“Tak boleh jadi ini. Ustaz sendiri buat maksiat.”
“Mengotorkan sekolah kita je.”
“Dengan ustazah pulak tu.”
“Kurang ajar. Tak guna punya ustaz.”
Semua pelajar 3 Iltizam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Ustaz Faizeen . Hanya Hateem dan Anwar membisu. Padahal hati mereka sudah pAnwar .
“Wei, ustaz kesayangan kau tu tak masuk ke?” Seorang pelajar mengusik Hateem . Hateem diam tidak berkutik. Sabar, sedikit masa lagi…
“Assalamualaikum.” Pintu kelas terbuka. Ha! Senyuman Hateem melebar. Ustaz Faizeen sedang berdiri di muka pintu dengan lengan yang berbalut. Kejadian malam itu menyebabkan lengannya terpaksa dijahit sebanyak 10 jahitan. Luka yang dalam.
“Berani kau munculkan diri di sini.” Herdik salah seorang pelajar. Aksinya biadap. Sempat dia meludah ke lantai.
“Tidak malu sungguh.” Sambut satu suara lagi. Kelas menjadi riuh. Semua marah.
“Assalamualaikum.” Satu suara mencelah. Semua terdiam. Sesusuk tubuh berdiri di hadapan mereka. Berjubah hitam dan bertudung merah jambu. Wajahnya tertunduk malu. Masakan tidak, sebelum dia ke kelas tadi, dia telah menemui banyak gambarnya di dinding. Malu. Malu seorang wanita apabila gelak tawanya bersama suami ditayangkan.
“Maksiat.” Cemuh seorang pelajar. Ustaz Faizeen berdiri rapat dengan wanita itu.
Mereka kenal wanita itu. Itulah Ustazah Naima . Wanita itu pernah mengajar mereka semasa menggantikan Ustaz Faizeen .
“Woi, tak ada tempat lain ke?”
“Ini sekolah lah, wei.”
“Kiamat sudah dekat?”
“Astaghfirullah.”
Suara-suara liar kedengaran. Ustaz Faizeen kekal tenang sedangkan Ustazah Naima hampir pitam mendengarnya. Tangannya menggengam tangan Ustaz Faizeen mencari kekuatan.
“Berhenti!” Anwar bangkit tiba-tiba. Dia sudah tidak tahan lagi. Biar dia beritahu.
Cit…cit…cit…
Kedengaran bunyi berdecit. Semakin lama, semakin hampir. Semua senyap ternanti-nanti. Bunyi apakah itu?
Eh?
Semua mata membesar. Seorang kanak-kanak lelaki, berusia sekitar setahun setengah, muncul di hadapan pintu. Dia berbaju melayu hijau dan berkopiah putih yang senget menutupi dahi sebelah kanannya. Kulitnya putih gebu, comel dengan sengihan lebarnya. Dia menapak perlahan mendekati Ustaz Faizeen .
“Ayah…” Dia berseru sebelum tubuhnya diangkat Ustaz Faizeen .
Semua terkedu. Ayah? Jadi…
“Fayqan.” Anwar dan Hateem mencuit pipi kanak-kanak tadi. Kanak-kanak itu ketawa kesukaan. Dia seperti telah lama mengenal Hateem dan Anwar . Tangan dihulurkan, disambut oleh Hateem diikuti dengan Anwar .
“Oh, kenalkan ini isteri ana, Ustazah Naima . Dan ini, Faiz Fayqan satu-satunya putera kami.” Fayqan tersenyum girang sebaik sahaja mendengar namanya disebut. Ustaz Faizeen mencium pipi anaknya. Fayqan membalas kembali.
Ustaz Faizeen menyerahkan anaknya kepada Ustazah Naima . Wanita itu menyambutnya. Terus si kecil itu memeluk leher ibunya. Kepalanya melentok manja. Ustazah Naima senyum sahaja.
Semua terpaku mendengar pengakuan Ustaz Faizeen . Kenapalah mereka tidak terfikir sebelum ini? Selama ini, mereka menyangka Ustaz Faizeen masih bujang. Ya lah, gayanya, usianya dan tutur katanya tidak seperti orang yang sudah berkahwin. Rupanya sudah jadi bapa orang pun. Ustaz Faizeen langsung tidak pernah menyentuh perihal isterinya.
Semua berduyun-duyun meminta maaf. Masing-masing memarahi diri sendiri. Ustaz Faizeen tersenyum.
“Tidak mengapa. Antum mencegah kemungkaran.”
Dan semua tersenyum lega.
“Ustaz, patutnya Ustaz kahwin dengan Zulaikha. Yalah, Yousuf dengan Zulaikha.” Usik Anwar . Merujuk kepada nama penuh Ustaz Faizeen . Dashawn Yusuff .
Ustaz Faizeen meleretkan senyuman. Wajah Ustazah Naima memerah kerana malu. “Nama panjang isteri ana Naima Zulaykha.” Tenang dia berkata.
“Wo!” Semua menyambut kata-kata Ustaz Faizeen dengan rasa takjub. “Ayah, ramainya orang.” Fayqan menyampuk denagn bicaranya yang pelat.
“Semua ni saudara kita.” Terang Ustaz Faizeen .
Share this novel