Chapter 1

Romance Completed 7262

"Aisyaaaaa!!!"

Pekikan dari luar rumah mengejutkan Aisya dari tidurnya.Aisya mengesat matanya dan membuka sedikit pintu rumahnya kerana dia tidak memakai tudung.

"Kau ni tak reti bagi salam ke Nadim?".Aisya sedikit mendengus kerana tidurnya dikacau baru sahaja dia ingin memanjakan diri kerana dia sedang cuti.

"Aisya ikut aku pergi makan kejap boleh?".Nadim kelihatan beriya-iya mengajak Aisya untuk keluar.

"Aku tak mandi lagi ni.Kau ni suka buat terkejut cuba la call dulu sebelum datang hishh."Aisya masih berdiri di belakang pintu sambil mengintai Nadim di luar.

"Call dulu sebelum datang?Aku dah 40 kali call kau.Daripada kau membebel lebih baik kau pergi siap.Aku bagi masa 1 jam saja."Nadim sedikit bertegas dan terus masuk ke dalam keretanya.

"Ishhh dia ni suka hati saja mengarah orang.Biar betul sampai 40 kali dia call aku.Ahh lebih baik aku pergi mandi."Aisya lantas menutup pintu dan bergegas ke dalam bilik untuk mandi.

Setelah memesan makanan Nadim hanya berdiam diri.Aisya berasa pelik kerana selalunya Nadim pasti banyak bercakap dan menyakatnya.

"Kau ni kenapa Nadim?Diam je selalu kau lah burung murai."Aisya menghirup air yang baru sampai.

"Aisya kita kahwin nak?"Nadim memandang Wajah Aisya.Dia pasti Aisya akan terkejut dengan ajakannya.

Dugaannya tepat sekali apabila Aisya menyemburkan air yang diminumnya ke muka Nadim.

"Aisyaa!!"Nadim sedikit menjerit seraya malu apabila ada mata yang memandang.Nadim mengambil tisu dan mengelap mukanya.

"Kau buat hiburan pagi ke apa Nadim?Tak masuk akal la kau ni tiba-tiba ajak aku kahwin."Aisya menghirup airnya bagi menghilangkan rasa berdebar di hati.

"Aku tak mahu cakap banyak.Aku cuma nak kau jawab yes or no?"Nadim memandang tepat ke muka Aisya.

"Kau ni kenapa serius sangat?"Aisya memandang ke arah luar kedai menandakan dia sedang marah dengan cara Nadim.

"Aisya kau marah aku ke?Sorry aku bukan nak paksa kau tapi tolong la aku."Nadim cuba memujuk Aisya.Dia tahu Aisya sedang marah.Bukan dia tidak kenal perempuan yang bernama Aisya Najdah.Persahabatan yang terjalin selama 13 tahun sejak dari bangku sekolah sudah cukup lama untuk kenal sikap antara satu sama lain.

"Mana aku tak marah kau tu tiba-tiba datang rumah paksa aku datang sini pastu ajak aku kahwin."Aisya meluahkan rasa sambil mencebik bibir.

"Elelele.Kau nak tahu satu benda tak Aisya?"Nadim tersengih apabila mendengar Aisya membebal.

"Apa?"Aisya mendongak memandang Nadim sambil menanti Nadim berbicara.

"Kau kalau merajuk ke marah ke mesti comel."Nadim mengenyit matanya ke arah Aisya.

"Mulut manis"Aisya tersenyum apabila Nadim memujinya.Dia tahu kalau dia merajuk dengan Nadim mesti tidak lama kerana Nadim sweet talker.

Aisya baring di atas katil sambil memikirkan jawapannya tadi.Betul ke keputusannya untuk terima Nadim sebagai suaminya.Tapi dia tidak sampai hati untuk menolak Nadim kerana Nadim kelihatan terdesak.Dia teringat perbualannya dangan Nadim.

"Kenapa kau berjanji dengan mama kau yang kau nak kahwin umur 25?"Aisya sedikit mengeluh dengan sikap Nadim yang suka berjanji.

"Aku ingat dapat la cari girlfriend dulu tapi aku terlalu busy la."Nadim tersengih tapi dia memang terlampau busy dengan kerjanya yang selalu fly ke serata dunia sebagai pilot.

"Busy je memanjang kalau kahwin pun kau tinggal isteri kesian dia.Malang betul siapa jadi wife kau."Aisya menyindir Nadim kerana geram.

"Kaulah orang yang malang tu."Nadim gelak besar apabila sindiran itu kena pada batang hidung Aisya sendiri.

Aisya menggeleng kepala apabila teringatkan Nadim.Macam manalah dia boleh ada kawan baik yang perangai sebegitu.Aisya melihat jam yang menunjukkan pukul 7.30 malam manandakan waktu maghrib sudah menjengah nasib baik dia sedang cuti jadi dia boleh berehat kerana esok dia harus kerja.

Nadim menghela nafas lega apabila Aisya menerima lamarannya.Lamaran ke bukan paksaan ke.Nadim tersengih kerana dia tahu Aisya susah untuk menolak segala permintaannya.
"Aisya"..Seorang wanita yang sentiasa ada ketika diperlukan.Nadim tersenyum memikirkan Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience