BAB 7

Romance Completed 747

“Sebab awaklah saya muntahkan balik makanan dari perut saya. CloudNine bukan tempat yang saya selalu dapat pergi tau!”

“Tapi CloudNine bukak sampai last flightapa. And I believe,awak ada satu lagi kupon makan untuk supperkan??”

In dah labuh punggung di kerusi berhadapan Im tanpa disuruh. Backpackyang berat diletakkan di kerusi bersebelahannya. “You know what. You are creepy..Macam mana awak tahu saya ada dua kupon?”

“Because I can be anything? And nowsaya tengah jadi psikik. I can read your mind… And everything!”

In mencebik. Sindir akulah tu……“Cakap betullah, wey..”

“Cakap betul apa?”

“O…I get it! We are on the same flight, aren’t we?” In petik jari.

“Ha….nak apa…..”

“Nak apa apa??” In kehairanan. Soalan yang keluar dari mulut Im itu memang terang-terang bukan jawapan untuk soalannya.

“Kata saya dah buat awak rugi sebab awak muntahkan balik isi perut tadi.. Jom saya belanja McD.”

“Tapi saya okeylagi kut.. Sebab nanti ada kupon supperapaaa kat CloudNine…”

“Suppertu another story.. Awak nak ke tak nak doublecheese burger set with milo ice….?”

“Macam mana awak tahu saya suka double cheese burger? By any chance……..are you really a phsycic??”

Im mahu ketawa tapi segera ditahan lantas segera dia kaburi In dengan serta merta angkat kening double jerk.Sengaja buat In terus dalam seribu tanda tanya.

“Huh….” In mencebik. “Hm..Nak Coke lahh….”

“No carbonated drink.Wassalam… Jaga backpack!” Im terus berlalu pergi menuju ke kaunter.

In hanya hantar dengan pandangan penuh tanda tanya. Serius ke aku sekarang bersama dengan psikik….? Gila creepy psikik wey.. Mind reader tuuu….In mengeluh berat sebelum berpaling dari terus memandang ke arah belakang tubuh Im yang beratur di kaunter. Senyuman kemudian terukir di bibir.

Hampir sepuluh minit kemudian, Im datang menatang dulang lalu siap hidang makanan atas meja.

“Sila bersantap, tuan puteri..” Im kemudian lihat In angkat muka sebelum senyum tahap senyum pukauan-maut-gila-ikhlas-dan-comel-sangat! Kalau sekarang Im dalam anime Jepun, sudah tentu di kedua belah matanya sekarang ada dua bentuk hati yang mengecil dan membesar, dengan pipi yang bertukar merah padam serta diiringi dengan bunyi jantung yang berdegup kencang. Serius Im rasa hatinya sekarang rasa kurang selesa!

“Laa.. Apasal berdiri tercegat lagi? Betul-betul ke nak main watak dayang istana tu?”

Suara In mengembalikannya ke realiti, meninggalkan dunia anime Jepun yang tiba-tiba menjengah. Im garu kepala yang tak gatal sebelum menyeringai tersengih. “Ya..tuan puteri..”

“Hehe..”

Lepas ucap terima kasih sebab belanja dia makan malam (makan di CloudNine tadi sudah dia anggap makan petang), In terus minta diri.

“Nak ke mana?” soal Im tak puas hati. Dia mahu habiskan masa bersama gadis itu lagi, yang sekarang dah masuk tahap macam dadah. Dia dah ketagih dan susah nak patah balik. Dia nak gadis itu selalu ada dengannya tapi dia tahu, itu macam sesuatu yang mustahil.

In betulkan backpackdi bahu. “Ke mana saja..”

“Tak nak lepak lagi ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience