Bab 7

Mystery & Detective Completed 4052

"Dah dekat seminggu aku hidup tak tenang dekat rumah tu Eun. Malam-malam aku sekeluarga mesti tidur awal. Anak aku yang laki tu sampai tak balik rumah bila waktu malam, sebab asyik diganggu." Puan Eun hanya dengar apa yang dicerita dari Puan Ri yang merupakan jiran tetangganya. Puan Ri sudah tidak tahan lagi digangu makhluk halus. Malam-malam di mainnya pintu bilik. Bunyi orang memasak didapur. Kadang-kadang terdengar bunyi orang menangis. Sebelum ini rumahnya tiada benda yang pelik berlaku.

"Mak cik ada terambik apa-apa tak sebelum ni? Maksud saya barang yang bukan milik mak cik. Contoh barang antik atau apa saja?" Dong Hwan menyampuk perbualan mereka.

"Seingat mak cik tak ada mak cik terambik apa-apa barang. Tapi minggu lepas suami ada beli tempayan ukir terpakai." Dong Hwan meminta izin untuk melihat tempayan tersebut.Puan Ri membawa Dong Hwan ke rumahnya.

Dong Hwan melihat tempayan tersebut bagai ada satu aura yang tidak baik.Dia pegang tempayan tersebut. Semua bayang tentang sejarah tempayan itu mula terpapar dimindanya.

Kelihatan seorang lelaki sedang membuat tempayan. Diukir dengan corak yang indah. Muncul pula keluarga bahagia. Namun semuanya bertukar duka apabila si anak kecil mereka naik atas tempayan yang ditutup dengan papan nipis itu terjerelus. Didalam tempayan tersebut disimpan air. Anaknya mati lemas. Ibu kepada anak tersebut tak dapat menerima hakikat anaknya. Dia diduga dengan kecurangan suaminya. Dia membunuh suami dan perempuan itu. Dikerat kecil dan disimpan didalam tempayan tersebut.

Dong Hwan segara menarik tangannya. Sungguh ngeri. Berpeluh dahinya.

"Mak cik buang tempayan ni. Kalau tidak hal yang buruk akan berlaku pada mak cik sekeluarga. Tempayan ni mak cik harus buang di bawah pokok buluh. Kalau buang ke tempat lain. Tempayan ini akan sendiri pulang ke rumah mak cik kembali." Nafas tersekat-sekat bagai orang lepas berlari.

"Aku dengar mak cakap kau tolong mak cik becok sebelah rumah tu" Puan Ri banyak bercerita buruk tentangnya.

"Awak tahu kan apa yang terjadi sebenarnya? Awak tau tak mereka sekeluarga boleh mati tahu tak?" Seoni tersenyum sinis.

"Peduli apa aku. Biar mereka mampus di kacau dek roh jahat." Hatinya masih sakit dengan sikap keluarga Puan Ri. Semua kisah orang nak dijaja biar mati tak menyusahkan semua orang.

"Seoni! Saya tak sangka sikap awak seburuk ini. Awak sedar tak awak bersubahat dengan roh jahat. Tiada nilai perikemanusian dalam diri awak." Seoni sangat terasa dengan kata-kata Dong Hwan.

"Aku sedar aku jahat. Tu sebab tak ada orang yang kawan dengan aku. Kau je yang bodoh kawan dengan orang jahat. Dia canang cerita buruk pasal aku. Aku diam. Orang macam tu patut mati tak layak hidup. Hidup hanya menyusahkan orang. Kau tu kena ingat sikit kau tu pun menumpang dirumah aku. Tak payah nak mengajar benda baik buruk. Aku tahu diri aku macam nak jaga." Seoni masuk kedalam rumah. Sedikit sebanyak apa yang diperkatakan Seoni. Membuat hatinya terluka.Saya sedar saya menumpang.Hati saya tak boleh jauh dari awak Seoni.Jika tidak perkara tidak diingini akan berlaku. Dong Hwan mengeluh. Dia mahu cepat-cepat perkara ini berlalu. Entah kenapa dia terasa terasa rindu kepada negaranya.

Sejak kejadiaan malam itu Seoni dan Dong Hwan tidak bertegur sapa. Masing-masing buat hal sendiri.Puan Eun hairan melihat sikap mereka berdua.Tengah hari ini dia terpaksa pergi Namyangju. Dia mendapat panggilan penting.Urusan kedai ditinggal kepada Dong Hwan.Mesej sudah dihantar kepada Seoni mengatakan yang Puan Eun harus ke Namyangju dengan segara.

Dong Hwan tak dapat melelapkan mata. Sudah jam dua belas. Seoni masih belum pulang ke rumah. Dia mengambil keputusan untuk cari Seoni.

Merata tempat Dong Hwan mencari Seoni. Dia menggunakan telifon bimbit yang diberi Puan Eun. Sudah berkali-kali dia cuba membuat panggilan namun telifon Seoni dimatikan. Makin bertambah risau hatinya

Sedang Dong Hwan berjalan. Dia terlihat gaya sama macam Seoni. Dia terus menuju ke gerai tersebut. Penuh botol soju diatas meja makan. Nampaknya Seoni sudah mabuk. Hidung dan pipi sudah merah mungkin terlalu banyak minum. Dong Hwan mencangkung dia menarik tangan Seoni merangkul lehernya. Seoni dibelakang badan Dong Hwan. Sepanjang jalan Dong Hwan mengedong Seoni dari belakang.Boleh tahan berat juga.

"Kenapa kau jemput aku?Kau rindu aku eh?" Sambil tersenyum-senyum.Seoni mula meracau bukan-bukan. Dong Hwan mengggeleng kepala.

Sampai dirumah Dong Hwan meletakkan Seoni di dalam kamar. Seoni menarik lengan Dong Hwan.

"Nak kemana?Tidur la sini." Dong Hwan menelan air liur.

"Saya nak masuk tidur la." Dong Hwan cuba melepaskan gengaman Seoni. Namun makin kuat digenggam.Seoni menarik tubuh Dong Hwan hingga terjatuh atas tilam. Tubuh Dong Hwan dipeluk. Dong Hwan hanya menggeraskan diri.

"Kau nak tahu rahsia tak? Tapi jangan kasi tahu orang tau." bisik Seoni pada telinga Dong Hwan.Meremang bulu romanya.

"Dekat rumah aku ada seorang lelaki.Kali pertama aku tengok dia. Aku dah mula suka dekat dia. Tapi aku cuba hapus semua perasaan bodoh tu. Tapi hari tu kita orang bertengkar pasal mak cik becok tu. Kita orang tak bertegur sapa." Seoni diam. Dong Hwan menantikan ayat seterusnya dari Seoni.

"Aku rindu dia. Aku curi-curi pandang dia. Waktu dia tengah makan. Waktu dia tengok drama. Dong Hwan aku suka kau." Sambil tersengeh-sengeh. Matanya masih tertutup. Dong Hwan agak terkejut.Wajah Seoni diterokai. Tiada cacat cela pada wajah Seoni.Dia juga tidak mampu menipu perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience