Bab 8

Mystery & Detective Completed 4052

Seoni terjaga apabila cahaya matahari mula terbit. Kepalanya terasa pening. Seoni bangun dah bersandar pada kepala katil. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi. Seoni cuba mengingati kejadiaan semalam. Seingat dia, semalam di minum digerai biasa yang selalu dilepaknya. Macam mana dia boleh pulang ke rumah.

Wajah Dong Hwan mula terhias difikirannya. Sedikit sebanyak dia ingat tentang kejadian semalam. Seoni menutup mulut. Kepalanya diketuk.

"Apa aku nak buat ni bila jumpa dia. Apasal kau bodoh sangat Seoni. Mana aku nak letak muka aku. Malu gila." Mukanya terasa panas. Apa aku dah buat.(T.T).

Sepanjang hari Seoni cuba mengurungkan dirinya didalam bilik. Seoni berharap maknya pulang dengan segara. Mana mungkin dia menghadap lelaki itu setelah apa yang di perkatakan padanya semalam.Perutnya mula berkeroncong.

Tuk...Tuk...

"Masuk la pintu tak kunci." Hati Seoni bedebar-debar. Seoni sudah dapat mengagak siapa geragan yang mengetuk pintu biliknya.

"Mak cik call saya, mintak kita ke Namyangju sekarang ada hal penting katanya. Mak cik call awak, tapi awak tak angkat. Saya tunggu awak kat bawah." Dong Hwan menutup pintu bilik Seoni dengan segara. Mana mungkin dia lupa tentang semalam. Segara dia menipis ingatan kejadian semalam.

"Awalnya tutup pintu. Belum cakap apa-apa lagi." terlihat tiga paggilan tidak dijawab di skrin telifonnya. Semua panggilan dari maknya. Dia segera mandi.

Mereka menaiki bas untuk ke Namyangju. Dalam perjalanan ke sana mereka hanya berdiam diri. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Setelah sampai diperhentian bas. Mereka mengambil teksi untuk ke rumah yang diberi alamat oleh Puan Eun.

Rumah agam itu terserlah indah. Tidak berkedip biji mata Seoni memandang. Dia menekan loceng. Ini rumah siapa? Bagaimana mak boleh kesini. Seingat dia, mereka tiada sedara mara dari Namyangju. Pintu pagar terbuka. Mereka berjalan masuk. Puan Eun menanti kehadiran mereka di muka pintu.

Dong Hwan dan Seoni masuk ke rumah agam tersebut. Wajah-wajah diruang tamu tersebut tidak langsung dia kenali. Tiba-tiba seorang perempuan memeluknya. Maka bertambah harian.

"Adik. Akak rindu adik." darahnya bagai terhenti mengalir. Adakah dia ini kakaknya. Sudah dua puluh tahun mereka berpisah. Seoni tidak membalas pelukkan kakaknya.

"Seoni anak ayah?" Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk atas kerusi roda. Dibantu seorang lelaki, pasti abangnya. Dia dapat lihat tahi lalat kecil didagu abangnya. Puan Eun menyuruh Seoni mendekati Tuan Oh, akan tetapi dia hanya menggeraskan diri. Tak mungkin dia mendekati orang yang telah menghina serta membuang.

"Ayah saya pesan dulu kalau jumpa dia nanti jangan pernah panggil dia ayah. Sebab dia dah mati. Saya rasa encik dah salah orang." Mana mungkin dia lupa kata-kata akhir ayahnya. Puas dia meronta, memanggil ayahnya tapi ayah tetap pergi.Tuan Oh menangis.

Pang

Satu tamparan yang sangat kuat melekat dipipinya. Ini kali pertama maknya menampar pipinya.

"Mak tak pernah ajar awak kurang ajar dengan orang Seoni. Awak tahu tak itu siapa." Puan Eun menarik Seoni dekat pada ayahnya. Dong Hwan hanya melihat pengtengkaran mereka.

"Mak dah lupa apa yang dia buat pada kita. Dia buat mak hampir gila. Kita susah sebab dia. Seoni hilang abang dan kakak." setiap detik kehidupan Seoni yang berlalu tidak pernah dia lupa.

"Kenapa encik perlu wujud sekarang. Kalau encik nak tahu saya dan mak bahagia tanpa encik. Saya nak ucapkan ribuan terimya kasih sebab tinggalkan anak encik yang malang ni." Seoni tersenyum sinis.

"Eun sudah." Puan Eun baru saja ingin menampar Seoni buat kali kedua tapi dihalang Tuan Oh.
Seoni keluar dari rumah itu. Air matanya merembes keluar. Dia mahu berlari sejauh mungkin dari rumah itu walaupun hakikatnya dia tidak tahu hendak kemana.

"Seoni!" Jerit Dong Hwan dibelakang. Seoni buat tidak dengar. Dong Hwan meraih lengan Seoni.

"Awak nak kemana? Kenapa awak buat perangai macam ni? Awak tahukan mereka tu siapa? Kenapa awak tak hormat mereka?" Seoni memandang tajam tempat ke arah wajah Dong Hwan.

"Jadi kau pun nak marah aku? Kenapa kau ikut aku? Aku kan jahat. Aku bukan malaikat. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Dua puluh tahun kau tahu... Dua puluh tahun aku hilang kasih seorang ayah. Macam-macam orang hina aku.Orang buat aku macam tak ada perasaan. Aku dengan mak hidup susah kalau tak sebab atuk mungkin kami hidup dibawah jambatan. Tapi dia sedap duduk dirumah mewah.Hidup ni tak adil." Seoni menangis semahu-mahunya. Dong Hwan memeluk Seoni.

"Saya mintak maaf. Saya bukan nak marah awak. Setiap yang berlaku dah tertulis dalam takdir. Semua manusia buat salah. Maafkan itu adalah perkara mulia." Pujuk Dong Hwan.

" Aku nak balik rumah." Dong Hwan menggelap air mata Seoni.

"Ye la."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience