Chapter 10

Romance Completed 7262

Sudah seminggu Aisya bersendirian di rumah.Minggu depan baru Nadim pulang ke rumah.Aisya memang bahagia dengan Nadim tapi dia tidak tahu perasaan Nadim.Sedang dia menyiram pokok bunga di halaman rumah.Dia terlihat sebuah kereta mini cooper masuk ke perkarangan rumahnya.Dia terkejut melihat Natasha keluar dari kereta itu.

"Hye Aisya.."Natasha tersenyum plastik terhadap Aisya.Dia terus duduk di atas buaian besi di tepi Aisya."i datang ni ada hal yang nak bincang dengan u."

"Cakap jelah Nat hal apa?"Aisya malas hendak memanjangkan cerita dan terus bertanya.

"I nak u tinggalkan Nadim.Tolong la jangan rampas Nadim dari i."Natasha berpura-pura menangis di hadapan Aisya.

Aisya memandang Natasha dengan simpati."ye Nat aku akan tinggalkan Nadim.Nanti dia balik sini aku terus minta cerai dont worry."Aisya berjanji dengan Natasha walaupun hatinya bagai dirobek.

Natasha terus memeluk Aisya"Thank you Aisya.U memang seorang sahabat yang baik untung Nadim ada u."

"Biasa je..So kau nak minum apa?"Aisya pelawa Natasha untuk minum dirumahnya.

"Oh tak perlu Aisya.i ada hal penting lepas ni..i gerak dulu ye bye.."Natasha terus masuk ke dalam keretanya.Dia tersenyum sendirian kerana rancangannya berjaya.

"Dia datang jumpa kau ke Aisya?Berani betul la minah tu..hishh"Najwa memegang penumbuknya setelah mendengar cerita Aisya.

"Kau pun boleh pula cakap baik-baik dengan dia.Patutnya kau pertahankan hak kau."Safiya memandang Aisya dengan pandangan yang geram.

"Nadim cintakan dia..Kalau aku pertahankan pun tapi Nadim tak..Tak ada gunanya.."Aisya mengeluh dan tanpa dua sedar air matanya tumpah setitis demi setitis.Seraya itu Najwa dan Safiya memeluk Aisya.

Aisya mematikan enjin keretanya.Dia duduk seketika di dalam kereta sebelum masuk ke rumah ibu mertuanya.

"Assalamualaikum."
Aisya memberi salam seraya masuk ke dalam rumah.Dia sengaja melawat mam dan papanya kerana mama dan papanya baru pulang dari oversea semalam setelah 9 bulan duduk di sana atas urusan kerja.

"Waalaikumusalam..laa Aisya datang kenapa tak bagi tahu mama?Mama tak masak apa lagi ni."Puan Nafisah menyambut hulurun tangan menantunya dan terus memeluk Aisya kerana di terlalu rindukan menantunya.

"Saja nak buat kejutan dekat mama..Tak apa la kita boleh masak sama-sama baru seronok."Aisya dan puan Nafisah berjalan dan duduk di sofa.

"Nadim bila balik dari German?"Puan Nafisah memandang Aisya menanyakan perihal anaknya.

"Lusa Nadim balik la mama..Papa mana dari tadi tak nampak."Aisya memandang sekeliling rumah mencari papa mertuanya.

"Papa keluar la jumpa kawan-kawan dia..Macam mana dah ada isi ke?"Puan Nafisah tersenyum memandang Aisya.Sengaja dia bertanya begitu kerana ingin mengusik menantunya.

"Belum ada lagi la mama..Tak ada rezeki lagi."Aisya ketawa kerana ingin menutup bohong dan rasa sedih kerana perkara itu tidak akan pernah terjadi.

"Mama gurau je..Tak apa luangkan la masa berdua dulu nanti dah bosan berdua bertiga pula."Puan Nafisah menepuk bahu menantunya supaya tidak berasa sedih."Jom kita pergi dapur masak sama-sama."

Baru Aisya hendak bangun telefonnya berbunyi.Puan Nafisah menyuruh Aisya menjawab dahulu panggilan itu.

"Assalamualaikum..Kenapa telefon?"Aisya bertanya dingin kepada Nadim.

"Waalaikumusalam sayang..amboi macam tak suka je i telefon.."Nadim sempat mengusik Aisya.Dia berasa tenang setelah mendengar suara Aisya.

"Bukan tak suka..Cepat la kenapa telefon?I nak tolong mama masak ni."Aisya tidak tahu kenapa dia melayan Nadim begitu walhal dia begitu rindu dengan Nadim.

"I rindu u la..u dekat rumah mama?Mama dan papa sihat tak?"Nadim agak terkejut kerana dia ingatkan mama dan papanya masih di Itali.Rindu sungguh dia terhadap orang tuanya.

"Simpan la rindu u dekat Nat..Alhamdulillah mama dan papa sihat."Aisya sengaja menyebut nama Natasha kerana ingin lihat reaksi Nadim.

"Kenapa perlu ada Natasha dalam perbualan kita?Okey i ada hal ni tolong kirim salam rindu i dekat mama dan papa."Nadim terus memutuskan talian kerana dia tidak suka Aisya menyebut nama Natasha.Dia mengeluh sendiri.

Aisya hanya memandang sayu skri telefonnya.Baru sahaja menyebut nama Natasha Nadim sudah berubah apakan lagi bila bertemu.Dia tahu Nadim sangat cintakan Natasha.Dia menggeleng kepala lalu terus ke dapur.

Aisya sedikit berdebar menunggu kepulangan Nadim.Dia berdebar untuk meminta cerai meski dia tahu mereka telah berjanji untuk tinggal selama 3 bulan tapi dia takut dia tidak boleh mengawal perasaannya dan menjadi penghalang antara Nadim dan Natasha.Dia melihat jam sudah pukul 10 malam tapi Nadim masih tidak sampai.Aisya mengambil keputusan untuk menelefon Nadim.

"Tutt..tuttt..tutt."
Aisya menanti Nadim menjawab dengan Sabar.Setelah menunggu Nadim menjawab telefon.

"Hello"

Aisya terus mematikan telefon kerana bukan Nadim yang menjawab telefon tapi Natasha.Air mata Aisya mengalir dengan laju.Patut la Nadim tidak sampai lagi dia pergi jumpa Natasha.Sekarang Aisya bertambah yakin untuk minta cerai kerana dia bukan siapa-siapa dia cuma sahabat bagi Nadim.Aisya terlena di atas sofa setelah puas menangis.

Nadim yang baru keluar dari tandas terus mengambil telefonnya di atas meja.Dia pelik melihat Natasha yang agak kalut apabila dia datang ke meja.

"Kenapa nak jumpa saya ni?"Nadim terus bertanya kerana dia sungguh letih kerana telah lewat malam.

"U dah tak sudi ke nak jumpa i?Nadim jom kita kahwin."Natasha memandang Nadim dan menarik tangan Nadim.

Nadim menarik cepat-cepat tangannya."apa pegang-pegang ni?Haram tau tak."Suara Nadim sedikit tinggi."saya dh kata tunggu 3 bulan kenapa awak tak sabar sangat ni."

"Kalau dengan Aisya tu sampai berpeluk boleh je.I pegang sikit je tangan u dah nak marah..okey i boleh sabar."Natasha agak sebal dengan sikap Nadim.

"Aisya dengan saya halal okey..kalau awak boleh sabar jangan la gesa saya..Saya nak balik ni penat sangat."Nadim mengeluar not lima puluh ringgit dan meletakkan di atas meja lalu keluar dari cafe itu.

Nadim masuk ke dalam rumah dan melihat Aisya yang terlena di atas sofa.Dia terus mengangkat Aisya naik ke bilik.Nadim meletakkan Aisya di atas katil lalu dia menatap lama wajah Aisya wajah yang dia rindui.Matanya tertacap pada bibir mungil Aisya.Terlalu keasyikkan melihat dia mencium Aisya.Tersedar dengan tindakannya dia lantas memalingkan wajahnya.Nadim memegang bibirnya dan tersenyum nasib baik Aisya tidak tersedar.Nadim menarik selimut untuk menyelimut Aisya dan tanpa sengaja dia tertarik kain Aisya dan terselak sehingga menampakkan betis Aisya yang putih gebu.

"Gulp."
Nadim menelan kesat air liurnya.Sungguh ini kali pertama dia melihat betis Aisya.Tidak dapat menahan gelojak nafsunya Nadim memegang betis Aisya dan menarik kain Aisya sehingga menampakkan pehanya.Nadim terus merangkul badan Aisya.

Aisya yang sedang mamai memeluk Nadim kembali kerana dia menyangkakan dia memeluk bantal peluk.Perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada malam itu atas kerelaan masing-masing.

Pagi itu Nadim tersedar kerana mendengar azan subuh.Dia perlu bangun untuk menunaikan kewajibannya.Dia melihat ruang di sebelahnya kosong dan menyangkakan Aisya mungkin pergi ke bilik lain.Dia sedikit menyesal kerana tidak menahan nafsunya.Lepas solat dia akan memujuk Aisya.Dia lantas mandi dan menunaikan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience