Bab 9 : Kerja pertama
Keluarga Pemburu Saka. Sebelum wujudnya Organisasi Pemburu Saka, keluarga-keluarga Pemburu Saka ialah penjaga dunia manusia daripada dunia ghaib, memastikan Saka-saka liar yang menggila atau disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dibasmi dan dihukum.
Dahulu, kewujudan Saka dan dunia ghaib masih lagi satu misteri bagi orang ramai namun sebenarnya keluarga-keluarga Pemburu Saka merahsiakan kebenaran ini untuk menjaga harga diri mereka sebagai penjaga dunia manusia. Jika orang ramai tahu, makin ramai Pemburu Saka akan wujud luar daripada keluarga-keluarga ini dan mengambil tempat mereka sebagai penjaga dunia manusia, satu-satunya sebab mereka wujud dan untuk dibanggakan akan hilang..
Walaupun begitu, generasi-generasi baru dalam keluarga ini mahu cipta dunia yang lebih selamat, mengutamakan keselamatan orang ramai daripada nama keluarga dan harga diri mereka. Dari setiap pelosok dunia, generasi-generasi ini bangkit dan bersatu bersama mendirikan Organisasi Pemburu Saka.
Hampir disetiap negara, OPS didirikan, Di Amerika Syarikat, Di Jepun, Di China, Di Rusia malah di Malaysia juga. Kewujudan Saka dan dunia ghaib tidak lagi dirahsiakan, dalam usaha memberikan OPS kuasa untuk berdiri, mereka perlukan pertolongan kerajaan masing-masing.
Semestinya, banyak juga keluarga-keluarga Pemburu Saka yang menentang penubuhan OPS namun..akhirnya selepas perjanjian dimana memberikan kebanyakkan keluarga-keluarga Pemburu Saka kuasa yang besar dalam menguruskan organisasi ini, mereka bersetuju dan bersama-sama juga membangkitkan OPS.
Organisasi Pemburu Saka memberi banyak peluang kepada orang luar dan bukan ahli keluarga Pemburu Saka untuk menjumpai potensi mereka dan menjadi Pemburu Saka yang berlesen dan bekerja dibawah OPS, dunia manusia lebih selamat, urusan lebih bersih dan efektif, cawangan berlesen juga didirikan dibeberapa negeri demi menguatkan lagi kuasa dan keselamatan.
Namun jangan pernah lupa, OPS masih dikerjakan dan dipegang oleh keluarga-keluarga Pemburu Saka yang besar, kata-kata mereka dan kehendak mereka sentiasa diutamakan, kebanyakkan pangkat besar seperti kapten skuad atau naib kapten sering dipegang oleh ahli keluarga Pemburu Saka.
Mereka juga melahirkan Pemburu Saka yang lebih berkualiti, kuat dan penuh dengan potensi, pada akhirnya OPS dicemari dengan ajaran, adat dan peraturan lama keluarga-keluarga Pemburu Saka ini.
Orang yang lahir dengan tenaga roh yang lemah dipandang cacat dan satu sumpahan, mereka dipinggirkan seperti sampah masyarakat, langgar adat atau peraturan akan menjadikan kau musuh ramai orang. Saingan kuasa antara satu sama lain yang menyebabkan banyak skuad dan Pemburu Saka tidak mempercayai sesama sendiri..
Genggaman kuat keluarga-keluarga besar ini terus membelenggu OPS hampir 100 tahun lebih, tiada sesiapa pun..mampu menghentikannya lagi..
" Saka mula menyerang dan menjadi musuh manusia sejak beratus-ratus tahun dahulu namun makin masa berlalu, ancaman mereka lebih kuat, Pemburu Saka yang kuat juga banyak yang terlahir, kita masih dapat menjaga keamanan dunia manusia dan keseimbangan dunia ghaib namun akan sampai..satu masa nanti, kita bakal menghadapi musuh yang takkan dapat kita kalahkan.." Antara kata-kata terakhir Adiwarna, Ketua Keluarga Pemburu Saka yang hebat di Malaysia dan pengerusi pertama OPS Malaysia.
Zaman berubah, akhirnya Pemburu Saka ialah pekerjaan yang sama seperti polis, bomba atau tentera, wujud disebabkan niat baik namun masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk keutamaan mereka sendiri, untuk nama, untuk duit..
Apa maknanya jadi Pemburu Saka..sebenarnya?
Pekerjaan sahaja?
Untuk gaji yang besar?
Tempat melarikan diri?
Semua orang..ada sebab mereka sendiri, betul tak?
***
" Apa yang kau fikir kau tengah lakukan, Faizal?" Soal Danielle, Elaine sedang berada dibelakangnya dengan wajah cemas dan takut, Faizal berdiri dihadapan mereka dengan genggaman erat.
" Kau cuba cakapkan apa sekarang ni, Danielle?" Faizal menyoal Danielle semula.
" Jangan buat bodoh, kau minta naib kapten kau buat kerja kotor kau, aku tangkap dia cuba gunakan sihir pendengarannya untuk curi dengar persembangan skuad 7 dan skuad aku.." Danielle memandang Elaine seketika, Elaine cuba mengelakkan matanya daripada memandang semula Danielle.
" Jadi apa? Gong-Li tak mahu siasat siapa pengkhianat jadi aku ambil tindakan aku sendiri.." Balas Faizal.
" Kau memang bodoh, Faizal. Tuan Ali dan Gong-Li dah buat keputusan untuk tak menyiasat lagi dalam masa sebegini untuk mengelakkan pergaduhan, pengkhianat tu memang mahu kita berpecah dan tak percaya antara satu sama lain, hubungan banyak kapten pun dah cukup keruh, jangan menyimbah minyak kepada api yang sudah marak." Kata Danielle, Faizal mengetap giginya.
" Dalam banyak-banyak orang disini, aku paling kurang percayakan kau, Danielle. Kau bukannya ahli mana-mana keluarga Pemburu Saka, bukan itu sahaja, kau seseorang yang sangat sukar dipercayai..Aku dapat rasakan ketidaktenteraman dalam tenaga roh kau..seperti kau menyorokkan sesuatu dalam roh kau.." Terang Faizal, Danielle terdiam agak lama, dia berjalan kearah Faizal.
" Aku fahamnya, Faizal. Tak pelik untuk kau syak aku, aku satu-satunya kapten yang bukannya ahli mana-mana keluarga besar tapi aku harap..kau tidak pandang rendah aku. Aku akan diam sahaja pasal apa yang kau lakukan demi kebaikan kita berdua jadi..aku harap kau dengar pesanan aku juga.." Danielle berhenti ditepi Faizal, ayatnya kedengaran dingin, dia kemudiannya meneruskan sahaja langkahnya. Faizal menjeling Danielle, matanya terus sahaja mengekori susuk tubuh Danielle.
" Tuan Faizal, maafkan aku..." Elaine tertunduk, Faizal menoleh kearahnya, dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
" Kau tak salah, Elaine. Maafkan aku..sebab terjebakkan kau..dalam semua ni juga." Keluh Faizal, walaupun begitu, dia masih kelihatan kecewa.
***
" Kau kurang fokus, Baihaqi..ada apa-apa jadi ke?" Tegur Mikael secara tiba-tiba, aku sedang terduduk sambil mengelap peluh aku dengan tuala, pertanyaannya itu membuat aku terkaku seketika.
" R..Rasanya..takde.." Balas aku, tidak pasti apa patut aku cakap.
" Masa latihan hari ini, tenaga roh kau nampak terganggu, macam ada benda yang menganggu kepala otak kau. Tenaga roh membuat respon kepada perasaan negatif kau.." Kata Mikael, dia duduk ditepi aku dengan perlahan, aku mengalihkan pandangan aku, Emilia kelihatan masih sedang berlatih, dia menghayun-hayun pedang bayangnya.
" Berhubung dengan orang lain ialah sesuatu yang menyusahkan.." Keluh aku, riak wajah Mikael terus berubah, senyuman pahit terukir diwajahnya.
" Aku tak sangka kau cakap macam tu, aku ingat kau tak suka hubungan.." Mikael menepuk bahu aku, menyampah pulak tengok wajah dia sekarang.
" Ah, sudahlah, aku tak berniat nak sembang benda ni dengan kau." Kata aku sambil berdiri dengan segera.
" Kau yang mulakan dulu, kau tahu?" Perlu Mikael, aku menghembuskan nafas yang panjang.
Sejak beberapa hari lepas, aku asyik terfikirkan, apa yang terjadi kepada Airi? Dia kawan pertama aku, jadi tak peliklah kalau aku kisah bila dia ada masalah betul tak?
Dia bantu aku banyak kali, aku terasa bertanggungjawab untuk balas semula..
" Baihaqi, Emi. Aku rasa korang dah cukup berlatih, rasa mahu pergi buru Saka sama-sama dengan aku?" Ajak Mikael secara tiba-tiba selepas aku dan Emilia selepas berlatih, kami berdua memandangnya.
" Kau serius?" Tanya Emilia.
" Semestinya, aku sebenarnya masih anggap ini sebagai latihan." Balas Mikael.
" Kenapa tiba-tiba je?" Soal aku pula.
" Buru Saka mungkin akan beri kau semangat dan fokus yang kau hilang sejak dua kemenjak ini, berikan kau balik sebab kau mahu berlatih disini.." Mikael mengangkat jari telunjuknya dan mengelip matanya, bila orang tua buat begitu, nampak pelik pula..
***
" Shadow Society memang satu kumpulan Pemburu Saka yang tidak berlesen tetapi kita masih berbayar, operasi kita berjalan secara rahsia, biasanya kita diupah atau ambil kerja daripada pihak yang boleh kita percayai..Organisasi Pemburu Saka menjaga keselamatan orang ramai, mereka menerima laporan daripada orang ramai atau pihak berkuasa kemudian bertindak mengikuti kesesuaian laporan yang diterima. Kita pula bekerja dalam bayang, mengisi lubang-lubang yang OPS terlepas pandang, banyak sahaja Saka-saka liar bahaya yang pandai menyorokkan dirinya daripada mata-mata OPS dan juga pihak-pihak yang melakukan kerja yang boleh mengancam..keseimbangan dunia manusia dan ghaib.." Terang Mikael panjang lebar sedang dia membawa keretanya, aku dan Emilia duduk dibelakang, kami dengar sahaja tanpa bercakap apa-apa. Shadow Society, operasi yang kami lakukan masih dipandang sebagai jenayah dimata OPS sebab kami bukannya Pemburu Saka yang berlesen dan kami gunakan sihir, sumpahan dan Saka yang terlarang.
Walaupun Shadow Society sebenarnya banyak juga membantu OPS,daripada apa yang Mikael ceritalah, ini kali pertama aku bekerja bersama-sama dengan dia, Mikael buktikan yang Shadow Society..memang melakukan operasi untuk menjaga keseimbangan dunia manusia dan ghaib macam yang kau cakapkan...
" Kita sampai.." Mikael memberhentikan keretanya.
" Taman perumahan yang..ditinggalkan?" Emilia menoleh kearah luar tingkap kereta.
" Untuk kerja pertama korang..Aku ambil kerja upah untuk basmi Saka sahaja, kerja-kerja yang lebih rumit, aku ambil hanya lepas korang dah lebih dewasa dan bersedia.." Mikael membuka pintu keretanya dan terus keluar, aku dan Emilia ikut keluar selepas dia.
Lampu kereta Mikael hanya dapat menerangi beberapa rumah dihadapan kami, jalan dihadapan kami masih sangat gelap gelita, aku dan Emilia mendekati Mikael.
" Orang yang upah kita mahu kita basmi dua Saka yang berkeliaran disini. Beberapa tahun lepas ada kes kehilangan kanak-kanak tanpa jejak disini, ianya kerja seekor Saka, ada Pemburu Saka yang dah basmi Saka itu namun nampaknya dia tak pasang pendinding dan kebanyakkan penduduk disini berpindah pergi..Tempat yang ada sejarah serangan Saka dan tidak dijaga hanya akan mengundang kedatangan Saka yang lain.." Terang Mikael, kelihatan dia sedang membaca sesuatu diskrin telefonnya.
" Siapa yang upah kita?" Soal aku.
" Aku tak boleh beri kau banyak info, kau boleh anggap dia orang yang mahu beli tanah disini untuk bangunkan semula taman perumahan disini..Seorang businessman yang hanya melakukan kerja dia sahaja, dia upah kita sebab hubungan kumpulan kita baik dengan dia dan dia kurang suka organisasi.." Mikael menyimpan semula telefonnya, aku memandang sahaja dia. Tak pelik kalau dia tak beritahu aku dan Emilia semua benda, kami ahli baru..Tapi daripada apa yang aku dengar, orang yang upah kami ni..macam pelabur kamilah..
" Gelap betul..Tak nampak langsung apa-apa.." Keluh Emilia.
" Dua ekor Saka yang berada disini pun pandai sorokkan tenaga roh dia, kemungkinan Saka ini tahap 2 atau lebih.." Kata Mikael pula.
" Tahap 2?" Aku keliru.
" Kau tak tahu ke? Saka dan Pemburu Saka dikelaskan mengikut tahap bahaya dan kuat mereka. Tahap bahaya Saka paling bawah ialah 5 manakala yang paling berbahaya berada di tahap 'Syaitan' manakala Pemburu Saka tahap bawah ialah 4 dan paling tinggi pula ialah 'Mistik'.." Emilia kelihatan bangga memberitahu aku pasal ilmunya tentang dunia Pemburu Saka, dia pernah diajarkan tentang dunia Pemburu Saka, aku tak pernah..Memanglah aku tak tahu.
" Iya-iya, tolong jangan tunjuk sangat bangga kau tu.." Balas aku, Emilia menjelerkan lidahnya.
" Kalau korang nak tahu, tahap korang sebagai Pemburu Saka mungkin yang paling bagus pun hanyalah 3 jadi Saka tahap 2 atau lebih amat bahaya untuk korang hadapi, sila hati-hati ya.." Pesan Mikael, aku dan Emilia hanya mengangguk faham sahaja.
Terdengar bunyi tapak kaki berdekatan dengan kami, Mikael terus menghalang aku meneruskan langkah aku kehadapan, wajahnya mula kelihatan serius.
" Aku dapat rasakannya, tenaga roh yang agak besar.." Mikael mengeluarkan permata hitamnya, aku menoleh ketepi, Emilia menjaga belakang kami.
" Pemburu Saka? Hum..Dah lama aku..tak makan manusia dengan tenaga roh yang banyak, ini peluang yang baik, betul tak, Ouso?" Seekor Saka menunjukkan dirinya, dia menyerupai seorang lelaki yang botak, kulitnya putih dengan jalur hitam mengelilingi badan dan wajahnya, kuku yang besar dan tajam tumbuh ditengah-tengah kedua-dua tangannya.
" Lelaki yang berada dihadapan sekali tu punyai tenaga roh yang besar, hati-hati dengan dia, Haunt." Lagi seekor Saka muncul, dia memakai pakaian hitam yang koyak dibahagian bawah badannya dan seluar hitam yang pendek serta berlubang, dia kelihatan seperti manusia biasa sahaja namun terdapat tanduk tumbuh dibahagian kiri kepalanya dan kulitnya juga putih.
" Percakapan mereka teratur, nampaknya mereka bukan Saka yang biasa-biasa.." Keluh Mikael, dia tersenyum pahit.
" Siapa kisah pasal tu? Aku akan tetap bunuh mereka juga.." Emilia mengeluarkan kedua-dua pedang bayangnya, matanya kelihatan membara dengan kemarahan, aku tak pernah..nampak dia sebegitu sebelum ini.
" Mari kalahkan musuh kita, Kuro.." Aku pula memanggil Kuro, dia keluar daripada bayang aku dan duduk dibahu aku.
" Oi! Lelaki dekat tengah..Lawan dengan aku! Aku tak boleh biarkan Ouso dapatkan tenaga roh kau.." Saka yang bernama Haunt itu mencabar Mikael.
" Kau yakin kau boleh menang, hah.." Mikael mengenggam permata hitamnya, bayang keluar daripada celah tangannya.
" Azrael, masa untuk mengambil nyawa, betul-betul kali ni.." Sabit terbentuk ditangan Mikael, dia terus berada diposisi sedia berlawan.
" Korang berdua boleh hadap Saka yang lagi seekor itu?" Tanya Mikael.
" Perlu tanya lagi ke?" Balas aku. Mikael melangkah kehadapan begitu juga aku dan Emilia. Kedua-dua ekor Saka itu juga mendekati kami, kuku yang berada ditengah-tengah tangan Haunt bergerak kehadapan dan memanjang, dia terus menyerang Mikael.
Serangannya semua dapat ditepis, pergerakkan Mikael amat laju sehingga Saka itu juga terkejut, dia mengetap giginya dan hanya terus menyerang lagi, Mikael masih nampak tenang dan menahan kukunya yang terhayun kearah Mikael tadi.
" Kau mahu bantuan aku kali ini, tuan?" Tawar Kuro.
" Tak perlu, aku hanya akan gunakan Shadow from Abyss sahaja.." Tolak aku, Kuro memandang aku dengan wajah kecewa.
" Haih..aku bosan.." Keluh Kuro.
" Duduk sahaja dan beri aku gunakan teknik sumpahan.." Arah aku.
" Kalau itu apa yang kau nak.." Balas Kuro, dia turun daripada bahu aku dan memerhati sahaja aku, Emilia menghalakan pedangnya kearah Ouso.
" Aku dah lama nak penggal kepala Saka, nasiblah kau nampak macam manusia, puas sikit penggal kau.." Kata Emilia, ayat dia agak melebih jugak, dia memang ada masalah dengan Saka, hah..
" Perempuan patut jaga mulut mereka.." Ouso mempunyai riak wajah pelik memandang Emilia selepas kata-katanya tadi.
" Oh diamlah, Saka!" Marah Emilia, dengan Saka pun dia macam ni, ya?
Kedua-dua tangan aku dikelilingi bayang dan berubah hitam, aku mengenggamnya dan mengangkatnya keatas.
" Pasti tak mahu guna Saka kau, manusia?" Soal Ouso.
" Fikir pasal diri kau.." Aku endahkan sahaja dia, Ouso mengeluarkan sesuatu daripada belakang bajunya, ianya satu permata berwarna merah.
" Kau bakal menyesal. Senjata Sumpahan, Ouso.." Permata ditangan Ouso tadi berubah menjadi pedang dengan bilah yang diperbuat daripada kristal merah. Apa?! Saka yang boleh gunakan Senjata Sumpahan?!
Sedang aku dalam keadaan terkejut, Saka itu menuju laju kearah aku dengan membawa pedangnya itu, aku tidak sempat bertindak! Dia laju.
" Apahal dengan kau, gila!" Emilia menghayun pedangnya dengan kuat dan menepis pedang Saka itu, tangannya tertolak daripada impak pertembungan mereka, aku dan Emilia terheret kebelakang bersama.
" Saka tu boleh gunakan Senjata Sumpahan?" Aku dapat menahan kami berdua daripada terheret lebih jauh, tangan Emilia menggeletar namun dia segera fokus semula.
" Janganlah terkejut sampai tak dapat bergerak.." Kata Emilia, Ouso berjalan kearah kami, dia mengheret pedangnya ditanah.
" Nampaknya kau berdua hanyalah anak-anak kecil sahaja..Menyedihkan, ilmu masih belum cukup pasal dunia ini.." Ouso melompat pula kearah kami, kali ini, aku takkan biarkan diri aku..hilang fokus seperti tadi.
" Hiyargh!" Aku menghayunkan tangan aku kearah Ouso yang mendekati kami berdua, Emilia menggunakan kedua-dua pedangnya untuk menolak pedang Ouso daripada dihayun olehnya, sedang tangan aku mendekati tubuh Ouso, dia melepaskan pedangnya dan mengelak tumbukan aku.
Ini dia peluang aku, dia dah lepaskan senjata dia! Aku menyerangnya lagi dengan tumbukan yang bertubi-tubi, Saka itu mengelak semua tumbukan aku.
" Shadow from Abyss, Bentuk kedua, Silat Bayang." Bayang menutupi kaki aku pula, sepakan aku tujukan kearahnya, Ouso dapat menahan kaki aku namun impak daripada sepakan itu menyebabkan tangannya terkebelakang dengan kuat, dia juga kelihatan terkejut.
" Pedang Bayang, Bentuk ketiga, Gergaji!" Kedua-dua bilah pedang Emilia berubah menjadi gergaji, dia terus menghayunnya laju kearah leher Ouso.
" Masih tak cukup..budak." Ouso menghalakan tangannya kehadapan, pedangnya tadi terus kembali ketangannya, dia memusingkan badannya dan dapat menepis serangan Emilia dan melukakan dada aku. Sial, aku terkena...sedikit daripada hayunan pedangnya tadi..Nasiblah aku sempat bertindak ataupun..tadi aku dah terbelah dua.
" Baihaqi.." Emilia melihat keadaan aku.
" Tak dalam..jangan risau.." Kata aku sambal menyentuh dada aku, walaupun tak dalam, aku masih terluka..Darah mengalir perlahan daripada dada aku.
" Saka ni takdelah selaju atau sekuat Mikael sebenarnya..tetapi dia macam..masih lebih kuat daripada kita.." Keluh Emilia.
" Kau nak mengalah ke sekarang ni?" Soal aku.
" Hehe, semestinya tak..Ini hanya buatkannya lebih mencabar..Aku bukannya takde idea lain untuk kalahkan..Masa untuk gunakan sihir bayang yang lain.." Balas Emilia, dia tersenyum yakin kemudian kembali memandang semula Ouso.
Luka didada aku ini mula terasa sakit namun aku tahan sahaja, aku melangkah kehadapan bersama dengan Emilia, Ouso juga mula menyerang kami semula, Emilia meletakkan tangan kanannya kehadapan.
" Teknik Sihir Bayang, Tangan Bayang." Dua tangan yang tercipta dari bayang keluar daripada bayang Emilia dan memegang tangan kiri Ouso, dia cuba melepaskan dirinya namun genggaman kedua-dua tangan itu kuat, dia cuba pula untuk memukul tangan itu namun tangan kanannya melepasinya, Ouso kelihatan keliru.
" Apa masalahnya, Saka? Terkejut?" Emilia mengeluarkan semula pedang bayang ditangan kirinya, tangan kanannya masih dihalakan kehadapan.
" Menyusahkan..Sihir bayang..Memang menyusahkan." Saka itu memutuskan tangannya yang digenggam tangan bayang, Emilia terkejut, Ouso segera mengambil pedangnya dan menuju laju kearah Emilia.
" Teknik Sihir Bayang, Panah Bayang." Emilia mencipta anak panah ditapak tangannya menggunakan bayang, anak panah itu terus laju bergerak kearah Ouso dan menusuk bahu kirinya namun dia masih terus menghayunkan pedangnya kearah Emilia, pedang mereka berdua bertembung lagi.
" Serangan kau...tak cukup..Tenaga roh kau..makin lemah." Kata Ouso, dia menekan lagi pedangnya, Emilia mengambil langkah kebelakang, dia kelihatan penat menahan pedang Ouso sehingga dia hampir melutut.
" Baihaqi! Habiskan dia!" Arah Emilia, aku berlari laju dan menumbuk wajah Ouso dengan kuat, dia terus terpelanting jauh daripada kami berdua.
" Kekuatan ni..Kau manusia?" Ouso kelihatan keliru dan tertanya, aku melepaskan lagi tumbukan kearahnya, Ouso cuba menepis namun tangan kiri aku pula datang dari bawahnya, dadanya terkena tumbukan itu, sepakan aku pula terkena pada tepi badannya, aku melepaskan tumbukan dan sepakan dengan tidak henti.
" Budak-budak tu buat kerja dengan baik, Saka yang mereka lawan itu sudah nampak lemah, nampaknya mereka akan dapat basmi dia jika mereka teruskan serangan mereka.." Mikael kelihatan bangga, Haunt cuba melepaskan serangannya namun Mikael dapat menepis kukunya tanpa memandang Haunt langsung.
" Tolonglah..Ini je apa yang kau dapat buat?" Soal Mikael dalam nada memerli, Haunt bengang, kukunya makin panjang, serangannya makin laju, Mikael masih nampak tenang dan menahan semua hayunan kuku Haunt.
" Siallah!" Jerit Haunt, Mikael mengeluh kecil.
" Mari selesaikan ini dengan cepat, aku sengaja buang masa aku sementara tunggu budak-budak tu hampir dapat kalahkan kawan kau.." Keluh Mikael, dia membawa sabitnya kebelakang, dengan sekelip mata sahaja, dia memancung kepala Haunt.
" A..Apa.." Kepala Haunt seperti berterbangan diudara, Mikael membelah pula kepalanya kepada dua bahagian, Saka itu berubah menjadi debu dan menghilang ditiup angin.
Aku masih sedang melawan Ouso, dia mula dapat mengejar pergerakan aku, badan aku dah mula penat, tambah pula dengan kecederaan aku.
" Kau dah perlahan.." Tangan Ouso laju menuju kearah aku, kukunya yang tajam menghampiri wajah aku.
" Kerghh!" Tiba-tiba bahu kiri Ouso meletup dan berkecai, kelihatan lendir hitam keluar daripada bahagian bahunya itu, tangannya terhenti dan badannya terjatuh ke tanah sebelum menjadi debu.
Aku terkaku sahaja, apa yang terjadi? Aku tak fahamnya tapi aku dapat rasa tenaga roh yang besar kemudian meletus sahaja tadi.
" Lambatnya anak panah tu..bertindak.." Emilia terbaring penat, dia memandang aku, tenaga roh dia memang dah sedikit, hah..Aku juga terduduk.
" Apa kau buat?" Tanya aku.
" Anak panah yang aku lepaskan tadi sepatutnya meletup tapi sebab tenaga roh aku dah mula sedikit, proses meletupnya lambat, lagipun tenaga roh Saka tu lebih besar daripada aku tadi..jadi aku tak pasti..letupan tu cukup untuk bunuh dia tapi nampaknya..dia tetap mati.." Emilia tersenyum, dia menutup sebahagian wajahnya, aku menoleh kearahnya.
" Kita menang, hah.." Kata aku.
" Ya, kita menang." Balas Emilia, kami berdua terdiam agak lama.
" Aku sejujurnya tak tahu nak cakap atau rasa apa.." Keluh aku.
" Kan? Rasa macam semua benda berlaku..dengan cepat.." Emilia meletakkan kedua-dua tangannya ketepi, lagi sekali, kami memandang sesama sendiri.
" Yeahhhhh! Aku puas sebenarnya!" Jerit Emilia.
" Aku tak percayanya! Aku dapat bunuh Saka!" Aku juga turut ikut menjerit, kami berdua mula terasa teruja selepas sedar apa yang kami dapat lakukan.
Mikael menghentikan langkahnya, senyuman terukir diwajahnya apabila memandang kami berdua..
" Apa sebabnya..kau jadi Pemburu Saka?"
" Kau perlukan sebab ke..untuk pertahankan sesuatu yang kau sayang?"
Mikael memulihkan luka didada aku, cahaya hijau keluar daripada tangannya dan dia letakkannya didada aku, dengan perlahan luka aku pulih, rasanya agak geli dan pelik, tak tahu..nak terangkan macam mana..
" Korang berdua buat kerja dengan baik untuk kali pertama memburu Saka.." Mikael menepuk peha aku.
" Terasa macam..aku dapat buktikan sesuatu..Aku rasa lebih kuat daripada diri lemah aku yang sebelum ini.." Kata aku, Mikael memandang sahaja aku, dia berdiri dengan perlahan selepas luka aku selesai memulihkan luka aku.
" Cumanya aku harap..aku dapat elakkan diri aku daripada kehabisan tenaga roh setiap masa.." Emilia masih kekurangan tenaga roh dan hanya duduk sahaja dikerusi kereta, dia tak dapat gerakkan badannya.
" Saka yang korang hadap tadi nampak macam Saka tahap 2..Untuk korang memang agak susahlah lawan makhluk tu.." Mikael meletakkan tangannya dipinggangnya.
" Ini sahaja ke kerja kita?" Tanya aku.
" Kena pasang pendinding juga, taman perumahan ni akan dibangunkan semula, banyak orang akan dapat tinggal dengan selamat disini, semuanya usaha korang berdua.." Mikael membelai kepala aku dan Emilia, kami berdua serentak menolak tangannya.
" Kau siapa? Ayah aku?" Soal Emilia dengan wajah pelik.
" Oh tolonglah..Aku baik dengan korang, korang buat aku camni.." Mikael membuat wajah sedih. Kedengaran bunyi kereta mendekati kami, kami bertiga terus menoleh kearah kereta hitam yang mendekati kami, lampu kereta itu terhala kearah kami.
" Orang yang upah kita dah sampai.." Kata Mikael.
Pintu kereta hitam itu terbuka, seorang wanita keluar, dia memakai topeng putih yang menutupi seluruh wajahnya, rambut wanita itu berwarna unggu, dia memakai blazer hitam dengan vest kelabu dan juga tali leher berwarna merah.
" Hei, A-Chan.." Tegur Mikael, wanita bernama A-Chan mendekati sahaja kami.
" Sudah selesaikan kerja kau, Mikael?" Tanya A-Chan, suaranya kedengaran agak garau untuk seorang wanita.
" Semestinya..Bukannya masalah besar sangat pun, hanya dua ekor Saka tahap 2 yang bising.." Balas Mikael. A-Chan mengalihkan kepalanya kearah kami.
" Siapa mereka berdua?" Lagi satu pertanyaan A-Chan lontarkan kepada Mikael.
" Dua budak baru Shadow Society, aku bawa mereka untuk latih mereka sekali.." Mikael tersenyum sahaja, A-Chan mengangguk perlahan.
" Salam kenalan, aku A, korang berdua jangan panggil aku A-Chan pula macam tak guna ni.." A-Cha- maksud aku, A menunjukkan ibu jarinya kearah Mikael.
" A..Aku Baihaqi.." Balas aku.
" Emilia.." Emilia juga memberitahu namanya.
" Biar betul, A-Chan..." Keluh Mikael. A mengeluarkan kertas daripada poket blazernya.
" Aku benci kau letak –Chan dekat belakang nama aku.." Balas A, kelihatan tenaga roh berwarna kuning mengalir ditangannya dan menyentuh kertas yang dikeluarkannya tadi, kertas itu terus berubah menjadi sampul surat.
" Kita dah lama kenalkan?, A-Chan.." Mikael mendekati A dengan kedua-dua tangannya keatas, A terus menyumbatkan sambut surat ditangannya tadi ke wajah Mikael, aku dan Emilia memandang mereka dengan wajah keliru.
" Jangan dekat dengan aku sangat..Kita hanya kenalan kerja saja.." A menjauhkan dirinya daripada Mikael.
" Ya-ya, maaflah, A-Chan. Apapun harap dapat terus berurusan dengan kau lain kali.." Mikael tersenyum semula sambil menunjukkan sampul surat yang diberi A tadi.
" Aku harap bos berhenti upah kau, bosan dah tengok kau..Jangan lupa pasang pendinding." Keluh A sebelum berjalan kearah keretanya.
" Jumpa lagi, A-Chan.." Mikael melambai tangannya, kereta A terus bergerak jauh daripada kami, Mikael berjalan semula kearah aku dan Emilia, dia membuka sampul surat tadi.
" Tolonglah, dah zaman moden pun masih beri duit dalam sampul surat, benda boleh transfer dekat akaun bank aku.." Mikael merungut, dia mengira wang yang diberikan A.
" Ini dia..untuk korang berdua, gunalah untuk beli apa-apa korang nak.." Mikael menyerahkan duit kepada aku dan Emilia.
" Terima kas- Ah! Banyaknya!" Emilia mengambil duit itu, dia terkejut melihat beberapa keping seratus ringgit berada diatas tangannya.
" 500 ringgit.." Aku mengira wang yang Mikael berikan.
" Bayaran yang lumayan kan? Bila kita ambil kerja upah sebagai Pemburu Saka, kita mengambil risiko menghadap Saka yang boleh bunuh kita, semestinya bayaran yang kita dapat tinggi.." Kata Mikael.
" Sekarang aku nampak kenapa keluarga aku agak kaya." Walaupun aku hampir tak pernah dapat rasa sedikit pun harta mereka.
" Aku rasa aku nampak lebih banyak sebab untuk jadi Pemburu Saka sekarang.." Emilia tersenyum sinis, dia memang suka duit, hah..
" Aku akan pasang pendinding jap lepastu kita balik.." Mikael meletakkan kedua-dua tangannya dibelakang kepalanya sambil berjalan kearah taman perumahan tadi, aku perhati sahaja dia.
***
" Baihaqi, gunalah duit kau hari ni untuk beli hadiah atau keluar dengan kawan kau..." Pesan Mikael, kami berdua sedang berada di jalan menuju kearah rumah aku.
" A..Aku mana ada kawan.." Kata aku.
" Janganlah tipu aku..Wajah kau dah ceritakan beribu benda pada aku..Aku bawa kau ikut buat kerja tadi bukan hanya untuk latihan sahaja..Aku nak ada alasan untuk bagi kau duit..dan juga semangatkan kau balik.." Mikael tersenyum, aku mengalihkan pandangan aku.
" Kau memang tahu semua benda, hah.." Keluh aku.
" Aku tak tahu semua benda, aku hanya tahu benda yang aku tahu..Berhubung dengan orang memang memenatkan tapi kau perlukannya, janganlah cakap benda-benda yang menyedihkan macam..'Aku tak perlukan kawan atau hubungan.'. Manusia ialah haiwan yang social, kita memang sentiasa mencari orang untuk berteduh.." Terang Mikael, kelihatan kami sudah mendekati rumah aku.
" Hubungan..akan lemahkan kita juga.Aku tak boleh tambah lagi..kelemahan aku." Balas aku.
" Itulah namanya jadi manusia..Sentiasa ada kelemahan, sentiasa terbuka..dan itu bukannya satu masalah pun sebenarnya. Shadow Society pun membangun dan menjadi kuat kerana hubungan ahli yang bersatu..Kalau kau dapat lepasi kelemahan membuat hubungan, kau akan dapat lihat..kekuatan yang bakal ia beri.." Mikael menghentikan keretanya, aku menoleh kearahnya seketika.
" Aku..fikirkannya.." Aku menarik sedikit pakaian aku.
" Hum, esok cuti berlatih ya, aku ada hal..Kalau kau nak keluar dengan kawan kau, esoklah masanya.." Kata Mikael, aku hanya mengangguk sahaja.
" Terima kasih, Mikael, macam biasa.." Aku menutup pintu keretanya dengan perlahan, Mikael mengangkat ibu jarinya. Keretanya terus bergerak laju meninggalkan aku, angin malam bertiup perlahan, aku menghembuskan nafas yang panjang.
***
" Walaupun saya hanya guna sihir bayang yang basic, ianya masih sangat efektif, Saka yang kami hadap pun agak kuat, dia boleh gunakan Senjata Sumpahan.." Emilia bercerita dengan teruja, Zen setia mendengar, mereka berdua sedang terduduk bersama di bar Alex.
" Saya rasa kali ni..saya ada peluang. Itulah yang buat saya gembira sangat sebenarnya.." Emilia mengenggam tangannya.
" Aku memang bawa kau ke sini untuk beri kau peluang, Emilia." Kata Zen, Emilia menoleh kearahnya, wajahnya kelihatan sedikit kemerahan.
" Hehe, terima kasih, Abang Zen..Saya terhutang budi sangat dengan abang, saya janji..saya akan berhikmat di Shadow Society dengan baik bila saya betul-betul bersedia nanti.." Balas Emilia, Zen tersenyum kecil, dia menghirup sedikit air jusnya.
Sedang dia menutup matanya, dia teringat akan semasa pertama kali dia bertemu dengan Emilia, baju yang kotor, wajah yang berluka, tangan yang lebam-lebam, air mata yang hanya mengalir daripada mata kiri namun segera dilap.
Dia pandang kearah Emilia yang berada dihadapannya, rambut yang pendek dan sudah sedikit kemas, pakaian yang lebih elok, senyuman yang kelihatan ikhlas, matanya memandang pula parut yang berada didahi Emilia, matanya berubah sayu.
" Emilia..jangan lupa jaga diri.." Pesan Zen.
" Hum?" Emilia kelihatan tertanya.
***
" Kita sudah dekat dengan mereka.." Lily sedang berlari dengan laju, seorang lagi Pemburu Saka sedang mengekorinya, mereka berdua melalui jalan yang kosong dan gelap, dari jauh kelihatan seseorang sedang terbaring dan cedera, dia tidak sedarkan dirinya, seekor Saka yang agak besar mendekatinya.
" Alamak! Kita tak sempat macam ni..." Keluh Lily.
" Teknik Sihir Batu, Cakra Batu." Pemburu Saka yang sedang bersama Lily itu menggunakan teknik sihirnya, cakra yang berbentuk seperti batu itu menuju kearah badan Saka dihadapan mereka namun tiada kesan sedikit pun.
" Badan dia keras!" Pemburu Saka itu terkejut, Saka itu menoleh kearah mereka berdua, Lily sedia untuk menyerang, tenaga rohnya yang berwarna merah jambu mula mengelilingi badannya.
" Viper."
Bilah pedang yang panjang tiba-tiba membelah badan Saka itu, Lily terus terhenti, badan Saka itu berubah menjadi debu, seorang lelaki muncul selepas debu daripada Saka tadi berterbangan dan menghilang.
" Skuad 2 agak lambat...Agak mengecewakan.." Lelaki itu rupanya Syakir, mata Lily terbuka luas.
" Syakir..kau buat apa kat sini?" Soal Lily.
" Dia ni ahli skuad aku, kami bertugas seperti biasa, mencari dan basmi Saka yang kami jumpa, kebetulan Saka besar tadi muncul jadi aku biarkan dia cuba lawan dengan Saka itu..Dia ahli skuad 3 tapi tak mampu bunuh Saka tahap 2? Menyedihkan." Kata Syakir.
" Apa!?" Pemburu Saka skuad 2 itu bengang, dia menjeling tajam Syakir.
" Lepastu kau buat panggilan cemas sebab orang bawahan kau hampir kalah?" Lily juga memandang Syakir dengan wajah tidak selesa, Syakir tersenyum.
" Tak..dia menjerit-jerit sambil buat panggilan cemas kemudian kena hentak dekat kepala dengan Saka itu kemudian pengsan.." Balas Syakir.
" Kalau kami takde berdekatan dengan kawasan ini..Kau akan biarkan dia mati ke?!" Marah Pemburu Saka skuad 2 itu.
" Sabar, Izzat..Dia naib kapten skuad 3, baik jangan tinggikan suara kau dengan dia.." Lily menghalakan tangannya kearah Izzat.
" Bagus Lily, buat dia sedar posisi dia..Apapun, aku semestinya akan bunuh Saka tu sebelum dia bunuh ahli skuad aku, aku takdelah terlalu kejam untuk biarkan seseorang mati.." Syakir menyentuh bilah pedangnya.
" Izzat tengokkan keadaan orang yang cedera tu.." Arah Lily.
" Baik, puan!" Izzat bergegas kearah ahli skuad 3 yang cedera dibelakang Syakir, apabila dia lalu ditepi Syakir, dia sempat menjeling Syakir lagi sebelum meneruskan langkahnya.
" Syakir, kau fikir tak apa yang kau lakukan sekarang ni? Kalau ahli skuad kau mati macam mana? Ini bukannya masa nak uji orang bawahan kau.." Tegur Lily, Syakir membuka mata kanannya dan memandang Lily.
" Skuad 3 ialah skuad yang sentiasa perlu sedia dan kuat, tidak kisahlah apapun musuh yang dihadap, jika kau kalah, jadi kau kena mati.." Syakir kedengaran sinis, Lily mengenggam tangannya.
" Aku tak rasa Tuan Haiqal setuju dengan apa yang kau cakap.." Kata Lily.
" Makin meningkat usia, Tuan Haiqal jadi lebih lembut. Aku masih ingat masa dimana Tuan Haiqal lebih tegas dan tak biarkan orang-orang lemah terus berada didalam skuad 3.." Syakir menyilang tangannya, Lily bertambah kecewa.
" Kenapa..kau jadi macam ni, Syakir? Aku rasa aku tak kenal kau lagi.." Lily mengalihkan pandangannya.
" Siapa pun kau dalam hidup aku, Lily?" Soal Syakir, Lily memandang semula Syakir dengan wajah terkejut.
" Aku tak perlukan pesanan atau kata-kata baik kau. Kita bukannya budak-budak lagi, aku tak perlukan kau tengokkan aku lagi..Kita sekarang hanyalah kenalan kerja, tak lebih dari itu..Kita bukannya kawan macam dulu.." Syakir menutup semula mata kanannya, Lily berjalan pergi daripada Syakir sambil diam sahaja.
" Aku ialah..ular yang beracun." Senyuman diwajah Syakir hilang, mata kirinya terbuka, kelihatan irisnya menyerupai mata ular dan berwarna hijau.
Bab 9 Tamat.
Share this novel