Chapter 6

Romance Completed 7262

Setelah penat bekerja tibanya hari cuti.Aisya tinggal seorang diri di rumah kerana Nadim masih di France dan akan pulang esok.Aisya terasa bosan lalu mencapai album gambar yang berada di rak buku Nadim.Dia melihat satu demi satu gambar kenangan dia dan Nadim.Dia agak pelik kenapa Nadim tidak menyimpan gambar dia dan Natasha.Mata Aisya terpaku melihat sekeping gambarnya yang sedang tersenyum.Dia kembali mengingat kenangan gambar itu.

Aisya dan rakan-rakannya memang terkenal kerana hebat dalam bola tampar.Tahun itu tahun akhir mereka menyertai pasukan bola tampar.Dan kali ini juga mereka menang dalam perlawanan itu.

"Yeayy!!!Menang lagi kita tahun ni."Aisya tersenyum sambil memegang piala.Safiya memegang kamera dan menyuruh Nadim mengambil gambar mereka bertiga.Dalam Aisya dan yang lain seronok bersembang Nadim menangkap gambar Aisya secara sembunyi menggunakan telefon bimbitnya.

Aisya tersentak apabila telefonnya berbunyi.Dia melihat nama pamanggil dan tersenyum apabila nama Nadim menghias skrin telefon.

"Assalamualaikum..Ada apa call i ni?Rindu ke?"Aisya sengaja mengusik Nadim."Waalaikumusalam..saja call sebelum naik flight..Rindu la jugak dekat u.."Nadim tersengih bagaikan Aisya dapat melihat senyumannya."mengada la u ni..Sampai sini pukul berapa?"Aisya membelek gambar-gambar di hadapannya menunggu balasan Nadim."Sampai je sana i call u la..Okey i have to go..Byee love u."Nadim menunggu balasan Aisya dengan berdebar."Aisya menggigit bibir samada hendak membalas atau tidak."Okey byee..Love u too bestfriend."Aisya lantas mematikan talian.

Aisya tidak tahu samada dia perlu gembira atau sedih mendengarkan perkataan love u yang terlontar dari bibir Nadim kerana dia tahu Nadim tidak maksudkannya.Nadim pula hampa apabila Aisya menggunakan perkataan bestfriend.Perisai apa yang Aisya pakai di hatinya sampai tidak dapat menembusinya.

Pejam celik pejam celik sudah genap 9 bulan Aisya dan Nadim bergelar suami isteri.Aisya dapat merasakan dia sudah jatuh hati pada sahabatnya sendiri tapi dia tidak mahu mengaku kerana dia tahu Nadim mencintai orang lain.Aisya dan Nadim keluar hari itu pergi ke MidValley untuk berjalan-jalan.Nadim menarik tangan Aisya masuk ke Habib Jewel.Nadim memilih sebentuk cincin yang bertahtakan berlian yang sangat cantik dan sekalung rantai yang yang mempunya tulisan namanya.

"Apa ni Nadim?"Aisya memandang Nadim kebingungan.Nadim hanya tersenyum dan membayar harga rantai dan cincin yang mencecah 10 ribu ringgit.Nadim tahu kalau dia beritahu Aisya hal ini lebih awal pasti Aisya menolak sebab itu dia diamkan saja.Mereka keluar dari Habib Jewel dan berjalan-jalan dalam mall itu.

"Pakai tau rantai dengan cincin tu..Kalau u pakai mesti nampak cantik."Nadim berjalan memimpin tangan Aisya seperti pasangan kekasih yang lain."Tapi kenapa u belikan untuk i?"Aisya memandang Nadim."U lupa ke harini kan birthday u."Nadim mengenyit mata.Dia sudah masak dengan perangai Aisya yang sering lupa tarikh hari lahirnya.Aisya lahir pada 19 ogos dan Nadim pula lahir pada 19 November

"Ya Allah i lupa la..kiranya u orang first yang wish la ni."Aisya menggelengkan kepalanya kerana sering terlupa hari lahirnya."Iyee sayang..Ehh tunggu dekat kerusi tu sekejap i nak pergi tandas."Nadim terus berjalan me tandas.Aisya terpana apabila Nadim memanggilnya sayang.Aisya membaca pesanan whatsapp dari keluarganya dan raka-rakannya yang mengucapkan hari lahir untuknya.Tiba-tiba datang seorang wanita sebaya dengannya datang menegur.

"U Aisya right?"Perempuan itu meneliti wajah Aisya.Aisya berdiri dan memandang lama wajah perempuan di hadapannya."ye saya Aisya..Awak siapa ye?"Aisya pelik bagaimana orang asing ini boleh mengenalinya."I Natasha..Natasha Darlina.."Natasha tersenyum memandang Aisya.Aisya tersentak mendengar nama itu.Dugaan apakah ini."ouh kau Nat..Lama tak jumpa..Mana kau menghilang?"Aisya terpaksa mengukirkan senyuman walaupun perit terasa."Dulu i kena ikut papa i pindah France..By the way u ada nombor Nadim?"Natasha tanpa segan meminta nombor kekasih yang dia tinggalkan.

Aisya terdiam seketika tapi dia tahu ini kebahagiaan Nadim jadi dia memberikan.Selepas itu Natasha berlalu pergi.Sepanjang perjalanan pulang Aisya hanya diam.Nadim pula hanya membiarkannya kerana dia ada kejutan buat Aisya.Setibanya di rumah Nadim menyuruh Aisya membuka bonet kereta dan apabila Aisya membukanya dia melihat ada sebiji kek.

"suprise!!."Nadim tersenyum melihat Aisya.Tapi wajah Aisya tidak mengukirkan senyuman."I masuk dulu..I penat."Aisya terus masuk ke dalam rumah.Nadim sedikit terasa dengan sikap Aisya.Nadim mengambil kek itu dan meletakkan di dalam peti.

Di office Aisya hanya diam membuatkan Safiya dan Najwa pelik."Kau kenapa Aisya diam je?"Najwa memegang bahu Aisya."haah la Aisya..Nak kata period aku rasa lambat lagi datang."Safiya pula cuba mengusik Aisya.

Aisya memandang Safiya dan Najwa dengan riak sedih."Dia datang balik.."Air mata Aisya tumpah akhirnya.Safiya dan Najwa yang pelik hanya memluk Aisya meskipun mereka tidak tahu siapa dia."Siapa Aisya?"Najwa cuba menyoal.

"Natasha.."Aisya menyebut nama itu dengan perlahan.."Apa aku perlu buat?Perlu ke aku happy sebab Nadim akan happy nanti..Tolong aku..Aku tak kuat.."Aisya menangis teresak-esak.

Najwa dan Safiya juga turut menangis kerana kini mereka faham yang Aisya mencintai Nadim."Aisya kau perlu pertahankan perkahwinan kau."Najwa memberi kata semangat."Ya Aisya kau beritahu Nadim perasaan kau."Safiya juga memberi dorongan.

"Tak..Aku akan pergi dari hidup Nadim..Dia perlukan Natasha bukan aku..Aku hanya sahabat dia..Ye sahabat.."Aisya mengesat air matanya dan mengemas barang-barangnya.Safiya dan Najwa terpinga-pinga melihat tingkah laku Aisya.

Nadim berbual-bual dengan Faheem dan Izaril.Mereka gembira kerana dapat berkumpul."Faheem bila Safiya nak bersalin?"Nadim memandang Faheem yang bakal mendapat anak tidak lama lagi."Bulan 10 ni due date dia..Kau ni bila pula nak ada anak?"Faheem menepuk bahu Nadim."haah la Nadim..Kau bila pula?"Izaril juga menyoal.

Nadim hanya tersenyum tawar."InsyaAllah..Doakan la.."Nadim ketawa kerana hal itu mungkin tidak akan terjadi."Aku sebenarnya ada benda nak bagi tahu korang."Nadim diam seketika.Faheem dan Izaril memandang Nadim menunggu Nadim menceritakannya."Natasha call aku semalam."Nadim mengeluh kerana fikirannya tidak tenang sekarang."Aisya bagi Natasha nombor aku."Nadim menceritakan segalanya kelada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience