Chapter 11

Romance Completed 7261

Sudah berpuluh kali Nadim menelefon Aisya tapi tidak terjawab.Sungguh dia risau memikirkan Aisya.Salah dia juga kerana tidak dapat menahan dirinya semalam.Dia pasti Aisya membencinya.Sedang Nadim meraup wajahnya dia menerima mesej dari Aisya.Dia tersenyum dan membaca mesej tersebut.

"Nadim..i tak rasa kita berdua akan jatuh cinta antara satu sama lain..I tahu hati u hanya untuk Natasha dan menganggap i sebagai sahabat..I sayangkan u Nadim tapi i tak mahu jadi penghalang antara u dan Natasha..Ye Nadim i cintakan u sejak kita menjadi suami isteri tapi i tahu u cintakan dia..Tolong jangan rasa bersalah Nadim..U kahwin la dengan Natasha sebab hanya dia boleh bahagiakan u..Buat masa ni i rasa kita tak perlu jumpa lagi..Tapi kalau u nak proceed our divorce mesej je i okey..i tahu kita perjanjian tiga bulan tapi i minta maaf sebab i mungkir janji..I tak marah pun pasal semalam thats our fault and anggap saja itu hadiah birthday u..Walaupun kita bercerai nanti i tetap sayang u dan i harap persahabatan kita akan kekal..Love u husband."

Nadim menangis membaca mesej Aisya kerana tidak menyangka Aisya cintakan dia.Dia tidak tahu perlu sedih ataupun gembira tapi dia perlu mencari Aisya.Setelah apa yang berlaku semalam dia harus mencari Aisya dan tidak akan membiarkan Aisy pergi kerana dia juga cintakan Aisya.

Baru Nadim menutup pintu rumahnya dia melihat kereta Natasha memasuki perkarangan rumahnya.

"Kenapa awak datang sini?"Nadim tidak memandang wajah Natasha kerana dia ingin menutup rasa sedihnya.

"Aisya mesej i kata u perlukan i."Natasha terkejut menerima mesej dari Aisya yang mengatakan Nadim perlukannya dan sangat urgent.

"Saya tak perlukan awak pun..Cukuplah Nat..Saya rasa kita memang tiada jodoh..Rasa cinta saya pada awak dah lama padam Nat yang cuma ada sekarang rasa simpati pada awak.."Nadim beterus terang kenapa dia masih melayan Natasha.Sungguh cintanya untuk Natasha tidak pernah ada.

"I dah agak..I dah agak dari dulu lagi..Tak salah pilihan i untuk tinggalkan u dulu.."Natasha tersandar lemah di dinding rumah Nadim.

Nadim memandang Natasha dengan terkejut."Apa yang awak cakapkan ni?"

"U sebenarnya bukan cintakan i pun dulu..Tapi u gunakan i untuk lupakan cinta u dekat Aisya kan?"Natasha tersenyum sinis melihat wajah Nadim yang seakan terkejut.

"Nonsense..Rubbish.."Nadim terus menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari kawasan rumahnya.

Setitis demi setitis air mata Natasha jatuh.Sungguh dia ikhlas cintakan Nadim tapi dia tahu hati Nadim bukan untuknya.Aisya bukan perampas tetapi dia sendiri menjadi perampas kerana merampas cinta Nadim terhadap Aisya.Dia sedar Nadim cintakan Aisya sejak dari dulu lagi kerana bila sesuatu berlaku pada Aisya pasti Nadim tidak senang duduk.Cukuplah dulu dia menjadi penghalang antara Nadim dan Aisya kini dia akan pergi jauh dari mereka.

"Selamat tinggal cinta."

Nadim melihat kereta Aisya ada di parking officenya.Nadik terus masuk ke dalam office Aisya dan berjumpa dengan Najwa.

"Aisya mana Naj?Tolong panggilkan Aisya please.."Nadim seakan merayu meminta tolong kepada Najwa.

"Kau kenapa Nadim?Kenapa nak cari Aisya lagi?Pergi la dekat Natasha tu."Najwa menyusun fail-fail kerja di atas mejanya tanpa memandang Nadim.Dia mahu Nadim rasa apa yang Aisya rasa.

"Aku perlukan Aisya Naj..Dia sebahagian hidup aku Naj..please Naj.."Kali ini air mata Nadim mengalir kerana dia betul-betul sayangkan Aisya dan tidak boleh hidup tanpa Aisya.

Najwa yang melihat Nadim menangis tidak sampai hati ingin marah.Dia tidak sangka Nadim boleh menangis di hadapannya."kau kenapa ni Nadim?Kenapa kau perlukan Aisya?"

"Aku cintakan dia Naj..Kali ni aku nak kejar cinta aku Naj..Aku nak pertahankan cinta aku Naj..Silap aku dulu lepaskan cinta aku pada dia.."Nadim berterus terang kepada Najwa.

Najwa tidak terkejut mendengar perkara itu kerana memang itu yang dia sangkakan dari dulu.Najwa tersenyum"Aku dah agak kau cintakan dia dari dulu tapi Aisya je yang tak boleh nampak cinta kau dekat dia..Tapi Nadim kenapa kau tak berterus terang dekat Aisya masa korang kahwin?"

"Sebab Aisya tak cintakan aku Naj..Aku takut bertepuk sebelah tangan Naj..Tapi tadi baru aku tahu yang dia cintakan aku juga.Tolong Naj bagi tahu aku kat mana Aisya?"Nadim kelihatan terdesak dan membuat Natasha jadi sebersalah.

"Aisya datang sini bagi tahu dia nak cuti dua minggu dan terus pergi..Aku tak sempat nak tanya apa-apa..maaf Nadim aku tak boleh tolong kau."Najwa memandang wajah Nadim dengan penuh kasihan.

Nadim meraup mukanya berkali-kali.Sungguh dia buntu hendak mencari Aisya.Tak mungkin Aisya pulang ke rumah mama ataupun ke kedah."Safiya mana?Mungkin Safiya tahu."Nadim mencari-cari wajah Safiya.

"Tak mungkin la..Safiya sekarang dekat hospital semalam dia baru bersalin."Najwa memeluk tubuhnya memikirkan kemana Aisya pergi.

"Kalau macam tu tak apa lah..Terima kasih Naj.." Nadim terus keluar dari office Aisya.

Nadim dudu di dalam kereta sambil memikirkan ke mana Aisya pergi.Nadim mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mama dan papanya.Dia perlu berterus-terang dengan mama dan papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience