Bab 10

Mystery & Detective Completed 4052

"Seoni! Seoni! Seoni!" jerit Dong Hwan. Rumah itu diterangi dengan lilin. Muncul si tua durjana sambil ketawa mengejek.

"Sampai ke sini kau datang? Selamat kembali bertemu pemuda hebat. Malam ini nyawa dia akan aku ambil. Neraka sedang menanti dia." Min Ah ketawa kuat. Namun tidak sedikit pun rasa goyah dihati Dong Hwan.

"Aku nak Seoni balik. Mana kau sembunyikan dia? Dia takkan mati. Tapi kau akan mati. Neraka itu milik kau kekal." ketawa Min Ah mati.

"Kau jangan terlalu yakin. Kau masih mentah budak. Sumpah itu akan kekal buat selamanya." Min Ah menggunakan kuasa saktinya. Namun disedari Dong Hwan. Mujur dia sempat mengelak.

Dong Hwan mengeluarkan pisau. Pisau itu bukan pisau sembarangan. Ini adalah pisau turun temurun daripada keluarganya. Pisau ini digeruni oleh setiap makhluk halus. Min Ah sudah cuak melihat pisau itu.

"Kalau kau cuba dekat. Aku akan bunuh dia." Seoni kelihatan lemah sekali. Dong Hwan takkan mudah terpedaya dalam tipu helah wanita itu.

Tanpa disedari Min Ah. Ada seorang gadis berada dibelakangnya. Gadis itu membuat isyarat diam kepada Dong Hwan agar Min Ah tidak sedar kehadirannya. Gadis itu adalah roh yang Seoni bertemu ketika disebuah gerai dan gadis itu mati akibat membunuh diri kerana cintanya ditolak. Gadis itu cuba masuk ke tubuh badan Min Ah. Akhirnya gadis itu berjaya. Dia lepaskan Seoni. Seoni terjatuh dilantai.

"Kau kena cepat bunuh dia." kata gadis itu. Dia berusaha gigih mengawal tubuh tua Min Ah. Min Ah bertindak ganas.Tindakkan pantas Dong Hwan menikam perut Min Ah membuatkan wanita tua itu rebah. Gadis itu juga tidak bermaya. Akhirnya mereka lenyap.

Dong Hwan segera mendapatkan Seoni. Ubat yang dibawa khas dari Joseon. Cecair yang dicipta itu disuakan kedalam mulut Seoni. Ini la tujuan utama mengapa dia datang kesini hanya untuk menghapuskan sumpahan tersebut. Dia tidak pasti, mengapa dia tidak ingat langsung tujuan sebenar dia datang ke sini. .

Seoni membuka mata. Air matanya mengalir.
"Dah jangan nangis. Semua dah selamat." Dong Hwan mencempung Seoni pulang.

"Aku mintak maaf sebab tak dengar cakap kau. Tolong jangan tinggalkan aku. Aku takut." Dong Hwan mengangguk lemah. Kerjanya sudah selesai mana mungkin dia tinggal disini. Jesus, apa perlu dia lakukan. Dia tiada pilihan. Dong Hwan harus pulang.

Seoni tersedar dari lena. Dia segara mencari Dong Hwan. Dia bermimpi bahawa Dong Hwan sudah pulang ke Joseon. Dia berharap itu hanya mimpi bodoh.

"Mak Dong Hwan mana." Wajah maknya tampak sedih. "Mak orang tanya Dong Hwan mana?" Seoni menggoncang tubuh Puan Eun. Air matanya sudah mengalir.

"Dia dah pulang ke negara asal." Seoni terduduk. Dia meraung sekuat hati. Puan Eun cuba menangkannya. Kenapa kau tipu aku? Kau janji kau takkan tinggalkan aku. Kau cakap kau akan rasa sakit bila tinggal aku. Kau penipu! Kata-kata itu hanya mampu terungkap dihati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience