Bab 3

Mystery & Detective Completed 4052

Seoni berjalan dikaki lima. Sambil menikmati angin malam. Earphone di tengkapkan pada telinga. Seoni memasuki sebuah gerai. Dia memesan soju (kalau awak Islam jangan cuba² minum soju) serta galbi (daging bakar versi korea). Seoni termenung sendiri. Ibunya sudah berangkat ke Busan. Jadi tinggal dia sendiri di sini.

Seorang gadis menarik perhatiannya. Gadis itu hanya menongkat dagu. Tiada seorang pun mengambil pesanan daripadanya walaupun berkali-kali dia mengangkat tangan.

"Ajumma. Budak tu panggil nak pesan makanan." Seoni menunjukan meja kosong. Wanita itu memandang.

"Kamu terlalu banyak minum ni. Mana ada orang situ." Gadis di meja kosong itu terdengar tempat yang dia duduk dibualkan. Seoni mengentuk kepala. Cari bala malam ni. Terus gadis itu mendekati Seoni.

"Hisy. Potong selera betul malam-malam dah jumpa hantu. Tak mandi ke? Bau semacam." Seoni berbicara sendiri. Pemakaian gadis itu tampak selekeh.

"Akak cakap dengan saya ke?" tanya gadis itu. Seoni menggeleng. Segara dia menghabiskan makanan. Nikmat galbi tu tak terasa ini semua awak punya pasal. Marah hatinya. Seoni meletakkan beberapa jumlah wang.Seoni meninggalkan gerai itu. Gadis itu mengikuti langkah Seoni.

"Kau buat apa malam-malam dekat sini? Kenapa tak balik rumah?" Mereka berjalan beriringan.

"Saya tak mampu kemana-kemana. Jasad saya hanya tersimpan dihospital. Tiada waris mengambil mayat saya." Seoni singgah ditaman. Dia duduk dibangku simen.

"Kau mati sebab apa?" Gadis itu menundukkan wajah.

"Bunuh diri." Seoni memandang gadis itu.

"Kenapa bunuh diri?" Gadis itu memandang langit. Sungguh indah malam ini. Bulan ditemani bintang.

"Cinta saya ditolak." Seoni ketawa. Gadis itu hairan "Ada yang kelakar ke?" Seoni berhenti ketawa.

"Kenapa kau berfikir pendek. Hanya disebabkan cinta kau sanggup korbankan nyawa. Kau tak fikir ke soal mak ayah kau? Keluarga?" Gadis itu tersenyum sinis.

"Hanya dia selalu buat saya rasa bahagia tapi tak sangka dianggap saya sekadar kawan biasa.Mati itu lebih baik daripada buat saya tersiksa.Mak ayah terlalu sibuk dengan kerjaya.Sampaikan saya mati mayat tidak dituntut.Kata mereka untuk apa dikenang orang sudah tiada. Biar dia tenang disana." Gadis itu menangis.

"Jadi kau rasa mati kau dalam keadaan baik?" gadis itu hanya diam.

"Kau tahu kau manusia beruntung.Punya keluarga sungguh pun sibuk. Ada kawan. Dapat rasa cinta. Kau lebih bertuah dari aku. Ayah aku bawa abang dan kakak aku lari. Sebab dia cakap aku pembawa malang dalam keluarga. Adik aku mati sebab jatuh tangga. Tapi ayah aku tuduh aku punca adik aku mati. Ayah aku kena buang kerja dia cakap aku anak pembawa sial.Dari mak aku menggandungkan aku dia tak pernah suka dengan kehadiran aku.Dia ambil keputusan untuk pergi. Mak aku bekeras tidak mahu ikut. Jadi mereka bertiga hanya pergi. Mak aku hidup tak terurus sampai atuk bawa kami pulang ke kampung." Seoni cuba mencari kekuatan. Masih tersimpan dikotak memorinya setiap kejadian yang berlaku sungguh pun dia masih kecil.

"Bila umur aku tujuh tahun aku dapat melihat entiti. Dari rupa paras cantik sehingga buruk aku dapat tengok. Semua kawan-kawan cakap aku gila. Sebab cakap sorang-sorang.Tak ada siapa yang berani kawan dengan aku. Aku disisih. Aku kena hina kena maki. Pernah satu saat aku hampir bunuh diri. Namun simpat diselamat oleh atuk. Atuk la hero aku. Selepas kematian atuk dan aku tamat pengajian mak aku jual rumah peninggalan atuk.Mak beli rumah di Seoul.Kami tinggal disini."

"Kenapa saya tak pernah nak hargai kehidupan saya?" gadis itu mengeluh. Rasa menyesal mula terbit dihati.

"Nasi dah jadi bubur. Ini jalan kau pilih. Jadi kau kena la terima hakikat."

Seoni masih bermalasan diatas katil. Hari ini dia mengambil cuti. Cuti tahunan masih berbaki jadi gunakan dengan sebaik mungkin. Tangannya terasa tersentuh sesuatu. Seperti lengan. Matanya masih tertutup. Hari ini merupakan ini majlis perkhawinan berlangsung. Tak kan mak dah pulang. Matanya dibukak sedikit. Wajah seseorang tidak dikenali berada disebelahnya. Seoni tersenyum. Kejap bila masa aku kahwin. Boyfriend pun tak ada. Apatah lagi kawan lelaki. Senyuman Seoni mati. Segera matanya dibukak. Mau terbuntang biji matanya.

"Aaaa.." Lelaki itu terjaga dengan jeritan Seoni. Lelaki itu juga turut menjerit. Segara Seoni menarik selimut.

"Kau ni siapa? Macam kau.. kau .. boleh ada dalam bilik aku? Kau dah buat apa dengan aku hah?" Suara sedikit gentar. Seoni terasa ingin menangis.

"Saya tak tahu saya siapa.Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya boleh ada dekat sini. Saya cuma ingat saya tinggal di Joseon." Ternganga mulut Seoni.

"Eh kau ni tengah buat drama ke? Mana mungkin orang Joseon mampu ke zaman sekarang. Kau ingat ini cerita kartun doreamon." lelaki itu sekarang kurang memahami apa yang diperkatakan Seoni. Seoni memandang pakaian lelaki muda itu. Nampak kuno. Tapi tak kan la orang zaman dulu boleh datang ke zaman sekarang. Mustahil.

"Jadi awak tahu la Joseon dekat mana? Awak boleh tolong hantar saya pulang?" Seoni ketawa. Ingat hari cuti boleh la rest otak. Kalau macam ni hari-hari mau gila aku dibuatnya.

"Nak hantar pakai apa? Mesin masa? Kalau betul pun kau dari sana kau takkan dapat pulang. Sebab itu zaman lalu.Joseon dah jadi Seoul tahu." Lelaki itu kelihatan resah. Seoni meninggalkan lelaki itu dan turun ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience