Bab 4 : Istimewa?
" Baihaqi.." Tangan ibu perlahan mengusap tangan aku, semasa itu ibu sedang sakit tenat, badannya makin lemah dari hari ke hari, pada masa itu, aku tahu, ibu bakal tinggalkan aku. Satu-satunya orang yang sayangkan aku..bakal pergi daripada aku dan aku tak mampu buat apa-apa..
" Ingat kata ibu ini, kamu tetap istimewa..mungkin tak istimewa dimata semua orang, tapi dimata ibu, kamu sangat istimewa. Sebab kamu anak ibu, satu masa nanti ibu percaya, ada seseorang akan..jadikan kamu orang istimewa mereka..jadi sabar ya, Baihaqi..Ibu tetap ada disini jadi..mengurutlah dekat ibu...setiap masa ya?" Ibu menyentuh dada aku dengan perlahan, dia tersenyum sahaja walaupun dalam keadaan yang lemah, aku tidak mengatakan apa-apa pun..pada masa itu..
Ibu, sampai sekarang pun..tiada sesiapa yang nampak saya sebagai seseorang yang istimewa dimata mereka.
Aku dah lama mengalah..dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain..Hubungan buat kau lemah, aku tak perlukan sesuatu yang hanya akan melemahkan aku..Aku harus jadi kuat dan buktikan kepada orang-orang yang pandang rendah terhadap aku..
Mikael membawa aku menuruni tangga berdekatan dekat bar tadi, terdapat bilik bawah tanah dimarkas ini, aku melihat sekeliling, terdapat beberapa botol yang memerangkap Saka tersusun disebuah rak, terdapat juga beberapa buku tentang cara penggunaan Teknik Sihir dan lain-lain.
" Kau tak boleh guna teknik sihir jadi kebanyakkan buku disitu takkan berguna.." Tegur Mikael, nampaknya dia perasan aku memerhati buku-buku tadi dengan lama.
" Aku tahu. Cumanya aku pernah nampak buku-buku seperti ini..dekat rumah aku.." Balas aku. Mikael meneruskan perjalanannya, aku kembali mengekorinya, terdapat lagi satu bilik terletak dihujung bilik ini, Mikael membuka pintu bilik itu.
" Ada orang guna ke bilik ni?" Soal Mikael sejurus dia memasuki bilik itu diikuti aku, ini ialah bilik latihan nampaknya, terdapat beberapa patung latihan tersusun dihadapan kami.
" Oh, kau dah balik, Mikael..Masa yang tepat, aku perlu kau tengok apa yang aku baru dapat buat.." Balas seorang budak perempuan, aku menoleh kearahnya, dia mempunyai rambut yang pendek, budak perempuan itu juga memandang aku, kelihatan terdapat parut didahinya juga.
" Menarik, apa yang kau nak tunjukkan pada aku Emi?" Balas Mikael sambil mendekati Emi, aku memerhati sahaja mereka dari jauh.
" Sebelum ni kau ada ajar aku cipta senjata dengan bayang betul tak? Rasanya aku dah jumpa senjata yang sesuai dengan aku.." Emi mengalihkan pandangannya daripada aku kemudian mengangkat tangannya, bayang keluar daripada tangannya kemudian membentuk bilah pedang.
" Nampak macam senjata yang sama yang ajar kau buat je.." Kata Mikael.
" Aku belum tunjuk lagi..apa yang aku latihkan buat dari semalam.." Balas Emi sambil mengangkat bulu mata kanannya, dia menghalakan badannya kearah patung-patung latihan yang tersusun dihadapan kami tadi.
" Teknik Sihir Bayang, Pedang Bayang, Bentuk Kedua." Emi menghayunkan tangannya dari jauh namun bilah pedangnya memanjang sehingga dapat membelah patung-patung latihan itu dari jauh.
Agak menakjubkan, nampaknya Teknik Sihir Bayang benarkan pengguna mereka bentukkan sahaja apa-apa daripada bayang, dari awal, nampaknya dia hanya mencipta bilah pedang yang biasa namun dia boleh ubahnya supaya dia boleh buat serangan jarak jauh..Emi ni agak bijak orangnya.
" Macam mana?" Emi kelihatan bangga.
" Ah, semua orang boleh buat benda tu..Ianya standard bagi semua pengguna Sihir Bayang.." Mikael tidak nampak tertarik pun dengan apa yang Emi lakukan tadi, ianya 'standard'? Jadi takdelah istimewa mana pun serangan tadi, hah..
" Tak perlu buat wajah macam tu pun, kan? Kau buat aku menyampah!" Marah Emi, Mikael tergelak melihat reaksi dia.
" Sabarlah Emi, kau ni cepat marah betul..Apapun apa nama yang kau bagi untuk teknik kau ni?" Pujuk Mikael sambil bertanyakan soalan, Emi menjeling sahaja dia dengan wajah geram.
" Pedang Bayang, Bentuk Kedua.." Emi mengalihkan pandangannya dan suaranya makin perlahan daripada satu ayat ke satu ayat.
" Hahahaha! Bagilah nama yang unik sikit.." Mikael tergelak lagi, Emi menyepak-nyepak Mikael dari belakang beberapa kali, dia kemudian memandang pula aku, jelingan tajamnya seperti menusuk dada aku.
" Apa tengok-tengok?! Kau nak gelakkan aku jugak ke?" Soal Emi.
" Hah? Mana ada.." Balas aku, kenapa dengan dia ni? Menyeramkan..
" Maaf-maaf. Baiklah, aku datang sini sebab nak bantu korang berdua berlatih, biar aku kenalkan..Baihaqi, dia ni Emilia Brooks, ahli baru Shadow Society sama seperti kau dan Emilia dia ni Baihaqi bin Ali, korang berdua bakal jadi pasangan berlatih.." Mikael menepuk bahu kami berdua kemudian mendekatkan kami dengan sesama sendiri, Emi masih memandang aku dengan jelingan dan aku memandangnya dengan wajah pelik.
" Pasangan berlatih?" Keluh aku.
" Kenapa aku perlu berlatih dengan pasangan?" Tanya Emilia.
" Sebab senang sikit kerja aku..Tak payah nak pergi latih kau satu masa kemudian latih Baihaqi pada satu masa yang lain, dua-dua terus aku latih, senang.." Mikael tersenyum sinis, dia ni...ikhlas tak nak latih aku sebenarnya?
Aku dan Emilia mengeluh pada yang sama, kami terus memandang sesama sendiri lagi selepas sedar yang kami melakukan benda yang sama pada masa yang sama.
" Lagipun seronok berlatih dengan pasangan. Salam sesama sendiri sekarang.." Arah Mikael, dia menarik tangan aku dan menghalakannya kearah Emi, aku cuba menarik tangan aku namun genggamannya agak kuat.
" Apa-apa jelah, jangan perlahankan aku sudah, Baihaqi.." Emilia menyalam tangan aku, dia mengenggam tapak tangan aku dengan kuat. Dia memang sengaja sakitkan aku betul tak?
" Kau pun sama.." Balas aku.
Jangan haraplah aku dapat berbaik dengan perempuan macam dia ni..
***
" Nasiblah kecederaan kau tak teruk sangat, esok kau tetap kena masuk bertugas..dan Tuan Ali minta skuad kita buat laporan tentang apa yang berlaku hari ni.." Kata Lisa, dia sedang duduk ditepi katil Khalid, mereka sedang berada didalam bilik rawatan.
" Terima kasihlah, Lisa..kalau kau takde untuk pulihkan sedikit kecederaan aku..mungkin keadaan aku akan jadi teruk.." Khalid menyentuh kepalanya yang berbalut, Lisa menyilang tangannya kemudian mengalihkan pandangannya.
" Lain kali..jangan biarkan ego kau bermain dekat kepala dan terus bunuh Saka yang serang kau.." Pesan Lisa, Khalid menyandarkan kepalanya dibantalnya.
" Takkanlah aku nak terus guna teknik sihir aku kalau aku ada pilihan untuk tak gunakannya? Aku ingat aku boleh terus belah kepala Saka tu rupanya dia ada serangan mengejut.." Keluh Khalid, riak wajah Lisa berubah kecewa.
" Kau ada je alasan nak bagi. Susah kau tahu tak jadi pembantu ni? Kau kena ambil tanggungjawab..bila ketua kau buat benda bodoh.." Balas Lisa, Khalid terus kelihatan serba-salah, dia mengeluh kecil.
" Baiklah..maafkan aku.." Kata Khalid perlahan, Lisa terdiam sahaja, tiba-tiba pintu bilik rawatan terbuka, Khalid dan Lisa terus menoleh kearahnya.
" Korang berdua dah sampai dulu, hah.." Rizqi berjalan masuk, diikuti ahli skuad khas yang lain, Shaurya, Yuki dan Chyou, mereka berempat berjalan kearah hadapan katil Khalid.
" Nampaknya korang semua tak cedera, baguslah.." Kata Lisa sambil melihat mereka satu per satu.
" Aku ada..Kita takkan kalah selagi aku ada.." Balas Rizqi dengan bangganya.
" Macam mana keadaan tuan sekarang?" Tanya Shaurya kepada Khalid.
" Aku akan okay, esok aku tetap kena kerja juga.." Balas Khalid, dia mengangkat sedikit badannya.
" Syukurlah tuan okay.." Yuki kelihatan lega, Khalid tersenyum dan mengangguk perlahan, Chyou diam sahaja, dia seperti dalam dunia dia sendiri.
" Alang-alang korang kat sini bolehlah aku bagitau..Tuan Ali minta kita buat laporan tentang kejadian hari ni, pastikan siapkan laporan tu sebelum balik kerja esok ya.." Beritahu Lisa, Rizqi terus membuat wajah malas.
" Oh, baik!" Shaurya mengangkat ibu jarinya.
" Saya boleh siapkan malam ini.." Kata pula Yuki, Chyou mengangguk faham sahaja.
" Aku tahu kau malas Rizqi tapi kau kena buat laporan ni supaya kita dapat beri informasi-informasi yang diperlukan organisasi.." Khalid menegur Rizqi.
" Ya, saya faham.." Keluh Rizqi, dia masih kelihatan malas, Khalid memandang semua ahli skuad kemudian menarik nafas yang panjang.
" Kejadian hari ni..bukannya kebetulan, ada orang mahu bunuh aku nampaknya..Skuad khas kita ni sepatutnya hanya diketahui orang atasan organisasi dan skuad kita sendiri..Nampaknya ada seseorang melakukan kerja khianat.." Terang Khalid dengan wajah serius, mereka hanya mendengar sahaja penerangan Khalid dengan telinga yang terbuka.
" Ada orang dalam organisasi bekerja dengan musuh, hah.." Shaurya meletakkan tangannya didagunya.
" Pernah ada kejadian sebegini di Organisasi Pemburu Saka Jepun, ada dua Pemburu Saka ditangkap melakukan kerja khianat, mereka serahkan info rahsia kepada pihak yang tak sepatutnya tetapi nasiblah mereka dapat ditangkap bersama sekutu mereka. Jadi tak pelik kejadian sebegini boleh berlaku..." Cerita Yuki, mereka semua menoleh kearahnya sedang dia menceritakan pengalamannya.
" Apapun, mulai hari ni kita kena berhati-hati..Kalau ada yang tinggal sendirian, kau kena pastikan suasana kau selamat setiap masa, yang tinggal dengan keluarga pula, minta keluarga korang pun sentiasa hati-hati, untuk yang tinggal di dormitori organisasi, rasanya korang akan selamat je..tapi kalau ada orang yang mencurigakan, elak terlibat apa-apa dengan mereka.." Khalid memandang Chyou kemudian dia menoleh pula kearah Shaurya apabila dia bercakap tentang perihal keluarga, setelah itu, dia mengalihkan pandangannya kearah Yuki semasa bercakap tentang dormitori.
" Bukan Akak Lisa boleh gunakan telepathy untuk baca fikiran orang ke? Apa kata akak just baca fikiran semua ahli organisasi kemudian kita dapat tangkap pengkhianat ni.." Cadang Rizqi.
" Haih, dengar ni, budak. Bukan semua orang ada tenaga roh yang banyak macam kau, kalau aku gunakan teknik sihir aku pada ratusan ahli kita, habis matilah aku sebab guna banyak tenaga roh aku. Tambahan pula, teknik aku boleh ditepis oleh orang yang punyai tenaga roh yang lebih kuat daripada aku.." Bebel Lisa, Rizqi tersenyum pahit.
" Maaflah, kak..Haih, teknik sihir telepathy ni warisan keluarga akak pulak..Kalau saya belajar guna nanti melanggar adat pula.." Keluh Rizqi.
" Tahu pun.." Lisa mengangguk.
" Saya ada idea, apa kata akak kahwin dengan saya jadi saya bolehlah belajar guna teknik sihir tu dan kita dapat cari pengkhianat ni!" Gurau Rizqi, semua orang terus terdiam, tiada sesiapa pun bertindak selepas mendengar gurauannya itu, selepas seketika, Lisa berdiri dan terus menarik baju Rizqi.
" Budak..kita dalam situasi yang serius, aku tak nak kau..bertindak macam ni..Tolong jadi matang sikit, kau memang Pemburu Saka yang kuat tapi ego tinggi kau tu buatkan kau tak berharga pun langsung dalam skuad ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain." Teguran Lisa yang pedas itu terus menghilangkan senyuman diwajah Rizqi, dia terus membuat wajah tidak puas hati sambil memandang Lisa.
" Cukup tu..korang berdua. Lepaskan baju Rizqi tu, Lisa. Kau pun kena tahan marah kau.." Tegur pula Khalid, Lisa melepaskan baju Rizqi kemudian duduk semula.
" Rizqi.." Yuki memandang sahaja Rizqi dengan wajah risau, Shaurya dan Chyou memandang sesama sendiri, Shaurya tersenyum pahit manakala Chyou menggaru kepalanya.
" Haih, korang rehatlah dulu, pergi makan ke apa..Kita dah lalui hari yang memenatkan hari ni, ambil masa untuk berehat dan bertenang.." Arah Khalid.
***
" Baihaqi, panggil Saka kau keluar." Pinta Mikael, dia sedang berdiri dihujung bilik latihan ini sambil memerhati aku dan Emilia.
" Dia ni pengguna Saka, hah.." Kata Emilia sambil memandang aku.
" Baiklah..Keluar, Kuro." Aku menghalakan tangan aku kehadapan namun tidak ada apa-apa yang berlaku, Emilia memandang aku pelik, Mikael hampir tergelak, dia menutup mulutnya.
" Kenapa dia tak keluar ni? Dia kata kalau aku nak gunakan dia, panggil je nama dia.." Keluh aku sambil melihat sekeliling aku.
" Kau ada Saka ataupun tak sebenarnya?" Soal Emilia.
" Aku ada.." Balas aku sambil mengetuk kepala aku sendiri.
" Ahem-ahem..Untuk panggil Saka, kau kena cakap kemahuan kau, apa yang kau mahu mereka lakukan..Mereka takkan keluar macam tu je..Bayangkan aku musuh kau Baihaqi, Saka hanya akan bertindak apabila ada musuh untuk mereka hadap. Mereka perlukan musuh untuk disumpah." Terang Mikael, aku menoleh semula kearahnya kemudian mengangkat tangan aku semula.
" Kalahkan musuh kau, Kuro." Kata aku, bayang seorang budak perempuan terus keluar daripada bayang aku, badan Kuro mula kelihatan selepas seketika, dia membuka matanya, iris merahnya seperti bercahaya seketika.
" Musuh kita ialah Mikael ke, tuan?" Soal Kuro sejurus dia memandang aku. Aku memang cakap musuh tapi musuh aku bukannya Mikael, kan?
" Ah, aku akan jadi musuh kau seketika ni, Kuro. Aku perlu latih Baihaqi supaya dapat gunakan kau sebaik mungkin.." Balas Mikael, dia mengeluarkan sesuatu daripada seluarnya,kelihatan dia sedang menarik satu permata hitam yang terikat dengan rantai yang berada diseluarnya.
" Untuk pelajaran pertama korang berdua, aku akan tunjukkan korang, potensi penuh penyihir bayang dan pengguna Saka bayang.." Mikael mengenggam pertama hitam tadi, kelihatan bayang mula menyelit keluar daripada jari-jarinya.
" Senjata Sumpahan. Tarik nyawa musuh kau, Azrael." Sabit yang panjang terus tercipta ditangan Mikael, angin yang kuat juga bertiup selepas senjatanya itu muncul, Baihaqi dan Emilia terus terkaku.
" Kau nak bunuh kami ke?!" Soal Baihaqi.
" Maaflah, Azrael tak nak keluar kalau takde musuh yang ingin aku bunuh, jangan risau, aku kawal dia supaya tak bunuh korang.." Kata Mikael, dia meletakkan pemegang sabit itu dibahunya sambil tersenyum.
" Jadi itulah Senjata Sumpahan kau?" Tanya Emilia.
" Bingo! Tapi aku lagi suka kalau kau kata ' Itu ialah antara Senjata Sumpahan kau?', Azrael ada banyak bentuk tapi ini bentuk paling senang nak guna..Kalau ada antara korang yang tak tahu, Senjata Sumpahan sebenarnya ialah Saka yang disatukan dengan satu objek seperti azimat ataupun permata khas yang benarkan mereka membentuk menjadi senjata.." Mikael menjatuhkan pula sabitnya itu. Senjata Sumpahan, daripada apa yang aku tahu, seseorang perlu ada tenaga roh yang kuat untuk gunakannya, tapi tak pernah tahu pun yang sebenarnya ia hanyalah Saka yang disatukan sahaja..
" Cuba aku teka, kau nak kami berlawan dengan kau supaya kau boleh tunjuk betapa jauhnya langkah kami untuk capai tahap kau.." Kata Emilia dalam nada memerli.
" Hum..kalau kau katakannya sebegitu..Kedengaran agak kejam tapi memang betul pun. Korang berdua budak mentah, seorang dengan ego yang tinggi dan seorang yang tak sedar diri, biar aku kejutkan korang.." Mikael menghalakan senjatanya kearah kami, aku mengenggam tangan aku dengan erat.
" Menarik..aku dah lama nak cuba bunuh kau Mikael.." Kuro mengeluarkan lidahnya keatas.
" Baihaqi..pastikan Kuro tak bunuh aku ya..Dia ada je muslihat dia.." Pesan Mikael dengan senyuman pahit.
" Jangan pandang rendah aku, Mikael.." Emilia mengeluarkan dua bilah pedang bayangnya.
" Latihan ni pun akan benarkan kau dan Baihaqi serta Baihaqi dan Saka dia belajar bekerjasama..Baiklah, apa tunggu lagi? Aku benarkan korang..lepaskan serangan korang dulu.." Mikael langsung tidak mengangkat semula senjatanya, dia malah mencabar kami untuk menyerang dahulu.
" Kau tunggu dulu, biar aku buat serangan pertama." Arah Emilia sambil menghalang aku dan Kuro kehadapan.
" Budak tu fikir dia siapa?" Soal Kuro sambil memandang Emilia dengan pandangan terganggu.
" Biarkan jelah dia.." Balas aku.
Emilia berlari laju kearah Mikael, dia menghayun kedua-dua bilah pedangnya namun apabila bilah pedang itu tersentuh dibadan Mikael, ia terhenti, Emilia terus terhenti, dia tidak percaya apa yang berlaku dihadapannya begitu juga aku, apa yang terjadi? Aku tak nampak Mikael gunakan teknik sihir lain selain daripada keluarkan Senjata Sumpahan tadi..
" Kuro apa yang jadi sekarang ni?" Soal aku
" Tenaga roh yang budak gunakan untuk cipta senjata dia lemah..sebab itulah pedang tu tak dapat belah Mikael." Balas Kuro.
" Apa masalahnya budak? Pedang kau tak potong aku pun.." Kata Mikael dalam nada memerli, Emilia terus menjauhkan dirinya, dia lagi sekali cuba menyerang Mikael dengan pedangnya namun Mikael menghentikan hayunannya hanya dengan menggunakan tangan kirinya, dia menolak pedang Emilia kebelakang.
" Mesti kau tertanya apa yang terjadi betul tak? Macam apa yang Kuro katakan, serangan kau kekurangan tenaga roh, kesilapan yang sering dilakukan pemula pengguna sihir dan Saka, seseorang dengan tenaga roh yang lebih kuat daripada aku dapat tepis serangan kau hanya dengan menutupi badan mereka dengan tenaga roh sendiri..Lihat, inilah tenaga roh aku.." Mikael mengangkat tangan kirinya, aura-aura tenaga roh hitam mula mengelilingi badannya, Emilia mengetap giginya, dia kelihatan marah.
" Kau sengaja nak perbodohkan aku, hah, Mikael.." Keluh Emilia.
" Aku dah kata, aku akan kejut korang berdua, terimalah realiti." Balas Mikael, dia kedengaran dingin.
" Kita serang pula, Kuro.." Kata aku kemudian berada diposisi sedia berlawan, Kuro berdiri diatas bahu aku tanpa aku sedar, dia laju..
" Apa kau nak buat, tuan?" Tanya Kuro.
" Sekarang bila kau tanya aku...Aku sendiri tak pasti.." Balas aku, kalau aku serang dia dengan tangan aku pun, bukannya dapat buat apa-apapun..Tenaga roh Mikael agak besar dan kuat, bukan itu sahaja, aku tak pernah nampak tenaga roh hitam seperti dia punya.
" Haih, kau akan buat kita berdua terbunuh kalau kau tak tahu..cara gunakan aku.." Kuro kedengaran kecewa.
" Macam manalah aku nak tahu?! Aku tak pernah gunakan kau!" Marah aku, Saka ni, suara dia sentiasa kedengaran macam menyindir orang lain, menyakitkan hati betul!
" Korang berdua! Ini bukannya masa nak bergaduh!" Tegur pula Emilia, dia juga kedengaran marah.
" Aku tahulah!" Balas aku semula, kami menjeling sesama sendiri, Mikael mengeluh kecil.
" Haih, ambiklah serius sikit latihan ni..Korang boleh mati bila-bila masa kalau...tak hati-hati tau.." Kata Mikael, tiba-tiba, dengan sepantas kilat, dia berada dibelakang kami bertiga, Mikael menghayunkan sabitnya, Emilia mengambil langkah pergi sambil membuat perisai daripada bayang, Kuro pula terus menarik aku jauh daripada serangan itu.
Akhirnya sabit Mikael itu hanya membelah lantai sahaja namun hayunannya itu kuat dan dipenuhi dengan tenaga roh sehingga menyebabkan angin yang kuat, aku menoleh semula kearahnya selepas menutup pandangan aku seketika selepas angin tadi bertiup, dia kelihatan seperti orang yang berbeza.
" Aku takde masa nak terangkan..Tuan, ikut apa yang aku cakap ni..dan guna kuasa aku.." Kata Kuro, dia mula kelihatan serius.
" Baiklah.." Balas aku.
" Teknik Sumpahan, Shadow from Abyss." Bisik Kuro ditelinga aku dengan perlahan kemudian aku mengatakan juga ayat yang sama, kedua-dua tangan aku terus berubah hitam dan dikelilingi tenaga roh yang sama seperti Mikael.
" Tangan kau ialah bahagian aku yang aku berikan pada kau, tuan. Ianya sumber tenaga roh kau, buat masa ni aku rasa kita hanya mula gunakannya ditangan kau sahaja.." Terang Kuro, aku mengenggam kedua-dua tangan aku, tenaga roh ditangan aku ini besar juga, aku rasa aku..boleh cederakan Mikael!
" Shadow From Abyss, hah..Ianya bayang khas yang boleh digunakan Saka bayang, berbeza dengan teknik sihir, teknik sumpahan ialah khas untuk Saka, kuasa mereka lebih kuat daripada teknik sihir..tetapi hanya boleh digunakan apabila kau membuat 'bayaran' kepada Saka kau untuk gunakannya.." Mikael meletakkan sabitnya dibelakang badannya.
" Baik kau berhenti bercakap dan pastikan aku tak dapat tumbuk muka kau!" Kata aku kemudian terus menuju kearah Mikael, dia menghayun sabitnya, aku terus mengelak dan terus melepaskan tumbukan kearahnya, Mikael kelihatan terkejut melihat aku dapat mengelak serangannya, dia menahan tangan aku menggunakan tangannya sendiri namun kelihatan dia terkesan seketika oleh tumbukan aku.
Emilia muncul dari belakang, dua pedangnya mendekati tengkuk Mikael namun sabit Mikael dapat menepis kedua-dua pedang itu, dia kemudiannya menyepak perut aku dengan kuat dan menyiku pula kepala Emilia.
" Serangan yang agak bagus tapi..korang berdua terbuka!" Mikael memusingkan sabitnya, leher aku terkena pemegang sabit itu manakala Emilia terkena ditepi badannya, kami berdua terpelanting agak jauh daripada Mikael.
" Argh.." Aku cuba bangun sejurus terkena serangan tadi, tangan aku membelai leher aku yang terkena sebatan pemegang sabit tadi, keras betul serangan dia, Kuro berdiri ditepi aku dan memandang aku dengan pandangan yang kosong.
" Badan kau berotot tuan, takkanlah serangan macam tadi dapat jatuhkan kau?" Soal Kuro, aku segera berdiri.
" Mestilah tak.." Balas aku. Emilia juga kelihatan bangun semula, dia kelihatan makin marah, Mikael berdiri sahaja sambil tersenyum, aku kembali menyerangnya lagi diikuti Emila.
Kuro memandang sahaja kami dari jauh, dia menyilang tangannya, semua serangan aku dan Emilia tidak dapat menyentuh Mikael, apabila hampir terkena pun, dia hanya menepis dan menyerang kami semula.
Jadi inilah potensi sebenar pengguna sihir bayang? Aku pernah nampak pengguna sihir lain tetapi aku tak pernah nampak seseorang pengguna sihir yang laju dan cekap seperti dia ni!
" Hiyargh!" Tumbukan aku menghampiri wajah Mikael namun dia tiba-tiba berubah hitam dan seperti memasuki tanah, tangan aku hampir terkena pada Emilia, dia segera mengelak dan mengambil langkah kebelakang.
" Mana dia?!" Soal Emilia.
" Hello, saya disini.." Mikael keluar daripada bayang Emilia, tidak sempat dia menoleh kebelakang, Emilia terus terkena hayunan kuat oleh Mikael, pemegang sabit itu masuk agak dalam dari belakang badan Emilia, dia tertolak kearah aku.
" Dapat kau.." Aku sempat menahan Emilia sebelum dia terhentak kearah dinding, dia terus menoleh kearah aku, dia kelihatan dalam kesakitan yang amat.
" Kenapa kau..tolong aku?" Tanya Emilia.
" Kita patut bekerja dalam kumpulan sekarang..itu sahaja sebabnya.." Balas aku.
" Sial..aku nak terus berlawan...tapi..aku tak dapat gerakkan badan aku lagi..Sakit betul.." Keluh Emilia, dia tertunduk, aku memerhati sahaja keadaan badannya, dia tidak mempunyai badan yang besar seperti aku, kelihatan lebam-lebam berada ditangan dan kakinya, bibirnya juga sedikit pecah.
Walaupun dia menyakitkan hati aku, aku tetap hormat..semangat dia. Seseorang yang berlawan untuk buktikan diri mereka tidak lemah sentiasa..mendapatkan penghormatan aku.
" Biar aku tumbuk muka Mikael...untuk balas balik..serang kau secara kotor tadi.." Aku meletakkan Emilia dengan perlahan, aku berjalan semula kearah Mikael, Emilia memandang sahaja aku.
" Nice save, Baihaqi.." Puji Mikael, aku menghembuskan nafas yang panjang.
Apa yang aku rasa sekarang ialah..kemarahan..Aku mahu buktikan diri aku, aku bukannya orang yang lemah lagi, sekarang aku dah boleh berlawan, sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan aku..dan mengalahkan aku! Aku...pastikan mereka yang jatuh dahulu.
" Bagus tuan..itulah perasaan yang kau perlukan..untuk gunakan aku sebaik mungkin.." Kata Kuro sambil tersenyum, kelihatan gigi taringnya yang panjang dan tajam.
Tenaga roh aku meningkat kuat, riak wajah Mikael berubah apabila dia perasan bahawa tenaga roh aku berbeza.
" Aku..akan jatuhkan kau, Mikael." Aku menyerang Mikael lagi. Lakukannya Baihaqi! Laju lagi! Kuat lagi! Buat semua serangan kau..untuk kalahkan dia ni!
Mikael mengelak semua tumbukan aku sehinggalah akhirnya, tumbukan aku terkena pada wajahnya, untuk seketika, kami terhenti dan memandang sesama sendiri, darah mengalir daripada mulut dan hidung Mikael tetapi dia tidak kelihatan sakit pun.
" Aku dah bosan.." Kata Mikael, dia kedengaran malas.
" Apa?" Aku tak faham..Lagi sekali, dia nampak..berbeza.
Tanpa aku sedar, wajah aku juga ditumbuk oleh Mikael, aku tidak nampak langsung tangannya bergerak, sedar-sedar sahaja, ia telah menyentuh aku. Mikael menjatuhkan aku kelantai ini dengan kuat, tanah bergegar daripada tumbukannya itu. Kelihatan bayang yang mengelilingi tangannya hilang dan sabitnya juga kembali menjadi permata, Mikael mengibas tangannya yang digunakan untuk menumbuk aku tadi.
" Ahak! Ergh! Hah.." Aku terbatuk dan darah terkeluar daripada kahak aku, darah juga mengalir daripada kepala aku.
" Macam mana? Dah sedar sekarang? Itulah perbezaan kau, Emilia dan aku..Korang berdua masih lemah lagi..Budak macam korang fikir, apabila korang mendapat Saka atau dapat gunakan teknik sihir, semua halangan yang bakal korang akan sedap akan menjadi senang..Jangan naif sangat..Korang tak istimewa sikit pun, tiada sesiapa yang istimewa..didalam dunia Pemburu Saka, hanya ada orang yang berlatih dengan banyak dan bekerja dengan keras sahaja.." Mikael mengelap darah yang terkeluar daripada bibir dan hidungnya, aku cuba untuk berdiri, Mikael terus memijak badan dada aku, dia menjeling aku.
" Jangan berdiri..kau buatkan diri kau nampak menyedihkan dan itu tak bagus..Jangan nampak menyedihkan depan musuh kau." Pesan Mikael.
" A...aku akan...jatuhkan kau!" Kata aku, Mikael tersenyum semula, riak wajahnya berubah seperti sebelum ini.
" Walaupun korang berdua ni mentah, sekurang-kurangnya semangat tu ada..Masih banyak masa lagi untuk berlatih dan mengasahkan teknik sihir dan sumpahan korang berdua..Untuk hari ni, rehat dulu.." Pesan Mikael, macam mana dia..boleh nampak kejam kemudian kelihatan baik hati semula seperti tadi? Dia ni..bahaya..
Pandangan aku kabur kemudian terus..gelap sahaja..
***
" Alex.." Seseorang memanggil nama Alex, dia menoleh ketepi, kelihatan seorang lelaki dengan pakaian tidur dan rambut yang panjang sedang berjalan menuruni tangga daripada tingkat atas, lelaki itu kelihatan sedikit mengantuk, dia juga menguap sambil menutup mulut sedang dia berjalan kearah kaunter bar.
" Ada bunyi bising apa tadi?" Soal lelaki itu.
" Mikael sedang melatih dua ahli baru..Tapi nampaknya bunyi bising tadi dah berhenti, mereka mungkin dah selesai berlatih.." Balas Alex, lelaki itu mengangguk faham, dia membelai kepalanya dari belakang.
" Ahli baru, hah...dah lama tak dengar berita macam tu.." Kata lelaki itu.
" Hum..seorang ahli baru tu ialah budak lelaki, dia mengingatkan aku pada seseorang.." Alex tersenyum kecil.
" Teringatkan kau pada siapa?" Tanya lelaki itu dengan wajah tertanya.
" Dia teringatkan aku..pada Vera.." Alex meletakkan kedua-dua tangannya dikaunter barnya kemudian menutup matanya, lelaki itu kelihatan terganggu seketika apabila mendengar nama Vera keluar dari mulut Alex.
" Vera, hah..." Lelaki itu mengalihkan pandangannya.
" Alex, boleh tolong aku tak? Oh, kau pun ada kat sini, Zen.." Mikael datang daripada bilik bawah tanah dan terus menegur Alex dan Zen.
" Bising betul kau latih ahli-ahli baru tu.." Kata Zen, Mikael tergelak kecil sambil mendekati mereka berdua.
" Maaflah, apapun nampaknya aku belasah mereka agak teruk, tolong aku pulihkan diorang.." Pinta Mikael, bahu Alex terus terangkat manakalah mulut Zen terus terbuka.
" Apa kau kata? Haih! Kau ni..Biar aku tengok keadaan mereka." Zen kelihatan marah, Mikael membuat wajah tidak tahu, Alex memerhati sahaja dia kemudian menghembuskan nafas kecewa.
***
" Kejadian yang berlaku semalam dah menarik perhatian orang ramai, beberapa rakaman daripada cctv dan saksi berdekatan mula tersebar diinternet dan pagi tadi juga, pihak media telah menghebohkan kejadian ini lagi diberita dan artikel, kita tak dapat diamkan semua pihak.." Tuan Ali [Pengerusi Organisasi dan Kapten Skuad 1] berdiri dihadapan orang-orang atasan lain di bilik mesyuarat Pemburu Saka, dibelakangnya terdapat pembentangan yang menunjukkan video-video seperti semasa Khalid mengeluarkan Senjata Sumpahannya sebelum pendinding sempat menutupnya dan juga tombak yang meletupkan kereta Shaurya kemudian ia juga menunjukkan berita-berita dan artikel tentang kejadian itu.
" Daripada laporan yang kita dapat daripada skuad khas juga, mereka percaya yang serangan ini disengajakan oleh satu pihak atau kumpulan yang ingin membunuh Khalid Yasiin, mereka juga percaya bahawa pihak atau kumpulan ini ialah orang-orang yang sama bertanggungjawab atas kejadian serangan beberapa Saka sebelum ini.." Kata lagi Tuan Ali, kelihatan beberapa wajah orang-orang atasan yang mula terganggu dan berfikir panjang.
" Aku ada dengar juga tentang orang-orang yang menyerang skuad khas tu tahu beberapa informasi tentang mereka. Sangat jelas ada pengkhianat yang menyerahkan informasi kepada musuh, skuad khas ini sepatutnya skuad yang tersorok.." Terang Tuan Haiqal [ Ketua Kumpulan Pembasmian dan Kapten Skuad 3], dia melihat semua orang atasan satu per satu kemudian membetulkan posisi cermin matanya.
" Memang pelik macam mana mereka boleh tahu banyak benda pasal ahli dan skuad khas tu..Pengkhianat ni boleh jadi sesiapa je, mungkin orang atasan, mungkin orang bawahan kita..mahal mungkin boleh jadi ahli skuad khas tu sendiri.." Kata pula Tuan Gong Li [ Ketua Kumpulan Siasatan dan Kapten Skuad 7]
" Nampak seperti hal ini ialah keistimewaan kau, Gong Li, apa kat kau jalankan siasatan?" Soal Tuan Faizal [ Kapten Skuad 8].
" Jangan fikir aku boleh jalankan sahaja siasatan macam tu je.." Keluh Tuan Gong Li.
" Betul tu, kalau kita buat siasatan, mesti ada pihak yang berasakan diri mereka seperti tidak dipercayai oleh organisasi apabila mereka disiasat, kita tak mahu cipta suasana pekerjaan dimana kita tak percaya dan berasa sangsi terhadap sesama sendiri." Sokong Tuan Baharin [ Naib Pengerusi dan Kapten Skuad 4]. Tuan Faizal menongkatkan kepalanya kemudian menghembuskan nafas yang panjang.
" Saya rasa mungkin konflik yang berlaku sekarang ni lebih besar daripada sangkaan kita. Untuk mengharapkan satu skuad yang sebenarnya hanyalah skuad untuk eksperimen untuk selesaikan kes ini bukannya idea yang bagus. Ahli-ahli skuad khas memang kuat, mereka semua anak-anak yang berpotensi dan menakjubkan tetapi saya rasa skuad lain juga harus bertindak juga.." Cadang Puan Ros Melati [ Ketua Kumpulan Selamat dan Rawat dan Kapten Skuad 2].
" Cadangan Akak Ros memang bagus, saya akuinya tapi..ahli skuad kita sentiasa kekurangan, Saka pula makin kuat, kerja kita untuk halang mereka daripada menyakiti orang ramai makin susah..Tangan semua skuad agak penuh juga dua kemenjak ni..Skuad khas didirikan supaya kita dapat cari pihak yang bertanggungjawab dengan serangan Saka baru-baru ini manakala skuad lain masih menjalankan tugas untuk bantu orang ramai dan membasmi Saka-saka yang dihantar pihak-pihak ini.." Balas Tuan Lee Blair [ Kapten Skuad 6]. Puan Ros menyentuh pipinya dengan perlahan, Tuan Lee terus mengangkat bahunya.
" Betul juga cakap kamu, Lee.." Keluh Pus Ros.
" J..Jangan terasa hati pulak, akak, saya still..rasa cadangan akak bagus.." Kata Tuan Lee.
" Inilah apa yang musuh kita mahukan, mereka mahu kita rasa ragu-ragu dalam setiap tindakan yang ingin kita buat.." Puan Kyoko Azuma menyilang tangannya dan menghembuskan nafas kecewa[ Kapten Skuad 9].
" Apa kata kita dengar apa yang dimahukan sendiri oleh kapten skuad khas?" Soal Tuan Danielle [ Kapten Skuad 10], dia menoleh kearah Khalid yang berada ditengah-tengah mereka semua, Khalid memandangnya semula kemudian membuat wajah tidak puas hati, Danielle tersenyum sahaja.
" Ahem..baiklah, ini cadangan saya sahaja ya.." Khalid berdiri dengan perlahan. [ Kapten Skuad Khad dan Skuad 5].
" Saya sangat setuju dengan cadangan Puan Ros Melati pada awal tadi, tapi betul juga apa yang Tuan Lee cakap pada kita tadi, Tuan Baharin juga dah buat point dia pasal risiko jika kita lakukan siasatan..tapi bagi sayalah, ini bukannya masa untuk kita berfikir dua kali dalam membuat tindakan.." Khalid memandang wajah semua kapten skuad, dia mengenggam tangannya, untuk seketika, dia teringat akan kejadian semalam dan betapa kuatnya Saka yang dihadapanya semasa itu.
" Musuh kita..kuat, kalau kita nak menang, kita kena gunakan semua tenaga kerja yang kita ada untuk jatuhkan mereka, saya masih baru sebagai kapten skuad dan saya sudah pegang dua jawatan yang besar, saya hanya dapat harap, tuan-tuan dan puan-puan yang lebih berpengalaman daripada saya..dapat buat pilihan..yang benar dan efektif untuk selesaikan hal ini, saya pula akan bekerja dengan sebaik mungkin!" Khalid tertunduk dihadapan mereka semua, Tuan Ali memerhati sahaja dia kemudian meletakkan kertas laporan yang dipegangnya diatas meja semula.
" Tuan Khalid, angkat kepala kau. Kau juga ialah kapten dan orang atasan organisasi, tak perlu tunduk dihadapan kami semasa kau buat permintaan.." Arah Tuan Ali, Khalid mengangkat semula kepalanya.
" Aku suka dia ni.." Kata Tuan Faizal.
" Baiklah, kami faham Tuan Khalid, aku rasa Tuan Gong Li dan aku akan berbincang dengan sesama sendiri pasal apa cara yang terbaik untuk bantu skuad khas.." Tuan Baharin memadang Tuan Ghong Li.
" Ah ya, aku akan bantu kau.." Balas Tuan Ghong Li sambil mengangguk.
" Terima kasih, tuan-tuan, puan-puan semua.." Khalid tersenyum kecil.
***
" Mana Tuan Khalid?" Soal Rizqi, kedua-dua tangannya berada dibelakang kepalanya, dia memerhati meja Khalid yang kosong.
" Dia pergi mesyuarat yang diadakan oleh orang atasan organisasi..Mungkin mereka sedang berbincang pasal kejadian semalam dan laporan yang kita berikan pada mereka.." Balas Shaurya, dia juga memandang kearah meja Tuan Khalid dan kemudian menoleh pula kearah Rizqi.
" Mereka memang selalu ada mesyuarat ke?" Rizqi tertanya lagi.
" Hum, aku tak pastilah, kapten skuad asal aku, Tuan Haiqal selalu takde di pejabatnya juga tapi dia semestinya bukan hilang sebab mesyuarat, dia selalu jalankan kerja secara 'solo', jaranglah dia kerja secara kumpulan, dia akan hanta kami pergi kerja lain dan dia akan buat kerja lain.." Cerita Shaurya, Rizqi mengeluh kecil.
" Aku just tanya dia satu soalan je..dia sempat bercerita.." Monolog Rizqi, dia mengalihkan pandangannya, untuk seketika, dia terpandang Lisa, Rizqi terus kelihatan terganggu.
" Terasa macam nak beli air pulak.." Rizqi berdiri daripada tempat duduknya dan terus berjalan keluar daripada pejabat.
" Ah, selamat membeli air!" Kata Shaurya. Lisa memandangnya seketika namun dia hanya mengendahkan sahaja Rizqi, Yuki pula memerhati sahaja Rizqi sehingga dia keluar.
" S..Saya pun haus, alang-alang nak beli air jugaklah..Shaurya, awak nak air apa-apa? Saya belanja.." Tawar Yuki.
" Oh kau pun? Hum, kalau kau nak belikan, buat apa nak tolakkan? Aku nak air cincau, terima kasih!" Suara Shaurya agak kuat.
" Okay, saya belikan ya!" Yuki segera keluar daripada pejabat sambil tersenyum, sejurus dia keluar sahaja daripada pejabat dia terus melihat sekeliling seperti mencari seseorang.
" Budak..kita dalam situasi yang serius, aku tak nak kau..bertindak macam ni..Tolong jadi matang sikit, kau memang Pemburu Saka yang kuat tapi ego tinggi kau tu buatkan kau tak berharga pun langsung dalam skuad ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain." Kata-kata Lisa pada masa itu bermain dikepala Rizqi, dia mengeluarkan tangan kanannya daripada poekt seluarnya kemudian menghalakannya kehadapan, dia membuat pistol tangan sambil berjalan.
" Dia fikir dia siapa? Aku ni daripada darah Adiwarna, keluarga Pemburu Saka yang kuat dan berani dia kata aku ni..tiada harga langsung? Orang yang tiada harga ialah orang lemah seperti dia dan Baihaqi tu..Menyusahkan orang lain dan hanya dapat mengharapkan orang lain selamatkan mereka.." Rizqi membayangkan Lisa berada dihadapannya, jarinya terhala kearah badan Lisa.
" Boom. Sekali je aku serang kau dan kau hancur.." Rizqi terus meletakkan tangannya ketepi dan mengenggamnya, dia mengeluh kecil.
" Rizqi!" Panggil seseorang, Rizqi menoleh kebelakang, kelihatan Yuki sedang laju berjalan kearahnya, langkahnya terhenti apabila dia berada betul-betul dibelakang Rizqi.
" Yuki?" Rizqi terkejut melihat Yuki.
" M..Mari beli air..sama-sama.." Ajak Yuki sambil tersenyum manis.
Bab 4 Tamat.
Share this novel