BAB 16

Romance Completed 747

In pandang ke tempat duduk sebaris dengannya. Tiga tempat duduk sebelum laluan penumpang dah diduduki sepasang penumpang dewasa dan seorang kanak-kanak yang In kira suami isteri bersama anak mereka. Dua lagi tempat duduk di sisi In masih kosong. Tak lama selepas itu, seorang pemuda datang dan duduk di kerusi tengah di sisi In. In paling ke tepi lepas pastikan yang pemuda itu bukanlah si orang asing yang dah habiskan masa bersamanya tadi. Urgh..apasal ia-ia sangat nak tunggu si stranger tu? Wake up, In.. Semua tu cuma boleh jadi dalam novel….

In kemudian pejam mata dan berdoa untuk keselamatannya. Mulutnya terkumat-kamit tapi suara langsung tak keluar.

“Excuse me… But dude, I think that is my seat… 7E?”

“Oh? I’m sorry…”

In dengar perbualan itu. In dapat rasa pergerakan pemuda yang tadinya duduk di kerusi bersebelahannya keluar dari situ sebelum seorang lagi datang mengambil tempat di sisinya.

“Thanks, dude.”

Suara itu dekat di telinga. In tak berani nak buka mata sebab rasa macam suara itu kedengaran begitu biasa di telinga.

“Tak habis baca doa lagi?”

In rasa pelik. Dia…cakap dengan aku ke?In buka sebelah mata dan pandang ke sisi. Sebaik wajah itu jelas di penglihatan, In buka terus kedua-dua belah mata dan terus bulat terbeliak pandang wajah tampan yang dah buat pameran gigi.

“Hai!”

“You?”

“Takdir.”

In tak tahu nak bagi reaksi apa sebelum senyuman akhirnya terbit jua.

“So, you owe me something…”

“I know. I’m not the kind of personyang cakap tak serupa bikin. I’mInsyirah. You can call me,In.”

“Hai, In… I’mEmmanuel. You can call me,Im.”

“Are you kidding me?”

“What?”

“Now what…. I’mInand you areIm? How’s that possible?”

Im angkat kening seraya pandang atas. “He knows best.” Im kembali tengok wajah gadis yang masih tak percaya.

“Serius ke??”

“Serius laa.. Nak tengok IC?”

In cepat-cepat geleng.

“Haa.. Takut nak tengok muka skema dalam IC lah tu..”

“Mine is so notskema..”

“Are you sure?”

“Yeah…Nak tengok??”

“Boleh jugak?”

“Tak payahlah. You’re stranger!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience