BAB 14

Romance Completed 747

“Well… I’m a stranger. I can be anything. Now I choose to be….hm…pentafsir mimpi??”

In gelak kecil. “Awak tak perlu nak kusutkan otak fikir pasal saya.. Apa yang saya mimpi..apa segala…”

“It’s okay..Kalau awak tak nak cerita apa yang awak mimpi. But at least, tell me nowkenapa nak tinggalkan Stardust, tinggalkan SummerShine? Vacation?”

In geleng.

“Habis tu? Study?”

In geleng lagi.

“Jumpa boyfriend?”

In gelak lagi sebelum sekali lagi menggeleng.

“Habis tu?”

“Kata mind reader?” In senyum sinis.

“Well I’m a stranger. I can be anything. Now I choose to be…normal??”

In gelak kuat. Tercuit hatinya melihat kesungguhan pemuda di hadapannya itu untuk menghabiskan masa bersamanya. Tipulah kalau dia tak dapat nak agak yang pemuda itu mungkin cuba memancing minatnya tapi sungguh In rasa terhibur. Rupanya, tanpa dia sedar dia dah lebih terhibur daripada baca komik lucu yang dia beli tadi. Sekarang dia dah dapat lepas sedikit rasa sedih dan berat yang terbuku dalam hati. Air mata yang ditahan sudahpun jatuh keluar masa dia lena. Mungkin sekarang dia harus lepaskan semua. Mungkin sekarang memang dia perlukan pendengar.

“Saya cuma… Hmm…” In tunduk sebelum angkat muka dengan mata berkaca. “Mak.. Babah saya dah meninggal dua minggu yang lalu.. Car accident. And I was there.. I was with them but why… Why I’m still here while they are gone now..Kadang-kadang, terfikir jugak.. Kenapa Dia tak jemput saya sekali?? Sebab tu saya perlu pergi dari sini..”In tala mata ke siling kaca warna biru langit yang berukir indah.

Riak Im terus berubah serius. Rupanya, di sebalik indah wajah dan gelak tawa baca komik, rupanya gadis itu cuba mengaburi dunia, cuba menyembunyikan rasa sebenar yang terbuku dalam hati. Dan pemergiannya meninggalkan tanah kelahiran untuk ke luar negeri mesti ada sebab yang tertentu. Im tidak akan bertanya. Biarlah kalau gadis itu hendak bercerita atau tak. Dia tak akan nak paksa.

“Saya nak cari satu-satunya keluarga yang saya ada. Saya nak cari abang saya. Sebenarnya, bila pandang awak, saya teringatkan abang saya. Dia pun macam awak. Dress upmacam awak...”

“Handsomemacam saya?” Im cuba nasib palit senyum di wajah In yang cuba beriak tenang.

In akhirnya senyum. “You wish…”

Im gelak. “Perhaps,dia memang lebih handsomedari saya kalau dia warisi apa yang awak warisi sekarang..”

In senyum lagi. “Abang memang 100% macam Babah.. Tegas. Garang. Cepat marah. Sebab tu tak dapat nak tahan dengan sikap Babah. Mereka memang totally the same.Satu hari tu, Babah dan Abang ada salah faham.. Mereka gaduh besar. Saya dan Mak hanya mampu duduk berpelukan kat dapur. Babah kalau marah…takda siapa berani nak datang cuba tenangkan dia. Dan sejak hari tu, Abang bawak diri tinggalkan kami. Lama.. Babah cakap tak nak terima dia dah tapi setiap hari Jumaat, buat kenduri di rumah.. Jemaah solat… Doa keselamatan Abang walau di mana dia berada. Babah bukan tak pernah cari, tapi tak pernah jumpa sekali pun. Abang betul-betul dah nekad. Kalaulah Abang tahu yang Babah rindukan dia..” Air mata yang jatuh segera diseka.

Im cepat-cepat hulur tisu dari kotak tisu atas meja kepada In.

“Abang awak ada cari awak?”

“Sekali lepas sebulan dia keluar dari rumah. Dia cakap dia nak pergi jauh. Dia nak Babah dan Mak halal makan minum. Dia nak saya jaga diri. Masa tu, saya baru 15 tahun. Abang dah tamat universiti. Sepatutnya, Abang yang warisi tempat Babah di syarikat kami sekarang. Bukan saya.. Sebab tu saya perlu pergi cari dia. Dia tak tahu yang dia dah takda peluang jumpa Babah..jumpa Mak lagi... Dan saya dah tak punya sesiapa kecuali dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience