BAB 2

Romance Completed 747

Jam di tangan kanan direnung sejenak. Tiga puluh minit berlalu. Masih ada empat jam 30 minit lagi. In kemudian bingkas bangun, sekali angkat backpack dengan tangan kiri. Dia memang selalu disiplinkan diri untuk terus bergerak lepas makan, tak boleh nak duduk malas macam tu saja. Dia tak nak ada spare tyredi badan. Kata pekerja penerbangan itu tadi, dia boleh saja kembali ke CloudNine Restaurant&Lounge untuk berehat sementara menunggu penerbangan yang dijadualkan semula itu. Hanya perlu tunjuk boarding passdi kaunter depan CloudNine Restaurant&Lounge. Jadi, In ambil keputusan untuk keluar dari balai berlepas dan jalan-jalan sekitar lapangan terbang. Bosanlah kalau duduk situ saja tak buat apa. Mahu kembang punggung jadinya!

In jalan-jalan di luar balai berlepas. Lepas tu, dia jumpa kedai buku dan majalah. Cepat-cepat In masuk, cari ruangan komik. Dibelek satu demi satu komik yang tersusun. “Ahah! Jumpa!!!” Komik Under18 bersama beberapa buah komik lagi karya Zint diletakkan di kaunter. Selesai bayar, dia terus ke kerusi menunggu berdekatan. Backpackdiletakkan di sisi. Dia terus duduk bersila. Siap sedia hendak ketawa.

Sedang seronok dan gembira ketawa dengan telatah Ax si taiko gila, Kaio si budak snow hat dan Yosi si bibir terjuih dalam Under18, In sedikit terperanjat apabila seorang pemuda tiba-tiba duduk di kerusi bersebelahan.

“Seronok gelak? Memang awak ni suka gelak agaknya ye…”

In lihat pemuda itu dari atas sampai bawah; dari truckerRebel8 kelabu di kepala hingga ke baju T kosong warna hitam, seluar panjang denim kelabu dan kasut Emerica segak tersarung. In angkat kening kiri. Okey…selesai scan..! Boleh tahan hensem tuu... Muka macam lelaki… Gosh, memang pun lelaki! Only I know muka lelaki yang aku maksudkan tu macam mana.. Memang category my type! Hahaha! Tapi..dress up macam Abang Mi.. budak skate jugak ke? Hm…cakap pasal Abang Mi.. Agaknya, apa yang dia tengah buat sekarang….?

“Puas tengok?” pemuda itu bersuara tanpa menoleh pun ke arah In di sisi.

In terus berdehem, batuk kecil walhal tekak langsung tak gatal sebelum mata kembali ditala ke arah komik di tangan. Kantoi tercuci mataaa…..

“Awak ketawakan saya tadi kan?”

In telan air liur sebelum sempat kerling pemuda di sisi. Takkan dia ni berdendam kut?? Dah dia jatuh depan mata aku.. mestila aku gelak. Takkan nak nangis??

“Kan?” Pemuda itu menyoal lagi.

“Ketawa apa?”

“Masa dalam departure halltadi..”

“Dude! I’m sleeping most of the time.. Bila masa pulak ada masa nak gelak awak?”

Dude? Dia panggil aku dude..?Im macam tak percaya dengan apa yang didengarnya. Walau di dada sekarang jantung sedang bekerja keras pam darah dek jantung yang berdegup laju, Im cuba berlagak tenang. Gadis itu tetap bersalah kerana gelak sakan melihatnya jatuh tadi.

“I know you were sleeping just now..”

“Haa.. Tau pun!”

Im diam sejenak.

“Eh….” In memandang Im kehairanan. “Macam mana awak tahu saya tidur??”

Im rasa nak zip mulut dan lari masa tu tapi tak relevanlah kalau dia bagi reaksi sebegitu. “Er..kan awak yang cakap awak tidur tadi?”

“Haa… Apa-apalah!” In sekali lagi ingin tumpu perhatian ke komik di tangan.

“Tapi awak memang gelakkan saya. Saya tengok awak gelakkan saya masa saya jatuh.”

“Ish! Awak silap orang kut! Masa tu saya jauh dari Starbucks.. Mana nampak siapa-siapa jatuh..” In masih cuba berdalih.

Im semakin rasa nak gelak dengar apa yang baru keluar dari mulut si gadis. Wajahnya pula kelihatan bersungguh-sungguh mengatakan yang bukan dia yang Im maksudkan, tetapi orang lain, tapi siap sebut Starbucks, tempat Im jatuh. Im semakin teruja hendak terus menyakat. “Betul????” Im pandang tepat ke wajah si gadis dengan pandangan mencerun.

“Hish! Betullah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience