BAB 8

Romance Completed 747

“Lepak? Selama ni kita lepak ke?” In gelak.

Im telan air liur. Remain cool, Im…. You gotta be cool! Sungguh, gelak tawa itu menyiksa aku!“Habis…duduk makan sama bukan lepak ke?”

“Laa…tu kan hutang awak pada saya…Awak yang buat saya muntah..”

“Tapi lepas tu awak kotorkan baju saya apa..”

“Tapi bukan saya suka-suka nak muntah apa..”

“Tapi…”

“Until we meet again…stranger!”

In terus pergi lepas angkat tangan tanpa menoleh. Dia tahu pemuda itu masih memandang ke arahnya tapi In tekad tak mahu lembut hati. Ada sesuatu tentang pemuda itu yang membuatkan In terus pasang mod jaga-jaga. Dia tak boleh biar rasa aneh itu terus menular dan menguasai. Tak akanlah semudah itu semuanya hadir?

Im tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan. Dia tahu dia sudah ada perasaan aneh yang macam disuntik melalui urat saraf terus ke hatinya, membuatkan dia selalu rasa berdebar-debar bila berada bersama gadis itu. Dia tahu dia ada sesuatu yang dah mula serah diri untuk jadi milik si gadis yang mungkin tak pernah nak rasa yang sama sepertinya. Tapi dia juga sedar, dia akan dianggap gila kalau dia terus curah rasa tapi bagaimana kalau dia tak akan ada peluang lain? Terlanjur dalam situasi yang sama, dalam penerbangan yang sama, haruskan dia mengambil langkah setapak ke hadapan lagi?

Im bingkas bangun lalu capai backpackhitam berat berkilo sebelum sangkut ke kedua belah bahu. Im atur langkah tanpa arah tuju sebelum ambil keputusan untuk terus ke surau, untuk menunaikan solat Isya’. Dalam hati tiba-tiba dah buat perjanjian, yang kalau dia sekali lagi bertembung dengan In selepas ini, maka dia tidak harus membiarkan In pergi begitu saja. Dia akan buat sesuatu yang boleh meyakinkannya bahawa In sememangnya gadis luar biasa yang menggamit rasa atau sekadar gadis yang dicipta hanya sebagai salah satu keindahan dunia dan bukan untuk dia miliki. Dia takkan sengaja cari gadis itu lagi seperti sebelum ini. Dia akan membiarkannya terjadi sendiri. Im berserah pada Allah s.w.t.

Selesai solat, Im terus melangkah keluar dari surau tanpa hala tuju. Sengaja dia tidak kembali ke balai berlepas dahulu kerana tak banyak kedai yang boleh dia lawati di dalam sana. Kalau di luar, bolehlah dia cuci mata tengok barang-barang tak pun kalau ada nasib, boleh jumpa si gadis dengan Dr.Marteins di kaki!

“Panjang umur..” Im senyum lega. “Alhamdulillah…” Akhirnya, dia dipertemukan jua dengan gadis misteri yang dia masih tak tahu nama. Si gadis yang dicari sedang duduk layan mata di kerusi menunggu. Dah tutup habis dah kelopak mata dengan komik masih di tangan dan backpackhitam di sisi. Im gelak sendirian sebelum langkah diatur selamba menuju ke arah si gadis.

Perlahan, backpackdi bahu diletakkan di lantai dan tanpa disuruh, Im terus labuh punggung ke kerusi bersebelahan. Mata kemudian hanya merenung gadis di sisi yang dah tak sedar dengan dunia barangkali. Im senyum. Komik di tangan si gadis ditarik perlahan dan dibelek-belek.

“Cheapshot karya Zint...” Im tenung muka depan komik, barisan karakter pakai baju serba hitam dengan tulisan Cheapshot warna merah. Fokus utama pada seorang pemuda dengan rambut menggerbang. “Nampak macam komik ganas.. Komik ni tak lawak macam komik yang satu tadi ke?” Im bercakap sendirian.

Im baca komik itu helaian demi helaian. Mukasurat pertama lagi dia sudah tahan gelak. “Covermacam ganas, komik lucu rupanya!” Im bermonolog separuh berbisik. Gadis di sisi direnung sejenak sebelum Im geleng kepala. “You are special! You really are…” Tiba-tiba si gadis lentok kepala di bahunya. Im terus duduk tegak tak mahu bergerak.

“Oh my… Oh my..” Im tarik dan hela nafas perlahan-lahan. Hendak bernafas pun dia tak berani sebab takut kejutkan si gadis yang sedang lena.

Im cuba pandang wajah gadis yang sedang lena dengan tenang. Tiba-tiba, dahi gadis itu dilihat berkerut. Wajahnya yang tenang berubah gusar. Dan tiba-tiba, air mata mengalir di pipinya. Gadis itu menangis. Kalau Im betul-betul psikik seperti yang gadis itu jangka, sudah tentu dia mampu untuk membaca apa yang tersirat di sebalik air mata yang mengalir di pipi gadis idaman yang sedang lena itu sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience