Chapter 4

Romance Completed 7262

Aisya dan Nadim meletakkan basikal di hadapan sekolah dan masuk ke sekolah.Mereka memang selalu datang awal kerana mereka merupakan pengawas sekolah.Sebut sahaja nama Aisya dan Nadim semua orang kenal kerana mereka sangat aktif di sekolah dan merupakan pelajar harapan sekolah.Ramai yang mengatakan mereka bercinta kerana sering bersama tetapi mereka hanya sahabat baik.

"Aisya kalau kawan kau sendiri suka kau agak-agak kau boleh terima tak?"Nadim berjalan tepi Aisya menuju ke perpustakaan.

"Hishh tak mahu la aku..Nanti rosak la persahabatan kalau kawan sendiri ada perasaan kat aku.."Aisya mengerutkan dahi kerana pelik dengan soalan Nadim."Kenapa kau tanya aku macam tu?"Aisya memandang Nadim sambil membuka kasut untuk masuk ke perpustakaan.

"Tak ada apa..Aku saja tanya."Nadim tersenyum tawar dan terus masuk ke dalam perpustakaan.Di dalam perpustakaan ada seorang budak perempuan tiba-tiba datang dan memberi coklat kepada Nadim."Buat apa bagi coklat ni dekat saya?"Nadim memandang budak itu dengan pelik."Saya harap abang Nadim boleh terima la coklat ni sebagai tanda perkenalan."Budak itu tersenyum malu.Nadim mengambil coklat itu lalu terus duduk di hadapan Aisya.

"Wuishh ada peminat la..Cantik jugak budak junior tu."Aisya cuba mengusik Nadim."Nama dia siapa Nadim?"Aisya memandang Nadim.

"Entah..Aku tak tanya pun aku ambil
Coklat terus aku pergi malas layan."Nadim membuka buku untuk baca.Aisya mencebikkan bibir melihat Nadim."Kau ni layan la kesian budak tu..Lagipun kau single kan."Aisya cuba memujuk Nadim.Dia akui Nadim mempunya wajah yang kacak sehinggakan ramai perempuan yang ingin berkenalan dengan Nadim tapi Nadim tidak mahu layan.

"Semua perempuan tu suka aku sebab rupa aku je..Aku nak perempuan yang suka aku bukan sebab rupa."Nadim berterus terang kenapa dia tidak layan perempuan yang ingin berkenalan dsngannya."Siapa kata aku single?"Nadim memandang Aisya.Aisye terkejut apabila Nadim berkata begitu.

"Kau dah ada makwe ke Nadim?Tak bagi
tahu aku pun."Aisya membuat muka sedih.Nadim menutup buku dan memandang Aisya."Kau la makwe aku..Makwe simpanan."Nadim terus ketawa kerana dapat mengenakan Aisya.Aisya yang geram dengan Nadim terus memukul Nadim dengan buku yang tebal."Main-main la kau ni..Tak hingin aku jadi makwe kau..Kau tau aku single sampai sekarang semuanya sebab kau."Aisya menjeling ke arah Nadim."Kenapa aku pulak?"Nadim memandang Aisya dengan pelik.

"Semua lelaki takut nak dekat dengan aku sebab kau selalu berkepit dengan aku."Aisya sengaja berkata begitu sedangkan dia memang tidak suka bercinta ketika masih bersekolah."Tapi kalau betul kita bercinta pun okey juga kan?"Nadim sengaja menduga Aisya.Belum sempat Aisya menjawab loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.Nadim sedikit hampa kerana tidak mendapat jawapan dari Aisya.

Aisya terkejut dari lamunannya apabila terasa tangan menyentuh bahunya.Nadim hanya tersengih melihat muka Aisya yang terkejut dengan kedatangannya."Berangan apa sorang-sorang?"Nadim duduk di tepi Aisya."Saja teringat zaman sekolah."Aisya tersengih memandang Nadim."Dah lama kita tak lepak dekat pondok ni kan?"Nadim memandang pondok yang menjadi tempat mereka berenam selalu melepak."lapan tahun Nadim u pindah dari sini memang la tak lepak.Lagipun masing-masing dah kerja mana ada masa nak balik lepak."Aisya memandang pokok-pokok yang bergoyang kerana ditiup angin.

Nadim dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur setelah Nadim tamat SPM kerana Ayahnya ingin memulakan perniagaan di sana.Tapi dia dan Nadim tidak pernah terputus hubungan kerana mereka selalu mengutus surat.Apabila Aisya mendapat kerja sebagai Arkitek di Kuala Lumpur mereka semakin mudah untuk berjumpa.

"Tak sangka kita boleh kahwin kan Aisya.Sahabat-sahabat kita yang bercinta dulu pun kahwin."Nadim tersengih kerana gembira Izaril dan Faheem dapat mengekalkan hubungan mereka sejak dari bangku sekolah sehingga bekerja."Tapi kita kahwin sebab lain Nadim."Aisya mengingatkan Nadim.Nadim menunduk lalu berkata."Jomlah kita bercinta lagipun u single i pun single."Nadim memandang Aisya.

"U dah lupakan dia ke Nadim?"Aisya bangun dan terus pulang ke rumah.Nadim tercengang dengan pertanyaan Aisya."Kalau kau tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati aku Aisya pasti kita tak berjumpa sehingga sekarang."Nadim mengeluh melihat Aisya yang semakin jauh.

Pagi itu Aisya masuk ke kelas dan pelik melihat Nadim hanya berdiri dan memandang papan hitam."Kau kenapa Nadim?"Aisya turut memandang papan hitam dan melihat ada sesuatu di papan hitam.Aisya membaca tulisan itu."Nadim cintakan Aisya?Siapa yang tulis ni?"Aisya terus memadam tulisan itu kerana takut orang lain baca."Ini mesti budak-budak yang dengki dengan kita ni aku rasa."Nadim sedikit gugup."hah buat apa berdua pagi-pagi ni?"Mereka terkejut kerana disergah oleh Safiya."hish kau ni cuba bagi salam boleh?"Safiya tersnegih kerana dimarahi Aisya.

"Nadim kau tak ada perasaan ke dekat Aisya tu?"Izaril memandang Nadim yang sedang membuat kerja sekolah."Tak."Hanya sepatah yang keluar dari mulut Nadim."Tipu la kau ni..Tak mungkin tak ada..Aisya tu cantik kot dengan putihnya.."Faheem pula cuba memprovok Nadim."Kau nak aku buktikan macam mana?"Nadim meletakkan pennya dan memandang Faheem dan Izaril."Aku nak kau pergi dekat Aisya dan cakap i love you."Faheem dan Izaril tersenyum.Tanpa berkata apa-apa Nadim terus pergi ke meja Aisya.

"Aisya I love you."Sekali nafas Nadim menuturkan ayat itu.Aisya,Safiya dan Najwa yang sedang bersembang memandang Nadim tanpa berkelip.Tiba-tiba Nadim ketawa dengan kuat."Nampak tak?Kan aku dah cakap aku tak ada perasaan dekat dia."Nadim memandang Izaril dan Faheem.Nadim ke tempat duduknya dan masih ketawa.Aisya yang mulanya terkejut berasa sedih kerana dipermainkan oleh Nadim.Memang dia tidak ada perasaan dekat Nadim tapi ayat itu bukan untuk gurauan.Safiya dan Najwa melihat muka keruh Aisya hanya menggeleng kepala.Dalam ketawa Nadim berasa sedih.

"Awak ni tak baik la suruh Nadim buat macam tu dekat Aisya."Safiya memarahi Faheem."Kami saja nak tengok mereka tu ada perasaan antara satu sama lain ke tak."Faheem memandang Safiya dan Najwa di hadapannya."Awak pun Iz sama je dengan Faheem..Kesian Aisya."Najwa pula memarahi Izaril."Ala sayang kami gurau je..Nanti kami mintak maaf dekat Aisya."Izaril mengenyit matanya.

Selepas rehat mereka semua menunggu guru untuk masuk.Nadim pelik melihat Aisya yang hanya diam dan tidak banyak bercakap dengannya.Baru Nadim hendak memanggil Aisya gurunya sudah masuk bersama seorang perempuan yang boleh dikatakan cantik.

"Okey semua hari ini kita ada pelajar baru.Sila kenalkan nama awak dekat semua."Perempuan itu memandang seluruh kelas."Nama saya Natasha Darlina binti Dato Hamza."Dia tersenyum memandang rakan yang lain.Suasana kelas sunyi kerana dengar nama bapanya yang berpangkat Dato."Awak duduk di tepi tingkap tu."Guru itu menunjukkan tempat duduk di belakang Nadim.Nadim memandang Natasha tanpa berkelip.Tapi cepat-cepat dia mengalihkan matanya apabila bertembung mata dengan Natasha.

Nadim tersedar apabila merasakan titisan air jatuh atas tangannya.Nadim bingkas bangun untuk pulang kerana hari hendak hujan.Nadim masuk ke dalam rumah dan lihat adik iparnya sedang bermain game."Kak Aisya mana Raf?"Nadim duduk sebelah Azraf."Akak kat dalam bilik.Jom lawan bola bang."Azraf memberi remote controller kepada Nadim."Bersedia ke nak kalah ni?"Nadim cuba memprovok.

Aisya terdengar bunyi riuh di ruang tamu.Mesti Nadim dah balik tu yang riuh tu.Aisya keluar dari bilik menuju ke ruang tamu."Lawan bola macam bergaduh la korang ni"Aisya duduk di atas kerusi sambil memandang Nadim dan adiknya.Belum sempat Nadim menjawab bapa mertuanya datang menyampuk."Biaqlah depa dok bising riuh sikit..Hang nak sunyi tara mana.?"Encik Alfian duduk menghadap Aisya."Ni hampa cuti berapa lama?"Aisya tersengih memandang ayahnya."Cek cuti seminggu ja lagi abah.Nadim cuti dua minggu."Aisya memberitahu ayahnya."Bila nak p balik Kuala Lumpur?Elok balik awai la kemas barang nak pindah rumah noh."Encik Alfian memberi cadangan.Nadim hanya mengangguk kerana dia tidak kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience