Chapter 3

Romance Completed 7261

Kompang kedengaran mengiringi pengantin menuju ke pelamin.Nadim dan Aisya segak berpakaian baju songket berwarna kuning diraja.Puan Nafisah dan Puan Asiah tersenyum gembira melihat anak mereka di atas pelamin.

"Berbesan juga kita kan Siah?"Puan Nafisah tersenyum memandang besannya.

"Itulahh..Tak sangka budak berdua ni kahwin..Tapi aku bersyukur la Zuhair jadi menantu aku sebab dia je boleh tahan dengan perangai Aisya tu.."Puan Asiah menggeleng kepala mengenangkan sikap anak perempuan sulungnya itu yang cukup nakal.

"Jodoh mereka la tu..Dah banyak dah berubah kampung ni..Nasib orang-orang kat sini kenal aku lagi Siah."Puan Nafisah memandang sekeliling dan tersenyum.

"Berubah sikit je..Mestilah mereka kenal kau..Kau kan sebahagian daripada kami dah Esah.."Mereka berdua duduk sambil bercerita kerana lama tidak bertemu.

Nadim dan Aisya sibuk melayan rakan-rakan sekolah mereka yang datang ke majlis mereka.Aisya tersenyum gembira apabila melihat kerana sahabat-sahabatnya datang.

"Eleh macam tak jumpa berpuluh tahun je kau ni Aisya.."Safiya mencuit pinggang Aisya kerana geram dengan sikap Aisya yang over itu.

"Entah kau ni Aisya..Kat office hari-hari kot kita jumpa.."Tambah Najwa yang menggeleng dengan perangai Aisya."Nadim mana Aisya?"Najwa memandang Aisya.

"Tiga minggu kot aku tak jumpa korang sebab sibuk dengan kenduri ni."Aisya memuncungkan bibirnya.

"Mengada la kau..Hodoh ka muka kau buat macam tu nanti terkenan dekat anak dalam perut aku ni."Safiya menggosok perutnya.Aisya dan Najwa tergelak dengan jenaka Safiya.

"Korang kalau dapat jumpa memang riuh tau tak?"Nadim datang menyampuk dan ketawa mereka terhenti."Kenapa tiba-tiba diam?Aku kacak sangat ke sampai terdiam ni?"Nadim tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Serentak Aisya,Najwa dan Safiya menjulingkan mata mereka.Siapa tidak kenal perangai Nadim yang kuat perasan.Nadim hanya ketawa melihat gelagat mereka.
Dalam diam-diam,
Rupa-rupanya kita sama-sama suka,
Satu kepala satu citarasa,
Cuma berlain jantina,
Satu kampung juga satu daerah,
Satu tempat bersekolah,
Berbasikal bersama-sama...

Faheem dan izaril datang sambil menyanyikan lagu cinta budak sekolah yang pernah dipopularkan oleh Spider."Selamat pengantin baru sahabat."Faheem dan Izaril menepuk bahu Nadim."Kahwin juga korang berdua"Izaril mengenyit mata dekat Aisya."itulah dulu aku dah cakap korang mesti kahwin nanti tapi dua-dua menidakkan."Faheem berkata sambil ketawa.

Wajah Aisya berona merah kerana malu apabila disakat oleh Faheem dan Izaril."Yang korang berdua ni kenapa datang-datang menyanyi lagu merapu?Kau tu Iz dengan anak sedang tidur atas bahu pun nak kenyit mata dekat aku..Aku report dekat Naj karang."Aisya sengaja berkata begitu untuk menutup malu.

"Kami nyanyi lagu tu untuk kau dengan Nadim la.."Izaril berkata sambil menyerahkan anaknya kepada Najwa.Dari zaman sekolah itulah perangai mereka yang suka menyakat orang sampai ke dewasa masih tak berubah.Tapi perangai itu yang menghiburkan mereka semua.

Aisya keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap kerana Nadim ada di dalam bilik.Dia berasa janggal berdua dengan Nadim di dalam bilik."Kau nak tidur dah ke Nadim?"Aisya menyidai kain tuala sambil memandang Nadim.Nadim yang baring di atas katil terus duduk.

"Takkan nak panggil kau aku lagi Aisya.Jom kita ubah panggilan kita nanti apa kata orang kita panggil kau aku."Nadim memandang Aisya yang berdiri di tepi katil.

"Nak panggil apa?"Aisya menggaru kepalanya yang bertudung walaupun tidka gatal.

"Abang sayang nak?"Nadim tersengih apabila melihat muka Aisya yang terkejut.

"Hishh nak termuntah la pula panggil abang sayang.."Aisya membuat gaya ingin muntah.

"Kita tak buat apa-apa lagi takkan dah berisi perut tu."Nadim membuat muka terkejut sambil memandang Aisya.

"Hish kau ni mengarut apa...Better panggil i you jelah."Aisya mencadangkan.

"Okey lah.. U ni buka la tudung tu bukannya haram pun i tengok rambut u."Nadim cuba menarik tudung Aisya.Aisya dengan cepat menepis tangan Nadim.

"Aku.."Tangan Nadim menutup mulut Aisya membuatkan Aisya terdiam."Aku apa?Tadi kata nak panggil apa?"Nadim memandang muka Aisya dengan serius.

"I tak biasa la buka tudung kalau dengan u."Aisya sedikit gagap apabila berbicara dengan Nadim begitu.Selama dia berkawan dengan Nadim tidak pernah dia cakap dengan lemah lembut.

"Itu dulu sekarang dah halal i nak u buka tudung..kalau u tak buka tudung.."Nadim sengaja mendekatkan dirinya dengan Aisya.Tindakan refleks Aisya menumbuk dada Nadim dan Nadim mengaduh kesakitan."mentang-mentang dah halal u tumbuk i ye..Dulu guna barang sekarang by hand pulak."Nadim mengurut dadanya.

"Eii sudahlahh i nak tidur kalau u tak mahu tidur sila keluar lepak dengan adik i."Aisya terus baring dan menarik selimut."I tiba-tiba rasa mengantuk la..Tapi i kalau tidur kena ada bantal peluk."Nadim cuba mengusik Aisya.Tapi Aisya hanya diam kerana telah nyenyak tidur.Nadim merenung muka Aisya yang sedang tidur.Dia sentiasa berasa tenang apabila melihat wajah Aisya.Nadim bangun menutup lampu dan tidur.

"Nadim"Aisya menggerak Nadim.
"Nadim!"Sedikit kuat Aisya memanggil.
"Nadim Zuhair!!"Seraya itu Aisya mencubit kaki Nadim.

Nadim terjaga apabila terasa kakinya dicubit.Dia mengesat mata dan melihat Aisya yang sudah berdiri memandangnya."Kenapa Aisya?U tak ada kerja ke gerak i malam-malam buta ni,"Nadim bercakap sambil menutup matanya kembali.

"Malam-malam buta?Buta betul mata u sampai tak nampak jam dekat dinding tu..Bangun la kita solat subuh berjemaah."Aisya mengejutkan Nadim kembali.Mata Nadim kembali terbuka kerana dia ingatkan masih malam rupanya subuh sudah menjengah."Tunggu sekejap i pergi ambil wudhuk."Nadim terus ke bilik air.

Suara Nadim sungguh merdu dan lancar mengimamkam Aisya sekeluarga.Dulu semasa mereka bersekolah Nadim yang akan menjadi iman ketika solat zohor di sekolah.Walaupun sudah bekerja sebagai pilot Nadim tidak pernah lupa dengan tanggungjawabnya kepada penciptanya.Aisya berasa bangga mempunya sahabat seperti Nadim.

Aisya menggoreng nasi untuk dihidangkan kepada keluarganya pada pagi itu.Ibunya juga membantu dia menyiapkan sarapan.

"Awal Aisya tidur semalam..Selalu pukul 12 ke atas baru tidur."Puan Asiah sengaja mengusik anaknya.Aisya pula hanya membuat muka memandang ibunya."Penat la ibu semalam..Tu yang tidur awal."Aisya mencedok nasi ke dalam pinggan dan meletakkan di atas meja.

"Hampa dok sembang apa?Sarapan dah siap ka belum?"Encik Alfian menyampuk perbualan Aisya dan ibunya."Dah siap dah la bang oi..Aisya p panggil laki hang mai makan."Puan Asiah menyuruh Aisya memanggil Nadim.

Petang itu Aisya keluar sendirian pergi ke pondok yang tidak jauh dari rumahnya.Sudah lama dia tidak balik ke kampung kerana sibuk dengan kerja.Bukan senang nak berulang alik dari kuala Lumpur ke Kedah tapi Aisya tetap pulang dua minggu sekali untuk menjeguk keluarganya.Aisya memandang sekeliling kawasan yang menngingatkan kisah dia dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience