Bab 6 : Mengawal tenaga roh

Action Series 1113

Bab 6 : Mengawal tenaga roh

Semua ahli keluarga aku mati dibunuh..

" Jadi kaulah Airi Clerk.." Seorang lelaki yang tinggi berada dihadapan aku, dia kelihatan sedikit tua, sebahagian rambutnya beruban dan dahinya berkerut, pada masa itu, ibu dan ayah baru sahaja dikebumikan.

" Keluarga Clerk telah pupus, mereka tak wariskan kau apa-apa..Semua Saka milik keluarga kau dicuri oleh pembunuh itu, Zack Clerk dan Layla Clerk tak ajarkan kau teknik sihir mereka..Airi Clerk, kau bakal hidup dalam kehidupan yang penuh sengsara.." Lelaki itu mengatakan sesuatu yang kejam tanpa ekspresi diwajahnya, aku terdiam sahaja, tiada air mata dapat aku alirkan lagi. Ibu dan ayah ingin aku jauhi dunia Pemburu Saka namun akhirnya..mereka..mati dibunuh..cuba mempertahankan aku..

Aku nampaknya..orang-orang yang membunuh ibu dan ayah, mereka ialah Pemburu Saka..mereka gunakan sihir dan Saka..

" Namun keluarga kau mempunyai hubungan baik dengan Keluarga Adiwarna, aku ialah Tuan Ali bin Adiwarna..kawan ayah kau. Kerana banyak jasa baik Keluarga Clerk dan ibubapa kau, aku akan ambil kau..dan beri kau kehidupan yang baru.." Tawar Tuan Ali, aku menoleh perlahan kearahnya.

" Kehidupan baru?" Soal aku.

" Ya, sebagai pembantu rumah Keluarga Adiwarna.." Balas Tuan Ali.

Aku dibawa ke rumah yang besar, apabila aku masuk kedalam, kelihatan ramai pembantu rumah yang membantu ahli-ahli keluarga rumah yang besar ini, mereka semua kelihatan hidup senang, mereka semua katanya amat kuat dalam ilmu sihir dan Saka, senyuman diwajah mereka menyakitkan hati aku..

" Pembantu rumah yang baru ini comel..aku sukakan dia.." Tegur seorang lelaki dengan rambut perang, dia menutupi kedua-dua matanya.

" Ini baju kau dan ini bilik kau..Bertuah, hah..walaupun kau dah takde apa-apa, Pak Long aku baik dan beri kau hidup dalam bilik yang selesa..dan kerja yang senang..Kalau aku kau, air mata kesyukuran akan mengalir sekarang.." Kata lelaki itu dengan nada sarkastik sambil membawa aku masuk ke bilik aku, aku tertunduk sahaja...

Sabar, Airi..

Bertahan, Airi..

Setiap hari sejak aku datang ke sini, aku hanya melakukan benda yang sama sahaja, mengemas bilik, menyediakan makan dan balik semula ke bilik aku..

" Sedap Airi masak..ibu nak makan masakan Airi setiap hari kalau boleh!" Makanan yang aku belajar masak demi ibu akhirnya masuk ke dalam perut orang-orang yang berlagak dan kaya ini.

" Ayah tak penatlah, kamu tak perlu kemas semua benda.." Biasanya aku mengemas bilik ayah, seseorang yang bekerja keras demi keluarga dan aku. Sekarang aku harus mengemas bilik orang-orang yang menyakitkan hati aku dan hidup senang lenang..

Kenapa jadi begini?

Ayah, ibu...Airi nak balik rumah..Airi..

Hanya dibucu katil ini sahaja, dapat aku alirkan air mata aku..Apa makna kehidupan yang sebegini? Aku tiada hala tuju.

Sedang aku berjalan dihadapan satu bilik yang ditutupi dengan pintu gelangsar kaca ini, langkah aku terhenti, ada seseorang yang menarik perhatian aku, seorang lelaki berbadan besar, rambut hitamnya pendek sahaja, badannya basah dipenuhi peluh..

Dia seorang sahaja sering aku nampak berada didalam bilik latihan ini..Setiap hari, aku lalu lagi dan lagi di bilik itu, aku nampak dia berlatih dengan seorang lelaki yang lain, ada masa dia sendirian sahaja, ada juga masa dimana dia terbaring dilantai..

" Dia tu Baihaqi..anak Tuan Ali yang dipulaukan sebab dia lahir dengan tenaga roh yang sikit..Dia tak dapat belajar sihir..Dia mungkin berlatih untuk kuatkan diri dia tapi takde gunanya..Kekuatan fizikal tak cukup untuk jadi seorang Pemburu Saka.." Kata salah seorang daripada kakak-kakak pembantu rumah disini.

Jadi dia berlatih selama ni untuk jadi Pemburu Saka, katanya sudah bertahun-tahun juga sebenarnya dia sebegitu..

Walaupun keluarga dia..layan dia dengan teruk, Baihaqi tetap teruskan sahaja kehidupannya, setiap hari berdiri dan berlatih, dia tak pernah mengalah..

Aku kagum..

Tanpa aku sedar, aku hanya datang ke bilik latihan itu untuk memerhati Baihaqi, semua orang kata dia tiada apa-apa, masa depan dia..gelap kerana tidak dapat warisi apa-apa daripada keluarga ini..

Tapi aku tak rasa sebegitu, kekuatan dia dan semangat dia..ialah keistimewaan dia. Dia tak perlu pun jadi Pemburu Saka sebenarnya..

Sesuatu terdetik dihati aku..Sampai bila aku harus murung dan nampak menyedihkan, aku kena ambil langkah aku sendiri, selama-lamanya sebegini takkan bawa aku keluar pun daripada kehidupan ini..

Aku ambil tindakan aku sendiri dan aku tekad..Kalau aku dapat bantu seseorang seperti Baihaqi..Mungkin itu pun dah bagus.

Ini baru sahaja langkah pertama aku..

" Tuan Baihaqi?" Pintu biliknya..aku ketuk beberapa kali.

***

" Siapa yang meninggal?" Tanya Rizqi sedang Khalid memandu, dia terdiam agak lama kemudian menghembuskan nafas yang panjang, mata Khalid berubah sayu seketika.

" Dia kenalan aku..kami belajar bersama Tuan Toshinori Yamaguchi dahulu..Nama dia Ehsan, baik orangnya..Tak sangka, dia dah takde.." Balas Khalid, Rizqi memerhati sahaja Khalid.

" Jadi saya kena ikut sebab apa? Saya bukan kenal pun..orang ni." Soal Rizqi, Khalid terus memberhentikan keretanya, mereka tiba dirumah arwah Ehsan, kelihatan ramai orang sudah berada disitu.

" Rizqi, bukan semua orang lahir dengan pelbagai keistimewaan macam kau. Apabila mereka menjadi Pemburu Saka, setiap hari apabila mereka menghadap Saka..mereka mungkin akan mati namun mereka tak takut..sebab mahu pertahankan orang lain..Hormat kematian mereka, jangan pernah menyoal kenapa kau perlu datang ke perkebumian Pemburu Saka yang lain.." Terang Khalid sambil menutup enjin keretanya, Rizqi tersenyum pahit.

" Baik-baik, saya faham..Janganlah marah.." Keluh Rizqi, Khalid terus keluar daripada kereta diikuti Rizqi.

Mereka berdua terus bergerak masuk, ramai orang memberi laluan untuk Khalid, dia meneruskan langkahnya, Rizqi memerhati sahaja dari jauh, Khalid berhenti dihadapan jenazah Ehsan, wajahnya ditutupi.

" Khalid.." Seorang wanita menegurnya.

" Fatihah..Aku ucapkan takziah. Tak sangka dia pergi sebegini..Sebagai wakil daripada organisasi, aku berterima kasih terhadap kau kerana hikmat yang telah Ehsan sumbangkan pada kami.." Khalid mengalihkan pandangannya kearah Fatihah kemudian tertunduk.

" Kenapa..jadi macam ni...? Khalid..Dia kata dia akan okay je.." Fatihah menutup wajahnya, air mata mengalir laju daripada matanya, Khalid mengangkat kepalanya kemudian mengetap giginya, dia segera cuba bertenang.

" Aku janji..aku akan balaskan dendam..bagi Ehsan." Bisik Khalid, Fatihah mengangguk sahaja, beberapa ahli keluarganya yang lain menjauhkan dia daripada Khalid.

" Saka yang bunuh dia..mungkin gunakan teknik sumpahan.." Kata Puan Ros Melati yang berjalan kearah tepi Khalid.

" Akak ada kat sini?" Soal Khalid, dia terkejut.

" Humm, akak yang uruskan mayat dia..semasa dia dijumpai bersama dengan dua mayat yang lain.." Puan Ros Melati menoleh kearahnya, Khalid mengangguk faham.

" Boleh tak saya buka penutup ni, akak?" Pinta Khalid.

" Kamu kena sedialah..wajah dia..dah takde.." Balas Puan Ros Melati.

" Takpe..saya..nak lihat dengan mata saya sendiri.." Kata Khalid, Puan Ros Melati dengan perlahan membuka penutup wajah yang menutup wajah jenazah itu, mata Khalid terbuka luas, dia terus menarik rambutnya kebelakang.

Jenazah itu tidak mempunyai wajah dan terdapat lubang ditengah-tengah bahagian dahi, Khalid terus menutup semula wajah jenazah Ehsan kemudian berjalan kebelakang, Puan Ros Melati memerhati sahaja dia.

" Saka sialan.." Monolog Khalid, matanya membara.

***

" Kau kenyang ke, Reaper?" Soal Eric, dia sedang berada diatas bangunan yang mencakar langit, angin bertiup dengan kuat disitu, kelihatan dihujung bumbung bangunan itu terdapat lelaki yang berambut unggu dan bermata jingga itu, dia menoleh kearah Eric.

" Aku tak sempat makan semua mangsa aku semalam, ada seseorang yang menghalang aku, seseorang daripada Shadow Society.." Balas dia.

" Jangan cakap dengan aku, kau tak boleh bunuh dia sebab mungkin kau dan dia ada hubungan semasa Shadow Society dahulu, Reaper." Eric menjeling tajam Reaper, senyuman terukir diwajah Reaper.

" Hubungan aku dengan dia hanya wujud semasa aku manusia, sekarang aku bukan. Aku baru dibangkit beberapa hari lalu, badan aku masih belum sempurna, dia lebih kuat daripada aku sekarang.." Keluh Reaper, dia teringat akan semasa dia menghadapi Mikael yang hampir dapat membunuhnya.

" Tuan Xander ada tugas untuk kau selepas kau dah kenyang, sekarang ini, kami sedang cuba menjatuhkan skuad khas OPS dan skuad lain yang bakal cuba halang kami, kami tak boleh benarkan mereka menghalang kerja kami sekarang..Kerja kau pula ialah pastikan Shadow Society tak masuk campur..mereka juga musuh kami.." Arah Eric.

" Hum..tak perlu risau, niat aku pun memang untuk musnahkan Shadow Society dan binanya semula, kali ini, Shadow Society yang lebih kuat dan sama seperti bayangan aku yang sepatutnya.." Kata Reaper, dia berdiri dengan perlahan, kelihatan dari situ, bandar Kuala Lumpur yang luas dan sibuk.

" Lagipun kalau tuan sebenar kau mahu asset yang betul-betul kuat, dia memang perlukan Shadow Society untuk berpihak pada dia.." Reaper menjeling Eric pula.

" Baik, aku faham.." Balas Eric, wajahnya kosong sahaja.

***

" Hurgh! Urghh!" Seekor Saka yang berbentuk seperti lelaki yang berbalut dengan kain kafan sedang melarikan dirinya, Shaurya dan Yuki sedang mengejarnya.

Mereka berdua sedang mengejar Saka itu satu lorong belakang dua apartment yang agak sempit, Yuki dan Shaurya melompat keatas untuk mencapai Saka itu namun jalan mereka dihalang oleh beberapa helai kain kafan yang muncul dihadapan mereka.

" Percikan Api." Shaurya menjentik jarinya dan mengeluarkan beberapa percikan api yang membakar kain-kain itu, mereka dapat meneruskan pengejaran mereka.

" Laju jugak Saka pocong ni larikan diri dia, hah.." Keluh Shaurya apabila Saka itu menggunakan kainnya itu bergayut jauh daripada mereka.

" Kebelakang sedikit Shaurya, biar saya bekukan dia.." Kata Yuki, Shauya mengangguk perlahan, Yuki melajukan langkahnya, dia melompat keatas, kelihatan tenaga rohnya berbentuk menjadi seperti cebisan-cebisan ais.

" Teknik Sihir Ais, Nafas Membeku." Yuki menarik nafas kemudian menghembuskannya dengan kuat, nafasnya berubah menjadi ais yang membekukan semua dihadapannya, Saka itu tertangkap didalam kawasan sihir itu.

" Sejuk! Sejuk! Lepaskan aku!" Jerit Saka itu sedang ia cuba melepaskan dirinya, Shaurya mengenggam tangannya, api membara keluar, dia terus menumbuk Saka itu didadanya dan menembusinya.

Saka itu berhenti bergerak dan terus menjadi debu, Yuki mencipta lantai ais dan mengelakkan daripada dia dan Shaurya jatuh selepas mereka berdua melompat agak jauh daripada tanah.

" Nice save Yuki..kita memang dapat buat kombo yang baik!" Puji Shaurya, Yuki mengangguk sambil tersenyum.

" Nampaknya mereka berdua dah bunuh Saka tu.." Kata Rizqi dengan wajah cemburu, Chyou diam sahaja.

" Akak Lisa, bukan ke skuad khas ni sepatutnya selesaikan misi tentang kumpulan yang menjual Saka tu?" Soal Rizqi, dia menoleh kearah Lisa.

" Lepas hari Tuan Khalid kena serang, nampaknya aktiviti mereka berhenti seketika, sekarang ni kita tengah tunggu arahan daripada Pengerusi OPS dan Tuan Khalid..Semasa menunggu, kita akan selesaikan komisen-komisen yang dilaporkan oleh organisasi.." Terang Lisa sambil menyilang tangannya, Rizqi mengeluh kecil, riak wajahnya berubah bosan.

" Saka selesai dibasmi, Akak Lisa!" Kata Shaurya dengan semangat.

" Hum, bagus korang berdua..Buat masa ni..mari pergi makan tengah hari dulu.." Balas Lisa.

***

" Saka yang bunuh Pemburu-pemburu itu bukannya Saka yang biasa-biasa, aku pasti.." Khalid meletakkan tangannya dimeja Tuan Ali, dia kelihatan marah, Tuan Ali membuka matanya.

" Sabar Khalid, biarkan skuad 7 selesaikan siasatan mereka dan aku akan beri arahan baru untuk skuad khas.." Balas Tuan Ali.

" Beberapa minggu ni, macam-macam yang berlaku..Kumpulan yang menjual dan melepaskan Saka secara haram, pengkhianat dalam organisasi..kemudian Saka yang kuat pula ada yang berkeliaran diluar sana..Tangan kita semua penuh.." Keluh Khalid, dia terduduk dihadapan Tuan Ali kemudian mengurut kepalanya sendiri.

" Ini bukan kali pertama kita berhadap dengan banyak masalah sebegini..Daripada pandangan aku, kejadian-kejadian ini bukannya kebetulan, semuanya bersambung, ada kumpulan yang mencabar kuasa organisasi..Mereka mahu jatuhkan kita.." Tuan Ali berdiri perlahan, dia berjalan mengelilingi pejabatnya, kelihatan terdapat beberapa bingkai gambar, mata Tuan Ali memandang bingkai gambar dimana dia sedang bersama dengan seorang wanita, Tuan Ali tidak tersenyum namun wanita itu tersenyum manis sahaja.

" Ali, sampai bila kita akan biarkan tangan kita berikat dan disarung? Kau tak rasa ke kita patut gunakan semua yang kita mampu lakukan untuk cari kumpulan ni dan pengkhianat tu?" Soal Khalid, Tuan Ali menoleh semula kearah Khalid.

" Kalau kita buka sarung tangan dan ikatan kita..Adakah kau rasa kita akan menang?" Tuan Ali menyoal semula Khalid, dia terus terdiam.

" Kita perlu patuhi peraturan dan adat kita, ia wujud untuk menjaga kita dan dunia kita..Aku faham kau mahu semua benda selesai dengan cepat, tapi kita tak tahu apa-apa tentang musuh kita, apa kemampuan mereka, adakah kau nak lihat mayat-mayat Pemburu-pemburu yang bertimbunan hanya semata-mata kita mahu jatuhkan musuh ini?" Terang Tuan Ali, Khalid terus berdiri daripada kerusinya, dia mengeluh kecil.

" Aku percayakan kau, Ali..jadi tolonglah, ketuai kitorang kearah kemenangan.." Kata Khalid, dia berjalan keluar daripada pejabat Tuan Ali.

" Tiada sesiapa..akan kalah..bila mereka disisi aku." Monolog Tuan Ali, dia kembali ke tempat duduknya.

***

Aku keluar daripada bilik aku, pintu dibuka dengan perlahan, aku toleh ke kiri dan ke kanan, tiada sesiapa dan senyap sahaja, baiklah, ini masa yang baik untuk keluar..Entah kenapa aku masih risau keluar daripada rumah secara senyap sebegini.

" Mana kau nak pergi, Baihaqi?" Airi muncul daripada belakang aku dengan cahaya lampu suluh daripada bawah wajahnya, aku terperenjat dan terus melangkah kebelakang.

" Airi..kau tak tidur lagi?" Soal aku, dia menghalakan lampu suluhnya kearah aku.

" Jawab soalan aku dulu.." Arah Airi, aku mengeluh kecil.

" Aku keluar berlatih..itu sahaja." Balas aku.

" Guna sahajalah bilik latihan rumah ini.." Kata Airi, laju betul, seperti dia sudah bersiap sedia untuk menyoal aku.

" Nanti ganggu orang lain..yang tidur.." Aku mencari alasan didalam kepala aku.

" Dinding bilik latihan rumah ini kedap bunyi..dan tebal. Jadi kau takkan ganggu sesiapa.." Lagi sekali, balas Airi dengan laju, aku menelan air liur aku.

" Aku berlatih dengan seseorang.." Kata aku, Airi meletakkan lampu suluhnya kebawah.

" Bukan kau dah ada pelatih yang datang sini ke? Siapa yang latih kau ni?" Tanya Airi.

" Tuan Khalid sibuk sejak kebelakangan ini, aku minta..orang lain latih aku.." Aku mahu segera lari daripada situasi ini..Tak boleh benarkan malah Airi, satu apapun..pasal Shadow Society..

" Apa-apa jelah..aku tak tahu macam mana nak halang kau..Cumanya, hati-hati ya, jaga diri kau..Jangan sakiti diri kau je.." Pesan Airi, dia tersenyum dan melambai tangannya perlahan, aku mengangguk perlahan sahaja.

" Ah, baik..terima..kasih." Rasa janggal betul..aku terus berjalan keluar, Airi memerhati sahaja aku, dia mengenggam lampu suluh ditangannya dengan erat.

***

" Selamat tengah malam, wahai anak muridku!" Mikael bersemangat, dia sedang berdiri dihadapan aku dan Emilia sambil menyilang tangannya, suaranya juga agak kuat, Emilia memandangnya dengan wajah pelik.

" Bersemangat jugaklah korang...tak bestlah muram je.." Keluh Mikael, dia menepuk tangannya perlahan beberapa kali diwajah aku.

" Ah..yeeay.." Aku mengangkat tangan aku.

" Tak ikhlas langsung.." Mikael kecewa.

" Haih..aku paling tak berminat orang kacau masa tidur aku.." Keluh Emilia, dia menggaru kepalanya.

" Maaflah ya, aku busy orangnya, begitu juga ahli Shadow Society lain.." Balas Mikael, dia menjatuhkan tangannya dan meletakkan tangan kirinya dipinggangnya.

" Aku nak latih korang..sempurnakan sihir atau sumpahan yang korang boleh gunakan sekarang. Kedua-dua daripada korang perlu keluarkan potensi penuh kuasa korang sekarang.." Kata Mikael.

" Takkanlah aku..nak tahu satu teknik sihir sahaja?" Soal Emilia.

" Emi, jangan terlalu tergesa-gesa, ingat kata-kata Bruce Lee, ' Aku tak takut dengan seseorang yang berlatih melakukan 10000 ribu sepakan sekali tetapi aku takut dengan seseorang yang melatih satu sepakan 10000 ribu kali.'." Mikael mengangkat jari telunjuknya keatas, Emilia mengeluh sahaja, aku menoleh semula kearah Mikael.

" Jadi..apa patut kami buat?" Tanya aku.

" Korang kena faham, tenaga roh ini berada didalam badan korang, well, untuk Baihaqi, tenaga roh dia berada ditangan dia..Korang perlu rasakan, manefestasikan tenaga roh itu kemudian alirkannya..dalam teknik sihir korang.." Terang Mikael, dia menghalakan tangannya kehadapan, tenaga rohnya keluar dan mengelilingi tangannya. Dia memerhati sahaja aku dan Emilia yang riak wajah kami yang kosong.

" Oi, faham tak?" Soal Mikael.

" Alirkan tenaga roh, hah..Aku cuba.." Kata Emilia.

Dia menghalakan tangannya kehadapan, nampaknya dia memang betul-betul fokus, aku perhatikan sahaja dia. Tiada apapun yang berlaku..

" Pffft..." Mikael cuba menahan gelaknya.

" Jangan perbodoh-bodohkan aku boleh tak!" Marah Emilia, aku mengalihkan sahaja pandangan aku.

" Mula dengan..rasakan dan manefestasikan tenaga roh barulah alirkannya, kau tak bentukkan tenaga roh kau pun.." Tegur seseorang, kami menoleh kebelakang, Abang Zen berjalan kearah kami.

" Oh, Zen? Kau tak tidur?" Tanya Mikael.

" Rasa macam susah pula..nak lelap.." Balas Abang Zen.

" Macam mana nak rasakan tenaga roh, Abang Zen?" Soal aku, dia menoleh kearah aku kemudian tersenyum kecil.

" Tenaga roh..ialah diri kau, ia adalah tenaga yang terhasil daripada roh kau. Cara yang terbaik ialah bayangkan didalam badan kau, ada satu tenaga yang terkumpul, cuba rasa tenaga itu berada dalam badan kau.." Abang Zen menepuk dada aku beberapa kali dengan perlahan.

" Akhirnya..penerangan yang senang sikit untuk faham.." Emilia menjeling Mikael.

Tenaga roh aku berada ditangan aku..jadi..aku perlu bayangkannya disinilah, kan? Aku mengangkat tangan aku dan memerhatinya, bayangkan, tenaga yang terkumpul..beberapa bahagian aura mula terkeluar daripada tangan aku.

" Wah, cepat betul Baihaqi faham.." Puji Mikael.

" Heh, taklah susah mana nak manefestasikan tenaga roh.." Aura hitam juga terbentuk disekeliling Emilia, dia tersenyum bangga.

" Bagus korang berdua..baiklah, ini ialah bahagian yang susah, alirkan tenaga roh itu..Kau pelu kawal tenaga itu agar ia tidak pecah dan mula berterabur semula.." Ajar Abang Zen.

Aku cuba menggerakkan tenaga roh aku, sedikit demi sedikit, tenaga yang berada ditangan kiri aku bergerak ketangan kanan namun tiba-tiba tenaga aku pecah dan hilang daripada tangan aku..

" Apa..apa jadi?" Aku keliru.

" Tenaga roh kau pecah..Kumpulnya semula.." Arah Abang Zen.

" Biar betul..aku fokus je..jadi kenapa?" Keluh Emilia juga, tenaga rohnya juga pecah dan berterabur.

" Jangan fokus alirkannya sahaja, fokus juga kekalkan bentuk asal tenaga roh itu walaupun sedang kau alirkannya, tenaga roh yang besar jika dialirkan semestinya akan hilang bentuknya dan sebab itulah ia hilang.." Terang Abang Zen, aku sudah dapat rasakan tenaga roh tapi nampaknya ia ada bentuknya juga..Aku genggam tangan aku.

" Kalau tips aku, cuba bayangkan tenaga roh yang korang rasai itu seperti buih, kau perlu gerakannya tanpa letupkannya.." Kata pula Mikael.

" Analogi yang bagus, tapi jangan bagitau aku dulu masa kita berlatih kau terfikirkan tenaga roh kau sebagai buih?" Tanya Abang Zen.

" Takdelah..semestinyalah tak. Aku paling lambat dulu belajar..Idea bayangkan tenaga roh macam buih ni asalnya daripada Vera " Keluh Mikael, riak wajahnya berubah seketika semasa nama 'Vera' keluar daripada mulutnya, Abang Zen mengalihkan pandangannya.

Sedang mereka berdua bersembang, aku dan Emilia hanya menyambung latihan kami, bayangkan aku bawa buih dibadan aku dan cuba tak letupkannya..

Banyak kali juga aku gagal, begitu juga Emilia, Abang Zen dan Mikael hanya terus sahaja memerhati kami. Memang banyak benda aku tak faham..pasal tenaga roh, sihir, sumpahan ataupun dunia Pemburu Saka...

Aku mahu segera kuat.

" Baihaqi..berhenti kejap." Abang Zen menepuk bahu aku, tenaga roh aku terus hilang kerana aku hilang fokus, aku segera menoleh kearahnya.

" Kenapa?" Soal aku.

" Jangan terdesak sangat..Kau sebenarnya sedang fikirkan banyak benda betul tak? Sebab itulah tenaga roh kau senang terganggu.." Kata Abang Zen.

" Tapi.." Aku ingin kembali mengumpul tenaga roh aku.

" Berlatih untuk memahami dan menggunakan tenaga roh, sihir, sumpahan atau Saka memang memakan masa. Bukan itu sahaja, belajar ilmu-ilmu sebegini, boleh rosakkan hati kau..Ingat, emosi buruk juga ialah santapan Saka, cuba bertenang, jangan pernah biarkan emosi kau menguasai kau.." Abang Zen mencucuk dada aku dengan jari telunjuk dan hantunya beberapa kali, aku terhenti seketika kemudian mengambil nafas yang panjang.

" Kau pun sama Emilia, jangan tengok-tengok orang.." Mikael mengacau Emilia.

" Oh! Aku tengah fokus ni!" Marah Emilia, Abang Zen memandang mereka dengan wajah pelik.

" Abang Zen..saya akan cuba lagi.." Kata aku, dia menoleh semula kearah aku, kali ini, aku akan..dengar cakap Abang Zen.

" Bagus, Baihaqi..aku percaya kau boleh." Balas Abang Zen sambil tersenyum.

***

" Kau dah nak balik, Syakir?" Tanya Tuan Haiqal selepas mendengar Syakir ingin pulang, kelihatan semua ahli skuad 3 sedang memenuhi sebuah restoran, mereka semua bersembang dengan sesame sendiri dan menikmati makanan serta minuman mereka, Syakir memandang Tuan Haiqal seketika.

" Ah, maaflah..saya ada hal, saya akan terus balik ke Kuala Lumpur.." Kata Syakir.

" Oh, baik aku faham..Hati-hati masa balik..Jumpa esok. Aku dan yang lain balik pagi esok.." Balas Tuan Haiqal.

" Terima kasih tuan.." Syakir berjalan pergi.

Apabila dia sudah berada diluar restoran, dia berjalan kearah tempat parkir kereta dan terus menghentikan langkahnya, dia menoleh kebelakang sambil membuka mata kanannya dan tersenyum.

" Sanggup datang ke Ipoh semata-mata nak pickup aku..Nampaknya ada benda penting untuk dibincangkan, Tuan Danielle.." Tegur Syakir, Danielle sedang berada dibelakangnya.

" Kau masih mahu minum-minum bersama ahli skuad kau ke?" Tanya Danielle.

" Ahahaha, semestinya tak..Saya tak boleh duduk dengan mereka sangat, mereka semua menjengkelkan dan bising.." Balas Syakir sambil tergelak.

" Kau memang tak berubah, hah..Syakir, sejak kau berada naib kapten diskuad aku..dan sekarang diskuad Haiqal.." Kata Tuan Danielle, dia tersenyum kecil.

" Apapun, tuan datang sini bukannya nak sembang kosong sebegini, kan?" Soal Syakir, nada suaranya berubah seketika.

" Masuk ke dalam kereta dahulu, kita sambung dalam perjalanan kita pulang." Ajak Danielle, dia berjalan kearah keretanya, Syakir mengekorinya sahaja, mata kanannya tertutup semula.

Bab 6 Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience