Bab 1 : Dunia aku
" Mungkin semua yang berlaku ini ialah takdir..Kita memang akan membunuh sesama sendiri, Baihaqi.."
Darah menitis daripada keris aku, dua lelaki yang menyerang aku tadi berada dilantai dengan luka besar didada mereka, terdengar tapak kaki seseorang berjalan kearah aku, dengan segeranya aku menoleh kearahnya.
" Aku dah lama tunggu kau, Baihaqi.." Lelaki berambut kelabu dengan mata biru yang cerah itu menghentikan langkahnya, angin malam bertiup kencang, aku terus menjelingnya.
" Eric.." Aku menarik lengan baju, bayang memenuhi tangan aku, Eric mengeluarkan karambitnya sambil tersenyum sinis, seorang budak perempuan keluar daripada belakang badan aku dan menyentuh pipi aku dengan perlahan, rambutnya yang panjang seperti berterbangan dibelakang aku.
" Aku akan bunuh kau.." Kata aku. Eric memusingkan karambitnya dan berada didalam posisi sedia berlawan, dua tangan putih keluar daripada belakang badannya dan menutupi sebahagian badannya.
" Pastikan kau tak mati dulu.." Balas Eric. Kami berdua terus menuju kearah sesama sendiri dengan laju, keris aku dan karambitnya bertembung.
" Kalau inilah takdir kita, aku takkan ubahnya, walaupun beribu kali pun dunia ini berulang, aku akan terus bunuh dan bunuh kau, Eric."
Saka Black
" Kau gagal lagi, Baihaqi.." Ayah memandang aku dengan pandangan yang dingin, aku terbaring diatas lantai dipenuhi peluh, terdapat juga luka diwajah, badan terasa penat sangat, tiada kekuatan langsung yang tinggal.
" Untuk kawal Saka, kau bukan perlukan kekuatan fizikal sahaja, kau lahir dengan tenaga roh yang lemah, kalau kau mahu warisi Saka keluarga ni, jangan biarkan roh kau terus lemah. Jangan buat aku buang kau, Baihaqi.." Hembusan rokok dihembuskan, aku menoleh kearah ayah dengan perlahan, dia mengeluarkan satu botol kaca.
" Kembali, Ghailah.." Arah ayah, Saka yang tadi digunakan untuk melatih aku berubah menjadi debu dan memasuki semula botolnya, aku cuba bangun.
" Sabar ayah, saya..masih boleh.." Suara aku kedengaran agak terdesak. Ayah menjeling aku, dia menghalakan tangannya kehadapan, aku seperti ditolak dengan kuat oleh sesuatu dan terhentak ke dinding.
" Argh!" Aku terjatuh ke lantai semula.
" Kau mengecewakan, Baihaqi..Fikir aku baik masih belum buang kau dalam tempat tu lagi.." Balas ayah, dia terus keluar daripada bilik latihan aku.
" Pandangan semua orang terhadap aku semuanya sama, satu kekecewaan keluarga yang lemah dan tak mampu buat apa-apa.."
" Ah..sial.." Aku membasuh luka diwajah, dalam juga luka ini, ia akan meninggalkan parut. Aku memandang wajah sendiri dicermin bilik air.
" Ergh.Sakit! Sakit!" Semasa aku cuba gunakan Ghailah tadi, badan aku terkena kesan sumpahannya dan hampir dirasuki olehnya. Saka yang memegang banyak kecelekaan, sesuai dengan namanya. Tenaga roh aku terlalu lemah, aku tak dapat kawal sumpahan yang masuk dalam badan aku.
Aku mengenggam tangan aku dengan erat.
Aku lahir dalam keluarga pengguna Saka, bukan itu sahaja, keluarga ini ialah antara keluarga-keluarga Pemburu Saka yang mendirikan Organisasi Pemburu Saka, keluarga Adiwarna.
Berbeza dengan penyihir yang menggunakan sihir dan sumpahan, kami pengguna Saka menggunakan kekuatan kuasa Saka untuk buru Saka liar yang mengancam dunia roh dan dunia realiti.
Walaupun aku dilahirkan dalam keluarga yang kuat dan ternama, aku tak mewarisi apa-apapun, aku tak boleh gunakan sihir dan sumpahan disebabkan aku tidak punyai tenaga roh yang cukup, aku dipandang lemah. Harapan aku untuk diterima hanyalah dengan mahir dalam menggunakan Saka tapi walaupun begitu aku masih tak dapat kuasai mereka.
Bukan itu sahaja..yang buatkan hidup aku lagi sengsara disini..ialah 'dia'.
" Ah." Langkah aku terhenti, kelihatan dua pembantu rumah sedang mengikuti seorang budak lelaki, mereka berdua berjalan dihadapan aku.
" Tuan Rizqi, saya harap tuan tak pulang lambat seperti semalam.." Kata seorang pembantu rumah yang mengikuti Rizqi itu.
" Jangan risaulah, lagipun aku pergi berlatih dengan Tuan Khalid, jadi takpelah kalau aku balik lambat, kan? Ayah akan faham." Balas Rizqi, dia masih memakai pakaian uniform sekolahnya, untuk seketika, dia memandang aku, dua pembantu rumah yang bersama Rizqi itu memandang aku dengan jelingan dan wajah jijik.
" Oh, Baihaqi..Kau dah selesai berlatih ke? Wow, teruk luka dekat muka kau tu.." Tegur Rizqi.
" Ah, ya." Aku tertunduk, dia tersenyum.
" Teruskan latihan kau. Semoga berjaya.." Rizqi berjalan pergi daripada aku bersama dua pembantu rumah itu, nada suaranya kedengaran dingin. Dia memang sering memandang rendah aku, sejak dia kecil lagi. Aku ni abang dia, tapi dia sering pandang aku seperti sampah.
Rizqi ialah anak emas dalam keluarga ini, dilahirkan dengan tenaga roh yang hebat, berbakat dalam penggunaan sihir dan juga penguasaan Saka, mereka sorokkan apa yang Rizqi mampu lakukan daripada aku.
Aku tak layak tahu apa-apapun pasal dia.
" Ibu, hari ni saya gagal lagi dalam latihan saya. Sudah kali keberapa saya cakap benda yang sama, hah..Menyedihkan betul tak?" Aku bercakap sendirian sambil melihat gambar ibu yang terletak didalam bilik aku. Sebelum ini, orang yang terima aku dan sayang aku seadanya hanyalah ibu tapi..beberapa tahun lepas, ibu jatuh sakit dan meninggal dunia.
Kehidupan aku yang menyeksakan bertambah sengsara selepas tiadanya ibu.
" Sampai bila..saya akan terus lemah sebegini?" Aku membaringkan badan aku, bilik aku gelap sahaja, lampu yang ada hanyalah lampu tidur yang malap ini sahaja, aku menutup wajah aku dan cuba menidurkan diri aku.
***
" Kiyarghh!" Seekor Saka yang kelihatan seperti manusia dengan ekor ular sedang bergayut dipokok berdekatan dengan sebuah rumah yang besar.
" Ya tuhan..Isya!" Seorang wanita yang tua sedang memegang tangan anaknya yang tidak sedarkan diri dan berpeluh dengan kuat, Tuan Khalid meletakkan pendinding dan menutupi rumah itu, selepas itu dia berjalan kearah wanita itu dan anaknya.
" Puan bersabar ya, serahkan kepada anak buah saya untuk selesaikan Saka yang menganggu anak puan." Kata Tuan Khalid.
" Macam mana boleh jadi macam ni?" Keluh wanita itu.
" Mungkin ada orang dengki dengan anak puan dan hantar Saka untuk kacau dia, tak perlu risau, kami akan hantar semula Saka itu kepada tuannya." Balas Tuan Khalid sambil memunjuk wanita itu, dia hanya mengangguk sahaja selepas mendengar kata-kata Tuan Khalid itu.
" Oy! Saka! Boleh tak kau turun daripada situ? Aku malas nak gunakan tenaga aku untuk serangan jarak jauh, bagi aku bunuh kau dengan senang ya! Kau akan mati jugak kalau kau melawan jadi apa gunanya mencuba?" Jerit Rizqi, Saka itu menoleh kearahnya dan membuka mulutnya, kelihatan lidah yang panjang dan taring-taring yang banyak dan tajam.
" Hiyarrghh!" Jerit Saka itu pula, Rizqi mengeluh kecil.
" Tch, aku tak suka betul dengan Saka macam kau, hanya tahu memekak sahaja." Rizqi menghalakan tangannya kehadapan, kelihatan aura unggu mengelilingi tangannya.
" Apa kata kau mati sahaja?" Nada suaranya berubah, Rizqi mengenggam tangannya, tiba-tiba badan Saka itu mengecil dan pecah beribu bahagian, darah terpercik kemerata tempat namun sebelum sempat terjatuh ke tanah, bahagian badan dan darah Saka itu berubah menjadi debu dan diterbangkan angin.
" Haih, budak tu.." Keluh Tuan Khalid, dia memandang Rizqi daripada tingkap rumah dengan wajah malas.
" Isya? Ah, badan dia..badan dia dah kurang panas.." Wanita tadi kelihatan lega apabila melihat anaknya itu kembali bernafas seperti biasa dan suhu badannya kembali biasa.
" Biar saya tengokkan keadaan dia seketika, puan." Pinta Tuan Khalid, dia meletakkan tangannya didahi budak perempuan itu.
" Ah, dia memang dah kembali seperti biasa semula..Nasiblah Saka yang dihantar tu tak dapat masuk badan dia..dan hanya kesankan dia dari luar sahaja.." Kata Tuan Khalid sambil tersenyum.
" Terima kasih sangat-sangat!" Wanita itu tertunduk.
" Ah, jangan terima kasihkan saya, saya hanya letak pendinding sahaja..Yang selesaikan Saka tu ialah anak buah saya.." Tuan Khalid mengangkat tangannya, wanita itu kembali melihat anaknya, budak perempuan itu dengan perlahan membuka matanya.
" Mama?" Dia menoleh kearah wanita itu.
" Isya.." Wanita itu kelihatan lega dan gembira.
***
" Fuh, pelanggan yang puas hati lagi! Dia siap bagi coklat mahal lagi dekat kita! Memang bestlah kerja untuk orang kaya, diorang selalu ada orang dengki dan hantar Saka kepada diorang.." Rizqi memakan coklat sambil bercakap, Tuan Khalid sedang membawa kereta, dia berhenti seketika selepas lampu jalan berubah merah.
" Kes dimana orang menghantar Saka kepada orang lain makin meningkat sejak beberapa tahun ni, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab yang menyerahkan Saka kepada orang ramai..Rizqi, aku harap kau take note, musuh kita bukannya makhluk ghaib sahaja, manusia berhati busuk pun ada.." Terang Tuan Khalid, dia memandang Rizqi dengan wajah serius.
" Ya, saya tahu, tuan. Tidak lama lagi bila saya dapat bekerja dengan organisasi, saya akan jatuhkan pihak-pihak jahat ini..Cepat sikit naik pangkat kalau begitu, kan?" Rizqi main-main, riak wajah Khalid berubah kecewa.
" Itu sahaja yang kau fikirkan?" Soal Tuan Khalid.
" Mestilah tak. Saya kisah pasal keamanan orang ramai.." Kata Rizqi.
" Dengar ni, Rizqi. Kau memang kuat tapi kalau kau tak buang perangai budak-budak kau tu..Kau takkan dapat pertahankan sesiapa, malah diri kau sendiri..Jangan pandang rendah dunia ni..hanya disebabkan kau kuat.." Pesan Tuan Khalid, dia mengetuk stering kereta beberapa kali, lampu hijau akhirnya menyala.
" Saya kuat. Tiada apa dalam dunia ni..boleh kalahkan saya jadi..jangan risaulah, Tuan Khalid." Balas Rizqi, dia kelihatan yakin, Tuan Khalid menghembuskan nafas yang panjang.
" Budak sial." Monolognya sendirian.
***
" Tuan Baihaqi..Tuan Baihaqi! Bangun!" Terdengar seseorang memanggil nama aku, mata aku terbuka dengan perlahan, pintu bilik aku diketuk beberapa kali, dengan perlahannya, aku bangun daripada katil.
Siapa pulak yang datang ke bilik aku pagi-pagi ni? Takkanlah pembantu rumah? Mereka tak pernah panggil aku 'Tuan Baihaqi'.
" Apa dia bising-bising pagi ni? Aku nak tidur!" Aku membuka pintu dan terus memarahi orang yang mengetuk pintu aku itu, apabila aku membuka mata aku, kelihatan seorang budak perempuan dengan pakaian pembantu rumah berada dihadapan aku, untuk seketika aku terkaku, siapa dia ni?
" Maaflah tapi saya kena kejut tuan, sarapan dah disiapkan. Oh ya dan saya pembantu rumah yang baru disini, nama saya Airi." Budak perempuan itu memperkenalkan diri dia, suaranya sangat lembut didengari, dia pembantu rumah baru?
" Budak macam kau..pembantu rumah?" Soal aku. Bahu Airi terus terangkat.
" Ah..saya memang pendek sedikit daripada tuan dan nampak kecil tapi..saya dah dewasa!" Airi kelihatan marah, aku mengangguk sahaja.
" Begitu..tak perlulah bising-bising sangat. Kau baru disini, kan? Biar aku beritahu kau sesuatu.." Aku menggaru kepala aku, haih, aku masih mengantuk.
" Jangan datang ke bilik aku ni. Tak pernah ada seorang pembantu rumah pun kejut dan beritahu aku pasal sarapan, aku ialah 'anak sumpahan', kau tak perlu kisah pasal kewujudan aku.." Kata aku, Airi terdiam sahaja.
" Baiklah, bagi aku sambung tidur, pasal sarapan, aku beli makanan luar nanti.." Aku menutup pintu dihadapan wajah Airi, segeranya aku baring semula. Tidak lama kemudian, pintu bilik aku terbuka, aku menoleh kearahnya, mata aku terbuka luas, Airi membawa dulang masuk kedalam bilik aku, terdapat pinggan dengan nasi lemak dan telur diatas dulang itu, dia meletakkanya dihadapan katil aku.
" Tuan Baihaqi." Panggil Airi, aku menoleh pula kearahnya.
" Saya penat masak jadi saya harap tuan makan!" Arah Airi, aku terkejut, kenapa dengan dia ni?
" Ah..baik?" Aku keliru.
" Baiklah itu sahaja, maaflah kalau saya naikkan suara saya.." Airi tertunduk kemudian terus keluar daripada bilik aku, apa yang baru berlaku ini membuat aku..hilang mengantuk terus.
***
" Pembantu rumah yang baru tu..pelik."
" Hiyah!" Aku cuba melepaskan tumbukan kearah Tuan Khalid, dia menahan tangan aku dan memusingkan badan aku dan menjatuhkan aku ke lantai, aku bangun, lagi sekali, aku cuba melepaskan serangan kearah Tuan Khalid namun setiap kali tangan atau kaki aku hampir terkena pada badannya, Tuan Khalid dapat jatuhkan aku atau balas semula serangan aku.
" Badan kau dah makin berat, Baihaqi.." Kata Tuan Khalid.
" Itu je yang tuan dapat cakap sekarang?" Soal aku sedang aku terduduk dengan botol air yang habis kosong ditangan aku, peluh memenuhi badan aku.
" Serangan kau pun makin kuat..cumanya aku perasan, bila kau terdesak, kau serang tanpa berfikir.Ingat Baihaqi, kalau kau terlalu melulu sahaja, kau akan buat banyak bukaan sebab tu aku dapat jatuhkan kau setiap masa.." Terang Tuan Khalid, aku berdiri dengan perlahan dan meletakkan botol air tadi ketepi.
" Mari cuba lagi tuan.." Pinta aku.
" Kau pasti?" Tanya Tuan Khalid.
" Saya takde banyak masa.." Balas aku.
" Kau terdesak sangat ni.." Tuan Khalid mengangkat tangannya.
Disebabkan aku tak dapat gunakan Saka, ataupun sihir dan sumpahan, aku hanya dapat berlatih mempertahankan diri sahaja, aku diajarkan silat oleh Tuan Khalid,keistimewaan aku hanyalah, kekuatan fizikal aku sahaja, aku dapat kalahkan banyak orang tapi aku tak pernah dapat jatuhkan atau menapakkan serangan aku pada Tuan Khalid.
" Serangan kau makin perlahan." Tuan Khalid menahan tangan aku, dia menarik aku dengan laju kemudian menyepak kaki aku, lagi sekali, aku terjatuh ke lantai menyembah bumi, wajah aku terheret sedikit.
" Lag..lagi sekali.." Aku terus cuba berdiri lagi, Tuan Khalid mengeluh kecil kemudian duduk diatas aku.
" Baihaqi, semangat kau memang bagus..aku latih kau pun disebabkan kau tak mahu mengalah. Kau ada perangai yang lebih bagus daripada Rizqi tapi jangan biarkan diri kau buta, maksud aku, ada banyak benda lagi lebih berbaloi kau perjuangkan daripada membuktikan diri kau pada keluarga kau.." Pesan Tuan Khalid, beban badannya membuatkan aku susah untuk bangun namun aku masih cuba untuk berdiri.
" Itu sahaja yang dapat saya lakukan..Tuan tak fahamnya, saya dipandang macam sampah seumur hidup saya..Saya nak tunjukkan pada mereka semua, saya pun boleh jadi kuat!" Keluh aku.
" Keluarga kau ni ada ego yang besar, mungkin disebabkan betapa kuatnya pengaruh korang dalam dunia Pemburu Saka. Aku rasa hampir mustahil untuk kau puaskan hati mereka." Kata Tuan Khalid sambil bangun daripada aku, akhirnya aku dapat berdiri namun kaki aku terasa sangat lemah. Tuan Khalid berjalan kearah pintu bilik latihan ini.
" Sabar, tuan!" Aku melangkah kehadapan, Tuan Khalid menoleh kearah aku sambil tersenyum.
" Walaupun macam tu, aku suka idea kau, rehat dulu hari ni." Tuan Khalid keluar daripada bilik latihan ini, aku terduduk, kedua-dua tangan aku juga menyentuh lantai bilik ini, peluh aku menitik jatuh.
***
" Kau langsung tak bagi anak kau peluang, hah..Mana rasa kasih sayang kau sebagai seorang ayah?" Soal Khalid, dia mengisi cawan kacanya dengan air teh yang berada diatas meja dihadapannya, Tuan Ali memandang Khalid dengan pandangan kosong.
" Kau maksudkan anak yang mana?" Tanya Tuan Ali.
" Biar betul kau ni..Aku maksudkan Baihaqi.." Balas Khalid, dia kelihatan terganggu.
" Aku tak suka tengok dia. Dia sedar diri dia lemah tapi masih cuba untuk memasuki dunia Pemburu Saka, kalau dia mahu sangat, jadi dia kena hadap sahaja betapa menderitanya dunia ni sebenarnya." Balas Tuan Ali, Khalid menghirup sedikit air teh yang tadi dia tuang.
" Arwah takkan suka apa yang kau lakukan sekarang ni.." Kata Khalid.
" Masa dia hidup pun, dia banyak kali menghalang aku.." Tuan Ali tersenyum pahit, Khalid mengeluh kecil.
" Keluarga ni memang bermasalah.." Monolognya sendiri.
" Organisasi ada serahkan beberapa fail laporan kepada aku pagi tadi.." Tuan Ali menunjukkan beberapa fail yang dibawanya, Khalid mengambil satu fail kemudian membukanya.
" Saka-saka ini semuanya bertuan tetapi mereka menyerang orang..Kebanyakkanya ialah Saka yang membawa sumpahan juga, mereka memakan tenaga roh mangsa mereka sehingga mangsa dalam keadaan hampir mati. Gambar-gambar ni ditangkap menggunakan kamera khas yang boleh menampakkan makhluk ghaib." Tuan Ali menerangkan situasi yang sedang berlaku, Khalid memerhati gambar-gambar yang berada didalam fail-fail itu.
Ianya semua gambar-gambar Saka dan juga mangsa-mangsa mereka, dia menghabiskan tehnya kemudian meletakkan semula fail-fail dan gambar-gambar tadi.
" Agak menakutkan.." Kata Khalid.
" Nampaknya organisasi masih belum tahu siapa atau kumpulan apa yang bertanggungjawab. Makin lama, makin menjadi juga kes-kes sebegini..Kita takkan dapat sorokkanya daripada orang ramai jika ia berterusan.." Tuan Ali menyandarkan badannya dikerusinya, untuk seketika, dia mempunya jelingan maut dimatanya.
" Jarang ada kumpulan-kumpulan yang buat kerja haram macam ni tak tertangkap oleh organisasi Pemburu Saka..Mereka pandai menyorok, hah.." Keluh Khalid.
" Esok aku akan dirikan skuad khas untuk menyiasat dan cari kumpulan-kumpulan ini, Khalid, aku mahukan kau jadi kapten skuad khas ini..dan aku akan masukkan Rizqi dalam skuad khas ini juga.." Cadang Tuan Ali, riak wajah Khalid terus berubah malas.
" Kau nak aku jadi kapten skuad? Macam mana pulak dengan kumpulan yang bawah aku sekarang?" Soal Khalid.
" Pembantu kau akan gantikan tempat kau sementara kau selesaikan kes ni.." Balas Tuan Ali.
" Haih..aku bukannya boleh melawan cakap kau pun, kan?" Khalid menongkat kepalanya kemudian menoleh kearah Tuan Ali dengan wajah tidak puas hati.
" Demi kebaikan orang ramai dan untuk jaga nama organisasi serta keluarga aku, apa-apapun aku sanggup lakukan.." Tuan Ali kelihatan serius, Khalid menelan air liurnya.
" Menyeramkan." Monolognya lagi.
***
" Musuh kita bukannya Saka sahaja, malah manusia yang menyalahgunakan kuasa mereka juga."
" Huh?" Aku menoleh kebelakang, angin petang bertiup perlahan, kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Matahari dengan perlahan terbenam, langit malam juga muncul, aku berjalan sendirian dijalan yang kosong ini.
Haih, rumah agak jauh juga daripada sini, lain kali aku jogging ditempat yang lebih dekat, lampu jalan terbuka satu demi satu, aku mengelap sedikit peluh aku dengan tuala kecil yang berada dibahu aku.
" Tuan Baihaqi."
" Saya penat masak jadi saya harap tuan makan!"
Pembantu rumah tu, nama dia Airi, kan? Kalau tak silap akulah.
Aku asyik terfikirkan pasal dia, tak pernah ada orang kisah pasal aku macam dia sebelum ini, mungkin tak terlalu dalam pun, mungkin dia hanya berbuat sebegitu sebab dia pembantu rumah yang baru dan tak tahu siapa aku sebenarnya sangat kecuali nama sahaja.
Kalau dia tahu pasal diri aku, mungkin dia akan layan aku sama seperti orang lain juga, haha, aku tak salahkan dia.
" Beraninya kau, jalan sorang-sorang je dekat jalan ni.."
Aku terus menoleh kebelakang selepas mendengar suara yang serak itu, apakah? Ada Saka berdekatan dengan aku? Saka yang boleh bercakap? Patutlah aku dapat rasa tak sedap hati tadi.
" Janganlah jadi pengecut sekarang.." Sesuatu menyentuh pipi aku, aku segera menjauhkan diri aku namun tanpa aku sedar, Saka itu telah mencakar wajah aku, apabila aku memandang kehadapan, kelihatan seorang lelaki berkulit putih dan pucat berada dihadapan aku, dia mempuyai jari yang kotor dan panjang, matanya hitam sahaja. Saka apa ni?!
" HEHEHEHEHEHEHEHEH!" Saka itu tergelak, kedua-dua tangannya menuju kearah aku, dengan sekuat mungkin aku menepis dan menolak tangannya daripada aku, Saka itu kelihatan terkejut melihat aku menahan serangannya.
" Aku dah lama nak cuba bunuh Saka..." Aku tersenyum, kemudian terus melepaskan tumbukan kearah perut Saka itu, dia tertolak jauh daripada aku.
" Argh! Sial kau!" Saka itu kelihatan marah, cecair hitam keluar daripada mulutnya, aku mengangkat kedua-dua tangan aku.
Aku dapat sakiti Saka tanpa gunakan sihir, nampaknya kau memang boleh menyerang mereka hanya dengan kekuatan fizikal, baguslah. Ini peluang aku untuk buktikan, aku dapat bunuh Saka tanpa gunakan sihir atau Saka lain!
" Hiyagh!" Aku melepaskan serangan bertubi-tubi kearah wajah dan badan Saka itu, beberapa serangan aku dapat ditahannya namun masih ada beberapa tumbukan dan sepakan aku yang terkena padanya.
" Kau memang salah cari mangsa! Mood aku tengah buruk!" Aku menumbuk Saka itu tepat kearah wajahnya, terdengar bunyi giginya dan tengkoraknya yang retak oleh tumbukan aku. Beberapa cari hitam yang keluar daripada mulutnya tadi terkena pada kedua-dua tangan aku. Saka melarikan dirinya daripada aku.
" Kau lari, hah!" Aku cuba mengejarnya, Saka itu memberhentikan langkahnya kemudian menoleh kearah aku semula, dia tersenyum sinis.
" Budak bodoh! Kau pandang rendah aku, terimalah padahnya! Inilah sumpahan aku!" Jerit Saka itu, aku dapat rasa ada benda tak kena, aku menoleh kearah tangan aku, cecair hitam tadi merebak ditangan aku, tiba-tiba tangan aku turut ikut mencair dan jatuh ke tanah.
" Arghhhhh!" Aku jerit kesakitan, tangan aku! Tangan aku..mencair! Rasanya perit sangat..aku tak dapat terangkannya..
" Hahahahahahahaha! Rasakan!" Saka itu kelihatan gembira melihat aku sengsara, aku terduduk, tiada kekuatan yang tinggal dalam badan aku, kedua-dua tangan aku cair, darah mengalir dengan laju.
Sial!
Sial!
Aku ingat aku boleh lakukannya. Akhirnya aku ada peluang, kenapa jadi macam ni? Kenapa aku kena sengsara macam ni?! Sekarang takde apa aku dapat buat..Satu apa pun aku tak dapat buktikan..
" Aku akan bunuh kau, budak bodoh!" Saka itu menghalakan kuku yang panjang kearah aku.
Aku akan mati kat sini..tanpa dapat lakukan apa-apa..
Siallah! Kenapa aku lahir dalam keluarga Pemburu Saka? Kenapa aku takde tenaga roh macam Rizqi? Kenapa ramai orang aku macam sampah? Aku mati pun macam sampah juga.
Dunia tak adil!
Tolonglah sesiapa, selamatkan aku! Tolonglah bagi aku kehidupan yang aku nak! Tolong aku!
Tolong aku!
Ibu..
Airi..
" Sial! Aku...Aku nak jadi kuat! Aku tak nak mati!" Jerit aku dengan mengangkat kedua-dua tangan aku keudara, darah mengalir dan terkena pada pakaian dan wajah aku, air mata aku juga mula terkeluar.
" Kesian pulak tengok dia..Aku bagilah ini pada kau.." Seorang lelaki sedang berada diatas bumbung satu bangunan, dia mengeluarkan botol kaca yang kecil kemudian memecahkannya.
" Kuro, pergilah kepada budak tu..Berikan dia kekuatan kau." Arah lelaki itu, daripada botol kaca yang pecah itu, keluarnya debu yang membentuk menjadi seorang budak perempuan dengan rambut yang panjang dan juga bermata merah cerah.
" Haih, aku tak suka betul diarah-arahkan ni.." Keluh budak perempuan itu.
" HEHEHEHEHE, kau menyedihkan!" Saka itu menghayun tangannya kearah aku, akhirnya aku tertunduk sahaja, bukannya aku dapat lakukan apa-apapun, aku hanya akan mati disini dan..dilupakan..
Aku menutup mata aku.
Tiba-tiba tangan Saka itu terpotong , terdengar bunyi seseorang menapakkan kaki mereka dihadapan aku, dengan perlahan aku mengangkat kepala aku, kelihatan seorang budak perempuan berada dihadapan aku, rambutnya yang panjang dan hitam menutup sebahagian wajahnya.
Namun masih kelihatan, matanya yang merah dan cerah, aku terkaku sahaja melihatnya.
" Arghh! Tak habis-habis!" Saka tadi menggunakan pula tangan kirinya untuk menyerang budak perempuan itu, dengan pantasnya, budak perempuan itu memotong pula tangan kiri Saka itu, kelihatan dia sedang memegang sesuatu yang hitam dan kelihatan seperti pedang.
" Mati." Budak perempuan itu terus memancung kepala Saka itu, badan dan darah yang keluar daripada badan Saka itu berubah menjadi debu dan berterbangan pergi, aku memandang sahaja budak perempuan itu, dia menoleh kearah aku, pedang yang dia gunakan tadi, dia letak dihadapan aku.
" Siapa kau?" Soal aku. Budak perempuan itu menundukkan badannya, dia menarik bahagian tangan kanan aku yang masih ada kemudian menjilat darah yang mengalir daripadanya, aku cuba menarik tangan aku daripadanya namun dia menahan aku.
" Manusia, kau mahu tangan kau balik? Buatlah ikatan dengan aku.." Kata budak perempuan itu, dia tersenyum, terdapat sebahagian darah aku dibibirnya.
" Apa?" Aku tidak faham apa yang dia cuba katakan.
" Aku ialah Saka, nama aku Kuro. Buatlah ikatan dengan aku dan aku akan berikan kau semula tangan kau..." Tawar Kuro, dia ialah Saka?
Di langit malam yang kosong, tanpa bintang atau bulan inilah, aku bertemu dengan Saka itu dan mulai malam inilah, kehidupan aku berubah.
Bab 1 Tamat.
Saya harap korang enjoy baca Saka Black!!
Share this novel