BAB 11

Short Story Completed 461

“Ape… ramai angat?” Pelat dia menuturkannya.

“Nak ke syurga ramai-ramai baru best.” Kata Ustaz Faizeen . Fayqan mengangguk seperti terlebih faham. Semua tersenyum melihat telatah Fayqan.

Anwar merapati Hateem . “Ana uhibbukafillah.” Bisiknya sambil memeluk bahu Hateem . Dia amat bersyukur mendapat kawan sebaik Hateem .

“Aku tahulah. Berapa kali kau nak ulang.” Hateem bercanda. Anwar ketawa.

“Ana uhibbukafillah.” Tutur Hateem . Ayat itu, baginya biar ulang seribu kali pun tak apa. Sebab dia hendak Anwar tahu, ada orang yang menyayanginya. Dan dia sedia menghulurkan tangan untuk sama-sama beriringan ke syurga.

“Eh, Anwar seorang sahaja ke?” Usik Luqman. Sengaja. Satu kelas ketawa.

“Ana uhibbukumfillah.” Jerit Hateem . Bukan Anwar seorang sahaja, tetapi yang lain juga. Mereka saudaranya.

Tiba-tiba dia merasakan bahunya disentuh.

“Bagus, Hateem . Kalau cinta nak…” Ustaz Faizeen mencelah.

“…sama-sama ke syurga.” Sambung Hateem .

“Tanpa ada seorang pun yang tercicir ke neraka.” Tambah Anwar . Semua mengangguk.

Indahnya persahabatan kerana Allah. Hendak kekal ke syurga. Tanpa ada seorang pun yang tercicir ke neraka.

“Sahabat, sahabat juga. Belajar jangan lupa.” Ustaz Faizeen mendekati papan putih. Artline dikeluarkan dari poket bajunya.

“Ala…” Kedengaran rungutan para pelajar. Semua bergerak malas ke kerusi masing-masing.

Ustaz Faizeen tersenyum melihat mereka.

“Pergi dulu, ya? Assalamualaikum…” Ustazah Naima sudah bersedia untuk beredar. Semua memandang.

“Belajar lajin-lajin.” Suara comel Fayqan mencelah. Tangannya yang kecil melambai. Ustazah Naima bergerak pergi.

“Baiklah, disebabkan antum semua tidak bersemangat untuk belajar, kita sama-sama tambah cinta kita kepada Allah. Solat Duha.” Ustaz Faizeen bergerak ke pintu.

Semua menyahut seruan Ustaz Faizeen . Bergerak mencambahkan cinta hakiki. Mendekati Pemilik cinta. Allah.

“Alhamdulillah.” Rasa syukur dipanjatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience