dan pakaiannya, Yukii-Onna memandang Yuki dengan wajah risau.

" Jangan risau, saya okay, terima kasih, Yukii-Onna." Yuki tersenyum kearah Saka itu, Yukii-Onna turut ikut senyum kemudian terus menghilang.

Yuki menoleh kearah tangannya, serpihan ais yang berada ditapak tangannya pecah dan jatuh ketanah.

" Tch! Alice dah tak dapat berlawan.." Keluh Zaki selepas melihat Alice dibekukan oleh Yukii-Onna tadi, Shaurya memberhentikan serangannya, Zaki bengang, dari tadi dia tidak dapat melakukan serangan terhadap Shaurya.

" Yuki juga beku lepas guna kuasa Saka dia sendiri..Nampaknya dia takkan dapat bergerak dalam seketika masa ni.." Monolog Shaurya sambil memerhati Yuki dari jauh seketika, Zaki perasan Shaurya terganggu, dia tersenyum sinis dan laju cuba menusuk Shaurya dengan tombaknya.

" Kau takkan menang!" Shaurya dapat mengelak dan memegang tombak itu dengan kuat, Zaki terkejut.

" Kami takde masa nak buang lagi. Maaflah!" Tangan kiri Shaurya dikelilingi api, dia melepaskan lagi tumbukan berapinya kearah Zaki, kali ini, Zaki tidak sempat menahan dan wajahnya terkena tumbukan itu, dia terlepas akan genggamannya pada senjatanya dan terpelanting jauh daripada Shaurya.

" Sial..mereka ni bukannya Pemburu Saka biasa-biasa! Aku tak rasa seperti aku melawan manusia langsung! Aku lawan rasaksa!" Monolog Zaki sedang kesedarannya menghilang, pandangan Zaki terus gelap, dia terheret dijalan dan terus tidak sedarkan dirinya.

" Fuh!..Rasanya aku tumbuk agak kuat juga tadi..nasiblah tak bakar dia.." Shaurya menepuk-nepuk tangannya.

" Kawan-kawan kau dah kalah..Apa kata kau pun mengalah dan serah diri kau?" Tanya Rizqi, Eric melihat sekeliling, Alice beku, Zaki tidak sedarkan diri dan cedera agak teruk, dia mengeluh kecil kemudian menoleh semula kearah Rizqi.

" Mereka berdua pandang rendah kemampuan korang disebab itulah mereka kalah jadi mereka layak kalah." Balas Eric.

" Wah, dingin betul kau..Kau kata kau akan nilai aku, kau takdelah kuat mana jadi apa yang buat kau rasa kau layak nilai aku?" Rizqi memandang Eric dengan senyuman yang pahit, Eric tersenyum kecil, Rizqi pelik dengan reaksi Eric itu.

" Macam mana aku nak nilai kau..kalau kau tak serius berlawan?. Biar aku bagitau kau awal-awal, kali ni aku akan serius, jadi baik kau serius juga." Eric dikelilingi aura tenaga roh yang besar secara tiba-tiba Rizqi, setitik peluh mengalir daripada kepala Rizqi, ada sesuatu tentang Eric yang berubah.

" Masa untuk bunuh mereka, Shi-" Ayat Eric terhenti dan aura tenaga roh yang besar tadi juga hilang, Rizqi keliru, Eric terus meletakkan karambitnya kebawah.

" Saka tu dah mati, hah.." Keluh dia sendirian.

" Tunggu, kau.." Rizqi memerhati sahaja Eric.

" Kami kalah kali ni.." Kata Eric sambil mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya.

" Oi! Mana kau dapat tenaga roh sebegitu?!" Soal Rizqi, dia kelihatan terdesak sehingga menaikkan suaranya.

" Tuan, nampaknya kami gagal, bawa kami keluar dari sini.." Eric mengendahkan sahaja Rizqi, malah dia menelefon seseorang sedang Rizqi menjerit.

" Aku takkan benarkan kau lari." Rizqi membuat pistol tangan dan menghalakan jari telunjuknya kearah Eric.

" Kau patut bersyukur..aku tak lawan kau secara serius..Rizqi." Eric tersenyum sahaja, kelihatan sesuatu seperti bebola unggu terbentuk dihujung jari Rizqi, bebola yang dipenuhi dengan tenaga roh yang kuat.

" Black Hole!" Rizqi menembak bebola unggu itu daripada jarinya seperti peluru pistol, namun dari langit, munculnya cahaya yang cerah dan dihalakan kearah Eric, Zaki dan Alice, Yuki dan Shaurya menoleh kearah langit dalam keadaan tertanya dan pelik.

Sebelum sempat Black Hole terkena pada Eric, dia dihilangkan oleh cahaya itu, diikuti Zaki dan Alice, mereka terus hilang tanpa jejak, Rizqi menarik semula serangannya tadi sebelum ia sempat terkena pada sesuatu.

" Tenaga roh yang besar tadi, aku tak pernah nampaknya, adakah tenaga roh dia..lebih banyak daripada aku? Tapi mustahil.." Monolog Rizqi, dia tidak percaya apa yang dilihatnya tadi, Eric yang berdiri dengan aura tenaga roh yang luas dan besar, dia menepuk wajahnya.

" Rizqi, kau okay?" Tanya Shaurya sambil mendekati Rizqi.

" Semestinya aku okay, kau fikir aku ni siapa?" Balas Rizqi, dia kembali kedengaran yakin dan berlagak.

" Maaflah, saya tak sempat nak bantu.." Kata Yuki, dia kelihatan serba-salah, Rizqi mengangkat tangannya.

" Jangan risaulah..Asalkan kita tak apa-apa, kita tetap menang juga.." Pujuk Rizqi, Yuki mengangguk perlahan, Shaurya meletakkan kedua-dua tangannya dipinggangnya.

" Haih, sekarang kita cari jalan kearah Tuan Khalid semula, kereta aku habis meletup dan banyak kenderaan kena tinggal dekat sini..Susah nak bergerak.." Keluh Shaurya, dia melihat kenderaan-kenderaan yang menghalang jalan mereka.

" Tak perlu, Tuan Khalid dah selamat sekarang.." Chyou muncul diantara Yuki dan Rizqi, mereka berdua terperanjat, Yuki menarik sedikit pakaian Rizqi.

" Oh." Rizqi memandang Yuki seketika, dengan segeranya Yuki melepaskan pakaian Rizqi dan mengalihkan pandangannya.

" M..maaf buat korang terkejut.." Chyou tertunduk malu.

" Apa maksud kau Tuan Khalid dah selamat?" Tanya Rizqi, Chyou kembali mengangkat kepalanya.

" Aku dah tengok keadaan Tuan Khalid tadi, dia cedera tapi Akak Alice sedang rawat dia sekarang, aku datang kesini pun sebab nak bantu korang tapi nampaknya hal disini dah selesai.." Terang Chyou.

" Begitu, baguslah.." Shaurya lega, begitu juga Yuki, Rizqi menyilang tangannya.

" Rasanya kita tak perlu pun bantu Tuan Khalid dari awal, dia memang dah cukup kuat untuk selesaikan hal dia sendiri.." Kata Rizqi sambil tersenyum, namun senyumannya hilang seketika, lagi sekali, dia teringat akan Eric.

***

" Mereka dah kembali, Tuan Xander." Kata seorang wanita dengan pakaian blazer biru pekat yang duduk dihujung bilik Xander, dia terus berdiri daripada tempat duduknya, dia kelihatan tidak puas hati.

" Arahkan mereka hadap aku sekarang." Arah Xander.

" Baik tuan." Balas wanita itu.

Selepas seketika, Eric berada didalam bilik Xander, dia berdiri dan diam sahaja, Xander menongkat kepalanya, dia mengetap giginya.

" Mana Zaki dan Alice?" Soal Xander, kelihatan jarinya mengetuk-ngetuk meja.

" Mereka berdua masih tak sedarkan diri.." Balas Eric, Xander terus menumbuk meja dengan kuat, kepalanya berkerut, dia naik angin.

" Jadi?! Buat je apa-apa cara supaya mereka sedar!" Marah Xander, Eric mengenggam tangannya seketika namun dia kembali tenang.

" Maafkan kami, tuan. Tapi nampaknya Saka yang kita gunakan untuk serang Khalid Yasiin tak cukup kuat untuk bunuh dia." Kata Eric, riak wajahnya tidak berubah langsung, Xander berdiri dan berjalan mengelilingi Eric.

" Kau hanya nak kata Saka yang aku serahkan kepada korang lemah betul tak? Dengar ni, Eric. Kalau korang bertiga takde tenaga roh yang lemah, takkanlah Saka tu kalah! Korang bertiga ada tenaga roh yang sampah dan tak berguna!" Xander memberhentikan langkahnya dihadapan Eric dan menjerit dihadapan wajahnya, Eric diam dan memandang sahaja Xander.

" Maaflah, tapi lepas ini saya janji, saya takkan gagalkan tuan." Eric mula menjeling Xander.

" Heh! Aku lepaskan kau dan yang lain buat masa ni..Tapi kalau korang gagal lagi, aku akan jadikan korang makanan Saka-saka aku." Balas Xander, dia kembali ke tempat duduknya, Eric terdiam sahaja.

" Nampaknya kau gagal dalam kerja pertama kau bersama, Xander, hah..Eric. Kau pandang rendah musuh kau ke?" Tegur seorang lelaki selepas Eric keluar daripada bilik Xander, bahagian atas wajahnya tersorok oleh bayang yang gelap namun kelihatan dia sedang menyandarkan badannya didinding sambil menyilang tangannya, dia memakai uniform Pemburu Saka.

" Apa tuan buat disini?" Tanya Eric.

" Aku ada benda nak bincang dengan Xander." Balas lelaki itu, Eric menghembuskan nafas kecewa.

" Apa masalahnya, Eric?" Soal lelaki itu selepas melihat riak wajah Eric yang berubah itu.

" Adakah Xander asset yang bagus untuk rancangan tuan? Saya tak nampak apa guna dia sebenarnya.." Eric kelihatan tidak puas hati, lelaki itu tersenyum.

" Dia ialah kambing hitam, Eric. Xander tak sedar, semua yang berada ditangannya bukannya milik dia pun sebenarnya..Aku suka lihat orang yang berlagak dan ada ego tinggi seperti dia jatuh menyembah tanah, sabar Eric, berilah dia rasa seronok seketika..Dia masih berguna.." Terang lelaki itu, Eric mengalihkan pandangannya.

" Kalau itu apa yang tuan katakan, jadi saya ikut sahaja.." Balas Eric tanpa menyoal lelaki itu.

***

" Tuan Baihaqi, makanan..dah siap...?" Airi membuka pintu bilik Baihaqi dengan perlahan namun tiada sesiapa berada didalam bilik itu, dia melihat sekeliling kemudian tertunduk, untuk seketika, Airi teringat akan bilik penduduk lain didalam rumah itu.

Bilik mereka lebih selesa dan mewah, ramai pembantu rumah yang sering membersihkan bilik mereka, makanan mereka juga sering tersedia dan sedap, namun Baihaqi harus duduk didalam bilik yang sempit, kebanyakkan perabotnya juga lama dan usang, makanannya tidak disediakan.

" Kenapalah..keluarga Pemburu Saka..sangat kejam?" Soal Airi sendirian, dia menutup pintu bilik Baihaqi.

Lagi sekali, memori bermain dikepala Airi, dia teringat pula semasa hari pertama dia datang ke rumah itu sebagai pembantu rumah, benda pertama yang dia lihat ialah, Baihaqi yang sedang berlatih sendirian didalam bilik yang gelap, dia sedang menumbuk beberapa dummy latihan, Airi memandangnya sahaja.

" Airi..apa kau buat dekat bilik ni?" Tegur seseorang, Airi terus menoleh kebelakang, seorang lelaki dengan rambut perang sedang berada ditepi bilik Baihaqi, dia memandang Airi dengan hanya membuka mata kanannya sahaja, kelihatan irisnya yang berwarna biru unggu.

" Tuan Syakir..saya hanya nak beritahu Tuan Baihaqi yang saya dah siapkan makanan untuk dia tapi nampaknya dia tiada dirumah sekarang.." Balas Airi, dia kelihatan tidak selesa, Syakir tersenyum.

" Begitu..Kau memang baik, hah, Airi. Tak pernah ada pembantu rumah ataupun sesiapa yang masakkan makanan untuk Baihaqi sejak Mak Long meninggal dunia. Hanya orang dengan hati yang bersih dan suci sahaja yang kisah pasal sampah tu.." Syakir menutup matanya kemudian mengalihkan pandangannya daripada Airi, dia tersenyum sahaja walaupun ayat yang keluar daripada mulutnya sangat buruk, Airi tertunduk.

" Airi, jangan terlalu rapat dengan Baihaqi kalau nak hidup senang disini, kau ada semuanya, kau hanya perlu bekerja disini sahaja, ibu dan ayah kau pasti tak mahu kau..hilang semua kesenangan ini..mereka nak kau hidup senang.." Syakir menegakkan dirinya dan memandang Airi semula namun dia tidak membuka langsung matanya.

" Tapi ibu dan ayah..takkan benarkan saya biarkan seseorang yang disisihkan..disebabkan sesuatu yang tidak dapat dia kawal..terus dilayan teruk dan tidak adil. Kalau takde orang nak ambil kisah pasal Tuan Baihaqi, biar saya seorang sahajalah..yang ada untuk dia.." Airi mengangkat semula wajahnya, dia kelihatan serius, Syakir membuka mata kanannya, senyuman diwajahnya juga turut hilang.

" Hum, ada sesuatu yang sama tentang kau dan Baihaqi, korang berdua terlalu..naif." Kata Syakir, dia berjalan pergi daripada Airi. Dia memerhati sahaja Syakir pergi daripadanya sehinggalah hilang daripada pandangan, Airi mengenggam kedua-dua tangannya.

***

" Dimana kita sekarang ni?" Tanya Baihaqi, langkahnya terhenti dibelakang Mikael, mereka berdua sedang berada dibangunan yang terbengkalai, Mikael menoleh kearah Baihaqi.

" Kita dah sampai dalam sini baru kau tanya? Kita sekarang dekat antara 3 markas Shadow Society, ini ialah markas yang paling terdekat dengan bandar ni..dan markas utama kami.." Balas Mikael, Baihaqi terus membuat muka pelik dan melihat sekeliling bangunan itu.

" Kau serius atau tengah perbodohkan aku sekarang?" Baihaqi memandang Mikael dengan wajah pelik, Mikael tergelak kecil.

" Aku dah agak itu reaksi pertama kau. Haih, budak..Kau kena ingat, Shadow Society beroperasi tanpa pengetahuan dan kebenaran Organisasi Pemburu Saka, kami ialah bayang yang membawa keadilan kami sendiri, sekarang kau salah seorang daripada ahli kami, kau kena ingat tu.." Terang Mikael, dia mengangkat tangan kanannya, bayang mengelilingi tangannya kemudian membentuk sesuatu seperti kunci, dia memasukkannya ke dalam sesuatu, tiba-tiba satu pintu yang besar muncul dihadapan Mikael dan Baihaqi serta kunci tadi termasuk kedalam pintu itu.

" Kami sorokkan markas kami dalam sihir Ruang Ilusi jadi orang luar tak dapat masuk kecuali jika mereka dapat gunakan Teknik Sihir Bayang, hanya ahli Shadow Society sahaja..yang dapat gunakan sihir ini.." Kata Mikael lagi sambil memandang Baihaqi seketika, dia terus membuka kunci dan pintu yang besar itu, mata Baihaqi terbuka luas.

Disebalik pintu itu ialah sebuah bar yang luas, Mikael memasuki bar itu, Baihaqi mengikutinya daripada belakang, apabila dia memasuki bar tersebut, dia menoleh ketepi, terdapat satu tangga yang boleh membawa mereka keatas dan kebawah bar ini. Pintu dibelakang mereka tertutup dengan kuat, Baihaqi terkejut sehingga bahunya terangkat.

" Selamat datang Baihaqi ke Shadow Society, kau akan berlatih disini..well bukannya dekat bar nilah, aku nak minum jap..lepastu aku tunjuk tempat kau berlatih nanti" Mikael menyambut Baihaqi kemudian berjalan kearah kaunter bar, kelihatan seorang lelaki dengan rambut merah dan memakai penutup mata sedang berada dikaunter bar sambil mengelap satu botol air kaca.

" Kau nak minum ke Baihaqi?" Ajak Mikael selepas duduk dihadapan kaunter bar itu

" Aku...tak boleh minum, aku baru 19 tahun..tambahan pula agama aku tak benarkan aku minum alkohol.." Balas Baihaqi, Mikael mengangguk faham.

" Takpe..kami ada jus untuk budak-budak macam kau..Apapun, Alex, aku nak Spritz.." Pinta Mikael, Baihaqi berjalan kearahnya, Alex terus menumbuk kepala Mikael, Baihaqi terkejut.

" Kau fikir aku ni apa, hah? Budak,minuman dekat sini semuanya tak beralkohol..Semuanya jus buah,air soda dan berkabonat, ada juga menu khas yang aku cipta sendiri.." Alex menoleh kearah Baihaqi setelah meletakkan botol kaca yang dipegangnya tadi, kelihatan tertulis jus oren dibotol kaca itu.

" Oh..baik." Baihaqi duduk dikaunter bar itu dengan senyuman kecil diwajahnya, Mikael mengangkat kepalanya sambil membelai bahagian kepalanya yang ditumbuk Alex tadi.

" Aduh-aduh..kau ni..perlu ke tumbuk kuat sangat..Haih, aku nak Bubbly Mango.." Keluh Mikael kemudian memesan minumannya.

" Bagi aku..cola jelah.." Pesan Baihaqi pula, Alex mengangguk faham kemudian berjalan kearah peti ais, Mikael mengeluh kecil.

" Aku just nak main-main dengan kau je tadi.." Mikael menoleh kearah Baihaqi dengan riak wajah tidak puas hati, Baihaqi menutup sebahagian wajahnya.

" Hehehe..kau ada masa nampak bodoh jugak, hah.." Kata Baihaqi, dia cuba menahan gelaknya, Mikael memerhati sahaja Baihaqi, senyuman terukir diwajahnya

" Cola dan Bubbly Mango.." Alex meletakkan minuman yang mereka pesan tadi, Baihaqi terus mengeluarkan dompetnya.

" Oi,oi..kau tak perlu bayar. Minuman semua sini percuma.." Tegur Alex. Baihaqi terus menyimpan semula dompetnya. Mikael tergelak melihat Baihaqi tadi.

" Ah, segarnya..Kau patut cuba minuman yang berada dimenu khas Alex, semuanya menakjubkan.." Kata Mikael selepas meminum minumannya, Baihaqi menghirup sahaja colanya tanpa mengendahkan Mikael.

" Mikael, aku datang sini sebab nak berlatih.." Baihaqi menoleh kearah Mikael dengan wajah serius.

" Wah kau ni..Berkenalanlah dulu dengan ahli yang lain.." Keluh Mikael, Baihaqi meletakkan cawan kacanya yang sudah kosong ketepi dan terus berdiri.

" Aku memang setuju untuk sertai Shadow Society tapi aku bukannya datang sini sebab nak buat kawan, aku nak segera kuat dan dapat mengawal Saka aku." Kata Baihaqi, Mikael mengalihkan pandangannya kemudian memusing-musingkan straw diminumannya, Alex memerhati sahaja mereka berdua.

" Baiklah budak, aku akan tunjuk kau tempat berlatih lepas aku habis minum..jadi sediakan diri kau, aku akan tunjukkan kau..Betapa kejam sebenarnya sihir dan Saka bayang.." Mikael berubah dingin, Baihaqi berdiri sahaja ditepinya dengan semangat dimatanya.

Bab 3 Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience