Bab 1

Mystery & Detective Completed 4052

"Seoni! Seoni! Seoni." Puan Eun menyiapkan makanan tengah hari. Semua lauk sudah terhidang.

"Ada apa mak?" Seoni menguap. Matanya ditenyeh. Semalam dia tidur lambat sebab layan drama "While You Were Sleeping". Dia tak sempat mahu menonton dikaca telivision sebab sibuk dengan kerja. Jadi dengan hujung minggu la dia menonton drama.

Puan Eun sudah bercekak pinggang. Dia mendekati Seoni. Kepala Seoni disekeh. "Aigo. Anak dara apa awak ni bangun tengah hari."

"Sakit la mak. Orang bukan saja-saja nak bangun lambat. Semalam tertidur lambat." Seoni menggosok kepalanya. Boleh tahan sakit la juga.

"Siapa suruh tidur lambat. Melayan sangat drama. Dah duduk mari kita makan." Seoni menarik kerusi.

"Sebelum tu cuci muka dan gosok gigi dulu. Hisy awak ni jadi perempuan biar senonoh sikit." Seoni memucungkan bibirnya. Puan Eun menggeleng kepala.

Seoni bersiar dibandar memandangkan hari ni cuti.Dia tiada kawan untuk bersuka ria .Tak siapa yang ingin berkawan dengannya. Namun dia tetap bahagia sebab dia ada mak.

Dipejabat dia tidak bergaul dengan sesiapa. Kecuali jika atas urusan kerja. Bukan dia tidak ingin berdunia. Namun penglihatannya menghadkan segala-galanya. Dia malu. Dia takut dipulau. Jadi dia ambil keputusan untuk memulaukan semua orang. Dia tidak mahu dicaci lagi. Selepas ayah membawa kakak dan abangnya lari. Mak mengambil keputusan berpindah. Rumah atuk dijual dan membeli rumah di bandar kota. Semenjak itu tiada lagi gosip-gosip tentang dirinya. Seoni tersenyum sendiri.

"Cheonsa" Seoni menarik nafas berat.Ni mesti tak lain tak bukan nak meminta bantuannya. Baru nak cuci mata.Ramai roh yang menggenalinya. Mereka memberi gelaran 'Cheonsa' bermaksud malaikat. Ini kerana sikapnya selalu membantu roh-roh yang tidak tenang kembali ke tempat asal. Sebenarnya dia tidak layak menarima gelaran itu kerana bagi Seoni, dia hanya manusia biasa. Sikap tolong-menolong sudah ditarap di dalam dirinya sejak kecil lagi. Bukankah sikap itu patut ada pada setiap manusia?

"Kau nak apa?" Wanita itu kelihatan comot sekali. Pipinya ada kesan calar.

"Aku nak mintak tolong kau pergi ke rumah keluarga aku." Seoni menangguk. Mereka berjalan beriringan. Seoni memakai earphone mengelakkan dia cop "Muka cantik tapi gila". Perasan tang cantik tu. Gila memang iya.

"Siapa nama kau?" Sebelum menghulurkan bantuan yang diperlukan Seoni akan menemu ramah roh terlebih dahulu.

"Hyrin." Wajah tampak sedih.

"Macam mana kau boleh mati?" Sosej instant dibuka. Dikuyah. Nak dipelawa roh makan mau orang cakap aku gila. Bukan dia boleh sentuh.

"Aku kena bunuh dengan abang aku. Tapi polis dah tangkap dia dah." Tersembur sosej didalam mulutnya. Dia pernah handle kes macam ni dulu. Tapi masa zaman sekolah. Tak sangka adik beradik pun nak bunuh-membunuh. Dunia.

"So sekarang kau nak aku tolong kau buat apa?" Seonie menggelap hujung bibirnya dengan tisu. Wajah dipandang didalam cermin kereta sambil tersenyum. Yepo (cantik).

"Boleh tak kau catat dalam kertas kata laluan akaun bank aku.Nanti bagi pada mak aku.Kau cakap aku tenang kat sana.Pesan dekat mak aku nanti bila jumpa abang aku cakap aku dah maafkan dia.Aku yakin dia tak sengaja." Dah mati kena bunuh pun masih maafkan lagi. Kalau aku say hai say bye la jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience