BAB 10

Romance Completed 747

In pandang Im dengan pandangan mencerun pula. Ni betul baca komik ke gelak tengok muka aku tidur….

“Pandang apa? Ingat orang takut ke?”

“Huh!” In berpaling ke tepi.

“Nowawak jangan lari.. Kalau tak, saya tak pulangkan komik ni.”

“What?”

Im senyum meleret lalu tala pandangan kembali ke ke komik di tangan.

In jeling tengok Im yang ketawa baca komik Under18. Khatam Cheapshot, terus nak pinjam komik lain daripada In. In yang hadap komik Bodyguard tak tumpu perhatian 100% dibuatnya apabila pemuda itu seringkali gelak tiba-tiba.

“Partmana dah?”

“PartKaio jatuh cinta.....!”

“Hish!”

“What ‘hish’?” Im toleh pandang tengok In yang dah tunduk tengok komik di tangan semula.

“Hish je lah..”

“That ‘Hish’ always up for something you know.. It doesn’t happen for no reason…”

“Yalaa… Kata tak baca komik. Sekarang macam dah jadi overpulak..”

“Salah ke?”

“Tak salah..”

“Jadi?”

“Tak jadi.”

Im gelak lagi.

In angkat muka, tak puas hati. “Gelak apa?”

Im hanya geleng kepala sebelum tunduk tengok komik lagi. Tengok Ax, Kaio dan Yosi beraksi lagi. Memang tak kering gusi. Kalau tak gelak bacak komik Under18 memang sah badut tukang geletek di hati tu dah tak ada. Dah tak berfungsi!

“Gelak komik ke..gelakkan saya?”

“Apasal gelakkan awak pulak?”

“Manalah tahu…”

“Kalau gelakkan awak pun, apa salahnya.. Awak comel.” Im terus berdehem batuk selepas itu.

In dah tak berani angkat muka yang dah rasa panas. Tiba-tiba dapat pujian daripada orang yang tiba-tiba muncul mengisi beberapa jam dalam hidupnya sekarang menjentik tangkai hati. Please hati…jangan jatuh dulu!

Lama mereka membisu selepas itu. Ruang antara mereka hanya diisi dengan nafas dan sesekali gelak tawa dalam melayari setiap helaian episod dalam komik di tangan masing-masing. Tapi yang banyak gelak Im lah sebab komik yang dia baca sangat santai dan gila-gila sedangkan yang In baca sekarang lebih kepada aksi. Dan apabila mereka sama-sama gelak besar, mereka akan berpandangan sesama sendiri beberapa saat, sebelum kembali tunduk sambung baca komik. Kemudian gelak lagi.

“Tamat!!” Im jerit gembira.

“Uii..baca laju. Betul baca ke tengok gambar je?”

“Awak ingat saya ni buta huruf ke apa kena eja lama-lama bagai..”

“Amboi.”

“What ‘amboi’? Hm.. Awak pun dah habis baca kan..?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience