Chapter 12

Romance Completed 7262

Puan Nafisah membuka pintu apabila terdengar bunyi kereta dan melihat anaknya keluar dari kereta.Dia menyambut Nadim dengan senyuman lalu memeluk Nadim.Nadim terus masuk ke dalam rumah dan tersandar lesu di atas sofa.

"Penat sangat la tu sampai muka pun masam je."Puan Nafisah tersenyum melihat muka anaknya yang masam mencuka.

"Mama..Nadim nak peluk mama boleh?"Nadim menunjukkan muka kesian kepada mamanya.Kali ini dia betul-betul perlukan mamanya.Dia rindukan mamanya tambahan pula Aisya pergi tinggalkan dia.

"Mengada la kamu ni..Dah besar kan dah berbini dah pun.."Puan Nafisah hanya menggeleng kepala dengan gelagat anak tunggalnya.

"Aisya dah tinggalkan Nadim ma."Suara Nadim bergetar ketika menyebut nama Aisya.Dia begitu rindu dengan isterinya.

Puan Nafisah hanya ketawa sambil menggeleng kepala."Sudah jangan nak berdrama..Aisya ada dekat dalam bilik tu tengah tidur agaknya sebab masa dia datang tadi muka macam tak sihat."

Nadim terus bangun dan berlari masuk ke dalam biliknya.Dia berasa lega melihat Aisya yang sedang nyenyak tidur di atas katil.Nadim mengusap pipi Aisya dan mengucup dahi Aisya.Aisya tersedar apabila merasakan ada sentuhan di dahinya.

"U..u buat apa dekat sini?"Aisya bangun seraya mengesat matanya.Dia seakan tidak percaya Nadim di hadapannya.

"I datang jumpa isteri i la..kenapa u tutup telefon?U tak baca mesej i?"Bertalu-talu Nadim bertanya kepada Aisya.Dia sangkakan Aisya sudah pergi jauh dari hidupnya.

"Tapi Natasha?I tutup telefon sebab i tahu u tak akan cari i."Aisya menunduk sedih.

"Natasha tak ada kena mengena dalam hidup kita sekarang..Kenapa u fikir i tak akan cari u?"Nadim mengangkat muka Aisya memandangnya.

"Sebab u cintakan Nat kan.."Aisya tersenyum tawar.Dia sedar siapalah dia di hati Nadim.Memang niatnya hendak tinggalkan Nadim tapi semalam mereka telah bersama dan dia tidak salahkan Nadim kerana itu memang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Nadim mencuit hidung Aisya kerana geram."U ni memang tak faham kan?"

Aisya memandang Nadim dengan pelik."Apa yang i tak faham?"

"U tak faham ke yang i hanya cintakan u seorang saja..Dari dulu sampai sekarang.."Nadim berterus terang dengan Aisya.Nadim rasa Aisya perlu tahu perkara sebenar.

"Tak mungkin la dari dulu u ni."Aisya menggelengkan kepalanya.Tak mungkin kerana dulu Nadim cintakan Natasha.

"U tau tak i cintakan u sebelum Natasha datang lagi.."Nadim menunduk sungguh dia sedih kerana Aisya tidak percayakannya.

"Kenapa u tak bagi tahu i dari dulu?"Aisya sengaja menduga Nadim.Kalau benar Nadim cintakan dia dari dulu kenapa tidak berterus terang.

"U ingat tak i ada tanya u macam mana kalau sahabat u jatuh cinta dengan u?"Aisya hanya mengangguk."So masa tu i tak jadi nak bagi tahu sebab i takut sangat i akan hilang sahabat i..Biar i tanam cinta i ni asalkan i tak hilang u dalam hidup i."Nadim mengenggam tangan Aisya.Sungguh dia sanggup tanam cintanya supaya dia dan Aisya sentiasa bersama.

Aisya terharu memdengar cerita Nadim.Sungguh dia tidak sangka begitu Nadim mencintainya."Maafkan i sebab lambat balas cinta u.."Aisya mengucup tangan Nadim."Tapi lepastu u jatuh cinta dengan Natasha kan?"

Nadim menggelengkan kepalanya ."Nope..I terpaksa gunakan dia untuk lupakan rasa cinta i pada u..I ingat berjaya tapi tak.."Nadim hanya tersengih memandang Aisya.

"Habis kenapa u sedih teruk sangat masa Natasha pergi."Aisya setia memandang wajah Nadim.

"Sebab i nak u pujuk i dengan kasih sayang..Kalau tak u asyik pukul i je."Nadim melentokkan kepalanya di dada Aisya.

"Mengada la u ni..Kesian Natasha..So sekarang Natasha macam mana?"Aisya sedikit risau memikirkan Natasha.

Baru Nadim hendak menjawab telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.Dia membuka mesej tersebut.

"Nadim..I sedar siapa i di hati u...Patutnya dari dulu lagi i patut sedar tapi i tak dapat nak halang hati untuk terus dekat dengan u...Walaupun i tahu hanya jasad u dengan I tapi hati u dengan Aisya i tetap jadi kekasih u...Mesti u pelik macam mana i tahu u cintakan Aisya kan?Hanya orang yang buta saja yang tak tahu Nadim..I nampak cara u layan Aisya Nadim i nampak cara u pandang Aisya cara u ambil berat terhadap Aisya..i tahu Nadim u sangat cintakan dia..Tapi i tak kisah u gunakan i pun sebab i cintakan u..Cukuplah dulu i jadi penghalang cinta u tapi sekarang i nak u berani kejar cinta u..i harap u berjaya..Kirimkan maaf i dekat Aisya kerana telah ambil cinta dia.."

Aisya memandang Nadim selepas membaca mesej dari Natasha."u kesian Natasha.."

"U..Jangan risau dia okey.."Nadim memeluk Aisya."u tahu kan Safiya dah bersalin?"

"Dah..i ingat esok nak pergi melawat..u teman i tau esok."Aisya mengenyit mata dekat Nadim.

Nadim hanya mengangguk."Amboi nak goda i ke malam-malam ni."Nadim saja mengusik Aisya.

Aisya terus menjenggilkan matanya.Nadim hanya ketawa kerana dia berasa bahagia sekarang."u..i ingat nak bagi hadiah birthday kat u la.."Nadim memandang Aisya dengan serngihan.

Aisya memandang Nadim dengan pelik.Birthdaynya sudah sebulan berlalu patutnya dia yang bagi Nadim."U kan dah bagi hadiah dekat i hari tu..Nak bagi hadiah apa lagi?"

"Ni hadiah lain sikit.Ni i nak bagi hadiah macam u bagi dekat i semalam."Nadim tersengih gatal.

"Hishh macam-macam la u ni..sudah pergi tutup lampu.."Aisya sengaja mengusik Nadim.Nadim membuat muka sedih."Pergi la tutup lampu kata nak bagi hadiah birthday."Laju sahaja Nadim menutup lampu dan pergi ke katil.

Nadim menggeletek Aisya sehinggakan Aisya terjerit.Lantas Nadim menutup mulut Aisya bimbang mama dan papanya dengar."Jangan la jerit kuat sangat nanti apa mama dan papa fikir."Nadim seakan berbisik.

"Eii u tu geletek i kenapa?U tahu kan i tak tahan geli."Aisya memuncungkan bibirnya.

Nadim hanya ketawa dan dia lihat Aisya hanya diam menandakan dia merajuk.Nadim mencium pipi Aisya dan ciumnya menjalar hingga ke leher Aisya.Mereka bertentang mata seketika sebelum melayari bahtera kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience