BAB 4

Mystery Completed 42110

Setelah beberapa minit, Sarah kembali tenang. Dia dibawa masuk ke dalam bilik kaunseling untuk disoal siasat. Aku hanya memerhatikan dia. Memandangkan bilik kaunseling terletak bersebelahan dengan kelas ini, jadi aku dapat melihat dengan jelas bagaimana riak muka Sarah pada waktu ini. Mukanya sangat pucat. Trauma mungkin. Sebaik sahaja Sarah melintas di hadapan kelas ini, matanya terus tertumpu ke arah Afiq. Seperti orang kena rasuk, Sarah terus mencekik Afiq.

Sarah : Kau memang jantan tak guna!! Aku tahu, kau yang bunuh dia kan? Kau sedar tak apa kau buat ni? Kau pembunuh!! Hey jantan!!! kau bunuh dia sebab kau nak teruskan hubungan kau dengan Julia kan??! Kau memang syaitan! Lahanat! Celaka! Polis cepat tangkap dia! Pastikan dia dihukum mandatori! Binatang macam ni dah tak layak hidup. Lebih baik kau pergi mampus! Anjing!

Aku (Iskandar) : Hei Sarah! Bawa bertenang sikit. Jaga imej sekolah. Jaga tingkah laku. Jaga tutur kata. Kau dah malukan nama sekolah.

Aku cuba melepaskan genggaman Sarah pada leher Afiq. Suara Sarah yang kuat dah menarik perhatian semua orang yang berada di situ. Namun, Afiq hanya berdiam diri, tidak memberikan apa-apa respon. Control macho lah katakan. Dia hanya menundukkan kepalanya saje.

Sarah : Heh, peduli apa aku? Zulaikha tu kawan aku. Laki ni dah musnahkan hidup dia. Tak guna aku sabar sekarang ni. Julia perampas!! Kau sanggup bunuh Zulaikha sebab Julia? Kau memang celaka! Zulaikha sayang kau sepenuh hati tp sanggup kau buat macam ni? Kau memang bodoh! Kau dah lupa ke macam mana kau gila-gilakan dia masa mula-mula kau terhegeh-hegeh kat dia? Kau dah lupa ke apa janji kau dekat dia? Kau janji kau akan setia kan? Kau akan jaga dia kan? Tapi amende ni wehh? Setakat mainkan perasaan perempuan, bagus sangat ke kau ni haaa?! Kau memang bodoh! Kalau aku tahu semua ni akan berlaku, aku takkan tolong kau dulu!

Nampaknya, kata-kata Sarah dah menaikkan api kemarahan Afiq. Tak disangka, Afiq terus berdiri dan menampar Sarah. Semua yang berada di situ terus melompong. Terkedu, terdiam, tergamam dengan tindakan Afiq. Mukanya merah menahan kemarahan.

Sarah : Lelaki dayus! Sekarang ni kau nak backup pompuan simpanan kau pulak?! Kau memang jahanam! Asal? Tak mengaku salah kau? Salah ke apa yang aku cakap ni? Tak kan?

Sarah taknak mengalah. Bagi dia, kawan merupakan pelengkap dan penyeri dalam hidup dia. Tapi sekarang ni, 'penyeri' dia telah pergi buat selama-lamanya. Dia ada sorang kawan baik sahaja, iaitu Zulaikha. Dia bukan tidak mempunyai kawan yang lain. Ramai kawan dia. Tapi Zulaikha ni lain sikit sebab Zulaikha seorang yang lemah lembut, penyabar dan sentiasa ada ketika dia dalam kesusahan. Sikap dia berlawanan dengan sikapnya yang kasar.

Afiq : Kau apa tahu? Aku sayang Zulaikha. Takkan aku nak bunuh dia? Pikir guna otak boleh kan? Ada otak, fikir. Ada akal, pakai. Ada mulut, jaga. Nama je budak pandai. Correction, aku dah takde pape dengan Julia!

Insp. Asyraf : Sudahh!!! Ni bukan tempat nak melalak! Kalau nak melalak, sini bukan tempatnya. Kalau nak bergaduh, tolong selesaikan dengan cara yang baik. Siasatan sedang dijalankan. Kamu berdua hanya menganggu tugas kami. Tolong beri kerjasama!

Suara Insp. Asyraf yang lantang dan garau membuatkan mereka semua terdiam dan terkejut. Insp. Asyraf menyuruh aku memanggil budak Julia yang mereka perdebatkan tadi. Sedangkan aku sendiri tak tahu Julia yang mana.

Aku (Iskandar) : Eerrr, Maafkan saya. Saya tak kenal Julia yang mana. hehehehehe

Insp. Asyraf terus menyuruh Afiq memanggil Julia tu sendiri sambil ditemani Cikgu Maria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience