BAB 3

Short Story Completed 461

“Aisya….Please. Kenapa ni?” Bolkhan mengejar Aisya sebaik sahaj ternampak gadis itu keluar dari makmal sekolah. Aisya berjalan laju menghindari Bolkhan .

“Aisya.” Lelaki itu semakin hampir.

“Jauhi saya. Tolong lupakan hal semalam.” Malu. Itu yang Aisya rasa apabila teringat perbuatannya semalam. Rasa tidak mahu diingat lagi.

“Aisya. Saya cintakan awak.” Bolkhan terus mengejar. Dia tidak mengalah.

“Awak, Allah tak redha macam ni. Saya takutkan Allah. Jangan ikut saya lagi.” Aisya terus menyusup di tengah-tengah pelajar lain dan hilang di tengah orang ramai.

“Bla lah. Ingat kau cantik sangat?!!” Jerit Bolkhan . Marah. Kecewa. Sakit hati. Semuanya ada. Kakinya membawanya ke belakang sekolah. Di situ dia terduduk. Hatinya menangis. Dan air mata pun mengalir laju. Dia rasa tertewas. Gagal. Hakikatnya, dia tewas dengan syaitan. Sedangkan syaitan tertawa melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience