Bab 6

Mystery & Detective Completed 4052

"Saya nak mintak tolong cheonsa carikan sebelah lagi tangan saya." Lelaki itu tampak sedih.

"Nak cari dekat mana? Macam mana tangan kau boleh hilang?" Dong Hwan hanya mendengar perbualan mereka.

"Dekat perhatian bas sana. Saya dibunuh. Saya tak tau teman wanita saya dah ada boyfriend. Sebelum ni saya ada tanya dia. Dia dah ada teman lelaki belum?Tapi dia cakap tak ada.Dia tipu saya.Dia dah berpunya.Dia main kayu tiga.Teman lelaki perempuan tu yang bunuh saya. Sebab dia cemburu. Dia kerat tangan saya. Dia cakap tangan ni yang selalu memipin teman wanitanya. Saya benar-benar menyesal kerana langsung tak dengar nasihat kawan-kawan saya." tanpa di minta lelaki itu mencerita segala-segalanya. Dong Hwan menggeleng kepala mendengar cerita dari lelaki 30an itu. Manusia sanggup bertindak kejam hanya disebabkan cinta. Benar la cinta itu buta. Pasti aura jahat telah menguasai mereka.

Setelah terjumpa lengan yang dicari didalam semak. Seoni terus menghubungi pihak polis. Lengan itu telah membusuk. Sudah tiga hari disitu.

"Terima kasih cheonsa. Saya nak sampaikan sesuatu.Cheonsa dan dia tak mungkin bersatu." Belum simpat dia bertanya apa-apa bayang lelaki tu hilang. Dia? Siapa dia? Kenapa hidup aku penuh dengan persoalan.Jenuh aku nak cari jawapan.Dah rasa macam peperiksaan.

"Ehh macam mana kau boleh nampak roh?" Dong Hwan mengangkat bahu.

"Kan saya dah cakap saya tak ingat apa-apa. Yang saya ingat saya datang dari Joseon." Seoni buat muka menyampah.

" Joseon... Joseon... Sakit otak aku.Kau ni banyak sangat makan semut agaknya. Semua benda tak ingat. Dah jom balik." Seoni berjalan pantas meninggalkan Dong Hwan.

"Macam tu pun nak merajuk.Garang. Tertelan singa agaknya. Awak tunggu la!" Dong Hwan mengejar Seoni.Dia berjalan beriringan dengan Seoni.

Hari ini hujan turun dengan lebat sekali. Seoni terlupa membawa payung. Dia memeluk tubuh. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam. Dah hari ni pakai skirt paras lutut. Tubuh sesorang melintas jalan sambil membawa payung sangat dia kenal.

"Dong Hwan. Kau buat apa dekat sini?" Kot labuh disarung pada tubuh Seoni.

"Mak cik cakap awak terlupa bawa payung. Mak cik panggil awak tapi nampak awak tergesa-gesa nak ke pejabat.Kebetulan pula hujan itu yang saya datang jemput awak." Mereka berjalan bersama-sama didalam satu payung. Payung itu agak kecil untuk mereka berdua. Dong Hwan meletak tangan diatas bahu Seoni. Di rapatkan tubuh Seoni pada tubuhnya. Seoni bagai kehilangan kata-kata.Ini kali pertama seorang lelaki berbuat dia demikian. Hatinya mula berdegup kencang.

Hari ini dia terpaksa ambil cuti sakit kerana demam.Selepas pulang dari kerja Seoni merehatkan diri diatas katil sampai terlelap. Dia terlupa untuk mandi selepas kena hujan. Hidungnya tak mampu bernafas. Kepala Seoni berdenyut.Seoni turun ke dapur mencari air masak.

"Dong Hwan? Kau tak pergi kerja hari ni?" Dong Hwan menggeleng kepala.

"Tak. Mak cik mintak saya jaga awak. Mak cik cakap awak demam." Matanya ralit menonton drama berepisod. Tiba-tiba dia terdengar seperti kaca terjatuh.Segara dia berlari ke dapur.

Seoni sudah terduduk sambil menangis. Penuh kaca-kaca di lantai. " Awak jangan bergerak. Kejap saya sapu kaca dulu."

Selesai menyapu kaca.Dong Hwan mendekati Seoni.Tangan Seoni kelihatan luka mungkin terkena serpihan kaca.Kotak kecemasan diambil. Diletak ubat sedikit pada luka kecil tersebut.

Dong Hwan mengelap air mata Seoni. Tubuh genit Seoni dicempung naik kebilik.

Dong Hwan meletakkan tuala basah pada dahi Seoni. Seoni sudah terlelap. Wajah Seoni ditilik. Wajah Seoni macam pernah dilihat.Puas dia fikir tapi dia tak mampu ingat apa-apa.

"Sedap. Macam mak buat. Betul ke kau masak? Mana kau belajar? Ka mak yang masak sebenarnya tadi?" Rasa bubur nasi dan sup ayam ginsing sama seperti mak buat.

"Tak percaya sudah. Dah makan la cepat. Belajar dekat mana.Siapa yang buat dah tak penting.Yang penting awak sihat sekarang." Seoni membebehkan mulutnya. Sentap la tu. Seoni menikmati bubur nasi dan sup ayam ginsing. Habis semangkuk dia makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience