Chapter 9

Romance Completed 7261

Hubungan Aisya dan Nadim makin erat dari dahulu.Aisya pula makin bertambah sayang dekat Nadim.Petang itu Nadim mengajak Aisya berjalan-jalan kerana bosan duduk di rumah.Nadim mengambil cuti selama sebulan untuk menghabiskan masa bersama Aisya.Mereka berjalan berpimpin tangan di taman bunga yang sangat cantik.

Mereka duduk di atas kerusi di hadapan tasik selepas penat berjalan"Nah untuk u."Nadim menghulurkan lima kuntum bunga rose kepada Aisya sambil tersenyum manis.

"U ambil mana bunga ni?u petik eh dekat taman tadi?U ni tak baik la."Aisya membebel tapi mengambil bunga di tangan Nadim.

"Bebel tapi ambil juga."Nadim mencebik memandang Aisya."I beli la tadi dekat pakcik tu.."

Aisya ketawa kecil dan mencium bunga rose itu."wangi tak bau cinta i?"Nadim cuba mengusik Aisya.

"Ya Allah..Busuknyaa."Aisya terus menutup hidungnya dan buat-buat hendak muntah.

Nadim mengangkat keningnya tanda marah."Buanglah bunga tu kalau busuk..Lagipun bunga tu bukan untuk u sebenarnya."Nadim sengaja menyakitkan hati Aisya.

Aisya yang dengar Nadim berkata egitu dia bangun dan gaya ingin membuang bunga ke dalam tasik.Nadim lantas bangun dan memeluk Aisya dari belakang."Jangan la buang..Mana tau ni bunga last yang i bagi dekat u."Nadim sengaja ingin melihat reaksi Aisya.

Aisya bagaikan terkena renjatan elektrik apabila badannya melekat dengan Nadim.Dia agak terasa dengan ayat Nadim tapi cuba buat biasa."haah laa kan..Baik i simpan bunga ni nanti tak dapat dah."Aisya merenggangkan pelukan Nadim.

Natasha memandang Aisya dan Nadim dengan hati yang panas.Dia merasakan Aisya cuba merampas Nadim daripadanya.Dia tersenyum jahat kerana dia ada idea untuk membuat Aisya dan Nadim cepat bercerai.Lalu dia pergi dari tempat itu.

Nadim yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba terasa panas dan terjaga dari tidurnya.Dia melihat aircond yang tadinya terbuka telah ditutup.Dia membuka kembali aircond tersebut dan terus baring.Dia memusingkan badannya melihat Aisya tapi Aisya tiada disebelahnya.

"Aisya..Aisya..u dekat bilik air ke?Tapi Aisya tidak menyahut.Dia bangun dan membuka lampu bilik.Lantas itu dia keluar dari bilik dan melihat seluruh rumahnya gelap.Dah pukul 11.58 minit malam ke mana Aisya pergi.Dia berjalan menuruni tangga dalam gelap dan melihat cahaya lilin di atas meja.Nadim pergi ke meja dan ingin memadan lilin tersebut.

Happy birthday to youuu
Happy birthday to youuu
Happy birthday to my husband..
Happy birthday to youuu...

Aisya keluar dari dapur bersama kek dan tersenyum ke arah Nadim.Nadim yang terkejut terus melihat jam tangannya yang menunjukkan tarikh 19.10 tepat jam 12 malam.Dia tersenyum kerana dia terlupa hari ini hari lahirnya.Aisya lantas membuka lampu kerana lemas dengan suasan gelap.

"Thank you sayang.."Tersedar dengan apa yang dia panggil Nadim membetulkan panggilannya."i mean thank you Aisya sayang."

Aisya tersenyum tawar dan hanya mengangguk."cepat potong kek i lapar ni."Aisya cuba menukar topik.Nadim menghembus nafas lega.

"Susah-susah je u buat kek ni untuk i."Nadim memandang wajah Aisya yang sedang memakan kek.

"Tak susah la..Lagipun kalau sambut pagi esok tak sempat laa..u nak kena fly ke German pagi esok kan."Aisya menjawab tanpa memandang Nadim.

"Haah la..cepat la makan i rasa dah mengantuk ni."Nadim mengesat matanya kerana mengantuk.

"U pergi tidur dulu sebab esok u kena bangun awal..i tak apa sebab cuti kan esok."Nadim yang sangat mengantuk terus naik ke bilik.

Nadim menarik begnya menuju ke balai perlepasan.Tapi dia berhenti apabila Natasha berada di hadapannya.

"Nat..saya kata jangan ganggu saya selagi saya tak bercerai kan?Nadim duduk di atas kerusi sambil memegang kepalanya.

"Selagi tak bercerai?Kalau macam tu sampai bila-bila la i tak boleh ganggu u?"Natasha memandang Nadim dengan tajam.

"Apa maksud awak ni?"Nadim sedikit terkejut dengan pertanyaan Natasha.

"I nampak u bukan main bahagia lagi berpeluk dengan Aisya.Macam mana nak bercerai?"Natasha tersenyum sinis.

"Awak mengintip saya?!!"Suara Nadim sedikit tinggi."Apa masalah awak ni Nat!!!."Nadim menjerkah Natasha kerana geram dengan sikap Natasha.Orang ramai memandang mereka kerana terdengar jerkahan Nadim.

"What??u jerkah i?Nadim u tak pernah jerkah i tau..U dah berubah la Nadim."Natasha yang terasa kerana dijerkah terus berlalu pergi.Nadim hanya memandang kelibat Natasha.Dia menggeleng kepala dan terus pergi ke kapal terbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience