BAB 3

Romance Completed 747

“What ‘hish’??Macam mana awak tahu saya jatuh kat Starbucks kalau orang yang saya tengok gelak sakan tu bukan awak?” Im dah bau kemenangan.

“Aaaa…” In mati akal. “Hm..Jangan kacau sayalah. I don’t talk to strangers.” In jauhkan diri.

“You already done talking to a stranger but now you’re saying you don’t talk to strangers? Are you telling me that I’m no longer a stranger to you now?? Define stranger.”

In mengeluh berat. Pemuda yang tak dikenali itu buat dirinya serba salah. Memanglah salah dia gelak sakan tengok pemuda itu jatuh tadi tapi sungguh dia tak sangka pemuda itu menyimpan dendam, siap ingat mukanya, siap nak cari dia macam sekarang. Nak bagi alasan apa lagi ye untuk budak ni blah? Ke…aku je yang patut blah?

“Fikir apa? Fikir macam mana nak lari?”

“Eh! Mana ada! Mana ada nak lari bagai.. Berani kerana benar!” Gadis itu genggam tangan sebelum tumbuk dada.

Dada Im rasa macam dah kembang macam belon, menunggu nak pecah. Sungguh, rasa sesak tetapi tetap indah berhadapan dengan gadis itu sekarang.

“Look, I have to go.Saya rasa…awak salah oranglah.. Saya harap awak dapat jumpa orang yang gelakkan awak tu.” In bingkas bangun, capai backpacklalu sangkut ke bahu kiri.

“Nak ke mana?”

“Should I tell you…stranger?” In terus berlalu pergi selepas itu tanpa menoleh.

Im raup muka. Depa kedua belah tangan sebelum letak belakang kepala. Mata masih tetap menghantar pemergian si gadis dengan senyuman masih di bibir.

Selesai solat Maghrib, Im terus melangkah keluar daripada surau lepas simpan kopiah kembali dalam rak surau mini, tanpa sangka pada masa yang sama gadis yang menarik perhatiannya tadi turut keluar daripada bilik sebelah, yakni surau perempuan.

Gadis itu sempat jeling sekilas sebelum melangkah laju dan semakin laju apabila pemuda tadi didadapati mengiringinya. Dengan langkah tak tahu mana nak tuju dan kelajuan yang ala-ala atlet pejalan kaki negara sedang berjuang meraih pingat emas, In akhirnya tewas apabila jatuh tersungkur ke lantai. Tambah sakit apabila backpackyang agak berat di bahu sekarang hempap badan. Dasar backpack tak kenang budi… Ke hulur ke hilir aku bawak kau, ini balasan kau kat akuuuu….!In marah dalam hati.

Im gelak kecil dan apabila In yang tertiarap angkat muka, dia berhenti ketawa. “Nak saya tolong?”

“Tak payah.”

“Marah ke?”

“Awak gelakkan saya tadi kan?”

“Mana ada?”

“Awak gelak saya jatuh.” In tepuk-tepuk baju dan seluar, takut kotor kena lantai marmar. “Ingat saya tak tahu.”

“Saya tak ada kat sini masa awak jatuh la…”

In mencebik. Sempat dia genggam buku lima dan unjuk pada Im. “Awak penyebab saya jatuh. Awak ikut saya apasal?”

“Sebab awak ada hutang dengan saya.”

“Hutang apa?” In betulkan backpackdi bahu. Harap semua baju,seluar, flipflop, hairdryer, hair irondalam keadaan selamat hendaknya!

“Awak gelak sakan masa saya jatuh kat Starbucks tadi. You owe me an apology.”

“Apologybapak lu….” In mara ke depan.

“Hoi! Bapak-bapak jangan main….!!” Giliran Im mara ke depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience