Chapter 5

Romance Completed 7261

Nadim dan Aisya bertungkus lumus mengalih barang-barang Aisya masuk ke dalam rumah banglo milik Nadim.Aisya agak kagum dengan Nadim kerana rumahnya sangat kemas dan tersusun walaupun Nadim sibuk bekerja.

"I nak kena duduk bilik mana satu ni?"Aisya mengesat peluh di dahi kerana penat mengemas baju-bajunya.Nadim memandang Aisya dengan pelik."Dekat bilik i la."Nadim terus mengangkat barang-barang Aisya masuk ke biliknya Aisya tanpa banyak soal mengikut Nadim.

"Kita tidur satu bilik ke?"Aisya bertanya berhati-hati."I bukan apa..I takut u tak selesa je."Aisya cuba menenangkan keadaan.

"Suami isteri wajib tidur satu bilik satu katil."Tegas Nadim mengeluarkan suara."I yang tak selesa ke u?"Nadim terus keluar dari bilik.Aisya hanya menjongket bahu dan memesukkan bajunya ke dalam almari.

Sedang Aisya mengemas barang-barang dia ternampak gambarnya dan Nadim sedang memegang piala.Dia teringat kembali ketika Natasha mula datang ke dalam hidup mereka.

Sejak belakangan ini Aisya jarang berjumpa dengan Nadim kerana Nadim asyik berkepit dengan Natasha.Dia mula terpinggir apabila Nadim tidak lagi pulang dari sekolah bersamanya.

"Aisya petang nanti kita tengok perlawanan bola nak?"Safiya memandang Aisya menanti jawapan.

"Tak mahu la..Aku rasa petang nanti aku nak duduk rumah je."Aisya cuba mengelak.Safiya pelik dengan sikap Aisya."Jom la..Kan Nadim main sekali kau tak mahu sokong sahabat baik kau tu ke?"Safiya cuba memujuk.Aisya hanya mengeluh."Iyelah petang nanti kita jumpa."Aisya terus terima kerana tidak mahu Safiya bertanya macam-macam.

Petang itu Aisya,Najwa dan Safiya pergi ke padang untuk melihat perlawanan bola.Hanya Safiya dan Najwa yang menyorak untuk memberi semangat tapi Aisya hanya diam.Dia agak terasa dengan Nadim yang jarang berjumpanya."Kau tahu kan Natasha dengan Nadim bercinta?"Najwa memandang Aisya.Aisya hanya menjongket bahu kerana dia tidak ambil tahu.

Sekolah mereka menjuarai perlawanan itu.Najwa dan Safiya masing-masing pergi bergambar dengan Faheem dan Izaril.Aisya hanya duduk di bangku dan melihat Nadim yang meluru ke arah Natasha."Kau dah lupakan aku ke Nadim."Aisya bersuara perlahan dan menunduk memadang rumput.Dia melangut apabila terasa ada orang berdiri di hadapannya.

"Tak mahu bergambar dengan pakwe simpanan kau ni?"Nadim mengenyit mata ke arah Aisya.Aisya hanya tersenyum tawar."Kau marah aku ke Aisya?"Nadim duduk di tepi Aisya.Aisya hanya berdiam diri.Nadim menggaru kepalanya kerana dia tidak selesa apabila Aisya hanya berdiam.Tiba-tiba Nadim mendapat satu idea.Dia mencuit pinggang Aisya menggunakan piala yang dia pegang.Seraya itu Aisya tergelak kerana Aisya tidak tahan geli.

"Haa ada pun suara..Jom kita ambil gambar."Nadim memanggil Safiya untuk menangkap gambar mereka berdua.Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memandang gelagat mereka dari jauh.

"Awak dengan Aisya dah berapa lama berkawan ye?"Natasha memandang Nadim di hadapannya.

"Saya mula berkawan dengan Aisya dari umur 8 tahun sampai sekarang..Sebab tu kami sangat rapat."Nadim tersenyum manis.

Natasha hanya mengangguk."Awak takkan tak ada perasaan langsung dekat Aisya?Setahu saya lelaki dengan perempuan tak boleh jadi sahabat sebab salah seorang mesti akan jatuh hati."Natasha sengaja menduga Nadim.Nadim sedikit terkejut dengan pertanyaan Natasha tapi cepat-cepat dia menutup riak terkejutnya."Itu orang lain tapi saya dengan Aisya tak ada perasaan macam tu pun."Nadim terus menyambung kerjanya.

Sedang Nadim sibuk membuat kerja dia terdengar suara yang sangat dikenalinya menjerit.Laju sahaja Nadim berlari keluar kelas meninggalkan Natasha dan melihat Aisya yang sedang melompat kerana takut dengan ular plastik yang berada di atas lantai.Nadim cepat-cepaf mengalihkan ular plastik tersebut."Siapa punya kerja ni?!"Suara Nadim sedikit meninggi memandang orang yang berada di luar kelas."Aku..Aku mintak maaf la aku ingat nak bergurau je tapi tak sangka Aisya aka jerit macam tu."Syafiq kelas sebelah memberanikan diri mengaku.Nadim terus berdiri di hadapan Syafiq."Nak berguarau ada caranya..Dah jom Aisya masuk kelas."Nadim dan Aisya terus masuk ke kelas.

Aisya tersenyum melihat gambar itu.Apabila teringat nama Natasha senyuman Aisya mati.Selepas mereka semua tamat sekolah Natasha terus berpindah dari kedah.Ketika itu Nadim bagai hilang arah kerana Natasha tidak meninggalkan pesan.Waktu itu dia yang selalu menasihatkan Nadim untuk terus kuat.Nasib baik Nadim masih berfikiran waras dan kembali seperti sediakala.Tapi selepas itu Nadim juga berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Pilot.

"U nak makan apa nk?I nak masakkan."Aisya duduk di tepi Nadim yang sedang menonton televisyen.Tapi Nadim hanya diam dan melihat televisyen.Aisya mengambil remote televisyen dan menutup televisyen.Nadim yang sedang kusyuk cuba mengambil kembali remote tersebut.Berlaku sedikit pergelutan dan Asiah hilang keseimbangan apabila Nadim menolaknya.Dengan spontan Aisya menarik Nadim ketika hendak jatuh.

Masa bagaikan terhenti apabila Aisya bertembung mata dengan Nadim.Masing-masing asyik dengan keadaan itu."Dapatpun remote ni."Nadim mengambil remote di tangan Aisya.Aisya pula hanya berdehem kerana dadanya terasa berdebar."I pergi dapur masak sekejap."Aisya terus berlalu ke dapur.Nadim yang melihat Aisya hilang dari pandangan matanya terus memegang dadanya dan tersenyum.

Selesai solat isyak Nadim dan Aisya baring di atas katil.Nadim sibuk dengan telefonnya dan Aisya membaca buku."Esok pagi u nak makan apa?"Aisya memandang Nadim.Nadim menutup telefonnya dan memandang kipas."hmm u pandai masak apa?"Nadim mengangkat sebelah keningnya."i pandai masak makanan Itali,Thailand dan banyak lagi.U cakap je nak makan apa."Aisya tersengih memandang Nadim.

"Wauuu..Hebat laa u..Tapi esok i nak makan nasi lemak la."Nadim terliur apabila menyebut nasi lemak.Sudah lama dia tidak makan nasi lemak."Okey untuk u esok i masak special."Aisya mengenyit mata ke arah Nadim.

"U nak goda i ke Aisya?Malam-malam pulak tu."Nadim membuat muka nakal.Aisya terus meletakkan bantal peluk di bahagian tengah."u jangan macam-macam eh..Dah jom tidur."Aisya terus menarik selimut.Nadim hanya ketawa dan terus menutup lampu.

Pagi itu Nadim makan dengan penuh selera.Dia tidak sangka Aisya pandai memasak kerana selama ini Aisya tidak pernah menceritakan."U masuk kerja pukul berapa?"Nadim memandang Aisya yang sedang makan.

"Pukul 8.30 i dah kena ada dekat office..Kenapa?"Aisya memandang Nadim dengan kerutan di dahi.Nadim melihat jam di tangannya."Kejap i panaskan enjin kereta..I hantar pergi office."Nadim terus bangun dan pergi ke sinki untuk basuh tangan lalu ke garaj.Aisya pun cepat-cepat menghabiskan makanannya.

Dalam perjalanan Aisya dan Nadim hanya diam melayan perasaan sendiri.Nadim berdehem kerana berasa janggal dengan suasana itu."Mulai hari ni i akan hantar u pergi kerja kalau i cuti..Kalau i kena fly u pergi sendiri okey?"Nadim bercakap tanpa memandang Aisya.

"Nanti kalau i kena keluar pergi jumpa client macam mana?"Aisya memandang Nadim."Lagi satu..Tak menyusahkan u ke kena hantar dan ambil i?"Aisya bukan tidak suka Nadim menghantarnya tetapi dia lebih selesa pergi sendiri.

"Kereta Safiya dengan Najwa kan ada..Pinjam la..U tak menyusahkan i pun u kan isteri i."Nadim tersenyum memandang Aisya.

Kereta Nadim berhenti di hadapan office Aisya.Aisya mengambil beg kerjanya dan keluar dari kereta.Tapi belum sempat Aisya keluar Nadim menarik tangannya."Kenapa?I nak cepat ni.."Aisya memandang Nadim dengan pelik.Nadim menghulurkan tangannya ke arah Aisya."Nak kena salam ke?U kan sahabat i tak payah la.."Aisya tersengih.

"Cepat salam."Nadim menjegilkan mata.Aisya terus menyambut huluran tangan Nadim dan terus pergi ke office.Nadim mengeluh melihat kelibat Aisya berlalu."Kau tak faham lagi ke Aisya.."Nadim terus menekan pedal minyak untuk pulang.

"Ehh..Kau datang naik apa Aisya?"Safiya yang baru sampai memandang Aisya yang sedang melukis bangunan."Aku datang naik kereta la."Aisya tekun melukis bangunan yang harus disiapkan."Nadim hantar aku."Aisya menyambung lagi kerana dia tahu Safiya mesti pelik keretanya tiada di parkir."Ewahh..Nadim tu sayang betul dekat kau sampai sanggup ambil dan hantar kau."Najwa sengaja mengusik Aisya.

"Eee tak ada maknanya..Kami sahabat okey ofcourse dia hantar aku."Aisya memandang Safiya dan Najwa."Korang suami isteri la Aisya..Kau tak ada perasaan langsung ke dekat Nadim?"Najwa duduk menunggu balasan Aisya."please la..No aku tak mungkin ada perasaan tu dekat dia dan dia pun mesti tak ada perasaan tu dekat aku.."Aisya mencekak pinggang kerana penat mereka asyik menyoal tentang perasaannya.

"Kau yakin Nadim tak ada perasaan langsung dekat kau?"Safiya sengaja menduga Aisya."Tak mungkin la..Dia kan tunggu Natasha."Suara Aisya sedikit mengendur.Dia tidak tahu kenapa hatinya sakit apabila menyebut nama Natasha."Macam mana kalau Natasha datang sini balik?Kau cemburu ke kalau Nadim pilih dia?"Safiya cuba melihat riak wajah Aisya.Dia memandang Najwa dan tersenyum tawar.Aisya bagaikan terpaku mendengar soalan Safiya.Cemburukah dia?

Nadim yang sedang bersandar pada keretanya tersenyum melihat Aisya yang baru keluar office.Melihat senyum tawar Aisya Nadim berasa susah hati.Mereka masuk ke dalam kereta."Muka tu kenapa?"Nadim memandu kereta keluar dari perkarangan office Aisya."Kenapa dengan muka i?"Aisya memegang mukanya.Nadim hanya menggeleng."Muka u tu macam beast dah i tengok."Nadim cuba menghiburkan Aisya.Aisya yang geram dengan Nadim terus tersenyum sebagai tanda sakit hati."Ya Allah cantiknya bidadari dekat sebelah i ni."Nadim berkata lagi dan mengenyit mata ke arah Aisya serentak itu mereka berdua ketawa."eh esok pagi i kena fly ke France la..Esok u pergi kerja sendiri tau."Nadim memandang Aisya.Aisya hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience