BAB 6

Short Story Completed 461

“Assalamualaikum.”

“Macam mana suka dengan hadiah aku?”

“Hadiah?” Kening Ustaz Faizeen berkerut.

“Oh, nampaknya kau belum tahu.” Suara itu kedengaran sinis.

“Siapa ini?”

“Kau tak perlu tahu. Cuba lihat di papan kenyataan. Kau agak kenapa orang ramai berkumpul di situ?” Ustaz Faizeen memandang ke papan kenyataan. Dia berdiri. Seorang pelajar bergerak pergi membuka sedikt ruang untuk Ustaz Faizeen melihat apa yang tertampal di situ.

“Ha ha. Macam mana?” Ustaz Faizeen segera beristighfar. Bagaimana lelaki ini boleh mendapat gambarnya?

“Sekarang dia bersama aku.” Lelaki di sebalik talian ketawa.

“Siapa?” Ustaz Faizeen tidak mengerti.

“Perempuan itu. Aku nak deal dengan kau. Kita selesaikan semua ini malam ini. Di Jalan Lubuk. Jangan cerita pada polis. Ingat, nyawa dia di tangan aku.” Kata-katanya diakhiri dengan gelak yang panjang sebelum talian dimatikan.

Ustaz Faizeen terpana.

Ya Allah, bagaimana ini?

Sekarang Ustaz Faizeen sedang berjalan di Jalan Lubuk. Jalan itu agak gelap tanpa cahaya lampu.

Dalam hati, tidak henti-henti dia berdoa.

‘Ya Allah, selamatkanlah dia.’

‘Ya Allah, selamatkanlah dia.’

‘Ya Allah, selamatkanlah dia.’

Dia sedang diuji. Dan dia tahu Allah tidak akan sesekali meninggalkannya.

Sss…

Telinga Ustaz Faizeen dapat menangkap bunyi desiran perlahan dari belakang. Spontan dia mengelak. Sebilah pisau menggores lengannya menyebabkan bajunya terkoyak dan meninggalkan luka yang dalam. Mujur dia sempat mengelak. Kalau tidak pasti nyawanya sudah melayang.

“Alhamdulillah.” Sempat dia memanjat syukur. Lengannya yang berdarah dipegang. Lengan kemejanya sudah basah lecun dengan darah.

Sambil menahan kesakitan, Ustaz Faizeen terus berwaspada dengan gerakan musuh. Musuh menyerang lagi. Ustaz Faizeen meyendengkan tubuhnya dan menangkap pergelangan tangan musuhnya. Kemudian tangan itu diputarkan membawa bersama tubuh musuhnya itu. Pisau terjatuh ke tanah. Semuanya berlaku dengan pantas. Musuh tergamam.

Pap! Pap! Pap! Kedengaran bunyi tepukan tangan. Lima orang remaja lelaki muncul bersama seorang lelaki dewasa.

“Hebat, hebat.” Lelaki dewasa itu bersuara. Ustaz Faizeen kekal tenang. Luka di tangannya dilihat. Tampak isi dagingnya dari belahan luka tersebut.

“Abang!” Satu suara lembut memanggil. Ustaz Faizeen terus mengangkat kepalanya. Barulah dia sedar akan kewujudan seorang wanita di dalam pegangan Bolkhan . Wanita itu kelihatan lemah tidak berdaya dengan wajah yang pucat lesi. Di tangan Bolkhan tergenggam sebilah pisau.

“Fakhrul, Farrukh, Faiz, Shahrol , Bolkhan …” Ustaz Faizeen menyebut nama satu persatu remaja di hadapannya. Sampai pada nama Bolkhan , dia memandang remaja lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

“Amboi. Abang, abang. Nak termuntah aku dengar. Tahu tak, sebuaya-buaya aku tak pernah aku berabang-abang tau.” Lekeh Bolkhan dengan gaya menyindir. Yang lain tergelak. Masing-masing mebuat gaya seperti hendak termuntah.

“Ini lain, Bolkhan .” Ustaz Faizeen masih tidak faham situasi sebenar. Apa kaitan wanita itu dengan semua ini? Dia meniliti wajah si wanita yang sudah basah dengan air mata. Wajah itu kelihatan seperti ketakutan.

“Apa yang lain, hah? Bila aku berdating dengan Aisya kau kata itulah, inilah. Haramlah. Allah tak sukalah. Habis tu kau ingat Allah sukalah apa yang kau buat, hah?” Jerkah Bolkhan . Pisau didekatkan di leher wanita itu. Wanita itu memejamkan matanya. Air mata terus mengalir.

“Bolkhan , anta sudah keliru. Cinta anta dengan Aisya dan cinta ana dengan dia lain.” Ustaz Faizeen menunding jari ke arah wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience