Bab 11

Mystery & Detective Completed 4052

Lima tahun kemudian...

Selepas kejadian itu. Hidup Seoni mula berubah tiga puluh enam darjah. Seoni dah bebas dari melihat roh-roh manusia. Dia sangat gembira. Puan Eun telah berbaik semula dengan ayahnya Tuan Oh. Hubungan Seoni dengan Tuan Oh sudah makin pulih. Hubungan Seoni dengan kakak dan abangnya bertambah erat. Sungguh dia merasakan erti bahagia sebenar . Sekarang dia juga mempunyai teman baik iaitu Hana dari Malaysia. Hana merupakan teman sepejabatnya. Sudah tiga tahun mereka bersahabat. Seoni juga sudah ramai peminat. Tiap-tiap hari tak pernah tak ada bunga di atas mejanya. Sehinggakan ada yang iri hati terdapatnya.

Walau bagaimana pun, Dong Hwan tetap dalam ingatannya. Puan Eun tidak tinggal lagi dirumah mereka. Semenjak berbaik semula, Puan Eun tinggal di Namyangju bersama Tuan Oh. Puas Puan Eun dan Tuan Oh mengajak Seoni tinggal bersama mereka. Tapi Seoni menolak cara baik.Biar dia tinggal dirumah itu. Banyak kenangan tersimpan.

Penantian itu satu penyeksaan.Dia yakin Dong Hwan pasti pulang. Seoni pasti penantian itu tidak sia-sia. Dia perlu sabar.

"Seoni. Lepas balik kerja teman saya pergi beli barang boleh? Minggu depan hari jadi tunang saya." Hana tersenyum simpul. Sebelum datang ke Korea. Hana sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati.

"Boleh. Tak ada masalah."

Hana sedang memilih kemeja. Sementara itu dia berjalan-jalan kedai lain. Dia terpandang baju couple. Fikirannya mula melayang teringatkan Dong Hwan. Segara dia membeli dua helai baju tersebut.


Selesai membersihkan diri. Seoni memakai baju yang dibeli minggu lepas. Seoni naik ke atas katil. Baju yang sama dipakai, dihampar disebelah. Wajah Dong Hwan mula terhias.

Seoni menangis. Dia memeluk baju tersebut. Dia merasakan bagai lelaki itu ada di sampingnya. Seoni sangat rindukan Dong Hwan. Dia sangat berharap ada keajaiban yang berlaku.Seoni terlena bersama air mata kerinduan.

Seoni menggeliat malas. Perangainya masih tidak berubah. Setiap hujung minggu pasti dia bangun lewat. Seoni memeluk bantal kesayanganya. Namun terasa pelik. Segara dia membuka mata. Alangkah terkejut wajah Dong Hwan terpampang dihadapan matanya. Seoni menggosok mata. Adakah semua benar. Dia menampar pipinya.

"Auw..." jadi semua ini kenyataan. Seoni menjerit gembira. Dong Hwan tersedar dari lena.

"Awak ni kenapa? Suka sangat menjerit. Ingat perangai dah berubah tapi tetap sama." Tubuh Dong Hwan dipeluk erat. Seoni sudah tidak peduli apa yang diperkatakan oleh Dong Hwan. Dong Hwan tersenyum.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Padahal awak dah janji awak takkan tinggalkan saya." jika dulu berkau aku.Tapi sekarang semuanya sudah bertukar. Seoni menampar lengan Dong Hwan.

"Saya minta maaf. Saya tak ada niat nak tinggalkan awak. Tapi semua itu terjadi atas perjanjian. Tapi awak jangan risau lepas ni saya dah tak balik Joseon lagi." Dong Hwan membelai rambut Seoni. Sungguh dia rindukan gadis ini.

"Habis macam mana dengan keluarga awak?" Tangan Seoni dicium.

"Mereka reda dengan kepergian saya untuk kebahagian kita.Saya harap awak takkan sia-sia apa yang kita bakal bina nanti." Seoni mengelap air mata.

"Terima kasih untuk pengorbanan yang awak buat. Saya janji saya takkan sia-sia kan awak. Kita akan hidup bahagia." Dong Hwan tersenyum gembira.

"Terima kasih sayang." Bibir Dong Hwan dan Seoni bersatu. Mereka mula menciptakan detik-detik terindah. Saling melepaskan kerinduan. Semoga mereka kekal bahagia....

TAMAT...

Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya. Cerita ini hanya sekadar imaginasi saya. Saya minta maaf andai cerita yang ditulis membuat hati mana-mana insan terguris. Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. iman lee ~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience