BAB 9

Romance Completed 747

Hakikatnya, Im tak mampu nak buat apa-apa selain usap air mata yang mengalir di pipi In perlahan. Dia kemudian biarkan In lena di bahunya lalu sambung baca komik sambil gelak tutup mulut dan sedaya upaya meminimumkan gerak tubuhnya, takut mengejutkan gadis yang tangisnya sudah reda. Sesekali, Im toleh renung In, takut kalau-kalau dia mengalirkan air mata sekali lagi. Selebihnya, Im habiskan masa baca komik yang lawak gila, yang membuatkannya sedikit sengsara kerana tak dapat nak pecah tawa.

In tiba-tiba bergerak. Im terus kaku macam patung. Wajah In direnung. Gadis itu kemudian buka kelopak mata sedikit, betulkan letak kepala di bahu Im sebelum tutup mata semula. Gaya hendak sambung tidur semula tetapi tiba-tiba kelopak matanya dibuka kembali. Berkali ganda besar daripada bukaannya awal tadi.

In terus duduk tegak, pisat-pisat mata dan toleh ke arah pemuda di sisi dengan mata terbeliak. “God!!!Awak buat apa??”

“Buat apa?”

“Bila awak ada kat sini?”

“Tadi.”

“Kenapa awak ada kat sini?”

“I’m waiting for my flight??”

“Tak. Maksud saya..apa awak buat kat sini? Dengan saya?”

“Saya….pinjam komik?” Im sengih pamer gigi.

“Awak tak baca komik!”

“Well, I am now..?” Im tayang komik Cheapshot yang dah nak habis dia baca. “Cerita ni best..”

“Awak tengok saya tidur ke?”

“Kalau ya kenapa?”

“Arghhh…takda sesiapa pernah tengok saya tidur!”

“Are you sure?? Is this the first timeawak tidur kat kerusi kat tempat umum macam ni??”

In diam sejenak, berfikir. “Ah…well maybeada kut few times beforetapi..”

“Then what’s the different?”

“It’s different!”

“I deserve an explaination.”

“Because you are a stranger!”

“Then if I am a stranger,yang lalu lalang tengok awak tidur tu apa? Your friends and family?”

“Ish!!” In peluk tubuh hingga siku terkena siku Im di sisi.

“What ‘ish’ ?” Im siku balik, tak nak mengalah.

“Apasal tak kejutkan saya?” soal In mendatar.

“Sebab kalau kejutkan awak, awak lari?”

“Apasal pulak saya tak boleh lari?”

“Sebab saya nak pinjam komik?”

“Urghhh..”

“What ‘urghhh’?” Im mahu gelak tapi ditahan. Sungguh, telatah gadis itu mencuit hatinya.

In jeling tajam ke arah Im di sisi. “Betul ke cerita tu best?”

“Yeap! Why?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience