“Aku tak mahu dengar semua tu. Nanti mulalah kau nak cakap cinta kau kerana Allah lah, berlandaskan keimananlah. Lepas tu cinta aku kerana nafsu semata-mata. Aku dah tak peduli. Yang aku nak adalah…” Bilah pisau didekatkan lagi. Wanita itu mengetap bibir. Sejuknya pisau menyentuh urat lehernya. Hatinya berzikir.
“…kau rasa macam mana aku rasa. Ditinggalkan orang yang dicintai selamanya.” Walaupun hakikatnya Aisya masih hidup, namun apa gunanya. Wanita itu sudah betul-betul insaf sekarang. Aisya, telah menjadi seperti dahulu malah lebih baik lagi. Mustahil gadis itu mahu kembali kepadanya.
Tiba-tiba Ustaz Faizeen merasakan lengannya dipegang. Dia pantas memutarkan lengannya, menjatuhkan kedua musuhnya. Seorang lagi musuh menyerang dari belakang. Ustaz Faizeen sudah bersedia. Musuhnya disiku sehingga tertunduk. Melihat musuh leka, Ustaz Faizeen bergerak menyerang rusuknya sehingga terjatuh. Musuh menyeringai kesakitan.
“Jangan bergerak. Selangkah kau bergerak, layulah kuntuman mawar ini.” Bolkhan bermain kata. Langkah Ustaz Faizeen terhenti. Serentak dengan itu, belakang badannya disepak sehingga dia tersungkur. Lengannya dikilas ke belakang. Dia didirikan.
“Apa yang kau rasa sekarang?” Soal Bolkhan dengan sengihannya.
“Ana rasa sungguh sedih melihat anta, Bolkhan . Anta, sudah jauh tersasar.” Wajahnya berubah sedih. Memang hatinya sungguh sedih melihat anak muda di hadapannya. Hari itu, ketika melepaskan Bolkhan , dia amat berharap Bolkhan akan berubah.
Mendengar jawapan Ustaz Faizeen , satu tumbukan hinggap di wajahnya. Darah keluar dari mulutnya.
“Bukan itu jawapan yang kami nak, bodoh.” Sergah Farrukh kasar.
Bolkhan mengesat penumbuknya. Memang, bukan itu yang dia nak. Dia nak Ustaz Faizeen rasa apa yang dia rasa. Kecewa. Marah. Putus asa. Menyalahkan takdir. Sakit hati. Dia nak lelaki itu rasa semua itu.
“Bolkhan , lepaskan dia. Menumpahkan darah seseorang, berdosa besar. Tolong, jangan lakukannya.” Suara Ustaz Faizeen separuh merayu. Mata jernihnya memandang ke arah Bolkhan . Dan mata itu. Langsung tiada pancaran marah, sakit hati, kecewa, putus asa dan jauh sekali menyalahkan takdir. Malah mata itu kelihatan sangat sedih dan kasihan. Mata itu kelihatan lembut dan sarat kasih sayang. Dan dari mata itu, bergenang air matanya.
Hati Bolkhan tersentuh.
“Ah, aku peduli apa? Aku sedang mencegah kemungkaran.” Jerit Bolkhan . Pegangan pisau di tangannya dikejapkan.
“Kemungkaran apa, Bolkhan ?”
“Kemungkaran yang kau lakukan bersama wanita ini. Maksiat, semuanya.” Lantang Bolkhan bersuara. Ustaz Faizeen terkejut mendengar bicara Bolkhan . Jadi, ini semua…
“Anta salah faham, Bolkhan .”
“Kami kira, kau yang salah faham. Kau ceramah sana sini tapi perangai macam setan.” Tuduh Fakhrul.
“Demi Allah, ana tak buat macam yang antum cakap tu.”
“Masih tidak mahu mengaku? Dengan semua gambar itu, kau masih mahu menafikannya?” Faiz naik berang. Mukanya pAnwar .
“Gambar itu, semuanya betul. Tapi apa yang ana buat tidak salah.” Kata-kata Ustaz Faizeen disambut dengan gelak tawa. Semuanya mentertawakannya.
“Kau ingat kau Tuhan ke yang boleh meletakkan sesuatu itu salah atau tidak? Halal dan haram bukan di tangan kau.” Ujar Shahrol . Ustaz Faizeen beristighfar. Hatinya terus berdoa.
“Ana memang bukan Tuhan. Tetapi, adakah menjadi satu masalah jika seorang suami bersenda gurau dengan isteri sendiri?” Ustaz Faizeen berbicara tenang.
Terlepas pisau di tangan Bolkhan . Semua mulut terlopong. Wanita ini…
…isteri Ustaz Faizeen ?
Share this novel