Bab 9

Mystery & Detective Completed 4052

Sudah seminggu Seoni tidak pulang ke rumah kerana maknya membawa pulang ayah ke rumah. Seoni tinggal dirumah bawah tanah milik mendiang mak cik Min Ah.

"Kamu tinggal saja la nak buat sementara waktu. Jangan risau tempat ini selamat. Penduduk kawasan ni takut datang ke sini." Dong Hwan juga tidak tahu keberadaan dia di mana. Cuma Seoni ada membuat penggilan memberitahu bahawa dia berada di tempat selamat. Buat sementara waktu ini Seoni mahu tenangkan fikiran.

"Kenapa mereka takut mak cik?" Seoni duduk beralaskan kotak lama.Lilin berada di tengah ruang bilik tersebut. Ngeri la juga bila pandang lama-lama wajah Mak cik Min Ah. Wajahnya kerepot. Rambut panjang berwarna putih, langsung tidak terurus. Matanya sepet sebelah. Wajah tampak garang.

"Mereka selalu buat onar disini. Bermain judi, buat perkara tak senonoh jadi aku menggangu mereka dengan jelmaan ngeri." sambil ketawa mengilai. Seram sejuk dibuatnya. Seoni terasa bulu romanya naik melihat mak cik Min Ah.

Dong Hwan mengikuti kemana sahaja Seoni pergi tanpa disedarinya. Hatinya risau bila nampak Seoni tinggal di rumah bawah tanah tersebut. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu tidak kena dengan tempat itu.

"Seoni..." Bila wajah Dong Hwan didepan matanya membuatkan dirasa rimas.

"Kau nak apa? Kan aku dah cakap aku selamat. Tak payah kau cari aku." Dong Hwan menggeleng.

"Awak tahu tak mak cik dan pak cik risau kan awak. Jom la balik rumah." Seoni duduk dikerusi.

"Kenapa nak risau kan aku baru sekarang. Kenapa tak dari dulu? Dah la aku suka dengan tempat baru aku. Nanti bila aku rasa nak balik. Aku balik la." Dong Hwan tidak putus asa untuk memujuk.

"Terus terang saya cakap.Makin awak jauh. Saya rasa sakit. Tolong balik rumah." Tercengang dibuatnya.

"Kau merepek apa ni? Sakit apa? Kau jangan buat gila." Seoni bangun namun tangannya diraih Dong Hwan. Bagai ada kejutan elektrik bila tangan Dong Hwan terpegang lengan Seoni. Dong Hwan terjatuh. Matanya kabur. Badan terasa sengal.

"Kau pehal ni?" Seoni cuba membantu namun dihalang Dong Hwan. Bersusah payah Dong Hwan bangun.

"Saya dapat rasakan ada orang berniat jahat nak hancurkan kita berdua." Dong Hwan terpandang gelang biru yang dipakai Seoni. "Mana awak dapat gelang tu?"

"Kau merepek apa ni? Ni gelang mak cik Min Ah yang kasi. Dia penunggu dirumah yang aku tinggal." Seoni bagai tidak percaya apa yang diperkatakan Dong Hwan.

"Saya tak merepek awak. Awak kena tanggalkan gelang tu dan tinggalkan tempat tu.Kalau tidak awak atau saya akan mati." Seoni menggelang. Mana mungkin mak cih Min Ah berniat jahat terhadapnya. Seoni segara meninggalkan Dong Hwan.

"Pak cik dah tidur mak cik?" Dong Hwan duduk diatas sofa. Badan masih terasa sakit.

"Dah baru ja. Kamu ada jumpa Seoni?" wajah tua itu tampak sedih. Puan Eun sedang melipat pakaian.

"Ada petang tadi. Mak cik jangan risau saya akan buat dia pulang ke rumah." Puan Eun tersenyum.

"Terima kasih sebab banyak bantu mak cik selama ni. Kamu betul-betul anak yang baik." Puan Eun berharap anak lelaki juga bersikap sama dengan Dong Hwan.

"Mak cik tak perlu ucapkan terima kasih.Ini sebahagian dari kerja saya. Saya dah janji maka saya kena tunaikan."

"Mak cik nak tanya memang betul ke kamu ni sebatang kara? Sebelum kamu tinggal dirumah mak cik kamu tinggal dimana?" Apa yang harus dia menjawab. Perlu ka dia menceritakan segalanya.

"Apa yang nak ceritakan ni terpulang pada mak cik nak percaya atau tidak. Terpulang kepada mak cik nak anggap saya gila sekalipun. Cuma saya mintak jangan halau saya dari rumah ni." Dong Hwan menceritakan segala pada Puan Eun. Puan Eun agak terkejut dengan apa yang diceritakan.

"Kenapa kamu tak cerita awal-awal? Kejap mak cik pergi ambik barang." Dong Hwan bagaikan tidak percaya dengan riaksi Puan Eun. Kotak kecil itu diletak atas meja.

"Ada surat didalam kotak ni. Menurut mendiang ayah mak cik penyakit seperti Seoni dapat sembuh. Akan ada seseorang yang dapat menyembuhkannya. Mak cik rasa kamu orangnya. Maksudnya kamu adalah keturunan keluarga mak cik. Ayah mak cik ada cerita salah silah keluarga kami. Mula-mula mak cik tak percaya. Mana mungkin orang zaman dulu mampu datang ke zaman moden. Tapi tak sangka segalanya telah terbukti." Dong Hwan membaca surat tersebut. Ini adalah surat yang dia tulis.
Sedikit demi sedikit dia mula ingat tentang diri.

Dong Hwan adalah seorang pengubat penyakit yang sangat hebat ketika zaman dahulu.Semua ubat di buat dengan bahan semula jadi.Kejayaan Dong Hwan dicemburui oleh seorang nenek tua iaitu Min Ah. Min Ah merupakan seorang dukun. Dia menyembuhkan orang ramai dengan kuasa ilmu hitam. Entah dimana silap Dong Hwan, dia terjerat dengan si tua itu. Seluruh keturunan Dong Hwan menerima satu penyakit iaitu mampu melihat mahkluk halus.Antara keturunan Dong Hwan yang mampu bertahan mampu sembuh daripada sumpahan itu. Mungkin dongeng bagi orang ramai. Tapi ini lah kenyataan yang dia harus terima. Dong Hwan benar-benar kesal dengan kesilapan dirinya. Dia juga telah mengkaji bagaimana hendak menghapuskan penyakit tersebut. Akhirnya dia mampu mencipta satu ubat untuk sembuhkan penyakit tersebut.

Sekarang dia perlu cari Seoni.Seoni dalam bahaya.Saya harap awak selamat. Rumah dibawah tanah tujuan utama. Dia harap Seoni tak apa-apa kan oleh Min Ah. Orang tua itu sangat licik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience