Bab 8 : Patience is virtue
" Bukan akak dah kata..jangan terlalu rapat dengan Baihaqi tu ke? Dia ialah anak sumpahan, kau akan kena nasib malang bila bersama dengan dia.." Seorang pembantu rumah menegur Airi, langkahnya laju sahaja mengikuti Airi yang ingin pergi jauh daripadanya dengan wajah tidak selesa.
" Airi!" Panggil pembantu rumah itu, Airi akhirnya menghentikan langkahnya, pembantu rumah tadi berjalan kehadapan Airi.
" Akak Karen, saya dah cakap dengan akak, kalau takde orang lain mahu bantu Tuan Baihaqi..saya seorang sahaja akan lakukannya, ini bukannya hal sesiapa." Balas Airi, Karen mengetap giginya.
" Kau bakal menyesal tak dengar pesanan aku, Airi.." Kata Karen sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Airi.
" Sudah tu, Karen.." Pembantu rumah yang lain menolak tangan Karen daripada wajah Airi.
" Menyampah aku.." Keluh Karen dan berjalan pergi dengan pembantu rumah yang menghalangnya tadi, Airi tertunduk seketika, dia mengeluh kecil.
" Garang betul si Karen, hah.." Tegur Rizqi, dia masih memakai pakaian tidurnya, Airi terkejut dan terus menoleh kearahnya, Rizqi memandangnya sahaja.
" Kau pembantu rumah yang baru, kan? Apa nama kau?" Tanya Rizqi.
" Airi.." Balas Airi sepatah.
" Airi, hah..tak pernah dengar..tak pernah nampak..Tapi aku dengar apa yang Karen cakapkan tadi, kuat betul suara dia.." Rizqi berjalan kehadapan, mata Airi mengekori sahaja langkahnya.
" Ada betul juga ada yang Karen cakap. Baihaqi ialah anak sumpahan, anak-anak keluarga Pemburu Saka yang punyai tenaga roh yang lemah bawa nasib malang bersama mereka, ianya kisah dongeng namun aku ada dengar satu keluarga Pemburu Saka yang punyai anak yang kekurangan tenaga roh, keluarga mereka terus pupus disebabkan sudah terlalu lemah.." Cerita Rizqi, dia menoleh kearah Airi, riak wajah Airi berubah.
" Semestinya tak pasti sama ada nasib malang daripada anak mereka yang menyebabkan mereka pupus tapi aku dengar, mak ayah anak yang lemah itu mati cuba pertahankan dia..Menyedihkan, kan? Dia tak kuat jadi dia tak dapat pertahakan sesiapa..Tak silap aku keluarga yang pupus itu..ialah Clerk." Tambah Rizqi, mata kanannya berubah unggu seketika, Airi terus menjauhinya, Rizqi memerhati sahaja Airi melarikan dirinya.
" Jadi betullah dia..ahli keluarga Clerk tu. Ayah letak banyak sangat nasib buruk dalam rumah ni, risau pulak aku.." Monolog Rizqi sendirian sambil menggaru kepalanya.
" Airi.."
Memori buruk Airi mula menyerangnya, dia terduduk, kakinya terasa lemah dan matanya terbuka luas sahaja.
Dia teringat semasa ibunya menutupi dirinya dengan badan sendiri dan juga ayahnya yang berada dilantai dengan tombak didadanya, terdapat beberapa orang lelaki sedang mengambil barangan-barangan daripada rumahnya, Airi hanya mampu terdiam sahaja pada masa itu.
" Ibu..ayah.." Mata Airi berkaca.
***
" Bersedia, Baihaqi, Emi?" Soal Mikael, dia berdiri dihadapan aku dan Emilia sambil memegang sabit besarnya, aku mengenggam tangan aku dengan erat, Kuro memerhati dari jauh, Emilia pula mengeluarkan dua pedang bayangnya.
" Dalam masa beberapa hari ini, korang dah berlatih untuk mahirkan pengaliran dan pengawalan tenaga roh korang, masa untuk lihat, apa hasilnya.." Kata Mikael.
" Teknik Sumpahan, Shadow from Abyss." Aku mengaktifkan teknik sumpahan aku, kedua-dua tangan berubah hitam pekat, tenaga roh aku alirkan ditangan aku.
" Mari mulakan!" Emilia menyerang dahulu, dia melepaskan beberapa hayunan pedang, Mikael menepis semua serangannya.
" Serangan kau makin berat untuk ditahan, bagus Emi.." Puji Mikael.
" Ini bukannya masa untuk memuji orang.." Balas Emilia.
" Betul jugak." Mikael tersenyum, dia membalas serangan Emilia pula, hayunan sabit Mikael lebih laju dan kuat namun Emilia masih dapat menahan beberapa serangan tetapi dia tetap terkena beberapa pukulan dibadan dan kakinya.
" Hiyargh!" Aku pula yang menyerang, tangan aku menuju laju kearah wajah Mikael, dia melepaskan genggaman tangan kirinya yang tadi memegang senjatanya, bayang yang membentuk menjadi seperti perisai tercipta daripada tangan Mikael, dia menghalakannya kearah aku.
Tumbukan aku terkena pada perisai itu dan tiada apa yang berlaku, Emilia mengambil peluang itu untuk melepaskan dua serangan tikaman, Mikael menghayun sabitnya hanya tangan kanannya sahaja dan menahan kedua-dua pedang Emilia.
Mikael menyepak Emilia daripadanya kemudian memukul aku dengan pemegang sabitnya pula, walaupun dalam keadaan terdesak macam tu, semua tindakan Mikael masih tenang dan laju, dia memang masih jauh daripada capaian aku..Tapi!
" Shadow From Abyss, Bentuk kedua, Silat Bayang!" Bayang dan tenaga roh aku mengalir kearah kedua-dua kaki aku, ia berubah hitam pekat, tangan aku dihalakan kehadapan dan kaki aku menapak ke lantai dengan kuat, Mikael kelihatan terkejut.
" Rasakan!" Kaki aku bergerak laju kearah Mikael, dia cuba menepisnya namun apabila kaki aku terkena pada sabitnya, kekuatan kaki aku cukup untuk mengangkat senjata itu keatas, Mikael terbuka.
Aku ingin melepaskan pula tumbukan kearah Mikael, dia tersenyum sahaja, tangan aku tepat terkena pada dadanya, untuk seketika, aku percaya aku dapat buat serangan yang tepat kearah Mikael namun..
" Kau belajar dengan baik budak, campurkan Shadow from Abyss dengan teknik silat kau buatkan serangan kau lebih laju dan kuat tapi..masih ada banyak benda kau kena belajar.." Terdapat tangan yang tercipta daripada bayang keluar daripada dada Mikael dan mengenggam tumbukan aku.
" Biar betul!" Keluh aku, Mikael menghentak kepala aku dengan hujung pemegang sabitnya dengan kuat, aku tertolak daripadanya.
" Teknik Sihir Bayang, Pedang Bayang, Bentuk Ketiga, Gergaji!" Emilia menghayun kedua-dua pedangnya dari jauh, bilah pedang bayang mula memanjang dan membentuk menjadi seperti gergaji, dari arah kiri dan kanan, kedua-dua bilah senjata itu menuju laju kearah Mikael.
" Teknik Sihir Bayang, Tangan Bayang." Mikael menghalakan tangan kirinya kehadapan, dua tangan bayang muncul daripada bayangnya sendiri dan menahan serangan Emilia itu.
" Alirkan!" Emilia mengalirkan tenaga rohnya kepada bilah pedang gergajinya membuatkan serangannya dapat menolak tangan bayang yang menahannya.
" Masih tak cukup, Emi." Mikael pula yang mengalirkan tenaga rohnya, tangan itu pula yang menolak kedua-dua bilah pedang Emilia.
" Tak..guna.." Emilia mula kelihatan lemah dan terus terduduk, pedang bayangnya terus hilang begitu juga tenaga rohnya.
" Hah...ah..Eh.." Aku cuba menangkap semula nafas aku, walaupun sudah gunakan semua teknik dan tenaga roh aku..Mikael masih tak dapat dikalahkan.
Mikael menepuk tangannya dengan kuat, aku dan Emilia menoleh kearahnya, dia berjalan kearah kami berdua.
" Dalam masa yang sekejap, korang dapat kuatkan teknik sihir dan sumpahan korang, bukan itu sahaja, tanpa aku sedar, korang belajar juga dua teknik baru. Aku bangga, hanya 4 hari sahaja cukup untuk beri korang dapat jadi Pemburu Saka yang bagus.." Mikael kelihatan lega, aku cuba berdiri dengan perlahan, Emilia pula hanya terbaring sahaja dengan wajah malas.
" Aku dapat rasa..kau bakal cakap 'tapi'.." Keluh Emilia.
" Tapi! Tahap korang sebagai Pemburu Saka ialah masih rendah lagi, masih banyak latihan harus dilakukan.." Kata Mikael dalam nada memerli. Aku dan Emilia menghembuskan nafas yang panjang, apabila kami sedar kami melakukan benda yang sama, kami terus memandang sesama sendiri.
" Untuk hari ini, dah tamatlah latihan korang, boleh pergi rehat dengan balik ya.." Mikael berjalan ditepi kami dan keluar daripada bilik latihan. Aku memerhati sahaja dia pergi.
" Baihaqi..tolong aku bangun." Pinta Emilia.
" Kau seriuslah?" Soal aku.
" Aku gunakan hampir semua tenaga roh aku tadi, badan aku rasa lemah sangat.." Emilia mengalihkan kepalanya ketepi, aku mengeluh kecil dan menghulurkan tangan aku, Emilia menangkapnya, aku membantu dia berdiri semula.
" Biasanya aku takkan minta tolong rival aku..Kali ni aku hanya terdesak sahaja sebab badan aku berpeluh dan penat..Lain kali aku takkan minta tolong!" Walaupun badan dia lemah, mulut Emilia masih laju memberi alasan.
" Ya-ya, aku percayakan kau.." Balas aku, kami berdua pula yang berjalan keluar daripada bilik latihan.
" Dia lupa aku, hah..tuan tak guna." Keluh Kuro sendirian, kedua-dua tangannya berada dipinggangnya, dia memerhati aku dan Emilia keluar kemudian memasuki bayang aku.
***
" Tahniah korang berdua, aku dengar apa yang korang dapat lakukan semasa latihan tadi, belajar dua teknik baru dalam masa hanya 2 hari? Korang memang bagus." Puji Abang Zen sejurus melihat aku dan Emilia yang sedang duduk dibar bersama, Alex memandang sahaja kami sambil mengelap gelas ditangannya.
" Terima kasih juga Abang Zen..sebab bantu kami beberapa hari lepas.." Kata Emilia sambil tertunduk.
" S..Saya hanya terfikir sahaja pasal campurkan teknik silat dengan sumpahan saya, Kuro yang bantu saya..tapi masih ada banyak benda saya perlu perbaiki dan aliran tenaga roh saya tak cukup cantik.." Keluh aku sambil memandang tapak tangan aku.
" Takpelah, asalkan latihan korang ada hasil..dah cukup baguslah tu.." Abang Zen duduk ditepi Emilia, dia menoleh kearah kami berdua sambil tersenyum.
" Mungkin juga.." Aku masih tak berpuas hati Mikael dapat tahan tumbukan aku dengan senang tadi..
" Mikael tu menjengkelkan jugak." Mata Emilia membara, Abang Zen memandang kami dengan wajah risau.
***
" Sudah beberapa hari berlalu dan tiada pula tanda-tanda Saka tu disekeliling Kuala Lumpur lagi..Dia memang tahu pergerakkan skuad OPS ke? Menyusahkan.." Khalid kelihatan terganggu, Lisa yang sedang duduk ditepinya menoleh kearah Khalid. Kereta mereka sedang melalui jalan raya Kuala Lumpur yang sibuk.
" Kita balik dululah ke bangunan organisasi untuk hari ni..Seharian kita hanya ada atas jalan raya je.." Kata Lisa.
" Maafkan aku, Lisa.." Khalid kelihatan serba-salah.
" Jangan risau, aku faham, Saka tu bunuh kawan kau..dan sekarang kau tengah marah sangat.." Balas Lisa, Khalid mengangguk perlahan.
Ahli Skuad Khad yang berada di Cheras pula..,
" Maghhlah Chgyou..Sayagh lapargh..( Maaflah Chyou..Saya lapar..)" Mulut Yuki penuh, terdapat burger yang besar sedang berada ditangannya, mereka berdua sedang berada di restoran burger.
" T..Takpe..habiskan du..lu makan..nan dalam mulut.." Chyou mengangkat tangannya dan kelihatan gemuruh, Yuki tersenyum dan kembali menikmati burgernya, Chyou memandangnya kemudian tersenyum kecil.
" Pwah...Kenyang.." Selepas seketika, akhirnya Yuki habis makan, Chyou juga habis menghirup air jus tembikainya.
" Malunya..saya makan gelojoh depan awak.." Yuki kelihatan malu-malu, dia tersedar yang dia makan dengan banyak apabila melihat pinggan-pinggan kotor dihadapannya, bahu Chyou terangkat.
" S..Salah sa..saya juga...sebab hanya terus je..bekerja tanpa..fikirkan awak lapar..." Balas Chyou.
" Hum..sudah berapa hari berlalu tapi kita masih tak dapat jumpa dan basmi Saka bayang tu..Setiap hari agak memenatkan kalau kita hanya terus mencari tanpa hasil.." Balas Yuki, riak wajahnya berubah kecewa, Chyou hanya mendengar sahaja.
" Chyou, apa pandangan awak?" Tanya Yuki, dia kembali tersenyum, Chyou menggaru pipinya dan mula berfikir.
" Daripada laporan yang Tuan Gong-Li, beri..berikan..Saka tu mula bergerak selepas skuad 3 outstation dan juga skuad lain sibuk menyebabkan dia senang untuk bertindak dan kalau ada Pemburu Saka yang jumpa dia, dia cukup kuat untuk lawan..Salah seorang mangsa dia ialah Pemburu Saka Tahap 2 yang cukup kuat juga.." Terang Chyou, pada awalnya dia kelihatan cemas dalam penerangannya namun lama-kelamaan, dia mula tenang.
" Menyeramkan, saya pun Pemburu Saka tahap 2..jadi boleh jadi Saka ni lebih kuat daripada saya.." Keluh Yuki.
" Ta..Tak perlu risau, kalau kita jumpa dia dan terpaksa bertarung, jika kita tak dapat menang, saya akan pastikan kita selamat..." Kata Chyou, Yuki menoleh semula kearahnya.
" Uhm, terima kasih, Chyou." Yuki tersenyum manis, Chyou kembali gementar, peluh mengalir diwajahnya.
Ahli Skuad Khas Di Damansara pula...,
" Kenapa aku kena berkumpulan dengan dia?" Monolog Rizqi dengan wajah kecewa, dia berjalan dengan kedua-dua tangannya berada dibawah badannya.
" Begitu! Terima kasih sebab beri kerjasama! Encik! Puan!" Shaurya bercakap dengan kuat dihadapan seorang lelaki dan wanita, mereka hanya tersenyum janggal dan berjalan pergi daripadanya.
" Shaurya..Kita memang perlu soal siasat semua orang yang kita nampak ke?" Soal Rizqi.
" Aku sengaja tanya diorang, mana tahu ada yang nampak Saka bayang tu tanpa sengaja!" Balas Shaurya, Rizqi mengeluh kecil.
" Shaurya?" Terdengar suara seseorang menegur Shaurya, dia dan Rizqi menoleh kearah orang itu.
" Ah! Akak Lily..Dah lama tak jumpa." Shaurya kelihatan teruja berjumpa dengan Lily.
" Buat apa malam-malam ni? Eh? Dia bukan anak Tuan Ali tu ke? Rizqi kalau tak silap.." Tanya Lily, dia sedang membawa beg plastik yang agak besar, dia bertambah tertanya apabila melihat Rizqi.
" Kami sedang melakukan pencarian mencari Saka bayang yang berkeliaran di Kuala Lumpur, sekarang ni saya dan Rizqi sedang bersama cari makhluk tu disini.." Balas Shaurya, dia cakap dengan agak laju, Akak Lily mengangguk faham sahaja.
" Dah nak tengah malam juga ni..Korang hati-hati ya." Pesan Lily.
" Jangan risau, akak, tambahan pula Rizqi ada, dia sangat kuat!" Kata Shaurya, Rizqi tersenyum bangga.
" Hum, akak ada dengar..Apapun, Rizqi..Apa khabar Syakir?" Lily menyoal Rizqi pula.
" Syakir? Hum, dia bekerja macam biasa jelah, dah lama tak bercakap dengan dia.." Rizqi meletakkan tangannya didagunya, Lily mengenggam beg plastik ditangannya dengan erat.
" Tolong pesan dengan dia..Jangan pergi keluar dengan perempuan sangat, burukkan imej keluarga dia saja.." Arah Lily.
" Biar betul..Baiklah.." Rizqi tersenyum pahit namun Lily kelihatan serius sahaja.
" Okaylah, akak pergi dulu.." Lily melambaikan tangannya dan berjalan pergi, Shaurya membalas sahaja lambaiannya.
" Siapa dia tu? Ahli OPS ke?" Soal Rizqi sedang dia memerhati Lily berjalan daripada mereka.
" Akak Lily ialah naib kapten Skuad 2.." Shaurya menjawab soalan Rizqi dengan laju.
" Cakaplah perlahan sikit.." Tegur Rizqi namun dia kembali memandang Lily, dia sudah makin hilang daripada pandangan Rizqi.
" Aku..pernah nampak dia sebelum ini, rasanya..dahulu." Monolog Rizqi, dia teringat pernah nampak Lily yang kelihatan lebih muda dan berambut panjang sedang bersama dengan Syakir yang juga masih muda. Mereka tersenyum bersama juga..
***
" Apa masalahnya Xander, sehingga kau perlu panggil aku?" Soal lelaki yang tidak kelihatan wajahnya, Xander duduk dihadapannya dengan wajah tidak berpuas hati, Eric berdiri dibelakang Xander manakala Zaki pula berada dibelakang lelaki itu.
" Aku percaya kita berdua bekerja bersama-sama, kawan. Tapi kau tak dapat beri aku informasi yang baik dua kemenjak ini, bukan itu sahaja, operasi aku tak dapat bergerak langsung dan kita terpaksa menunggu Reaper yang tak guna tu untuk dapatkan kekuatan sepenuhnya semula. Kepercayaan pada kau mula menghilang.." Xander merungut, lelaki dihadapannya tersenyum sahaja, dia mengalihkan pandangannya.
" Xander, aku faham, tanpa operasi kau, saluran kewangan kau terjejas dan plan asal aku tidak akan berjalan..Tetapi OPS bukannya musuh yang kita boleh lawan begitu sahaja..Penjualan haram dan penyalahgunaan Saka,organisasi takkan berhenti cuba hentikan kita sehinggalah kita pupus..Kita tiada cara lain selain..daripada jatuhkan juga OPS jika mahu teruskan operasi kita.." Terang lelaki itu, dia mengangkat tangan kanannya, Xander mengenggam tangannya.
" Beritahu aku, apa kegunaan Reaper tu sebenarnya...Selain daripada pastikan Shadow Society takkan kacau kita juga..?" Soal Xander.
" Dia adalah kunci kita untuk buka jalan ke dunia ghaib, jika kita..dapat bekerja sama dengan Saka-saka disitu, kita bukan sahaja dapat jatuhkan OPS malah kita dapat musnahkan mereka..Dunia dimana kita berkuasa..akan berada dicapaian kita.." Balas lelaki itu, dia meletakkan semula tangannya kebawah.
" Tch..Banyak cakap manis, aku mahu hasil.." Kata Xander.
" Kau..perlu bersabar, Xander..'Patience is virtue'.." Lelaki itu nampak tenang sahaja.
" Jangan nak speaking sangatlah dengan aku.." Keluh Xander.
" Kenapa? Sebab kau tak faham?" Tanya lelaki itu dalam nada memerli.
" Kau! Aku fahamlah Bahasa inggeris, sialan!" Marah Xander, lelaki itu tergelak kecil, Zaki yang berada dibelakangnya juga tersenyum cuba menahan gelaknya.
" Maafkan aku, kawan..Hanya nak bergurau sahaja.." Kata lelaki itu, Xander mengetap giginya.
***
" Kau pulih dengan agak laju, Zaki.." Kata lelaki itu sedang dia berjalan bersama dengan Zaki dikoridor yang agak gelap.
" Takdelah teruk mana sangat pun kecederaan aku.." Balas Zaki, lelaki itu menoleh kearahnya.
" Aku ada tugas yang aku akan sediakan untuk korang dalam masa terdekat ini, jadi sila bersedia dan elak pandang rendah musuh lain kali..Tugas ini penting dalam plan kita.." Cadang lelaki itu, Zaki memandangnya juga.
" Baik, tuan." Zaki mengangguk faham, mereka berhenti dihadapan tangga yang kelihatan agak panjang, lelaki itu menghentikan langkahnya.
" Zaki, beritahu aku..apa yang paling kau mahukan sekarang?" Tanya lelaki itu, mata Zaki berubah kepada jelingan yang tajam.
" Ada Pemburu Saka yang mahu aku kalahkan, aku akan buktikan..pada dia..Aku lebih kuat daripada dia.." Kata Zaki, lelaki itu menyambung langkahnya dan menapak ke satu anak tangga.
" Kau akan dapat peluang itu, dia salah seorang daripada ahli skuad khas betul tak? Kau akan lagi sekali..menghadap dia.." Balas lelaki itu sebelum berjalan pergi, Zaki terus tersenyum sinis.
" Zaki.." Panggil seseorang, Zaki terus mengalihkan pandangannya kearah orang itu, rupanya yang memanggil dia ialah Eric.
" Eric, apahal?" Soal Zaki.
" Apa yang tuan katakan pada kau tadi?" Tanya Eric pula, Zaki memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya.
" Dia kata dia ada tugas untuk aku..tapi rasanya dia akan tugaskan kau dan Alice juga lagi, kita mungkin bakal hadap skuad khas lagi.." Terang Zaki.
" Begitu.." Balas Eric sepatah, riak wajahnya tidak berubah langsung.
***
" Selamat pulang, Baihaqi.." Airi menyambut aku di pintu bilik aku, dia sedang tersandar didinding sambil mengangkat dulang, terdapat bekas makanan tersedia diatas dulang itu.
" Apa kau buat, Airi? Belum tidur lagi? Kenapa kau tunggu aku?" Soal aku, Airi tersenyum sahaja.
" Aku tidur masa petang tadi..tambahan pula, aku baru je ada kat sini jugak jadi jangan risau.." Balas Airi, aku mengeluh kecil..
Aku memasuki bilik aku, diikuti Airi, dia meletakkan dulang tadi diatas meja aku, untuk seketika aku memerhati sahaja Airi.
" Kenapalah kau sediakan makanan untuk aku dalam masa-masa macam ni?" Keluh aku sambil menyoal dia lagi.
" Sebab aku masih pembantu rumah disini dan tugas aku ialah sediakan kau makanan dan lain-lain. Bila ada ahli keluarga lain yang balik lewat, ada sahaja pembantu rumah yang lain layankan mereka, aku layankanlah kau sebab takde yang nak.." Balas Airi, aku membuka bekas makan yang berada diatas dulang tadi, terdapat nasi dan juga ayam goreng, wap keluar daripada bekas makanan itu.
" Entahlah, aku rasa janggal ada orang tolong aku.." Keluh aku.
" Aku bekerja kat sini jadi aku hanya buat kerja aku je, lagipun aku tak suka bantu orang lain dalam rumah ini, kalau boleh, aku hanya mahu bantu kau je, tapi aku tak nak makan gaji haram.." Kata Airi, dia menolak rambutnya kebelakang sambil tersenyum pahit, aku memerhati sahaja dia.
" Kalau bab makanan aku tak kisah sangat tapi..kalau bersihkan bilik, kemas baju ataupun yang sama macam tu, jangan kau buat pulak.." Pinta aku, Airi menyilang tangannya dan mengembangkan pipinya.
" Fokus sajalah pada latihan kau..Malas nak ulang benda sama dengan kau, keras kepala." Airi kelihatan marah, aku tersenyum kecil sahaja kemudian duduk diatas katil aku dan mengambil dulang makanan.
" Apapun..aku makan dulu..Kau bolehlah balik ke bilik kau.." Kata aku.
" Aku nak duduk sini kejap..." Balas Airi, pantas betul dia cakap.
" B..Baiklah." Aku hanya terus makan sahaja, masakan Airi memang sedap, sudah berapa kali aku makan masakan dia pun, rasanya tak pernah mengecewakan..
Dah lama tak makan sedap sebegini setiap hari..Aku berterima kasih sangat..
" Baihaqi, apa kau rasa bila..orang panggil kau..'anak sumpahan'?" Tanya Airi, kedua-dua tangannya berada dihadapan dan mengenggam sesama sendiri, aku menoleh kearah Airi, dia kelihatan risau.
" Aku..rasa aku dah biasa dipanggil sebegitu. Masa awal-awal semestinya aku..benci sangat panggilan itu tapi sekarang, aku jadikan kata-kata buruk itu sebagai motivasi aku..untuk buktikan pada semua orang..Aku tak lemah dan bukannya satu sumpahan.." Jawab aku, riak wajah Airi berubah kepada lega selepas mendengar jawapan aku.
" Kau memang kuat, hah, Baihaqi.." Puji Airi.
" M...mungkin.." Aku tertunduk dan makan semula.
" Aku harap aku ada..kekuatan yang sama macam kau. Aku fikir kata-kata orang lain takkan beri kesan sangat pada aku tapi kadang-kadang aku biarkan kata-kata buruk menyakiti aku.." Keluh Airi, dia tak pernah nampak sedih sebegitu sebelum ini.
" Ada apa-apa jadi ke, Airi?" Soal aku.
" Hum? Rasanya ada.." Airi tidak beri aku jawapan yang jelas.
" Kau dah bantu aku banyak Airi..kalau ada sesuatu aku boleh tolong kau juga, beritahu saja.." Tawar aku.
" Kalau macam tu..bila sampai masanya, aku harapkan kau, Baihaqi.." Airi kembali tersenyum semula. Aku mengangguk perlahan.
" A..Aku balik bilik aku dulu ya..Jangan tidur lewat sangat, Baihaqi.." Airi berjalan kearah pintu bilik aku, tangannya memegang tombol pintu, untuk seketika dia menoleh kearah aku.
" Dah lewat malam dah pun sekarang ni.." Keluh aku.
" Lepas makan, terus jelah tidur, baiklah..Selamat malam.." Airi membuka pintu bilik aku, dia melambaikan tangannya sebelum keluar daripada bilik ini, pintu tertutup dengan perlahan.
Selepas makan, aku terduduk dan mula berfikir, apa jadi..dengan Airi? Memang..ada sesuatu yang berlaku..betul tak?
Bab 8 Tamat
Share this novel