Chapter 2

Romance Completed 7261

Aisya bersiap untuk pergi ke office.Dia membetulkan tudungmya sebelum keluar dari rumah.Dia menghidupkan enjin keretanya dan menunggu enjinnya panas.Bunyi notification Iphone 5s menandakan mesej masuk.

"Jangan lupa minggu depan jumpa mama dan papa aku."Aisya membaca mesej yang dihantar oleh Nadim sambil menggeleng.

"Iyee aku ingatlah..Kau cuti ni berapa lama?"Aisya menghantar balasannya.

"Sebenarnya aku tengah tunggu nak naik flight ni nak fly ke amsterdam."Aisya mengerut dahi membaca mesej Nadim.Dia ingatkan Nadim cuti rupanya nak pergi amsterdam pulak.Aisya tidak membalas mesej itu dan terus memandu ke officenya.

Nadim menunggu balasan daripada Aisya namun hampa.Dia terus menghidupkan mod pesawat kerana dia akan berlepas ke amsterdam.

Aisya berdebar menunggu Nadim datang untuk membawanya berjumpa mama dan papa Nadim.Walaupun Aisya sudah biasa berjumpa dengan puan Nafisah dan encik Nazli dia tetap berasa berdebar.

"Assalamualaikum makcik.."Nadim menjengulkan kepalanya dari tingkap kereta sambil tersenyum.

"Waalaikumusalam atok."Aisya menjulingkan mata dan masuk ke dalam kereta.

"Kau ni makin nak kahwin dengan aku makin cantik aku tengok."Nadim memandang Aisya yang berada disebelahnya."Ni mesti kau gembira nak kahwin dengan aku kan?"Sengaja Nadim mengusik Aisya.

"Ya Allah betul ke aku makin cantik?Tak sia-sia aku pakai susuk bagi cantik."Aisya menjeling ke arah Nadim."Jangan nak perasan sangat la Nadim..Kau tu kenapa muka makin hodoh aku tengok?"Aisya sengaja menyakitkan hati Nadim.

"Aku makin hodoh sebab nak kahwin dengan kaulah.Tanya pulak kenapa."Aisya memukul Nadim dengan beg tangannya kerana geram dengan jawapan Nadim.Ingatkan baru hendak mengenakan Nadim tetapi hatinya pulak yang geram.Nadim hanya ketawa dan menekan pedal kereta untuk menuju ke rumahnya.

Puan Nafisah dan encik Nazli tersenyum melihat kereta Audi yang memasuki perkarangan rumah mereka."Nadim dengan Aisya dah sampai la abang."Puan Nafisah memberitahu suaminya.

Aisya dan Nadim keluar dari kereta lalu menyalam kedua ibu bapa Nadim."Assalamualaikum mama..mama sihat?Lama Aisya tak datang jenguk mama."Aisya menyapa Puan Nafisah.Aisya memang memanggil Puan Nafisah dengan gelaran mama sejak dari bangku sekolah kerana dia terlalu rapat dengan Nadim.

"Waalaikumusalam anak mama..Ala mama tahu Aisya busy dengan kerja kan?Dah jom masuk kita makan lepas itu kita boleh sembang-sembang."Puan Nafisah menarik tangan Aisya masuk ke dalam rumah.

"Tengok la mama tu papa..Dah jumpa aisya memang lupa dekat anak sendiri."Nadim memuncungkan bibirnya lalu masuk ke dalam rumah.Encik Nazli hanya menggeleng kepala melihat gelagat anak lelaki tunggalnya.Dia akui isterinya memang rapat dengan Aisya seperti ibu dan anak.Maklumlah isterinya memang teringinkan anak perempuan tapi apakan daya apabila rahim isterinya harus dibuang ketika kemalangan semasa mengandungkan anak kedua mereka dan anak kedua mereka tidak dapat diselamatkan.Tetapi dia bersyukur kerana isterinya masih selamat dan mereka bahagia walaupun dikurniakan seorang sahaja putera.

Selesai sahaja makan mereka semua berkumpul di tepi kolam untuk bersembang."Alhamdulillah mama lega sebab Aisya yang Nadim pilih..Itulah dari dulu lagi mama suruh kahwin dengan Aisya tapi Nadim ni tak mahu sibuk sangat dengan kerja dia."Puan Nafisah menjeling ke arah Nadim.Aisya hanya tersengih."Agak-agak bila nak langsungkan majlis nikah ni?"Puan Nafisah memandang Nadim dan Aisya.

Aisya memandang Nadim tetapi Nadim hanya diam."Aisya kena balik kampung dulu bincang dengan ibu..Apa-apa nanti Aisya bagi tahu Nadim boleh?"Aisya meminta kepastian.Aisya memandang Nadim sekali lagi tetapi Nadim sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Elok sangat la tu..Aisya kena bincang jugak dengan ibu bapa Aisya..Biar lambat asal selamat.."Encik Nazli mencelah.Aisya hanya tersenyum.Setelah lama berbual Nadim menghantar Aisya pulang.Sepanjang perjalanan Mereka hanya membisu kerana tiada perkara yang hendak dibualkan.Nadim memberhentikan kereta di hadapan rumah sewa Aisya.

"Kau marah aku ke aisya?"Tangan Aisya terhenti hendak menutup pintu kereta dan hanya memandang Nadim."Aku ada buat salah ke Aisya?Kau diam je sepanjang jalan tadi."Nadim tahu Aisya mungkin terasa dengan sikapnya di rumah tadi.

Aisya hanya mengeluh dan memandang rumah sewanya."Kau tak serius la Nadim.Kau yang ajak aku kahwin tapi kau macam tak mahu ambil tahu."Aisya tidak tahu kenapa dia terasa dengan sikap Nadim kali ini.Belum sempat Nadim menjawab Aisya terus menutup pintu kereta dan masuk ke dalam rumah.

"Apa la yang aku buat ni."Nadim mengeluh dengan sikapnya sendiri.Dia bukan tidak serius tetapi dia rasa seperti menyusahkan Aisya.Nadim mengeluarkan telefon bimbit dan manghantar mesej kepada Aisya lalu terus pulang ke rumah.

Aisya baring di atas katil dan memandang kipas yang berpusing.Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.Dia membaca mesej yang diterima dari Nadim.
"Aku mintak maaf Aisya.Aku bukan tak serius tapi aku rasa aku dah menyusahkan kau.Aku rasa elok kita batalkan rancangan kita Aisya."
Aisya terus bertukar posisi daripada baring ke posisi duduk.Dia lantas membalas mesej Nadim.
"Tak ape la Nadim..Kau tak menyusahkan aku pun lagi pula aku sahabat kau.Aku akan tolong selagi aku mampu..Kau sanggup ke nak tengok mama kau sedih kalau kita batalkan rancangan kita?"

Nadim sedikit lega kerana Aisya tetap mahu meneruskan rancangan mereka.Dia sengaja menghantar mesej begitu kepada Aisya kerana dia tahu Aisya seorang berhati lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience