Bab 5 : Ego dan kawan

Action Series 1113

Bab 5 : Ego dan Kawan

Yuki mengekori aku sehingga kami berada dihadapan mesin air, dari tadi kami terdiam sahaja, aku menekan butang yang berada dibawah air teh ais limau dimesin air itu selepas memasukkan duit, tin air jatuh dari bawah mesin dan segera aku ambil.

" Yuki, belilah air kau pulak.." Tegur aku, Yuki kelihatan termenung seketika namun dia terus sedar apabila aku memanggilnya.

" Oh baik!" Balas Yuki, dia mengeluarkan dompetnya yang kecil dan berwarna merah, tak pernah aku nampak orang pakai dompet sebegitu, haha, comel.

" Rizqi..awak okay ke?" Tanya Yuki sedang dia memasukkan satu per satu duit syiling ke dalam mesin air itu, aku tak sangka..itu pertanyaan yang dia akan tanya aku.

" Mestilah okay, kenapa kau tanya?" Balas aku kemudian bertanyakan juga soalan, Yuki memerhati air-air yang berada dimesin air itu.

" Awak nampak macam bukan diri awak..Kadang-kadang.." Kata Yuki.

" Hahaha, tak mungkinlah, macam nilah aku biasanya. Kau baru kenal aku tiga hari..jadi aku tak tahu macam mana kau boleh rasa kau sedar bila aku nampak macam bukan diri sendiri..Aku okay je.." Aku tersenyum sambil membuka tin air aku, Yuki menekan butang dibawah minuman soda strawberry.

" Bila lahir..dalam keluarga Pemburu Saka yang kuat,saya faham, kita akan mula ego..Awak terasa dengan apa yang Akak Lisa buat semalam betul tak? Terasa macam ego awak diserang ke?" Yuki menoleh kearah aku, dia kelihatan ingin tahu, senyumannya sedikit pahit dari biasa, aku mengeluh kecil.

" Tak, aku tak. Lagipun apa yang dia cakap tak betul..Aku lebih berharga daripada mana-mana Pemburu Saka..Tiada Pemburu Saka yang ada potensi macam aku.." Kata aku dengan yakin, Yuki memandang semula mesin air dan memasukkan lagi duit syilingnya.

" Saya pun fikir sebegitu dahulu, saya lahir dalam keluarga yang kuat, ada bakat yang menakjubkan dalam teknik sihir dan penggunaan Saka tapi satu masa, saya gagal..selamatkan kawan-kawan saya.." Nada suara Yuki berubah sedih, matanya sayu sahaja, aku memandang sahaja wajahnya, tak pernah nampak..Yuki buat wajah sebegitu..

" Sekuat mana pun kita..sehebat mana pun kita..Kita sentiasa akan ada kelemahan. Saya harap awak fikirkannya, Rizqi. Apa kelemahan awak sebenarnya..Kalau tak sedar nanti..awak akan terlambat dan menyesal." Pesan Yuki, dia menekan butang air cola, tin air itu jatuh dan bunyinya agak kuat.

" Kelemahan aku..hanyalah..aku masih takde girlfriend walaupun wajah aku idaman gadis-gadis..Mungkin orang malu nak confess kot, masa sekolah dulu banyak je kawan perempuan.." Balas aku dalam nada bermain-main, Yuki mengambil tin air cola kemudian memandang aku.

" Rizqi..saya lebih tua daripada awak dan dah ada pengalaman sebagai Pemburu Saka selama 2 tahun..jadi tolonglah dengar pesanan saya ya. Awak memang hebat, Rizqi..Potensi awak tiada had tapi jangan biarkan ego membutakan tindakan kau.." Yuki kedengaran serius, dia malah nampak seperti memarahi aku.

" Baiklah-baiklah..Maafkan aku..Aku akan cari kelemahan aku.." Keluh aku kemudian terus menghirup air tin aku.

" Jang..jangan terasa hati tau! Saya..rasa ayat macam k..kasar!" Yuki tiba-tiba kelam-kabut, aku terkejut dengan reaksi dia kemudian tergelak kecil, dia sekurang-kurangnya..tak menyakitkan hati sangat, mungkin sebab wajah dia..

" Ya-ya, aku tak terasa.." Balas aku dengan senyuman pahit.

" Saya hantar air ni kepada Shaurya dulu ya.." Yuki terus berjalan pergi, aku memerhati sahaja kemudian menoleh kearah luar tingkap, daripada bangunan organisasi ini, aku dapat lihat sebahagian daripada bangunan-bangunan bandar dan jalan raya yang sibuk.

"Jangan biarkan ego membutakan tindakan kau.."

"Pemburu Saka yang kuat tapi ego tinggi kau tu buatkan kau tak berharga pun langsung dalam skuad ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain."

Ego.

Kepercayaan aku ialah kau perlukannya. Tanpa ego, akan ada sisi diri kau yang terbuka dan musuh kau akan mengeksploitasikan kelemahan kau dengan lebih muda. Ego menutup diri kau daripada orang lain, kau nampak lebih kuat, kau jadi lebih yakin, kau..sentiasa berada diatas.

Aku pewaris Keluarga Adiwarna, kekalahan atau kelemahan tidak boleh dibiarkan, tempat aku ialah lebih tinggi daripada sesiapa.

Itulah takdir aku..

***

" Hubungan kebanyakkan skuad-skuad dan ketua-ketua mereka banyak yang tawar dan ada yang bermusuhan kemudian ada pula pengkhianat diantara kita..Semestinya hubungan orang atasan akan jadi lebih dalam bahaya.." Baharin berjalan bersama dengan Gong-Li dikoridor bangunan organisasi, kelihatan beberapa orang lalu ditepi mereka dan ada yang memerhati mereka dari jauh.

" Agak menyusahkan..Macam aku cakap dalam mesyuarat semalam, susah nak buat siasatan dalam keadaan kita sekarang ni.." Kata Gong-Li, Baharin tersenyum pahit.

" Tuan Ali tak bercakap apa-apa pulak semalam, jarang dia sebegitu, biasanya dia akan beri pandangan dan buat tindakan dia sendiri tanpa memikirkan pasal orang lain.." Keluh Baharin, Gong-Li tergelak kecil.

" Betul juga, mungkin dia faham juga suasana semalam..Lelaki macam dia tu, jarang faham suasana tapi ada masa dia agak sensitif jugak.." Balas Gong-Li, dia dan Baharin terus sahaja berjalan.

Dari sudut satu bucu dikoridor itu, kelihatan seseorang sedang memerhati mereka dan mendengar persembangan mereka tadi, orang itu berjalan pergi selepas Baharin dan Gong-Li berjalan jauh daripada bucu itu.

***

Mata aku terbuka dengan perlahan, kelihatan kipas sedang berpusing diatas aku, untuk seketika, suasana aku sunyi sahaja, apabila aku cuba untuk bangun daripada tempat aku berbaring, badan aku terasa sakit-sakit.

" Ergh.." Aku menyentuh kepala aku, seingat aku...sebelum aku tak sedarkan diri aku, Mikael menumbuk aku dan menghentak aku kelantai kemudian..pandangan aku mula kabur.

" Dah terjaga? Lama betul kau nak sedarkan diri kau.." Emilia menegur aku, dia terduduk ditepi aku, kelihatan dia elok sahaja, bukan ke dia pun..kena belasah teruk jugak macam aku?

" Emilia? Kau tak nampak cedera pun." Kata aku.

" Cuba kau tengok diri kau sendiri..Mana ada kepala kau berbalut ataupun luka ada dekat badan kau.." Balas Emilia, aku segera mengangkat tangan aku dan memerhatikannya, tiada luka ataupun kesan lebam, kemudiannya aku menyentuh lagi kepala aku, tiada luka ataupun balutan.

" Mereka pulihkan kita dengan sihir pemulih..Badan kita pulih tapi kau masih rasa sakit-sakit lagi, kata Mikael kita akan rasa elok balik selepas beberapa jam.." Terang Emilia, aku terduduk disofa dimana aku terbaring tadi.

Nampaknya kami kalah teruk, hah...tapi sekurang-kurangnya aku dapat tumbuk Mikael dimuka dia, walaupun macam tu, dia tak nampak terkesan pun oleh serangan tu..

Pintu bilik kami berdua terbuka, aku dan Emilia terus menoleh kearah pintu, kelihatan seorang lelaki yang berbadan besar dengan rambut panjang yang terikat memasuki bilik kami, dia memandang kami berdua.

" Oh, kau dah terjaga akhirnya, ahli baru.." Kata lelaki itu.

" Ah..ya.." Aku mengangguk sahaja, lelaki itu menunjukkan beg plastik yang dibawanya, kelihatan terdapat bungkusan makanan didalam beg plastik itu.

" Tadi aku beli roti bom, ini untuk korang..makanlah ya..Lepas makan, Mikael kata dia akan hantar kau balik, Emilia kau duduk dekat markas jekan?" Lelaki itu meletakkan beg plastik itu diatas meja berhadapan kami, dia menoleh kearah aku kemudian kearah Emilia, dia mengangguk perlahan apabila lelaki itu bercakap dengannya.

" Terima kasih, Abang Zen.." Balas Emilia.

" Hum, sama-sama..Roti bom ni terbaik tau, enjoylah ya..Aku ada hal kena selesaikan jadi..jumpa lain kali, Emilia..dan..apa nama kau?" Abang Zen berjalan kearah pintu untuk keluar namun untuk seketika dia memberhentikan langkahnya dan bertanyakan aku nama aku.

" Nama aku..Baihaqi.." Kata aku.

" Okay, Baihaqi..sebelum aku terlupa lagi, selamat datang ke Shadow Society, kami terima kedatangan korang dengan tangan terbuka, mari bunuh Saka-saka yang menyusahkan bersama ya.." Abang Zen tersenyum, walaupun badannya kelihatan besar dan dia nampak seperti mengancam, dia nampak seperti seseorang yang baik dan tenang.

" Aku makan dulu.." Emilia mengeluarkan bungkusannya, aku mengalihkan pandangan aku kearahnya, dia membuka bungkusan itu, wap daripada roti bom itu terus berterbangan diudara.

Selepas aku dan Emilia selesai menjamu roti bom kami, kami berdua keluar daripada bilik kami berada tadi, kelihatan kami sedang berada ditingkat 2 bangunan markas ini, dari sini, kami dapat lihat Mikael sedang terduduk dibar, dia sedang bersembang dengan Alex.

Aku segera bergerak turun, Emilia memerhati sahaja aku namun dia hanya berjalan sahaja kearah lain tanpa berkata apa-apa, sedang aku mendekati Mikael, dia menoleh kearah aku dahulu bersama dengan Alex.

" Baiklah budak, masa untuk hantar kau balik, tidak nanti keluarga kau cari kau pulak.." Mikael terus mengambil kunci keretanya yang berada dihujung kaunter bar.

" Itu sahaja ke latihan kau? Belasah kami..kemudian hantar aku pulang macam takde apa-apa yang berlaku.." Soal aku, Mikael menghembuskan nafas yang panjang.

" Budak, aku dah cakap dengan kau ini ialah pelajaran pertama aku, masih ada banyak lagi latihan bakal kau hadap..jadi baik kau balik, rehat dan kita sambung esok ya..Dah nak lewat malam dah ni.." Keluh Mikael, dia turun daripada tempat duduknya dan berjalan kearah pintu keluar, aku mengenggam tangan aku dengan erat.

Sedang Mikael membawa kereta, aku terdiam sahaja dan memandang kearah luar tingkap, langit malam dengan perlahan menutupi, jalan yang dilalui kami juga makin gelap, aku agak kecewa dengan apa yang berlaku hari ini, bukan itu sahaja, aku terasa seperti Mikael hanya mahu malukan aku sahaja..

" Oh, kebetulan, ini peluang yang baik.." Mikael tiba-tiba menghentikan keretanya dijalan yang gelap ini dan membuka lampu keretanya dengan kuat, aku pelik, kenapa dengan dia ni?

" Budak, ada Saka liar dihadapan kita..Bukak mata kau luas-luas dan lihat.." Arah Mikael, aku menoleh kehadapan, lama-kelamaan, kelihatan susuk tubuh sesuatu berada dihadapan kereta ini. Mikael terus keluar daripada keretanya, aku segera membuka tali pinggang dan keluar juga.

" Keh...Keh...Keh..Keh.." Saka yang berada dihadapan kami kelihatan seperti ayam yang besar namun tidak berkepala, kelihatan didalam bahagian tengkuk yang kosong, terdapat mata dan mulut.

" Markas kita dekat dengan kawasan kubur jadi biasalah Saka berkeliaran ditempat sebegini, tengok dibelah aku ni, kubur ni dah hampir berdekad lamanya berada disini.." Mikael menunjukkan jari ibunya kearah perkuburan yang berada ditepinya, aku memandang seketika kearah perkuburan itu kemudian kembali menoleh kearah Saka itu.

" Dia tak serang kita dulu..dan benda ni nampak lemah..Apa kata kau cuba bunuh dia? Kau masih tak puas hati, kan? Kalau aku nak hilangkan stress masa muda dulu pun, aku selalu datang sini dan serang sahaja mana-mana Saka liar yang ada kat sini.." Cadang Mikael, dia tersenyum dan menyilang tangannya, aku bergerak kehadapan.

" Ah..silap benda ni..ada kat sini sekarang.." Kata aku, Mikael memerhati sahaja dari belakang.

" Khok! Khok! Khok!!" Saka itu mula bertindak apabila aku mendekatinya, aku mengenggam tangan aku kemudian mengangkatnya keatas

" Kalahkan musuh kau, Kuro!"

Bayang mengelilingi tangan aku dan Kuro datang keluar daripada belakang aku, Saka tadi segera mengambil langkah kebelakang, mahu lari daripada aku? Jangan haraplah!

" Kau nak bunuh Saka tu ke?" Tanya Kuro, dia mendekatkan wajahnya dengan telinga aku.

" Semestinya." Balas aku sepatah, Kuro tersenyum sahaja, dia menyentuh kedua-dua tangan aku, ia berubah hitam.

" Hiyarghh!" Aku melepaskan tumbukan kearah Saka itu. Tumbukan aku itu terkena namun kelihatan bulu-bulu dibadan Saka itu membuat tangan aku tidak mencapai badannya.

" Tch, biar betul!" Keluh aku.

" Khok! Keeeek!" Kaki Saka itu menyepak perut aku, badan aku tertolak kebelakang, berat betul serangan dia, kekuatan Saka memang jauh berbeza dengan kekuatan biasa manusia.

" Bulu dia agak tebal.." Kata Kuro, dia terduduk dibahu aku.

" Aku tahu tu.." Aku menuju semula kearah Saka itu, dengan lajunya, aku mencekik Saka itu, ia cuba melepaskan dirinya daripada genggaman tangan kanan aku, sebelum sempat kakinya terkena pada badan aku, tangan kiri aku menangkap kakinya.

" Sesiapa sahaja yang halang aku daripada capai apa yang aku mahukan, aku akan kalahkan mereka. Aku tak puas hati, Mikael...Aku boleh capai banyak lagi..Jadi baik kau jangan main-main dengan aku dan segera..jadikan aku Pemburu Saka yang aku mahu jadi!" Jerit aku, dengan kuatnya, aku menarik tengkuk Saka itu keatas dan kakinya kebawah. Mikael memerhati sahaja aku.

" Oi, oi, oi..seriuslah kau ni.." Kuro terkejut melihat aku.

" Kyeeeeek! Kyaaaak!" Saka itu seperti meraung kesakitan,terdengar bunyi badannya terkoyak.

" Arghh!" Akhirnya badan Saka itu terputus kepada dua bahagian, darah-darah dan ususnya terkeluar, mengalir dan terjatuh ketanah, tidak lama kemudian, semuanya berubah menjadi debu.

" Kau memang ganas, hah, Baihaqi..Aku tak pernah nampak orang berlawan dengan Saka menggunakan tangan mereka apatah lagi belah badan mereka hanya dengan tangan sahaja..Ada satu keistimewaan pasal kau budak, kekuatan fizikal kau yang sama taraf dengan Saka." Mikael tersenyum, aku mengalihkan badan aku kearahnya, Kuro turun daripada badan aku.

" Kekuatan fizikal yang sama dengan Saka? Kau memang pelik.." Kata Kuro, aku menoleh kearahnya dengan wajah pelik.

" Apa-apa jelah.." Keluh aku. Mikael meletakkan tangannya kebawah kemudian membuka semula pintu keretanya.

" Sudahlah, kau dah lepas geram kau, kan? Baik aku bawak kau balik sekarang.." Ajak Mikael, aku berjalan kearah keretanya dengan perlahan, Kuro pula memasuki bayang aku, untuk seketika, aku memandangnya, dia diam sahaja dan melesap hilang, aku kemudian hanya meneruskan langkah aku.

***

Asap rokok dihembuskan, Faizal sedang berada dibilik pejabatnya sendirian, tingkap ditepinya terbuka, kelihatan pejabat skuad 8 kosong sahaja, telefon Faizal berdering, dia segera mengambil telefonnya, terpapar nama seseorang bernama Elaine yang sedang menelefonnya, dia terus mengangkat panggilan itu.

" Oh Elaine..macam mana 'siasatan' persendirian kau?" Soal Faizal sejurus menjawab panggilan Elaine itu.

" Haih, kau memang menyusahkan betul..Kapten..Kalau aku kena tangkap dan mula disoal..aku akan bagitau semua benda ya!" Marah Elaine, Faizal tergelak kecil.

" Ya-ya, aku faham risikonya tapi mereka akan kurang syak kau kalau kau yang perhatikan dan lihat fail mereka.." Balas Faizal.

" Apapun..skuad 3, 7, dan 10 melakukan aktivi mereka seperti biasa sahaja..Skuad 3 ada misi diluar Kuala Lumpur dan kebanyakkan ahli mereka sedang berada di Perak, Skuad 7 katanya sedang menyiasat satu kejadian kehilangan seseorang yang pelik..Skuad 10 tiada misi atau tugas hari ni tapi tiada ahli mereka yang melakukan apa-apa yang mencurigakan.." Terang Elaine, dia membaca nota yang ditulisnya sendiri, Faizal mengeluh kecil.

" Mungkin pengkhianat tu tak lakukan kerja dia hari ni.." Keluh Faizal.

" Tuan Faizal, saya faham tuan ada hubungan yang buruk dengan Tuan Gong-Li dan Kapten Skuad 10 tapi..perlu ke terlalu berwaspada dengan mereka?, terutamanya Tuan Gong-Li, saya tak rasa dia akan khianat organisasi, dia lelaki yang baik..setahu sayalah.." Soal Elaine, Faizal memadamkan pucuk rokoknya kemudian mematahkannya.

" Aku hanya nak pastikan sahaja mereka takde buat apa-apa yang mencurigakan..Esok kalau ada masa, periksa mereka lagi, Elaine..Teknik sihir kau bagus untuk hal sebegini tapi jangan kena tangkap pula.." Kata Faizal, dia membaling pucuk rokoknya tadi kearah tong sampah namun ia tidak masuk kedalam tong itu.

" Teknik sihir saya tak sepatutnya digunakan untuk mengintip skuad lain! Saya rasa bersalah tahu tak!" Elaine merungut.

" Hei, hei..aku try naikkan gaji kau, jadi tolonglah aku." Pinta Faizal.

" Kau memang menyusahkan!" Geram Elaine. Untuk seketika, Faizal teringat akan wajah Gong-Li kemudian wajah Danielle semasa mesyuarat mereka semalam, dia mengeluh kecil.

***

Beberapa ekor Saka menuju kearah seorang lelaki yang sedang melarikan dirinya, lelaki itu dalam ketakutan yang amat, dia menarik rambutnya sedang dia berlari.

" Kerja ni gila! Kerja ni gila! Kenapa aku...jadi Pemburu Saka! Aku akan mati..Mati!" Jerit lelaki itu kelihatan tangan seekor Saka menghampirinya namun sebelum ia sempat menarik lelaki itu, tangan Saka itu terpotong.

" Arrrhh!" Saka itu meraung kesakitan namun sebelum sempat ia bergerak lagi, wajahnya terus terbelah dua, saka-saka lain yang berdekatan juga turut terpotong dan terbelah.

" Macam mana pengecut macam kau boleh berada dalam skuad 3?" Soal orang yang membasmi semua Saka tadi, bilah pedang yang panjang yang tadi membasmi semua Saka itu kembali menjadi bentuk asalnya, rupanya yang melakukan serangan tadi ialah Syakir, dia memandang lelaki tadi dengan senyuman, hanya mata kanannya sahaja yang terbuka.

" Erh..T..Tuan Syakir!" Lelaki itu terduduk, Syakir mengalihkan pandangannya, kelihatan masih terdapat beberapa Saka yang tinggal, ahli skuad 3 yang lain melawan semula Saka-saka yang menyerang mereka.

" Kita memang berada di sarang mereka, hah.." Tuan Haiqal berjalan kehadapan, dia menoleh kearah langit malam yang dihiasi bintang dan bulan.

" Cantik malam ni...malangnya aku harus outstation dan post-pone date aku dengan seorang perempuan yang comel.." Kata Syakir, dia kelihatan kecewa.

" Maaflah Syakir..tapi kau tak bagitau awal-awal..tidak aku bagi kau cuti.." Balas Tuan Haiqal.

" Aku tak boleh tinggalkan skuad, tak nampak betapa penakutnya si dia ni tadi?.." Keluh Syakir sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah lelaki tadi, lelaki itu tertunduk malu, dia kemudian berlari kearah beberapa ekor Saka lain, Haiqal mengeluh kecil.

" Janganlah kejam sangat, dia orang baru.." Kata Haiqal sendirian, dia juga berlari kearah lain, skuad 3 sedang berada di 'sarang Saka', ataupun lebih tepat, tempat yang dipenuhi Saka yang berkumpul disatu tempat, mereka sedang bertarung di satu padang yang besar, pendinding yang tebal dan besar digunakan untuk menutupi mereka.

" Kapten Haiqal! Kami dah selesaikan semua Saka disini!" Encik Haziq [ Pengerusi Agensi Pemburu Saka Perak (APSP)] menegur Tuan Haiqal, dia segera memberhentikan langkahnya, tiga Pemburu Saka yang sedang bersama Encik Haziq kelihatan letih dan ada salah seorang daripada mereka yang cedera.

" Baru nak tolong.." Keluh Haiqal dengan senyuman pahit.

" Macam..mana Saka-saka boleh bersarang kat sini?" Soal seorang Pemburu Saka yang keletihan itu.

" Saka-saka yang berada disini semuanya Saka yang lemah, tak pelik mereka berkumpul dan bersarang disatu tempat, padang ialah tempat dimana manusia sering berada, Saka yang lemah biasanya makan emosi buruk manusia, tempat seperti ini..memang 'hotspot' mereka..." Terang Tuan Haiqal, dia membetulkan cermin matanya sambil memandang Pemburu Saka tadi.

"Kawasan ni pun jauh daripada capaian OPS ( singkatan Organisasi Pemburu Saka) dan APSP, kami pun baru sahaja dapat tahu kawasan ni dipenuhi Saka sebab itulah kami segera buat laporan kepada organisasi, terima kasih datang bantu, Kapten Haiqal.." Encik Haziq tertunduk sedikit dihadapan Tuan Haiqal.

" Jangan risaukannya, Encik Haziq, ianya tugas skuad saya untuk selesaikan kes-kes Saka yang seperti ini.." Balas Tuan Haiqal. Encik Haziq hanya mengangguk sahaja.

Tuan Haiqal melihat sekeliling, kelihatan seperti kebanyakkan Saka-saka yang berada dipadang itu telah dibasmi, dia menghembuskan nafas lega.

" Encik Haziq, kita dapatkan orang-orang yang cedera dan segera rawat mereka..Nampaknya perlawanan akan tamat tak lama lagi.." Arah Tuan Haiqal.

" Baik!" Balas Encik Haziq dan bergegas kearah kumpulannya yang tadi, Tuan Haiqal bergerak ketempat lain.

***

Gelapnya..Sejuknya..

Tiada sesiapakah disana? Tiada sesiapa ke dengari aku? Tolong..Sesiapa pun..Tolonglah..

Takutnya..takut..Aku takut. Tak nak mati...tak nak mati..

" Kenapa akak takut nak mati?" Seorang budak lelaki sedang terduduk dihadapan aku, mata merahnya seperti menyala.

" Tiada sesiapa yang sayangkan akak sebab tulah akak mati sendirian disini.."Kata dia sambil tersenyum, aku cuba mencapainya, budak lelaki itu memegang tangan aku.

" T..Tolong.." Pinta aku.

" Kesiannya..baiklah saya akan tolong akak..sebab saya baik!" Dia meletakkan tangan aku ke tanah kemudian membelai kepala aku dengan perlahan, mulutnya terbuka, kelihatan taring yang tajam dan panjang menonjol keluar.

" Kuro."

" Hah.." Aku terjaga, terasa seperti baru sahaja melalui mimpi yang pelik, aku melihat kedua-dua tangan aku, peliknya rasa...

" Kau terjaga, tuan?" Tegur Kuro, dia sedang duduk dikerusi berhadapan dengan katil aku, rambutnya yang panjang menutupi sebahagian wajahnya, aku menoleh kearahnya.

" Kuro..apa kau buat keluar dari bayang aku?" Soal aku, Kuro mengalihkan pandangannya.

" Bilik kau kecik betul..Rumah ni besar, kenapa kau tinggal dalam bilik macam ni?" Tanya Kuro sambil mengendahkan persoalan aku tadi..

" Kau fikir kenapa aku nak buktikan diri aku kepada keluarga aku? Aku mahu mereka nampak, aku pun boleh jadi Pemburu Saka yang kuat..Selama ni aku ni sampah sahaja, sekarang aku ada kau jadi..ini peluang aku.." Cerita aku sambil menolak selimut daripada badan aku dan berdiri daripada katil.

" Kau hanya nak gunakan aku..untuk itu sahaja?" Keluh Kuro.

" Hei, aku bagi kau duduk dalam badan aku jadi tolonglah aku.." Balas aku, Kuro tersenyum kecil.

" Baiklah..aku akan tolong kau..selagi kau bagi aku darahlah..dan oh ya..sebab aku sebenarnya baik.." Kuro menoleh kearah aku, macam pernah dengar ayat itu..

" Selama ni kau isap darah aku ke?" Tanya aku.

" Ya..tapi kau tak rasanya..Kalau kau gunakan aku secara berlebihan baru kau rasa..sakitnya tiada darah dalam badan kau.." Kata Kuro, matanya yang merah terbuka luas seketika, aku menelan air liur aku.

Gunakan Saka..akan membuatkan aku mengorbankan sesuatu..tapi takpelah, asalkan..aku ada kekuatan untuk berlawan.

" Kuro..kau jangan keluar bila aku depan ahli keluarga aku pulak..Kalau mereka tahu aku ada Saka, habislah..Aku tak sedia lagi.." Pinta aku, kaki aku bergerak kearah almari, baju yang sedang aku pakai, aku buka dengan perlahan.

" Ya aku tahu..Kau tuan yang lemah jadi aku harus berjaga-jaga jugak." Kata Kuro.

" Oi, kau.." Aku terus mengalihkan pandangan aku kearahnya namun Kuro hilang, keluhan yang kecil aku hembuskan.

Mikael kata semalam untuk datang berlatih pada waktu petang, untuk pagi ni..aku just berlatih berseorangan sahajalah..macam biasa. Aku keluar daripada bilik aku, tiada sesiapa berdekatan, aku memulakan langkah aku bergerak kearah bilik latihan.

Semasa didalam bilik itu, aku menumbuk beg tebuk beberapa kali, kata-kata Mikael bermain dikepala aku sedang aku melepaskan beberapa tumbukan lagi.

" Kau memang ganas, hah, Baihaqi..Aku tak pernah nampak orang berlawan dengan Saka menggunakan tangan mereka apatah lagi belah badan mereka hanya dengan tangan sahaja..Ada satu keistimewaan pasal kau budak, kekuatan fizikal kau yang sama taraf dengan Saka."

Kalau betul pun apa yang Mikael katakan..Selama ni semasa aku berlatih dengan Tuan Khalid, aku tak pernah dapat sentuh dia, mungkin sebab Tuan Khalid ialah Pemburu Saka yang kuat, kekuatan yang sama dengan Saka tak membantu sangat dalam menghadapinya. Dalam latihan ayah pula, seekor Saka pun tak dapat aku kawal dan gunakan..akhirnya aku hanya menyumpah diri sendiri..

Aku melepaskan tumbukan yang kuat apabila terbayang wajah ayah yang memandang aku dengan wajah yang kecewa. Beg tebuk itu terus pecah dan pasir-pasir yang berada didalamnya tumpah dan bersepah dilantai, aku tercungap-cungap..Lagi sekali, hah..

" Ah!" Terdengar suara seseorang, aku terus menoleh kearahnya, kelihatan Airi yang sedang memerhati aku dari jauh cuba menutup mulutnya namun apabila aku memandangnya, dia terus tertunduk.

" Airi?" Kenapa dia ada disini?

" Tuan Baihaqi! Bersihkan pasir-pasir tu menyusahkan tahu tak!" Marah Airi, bahu aku terangkat, suaranya agak kuat. Dia terus berjalan kearah aku, kelihatan dia memakai pakaian biasa dan bukannya pakaian pembantu rumah.

" Aku kemas sendiri nanti.." Balas aku.

" Takpelah..alang-alang saya kat sini.." Kata Airi, dia terus mengambil penyapu dan penyodok, aku menghalangnya dengan memegang penyapu itu.

" Aku dah kata..aku buat sendiri.." Aku cuba menarik penyapu itu namun Airi menahannya, kepala aku sedikit berkerut.

" Saya hanya nak buat kerja saya je.." Airi memandang aku dengan wajah yang serius.

" Kau..pandang rendah aku, hah..Pada akhirnya kau sama saja macam orang lain..Pandang aku lemah."

" Jangan dekat dengan aku, Airi, aku jijik dengan orang..yang cuba acah-acah baik ni..Kau.."

" Aku dah cakap dengan kau, jangan dekat dengan aku, kan? Apa patut aku buat..untuk buat kau hilang dari pandangan aku!" Marah aku, teringat akan semasa kali terakhir kami bercakap, Airi terdiam sahaja, tangannya menggeletar, matanya berair, tolonglah..jangan menangis..

" Kau pembantu rumah bagi Keluarga Adiwarna..Aku bukannya salah seorang daripada mereka, aku rasa kau sendiri dah tahu..Jadi tolonglah berhenti..jadi pembantu rumah untuk aku.." Kata aku lagi, Airi memijak kaki aku, namun aku tidak bergerak pun.

" Tuan Baihaqi..memang bodoh.." Keluh dia.

" Jangan panggil aku 'tuan'.." Balas aku.

" Baihaqi, kau bodoh! Aku buat semua tu bukan sebab aku pembantu rumah bagi kau! Aku tak boleh terima macam mana semua orang layan kau kat sini, aku bencinya!" Airi menaikkan suaranya sedang air matanya mengalir.

" Aku tak perlukan simpati kau.." Kata aku.

" Ini bukannya simpati! Aku..kagum dengan kau!" Balas Airi, aku terkejut dan terus terdiam, apa maksud dia..dengan kagum?

" Aku bantu kau..sebab aku nak bantu seseorang yang aku kagumi, seseorang yang kuat..jiwa dan badannya, kalau aku biar je kau dilayan teruk macam selama ni, mak dan ayah aku..pasti akan marah dengan aku!" Terang Airi, genggeman tangan aku terbuka, Airi segera menjauhkan penyapu itu daripada aku.

" Ka..Kau yang bodoh. Takde apa-apapun pasal aku yang patut buat kau kagum! Aku bodoh, aku bising, aku mulut macam tahi! Aku orang yang teruk!" Balas aku, wajah aku terasa sedikit panas dan telinga aku kemerahan.

" Tak! Kau bukannya orang yang teruk!" Kata Airi, matanya bertembung dengan mata aku, wajah kami dekat akan satu sama lain.

Kami berdua tersedar dan terus menjauhkan diri, aku menepuk wajah aku, Airi mengalihkan pandangannya.

" A..Apa yang saya cuba cakapkan ialah..saya tolong tuan sebab..saya nak jadi kawan..kepada tuan.." Airi menarik sedikit rambutnya.

" Tolong berhenti panggil aku 'tuan'.." Keluh aku kemudian cuba memandang Airi, dia juga menoleh kearah aku kemudian terus tersenyum kecil, air matanya masih berada diwajahnya, aku tertunduk.

" Kalau kau nak jadi kawan aku..berhenti panggil aku 'tuan' dan..jangan layan aku macam sebelum ni, kita kawan, kan? Jadi..layanlah aku macam kawan.." Aku tak tahu apa yang aku tengah cakapkan ni..Memalukan..

" Begitu, aku faham, Baihaqi..Mulai sekarang..kita kawan, hah..Hehehe, pelik betul cara kita berkawan.." Airi mengelap air matanya, dia kelihatan sangat cerah dimata aku sekarang, senyumannya membuat jantung aku berdegup kencang, aku menarik baju aku.

" Kau.." Perasaan apa yang aku rasa ni? Kenapa aku raa terharu sekarang? Hanya sebab dia nak jadi kawan aku? Merepek, aku bukan dah kata..tak nak berhubung dengan sesiapa ke?

" M..Marilah kemas pasir yang bersepah tu.." Ajak Airi, aku mengangguk sahaja.

Kawan, hah..Apa maknanya..nak berkawan sebenarnya?

***

" Nampaknya kebanyakkan skuad OPS sedang berada di luar negeri, kalau kau ingin keluar, inilah peluang kau.."

Seorang lelaki sedang menjilat sesuatu daripada jarinya, dia menarik rambut unggu pekatnya kebelakang kemudian berdiri dengan perlahan, matanya jingga bersinar, kelihatan dibawah tapak kakinya terdapat darah yang mengalir dengan banyak.

" Aku masih lapar.." Keluh lelaki itu, dia menyepak mayat ditepi kakinya dengan kuat, kedengaran beberapa tapak kaki mendekatinya.

" Sial! Dia bunuh Danny!" Keluh seorang Pemburu Saka, lelaki itu menoleh kearahnya, cahaya bulan akhirnya menunjukkan wajahnya sepenuhnya, kelihatan separuh wajah lelaki itu hilang, tengkorak kirinya kelihatan.

" Saka lahanat, kami akan bunuh kau!" Tiga orang Pemburu Saka mengelilingi lelaki itu, mereka mengeluarkan sihir mereka dan bersedia untuk menyerang.

" Tiga sahaja? Tak cukup.." Kata lelaki itu, salah seorang daripada Pemburu Saka itu menyerangnya dahulu.

" Azrael, masa untuk menarik nyawa."

Kapak yang besar terbentuk daripada azimat yang berada dicincin lelaki itu, dia menghayunkannya, Pemburu Saka tadi terbelah kepada dua bahagian, darahnya terpercik dan terkena pada wajah lelaki itu.

" Saka apa ni? Dia ada Senjata Sumpahan?!" Salah seorang Pemburu Saka kelihatan takut.

" Aku akan selesaikan kau, Saka!" Namun seorang lagi berjalan kehadapan, dia mengeluarkan azimat Senjata Sumpahannya sendiri, lelaki itu tersenyum.

" Oh..menarik." Kata dia.

" T..Tapi Encik Ehsan.." Pemburu Saka yang takut itu memandang Encik Ehsan dengan gigi yang menggigil.

" Jangan risau..dia takkan kalahkan aku! Pancung musuh kau, Cyrus!" Encik Ehsan mengaktifkan Senjata Sumpahannya, pedang terbentuk daripada azimatnya, dia terus menyerang lelaki itu.

Beberapa serangannya ditepis, Encik Ehsan kelihatan bengang, tenaga rohnya memenuhi senjatanya, lelaki itu masih mengekalkan senyumannya.

" Teknik Sihir Pemusnah, Pancungan Tepat!" Encik Ehsan menuju laju dan mengeluarkan teknik sihirnya, lelaki itu menghalakan kapaknya kehadapan.

" Biar aku tunjukkan, cara gunakan tenaga roh yang betul. Teknik Sumpahan Bayang, Hell's Judgement." Lelaki itu tiba-tiba berada dibelakang bayang Encik Ehsan, langkahnya terus terhenti, peluh menuruni wajah Encik Ehsan.

" Bayang kau..menyorokkan pelbagai dosa dan kemahuan buruk..Kau teruk, Encik Ehsan." Lelaki itu menoleh kebelakang, wajah Encik Ehsan terjatuh ketanah, terdapat paku hitam tercucuk didahi tengkoraknya yang berlemuran dengan darah.

" Ahhh! Tolong! Sesiapa..Ada Saka..tolong hantar bantuan, Saka ni..dah bunuh tiga orang yang lain! Saya hanyalah pembantu sahaja!" Seorang Pemburu Saka yang tinggal itu menelefon organisasi demi bantuan, lelaki itu berjalan perlahan kearahnya, dia menoleh kebelakang, air matanya mengalir laju.

Lelaki itu mengangkat kapaknya, Pemburu Saka itu terkaku, badannya tidak dapat bergerak.

" Tarik nyawa musuh kau, Azrael."

Mata lelaki itu terbuka luas, dia merasakan tenaga roh yang besar sedang menghampirinya, dengan segeranya, dia menarik hood kainnya dan menyorokkan wajahnya, Mikael muncul dari belakangnya dengan memakai topeng yang menutupi seluruh wajahnya, dia menghayunkan sabitnya dengan laju namun lelaki itu sempat menahan serangannya itu, angin yang kuat terhasil daripada dentuman kedua-dua senjata itu.

" Apa kau tunggu? Lari!" Arah Mikael kepada Pemburu Saka yang ketakutan itu, dia segera bergerak dan melarikan dirinya.

" Aku pelik..Kenapa Azrael tiba-tiba sahaja bertindak pelik..Siapa kau? Macam mana kau ada sebahagian daripada Azrael?" Soal Mikael, lelaki itu diam sahaja, dia melepaskan beberapa serangan, Mikael menjauhkan jarak mereka dan menepis semua serangan kapak lelaki itu.

Akhirnya, lelaki itu melompatkan jauh daripada Mikael, dia berada dibumbung bangunan dan memandang Mikael, bulan penuh yang berada dibelakangnya amatlah cerah, Mikael ingin melompat kearah bumbung dimana lelaki itu berada.

" Kau..masih hidup, Mikael." Suara lelaki itu berubah, Mikael terus terhenti.

" Tak mungkin.." Mikael terkejut, dia teringat akan suara yang didengarinya tadi. Lelaki itu mengambil peluangnya untuk melarikan diri sedang Mikael tertanya.

Topeng Mikael cair, dia menghembuskan nafas yang panjang kemudian menoleh lagi kearah langit.

" Siapa..dia tu?" Soal Mikael sendirian.

Bab 5 Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience