Bab 5

Mystery & Detective Completed 4052

"Kita dah lepak seharian. Lupa nak tanya kau. Takkan kau tak ingat sikit pun nama kau?" Mereka duduk di taman permainan kanak-kanak sambil menikmati ais krim.

"Saya tak ingat langsung." Biar betik dia tak ingat apa-apa langsung. Ka dia pelupa tak pun hilang ingatan? Tapi datang dari mana dia ingat pula. Ah sudah satu hal lagi nak pikir pasal jantan ni.

"Kau tak boleh tak ada nama. Nanti mak aku tanya. Susah nanti. Hmm aku bagi nama Kim Dong Hwan.Ok?" lelaki muda itu mengangguk.

"Nanti kalau mak aku tanya kau datang dari mana? Kau cakap ja dari Seoul dan kau seorang sebatang kara." Lelaki muda itu membuat muka tak puas hati.

"Tapi saya datang dari Joseon bukan Seoul." Seoni menepuk dahi.

"Aigoo. Boleh gila aku macam ni. Joseon... Joseon... ya aku tahu kau datang dari sana. Kalau kau cakap dekat mak aku macam tu agak-agak kau dia percaya? Silap-silap dia halau kau keluar dari rumah sebab mak aku anggap kau gila." Dong Hwan menggelang kepala. Ha tahu takut.

"Mak dah lama sampai?" Puan Eun memandang Dong Hwan atas bawah.

"Ni siapa?Boyfriend awak ka?" Seoni merapati maknya.

"Mak ni ke situ pula. Ini pekerja baru mak. Dia akan berkhidmat dengan kita dikedai dan rumah tanpa sebarang gaji." Ternganga mulut Puan Eun.

"Seoni awak jangan main-main dengan mak." Dong Hwan yang senyap dari tadi bersuara.

"Annyeonghaseyo.Nama saya Kim Dong Hwan. Tinggal di Seoul. Saya sebatang kara. Saya harap mak cik sudi terima saya sebagai pekerja mak cik tanpa dibayar gaji." Seoni tersenyum bahagia. Lega hatinya Dong Hwan mengikut apa yang disuruh. Bagus..Bagus ..

Selepas waktu kerja habis.Seoni mengemas barang untuk pulang ke rumah. Entah kenapa hatinya rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah. Adakah kehadiran Dong Hwan dirumahnya membuat dia tak sabar untuk pulang?

"Saya dah pulang." Senyap sepi je rumah. Tak balik lagi ka detik hati Seoni.Seoni segara naik ke bilik. Seoni membersihkan diri.

"Lambat mak balik hari ni?Dong Hwan mana?" Seoni bagai tercari-cari kelibat lelaki itu.

"Tak sangka hari ramai sungguh pelanggan. Dong Hwan memang membawa tuah. Kerja rajin. Pantas. Dia nak mandi tadi." Seoni memicit kaki Puan Eun. Maknya nampak benar keletihan.

"Mak kalau tak larat.Berhenti ja bukak kedai. Orang masih mampu sara kehidupan kita berdua. Simpanan atuk pun masih ada." Selesai membersihkan diri Dong Hwan duduk diruang tamu bersama Seoni dan Puan Eun.

"Gunung pun kalau hari-hari ditarah lama-lama rata juga,inikan pula simpanan wang. Tak apa mak masih larat. Lagipun sekarang Dong Hwan banyak bantu kita hari." Dong Hwan ralit menonton telivision. Dia harian bagaimana orang boleh berada didalam kotak itu. Seoni mula cuak bila lihat Dong Hwan mula mununjukkan sifat jakun. Seoni mencuit Dong Hwan.

"Mak tak larat nak masak hari ni. Awak beli diluar je la ya. Mak nak masuk bilik dulu. Nak mandi."

"Cheonsa" Langkah Seoni terhenti begitu juga Dong Hwan. Alamak macam mana boleh jumpa roh pula. Dah Dong Hwan ada. Seoni menarik lengan Dong Hwan. Mereka berlari.

"Awak ada orang panggil." Seoni berhenti berlari. Dong Hwan yang berada dibelakang terpeluk tubuh Seoni. Seoni terkaku. Hilang kata-katanya. Berhenti lagi mengejut. Dah tak pasal-pasal kena peluk.

"Cheonsa"Seoni bagai tersedar dari mimpi. Rambut dirapikan.

"Kau nak apa?" Lelaki itu kelihatan tak urus. Baju dan seluarnya koyak. Terdapat kesan lebam dan luka pada wajah, lengan serta kakinya. Tangan kanan sudah tiada.

"Kenapa dia nampak pelik?" Bisik Dong Hwan pada Seoni. Jadi apa yang Dong Hwan cakap tadi dia tak salah dengar la.Macam mana Dong Hwan boleh nampak apa yang dia nampak. Pelbagai persoalan mula timbul dibenaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience