Bab 2

Mystery & Detective Completed 4052

"Seoni.. Akak nak mintak tolong kau double check file ni." Seoni mengambil file hitam yang diberikan oleh Hee. Hee merupakan senior ditempat kerja. Hee banyak membantu Seoni dalam hal urusan kerja.

"Boleh tapi lambat sikit. Sebab saya nak siapkan kerja bos kasi. Tengah hari dah kena submit dekat client." Mata Seoni tak lepas memandang skrin komputer. Jari jemari Seoni tak henti menaip.

"Lambat pun tak apa. Akak nak hantar besok." Hee senang berkerja dengan Seoni. Mudah meminta pertolongan. Tidak seperti pekerja lain. Tak ada kerja mula buka SNS ( Social Networking Service). Melayan artis idola. Bila bos ada mula la wayang.

Seoni memakai kot labuh. Sekarang musim sejuk. Salji memenuhi bandar itu. Sebelum pulang Seoni membeli kopi panas serta kek hari jadi ibunya. Seoni duduk diperhentian bas. Seoni meniup kopi panas sambil menunggu bas datang. Senyuman tak pernah lekang bibir. Hatinya tidak sabar untuk pulang.

Ada sebuah kereta memandu laju sehingga melanggar sebuah motosikal. Seoni terkejut. Senyumannya mati. Penunggang motosikal itu terpelanting dihadapan matanya. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Tapi Seoni tak berganjak. Dia nampak seorang lelaki pertengahan umur sedang menangis teresak. Pemakaiannya sama seperti lelaki terpelanting tadi.Tiba-tiba pandangan mata lelaki itu memandang tajam ke arahnya. Seoni mengalih pandangan.

Bas telah tiba. Seoni masuk ke dalam bas dengan segara. Dia menarik nafas. Tangannya sedikit getar. Sempat dia melihat polis telah tiba. Tapi lelaki sudah tiada. Seoni mengalih pandangan alangkah terkejut roh lelaki berada sebelahnya.

"Omo.." semua penumpang memandang kearah Seoni. Dia hanya menunduk. Earphone dicari dalam tas tangannya.

"Hmm kau nak aku tolong apa?" Bicaranya.

"Mintak keluarga aku raikan kematian aku. Jangan ada yang mengalir air mata terutama isteri aku yang sedang sarat mengandung."

"Eh kau gila ke?" Suaranya sedikit keras. Mak cik yang duduk dikerusi sebelah kanan memandangnya pelik. Seoni tersenyum.

"Terpulang kau nak cakap apa. Tapi kalau tak pergi. Aku akan sentiasa menganggu kau." Lelaki itu buat mimik yang menakutkan. Seoni tertawa.

"Selepas kau ditanam atau dibakar. Kau akan pergi. Mana mungkin kau akan kembali. Kecuali takdir menyebelahi kau." Seoni tersenyum sinis. Lelaki itu bungkam.

"Aku merayu pada kau. Tolong aku."

"Ya aku tolong kau. Tapi bukab hari ni tapi esok. Hari ini merupakan hari lahir mak aku. Aku perlu menyambut. Dan kau jangan sekali kau masuk kedalam rumah aku. Tunggu aku di luar rumah." Lelaki itu mengangguk faham.

Baru nak rehat ada pula job baru. Penat pun hilang lagi. Bila la semua ini akan berakhir.

"Mak nanti orang gaji. Orang mak hadiah ok." Puan Eun tersenyum. Pipi anaknya dipegang.

"Mak tak perlukan hadiah. Cukup awak ada dengan mak itu pun dah buat bahagia." Seoni terasa sebak.

"Alah ni. Buat sweet pula. Orang nak bagi hadiah pun tak nak."

"Minggu depan mak kena pergi Busan. Mak cik kamu telifon tadi kata Hyeon sepupu kamu nak melangsungkan perkhawinan.Awak nak ikut sekali tak?" Seoni menggeleng kepala.

"Tak kut. Orang kerja la. Ucapkan taniah orang pada sepupu nanti."

"Yela." mereka menjamu selara. Pada malam itu.

Seoni sampai dirumah agam milik keluarga yang kemalangan semalam. Rumah itu tersergam indah.

"Kau yakin ni ka rumah kau?" Bukan apa dia takut tersalah rumah. Pemakaian lelaki itu tidak menampakkan seperti dia anak orang senang.

"Ye la. Kenapa? Kau nampak aku macam miskin tapi tinggal tempat macam ni?" lelaki itu serius memandangnya.

"Bukan maksud aku macam tu?" Seoni serba salah .

"Habis maksud kau macam mana?" lelaki itu sudah bercekang penggang.

"Ehh dah la. Dah jangan banyak tanya.Bukan kau sorang aku kena tolong baca lagi roh aku kena tolong. Ni nak jerit ke ? Tak ada securiti ke mintak bukakan pagar? dah la panas."

"Tu ada loceng tekan la. Orang miskin macam tu la." Lelaki itu senyum sinis. Seoni menekan loceng.

"Kau tak padan dengan dah mati eh? mulut kau sedap je mengata aku. Orang miskin ni juga kau mintak tolong. Kenapa tak mintak tolong orang kaya?" lelaki itu buat tidak tahu. Hmm tahu pun diam. Silap orang la kau nak menghina.

Seorang wanita separuh abad menjenguk kehadiran tetamu. Pagar autometik dibuka.

"Selamat tengah hari Puan. Saya Seoni. Betul ke ini rumah Kim Tee Hyung?" Wajah wanita itu berubah sedih.

"Sebenarnya saya kawan lama Tee. Sebelum mendiang meninggal sempat saya berjumpa dengannya sebelum kejadian. Saya tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya. Tee berpesan kepada saya supaya selepas perkebumian Tee. Keluarga puan wajib mengadakan makan-makan bagi meraikan kematian Tee dan jangan ada siapa yang menangis dengan kepermegiannya terutama isteri Tee. Semua harus bergembira jika tidak kepergiaan tidak berada dalam keadaaan tenang." Ibu Tee menangis teresak-esak. Kebetulan isteri Tee juga berada diruang tamu. Namun isteri Tee kelihatan tenang. Mungkin sedang mengawal sedihnya.

Tee mendekati isterinya.Wajah isterinya cuba dipegang namun tak berhasil. Wajah isterinya direnung dengan penuh rasa cinta. Seoni turut merasa sedih. Dia meminta diri untuk pulang ke pejabat. Masa rehat sudah hampir tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience