BAB 1

Short Story Completed 461

“Ustaz Dashawn Yusuff !”

Satu suara memanggil. Ustaz Faizeen berhenti melangkah. Itu nama penuhnya. Dashawn Yusuff . Dia tidak menoleh kerana dia sudah tahu siapa yang memanggilnya.

“Hateem .” Hateem yang sudah tiba di sebelahnya tersengih. Dia mendekati Ustaz Faizeen meramas rambutnya, kebiasaan yang tidak boleh dihilangkan.

“Ha, mana Anwar ?” Teringat pula pada Anwar . Anak muridnya yang seorang itu tidak pernah berenggang dengan Hateem . Macam belangkas. “Oh, Anwar . Dia sudah balik tadi. Ustaz nak balik ke ni?” Tanya Hateem .

Ustaz Faizeen mengangguk. “A’ah. Bidadari tunggu.” Kening diangkat dua kali. Tertarik sengih di bibir Hateem . “Ha, nak ana hantarkan?” Ustaz Faizeen menepuk bahu Hateem . Dia tahu itu tujuan Hateem memanggilnya. Tinggal, anak muda itu segan. Hateem ni, kena diajak dahulu.

“Ala…seganlah Ustaz.” Hateem menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Ustaz Faizeen tersenyum. Bahu Hateem dipeluk dan dibawa dekat dengan motornya. Dia dan Hateem sungguh rapat. Macam abang dan adik pula. “Nak segan apa? Macam tak biasa pula. Anta dah macam anak ana dah. Naiklah.” Topi keledar dihulurkan. Hateem terpaku. “Anak?” Heh, rasa janggal pula. Umurnya beza sedikit sahaja dengan Ustaz Faizeen . Tidak sampai sepuluh tahun pun.

“Ana ini, nampak sahaja muda. Tetapi pangkat ayah tau pada anta.” Motor dihidupkan. Asap keluar berkepul-kepul. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. Hatinya merasa tidak enak. Atau perasaannya sahaja?

“Hateem . Anta tunggu sekejap, ya?” Terus dia bergerak pergi tanpa menunggu jawapan Hateem . Hateem terpaku memegang topi keledarnya. Dia memandang ke arah tujuan Ustaz Faizeen . Namun, dia tidak melihat apa-apa.

“Apa-apa sahajalah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience