BAB 15

Romance Completed 747

“Maaf..sebab saya awak kena ceritakan semua..”

“It’s okay..” In masih mampu senyum walau dalam tangis. “It’s about time.Saya takda kawan. Membesar dalam keluarga berpengaruh buat tak ada sesiapa yang ikhlas nak berkawan dengan saya..Tapi Babah tak pernah biasakan kami jadi orang berada. Semua kena usaha sendiri. Makan kat gerai-gerai biasa.. Hotel dan restoran lima bintang kalau tak ada function or any special occasion,jangan mimpi nak jejak kaki. Even thisCloudNine ni pun saya baru first timejejak tau! And I thanked him for that… Benda tu buat saya sentiasa rasa rendah diri.”

Im senyum segaris. Sejujurnya, dia tak tahu nak cakap apa. Tak sangka gadis itu mahu ceritakan semua pada dirinya yang cukup sinonim dengan gelaran ‘stranger’ yakni orang asing. Orang asing yang dah macam kena sihir. Orang asing yang terjatuh suka dan sekarang macam dah jatuh terlalu dalam. Hingga rasa nak terus duduk tenung wajah putih bersih depan mata. Biarlah penerbangannya ditunda 1000 jam sekalipun. Dia suka dengan apa yang dia lalui sekarang. Dia suka dengan apa yang ada bersamanya sekarang.

Kedengaran In mengeluh berat. Im cepat-cepat keluar dari kepulan rasa yang cuba mengaburi kepala dan mata. Im kembali tumpu perhatian pada si gadis di hadapannya. “Awak…”

“Hm?”

“If you don’t mind, may I know your name?”

Baru In sedar yang dia dah habiskan masa dengan pemuda itu lama tapi dia tak pernah tahu pun nama si pemuda misteri yang duk ikut ke hulur ke hilir. Kalau dia lari pun, tak semena-semena tetap akan jumpa. Apakah itu takdir? Adakah dia orang asing yang sememangnya ditakdirkan muncul dalam hidupnya? In mengukir senyum sebelum menggeleng perlahan. Aku fikir apa… Ini bukan novel yang semuanya macam kebetulan yang sempurna… He’s just a stranger…

“Kenapa senyum dan geleng? Perhaps, you have something on your mind.”

“Nothing.” In bingkas bangun capai backpack lalu sangkut ke kedua belah bahu.

Im pandang In kehairanan. “Nak ke mana??” Im jadi risau tiba-tiba. Takkan nak lari lagi?

“Awak tak dengar announcementke? We should be ready. It’s boarding time.”

“Tapi awak tak bagitau nama awak lagi?” Im juga ikut berdiri lalu capai backpackdengan sebelah tangan.

In berkira-kira dalam hati. “Macam ni lah, stranger…”

“Yes?” Wajah Im dah berbunga harapan.

“I’ll give you my names if your seat is next to mine.”

“You…what? Tapi takkanlah semudah tu..”

“Sebab saya nak buktikan tentang sesuatu…”

“What?Takdir?”

Gadis itu jungkit bahu. “Perhaps.” In terus berlalu pergi lepas angkat tangan tanpa menoleh.

Im raup muka perlahan selepas menghantar pemergian In yang sudah hilang di sebalik penumpang-penumpang yang mula bergerak ke Gate 7. “Fine. Let see then.” Im senyum segaris.

“Buckle up!” In monolog sendirian sambil tarik tali pinggang keselematan ikut saiz badan yang tak berapa nak besar. Inilah penerbangan yang paling jauh yang dia kena pergi bersendirian. Diduga pula dengan penerbangan yang masanya ditunda lama. In ambil keputusan untuk tidak putus asa. Dia kena cari Abang Mi. Bukan senang korek sana-sini cari di mana abangnya berada sekarang dan akhirnya, dia dapat petunjuk dari kawan baik abangnya, Nik. Tak semudah itu semangatnya patah.

In duduk hujung sekali tepi tingkap. Itu memang tempat duduk kegemarannya. Dia tak suka duduk di hujung, tempat orang lalu lalang sebab pernah sekali pramugari yang hantar minuman tumpahkan jus ke atasnya. In tak nak kejadian sama berulang. Dia juga tak suka duduk di tengah sebab dia rasa sesak. Dia susah nak bergerak. Dahlah dia jenis suka tidur dan tak sedar dunia. Kalau duduk tengah, memang ada risiko kepala terlentok kat bahu siapa-siapa entah. Lainlah kalau tak ada penumpang di sebelah menyebelah. Sebab tulah In tak nak ambil risiko. Duduk tepi tingkap senang, dia boleh lentok kepala tidur kat tepi tingkap pesawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience