BAB 3

Mystery & Detective Completed 41839

Akhirnya siren polis kedengaran. Polis dan ahli forensik telah tiba. Memandangkan aku yang menjaga kelas ini dari tadi. Maka, polis meminta aku untuk memberi keterangan lanjut kerana aku dikira orang terawal yang menjumpai mangsa selain Sarah.

Aku memberitahu segala maklumat yang aku tahu mengenai Zulaikha termasuk kali terakhir aku menjumpai Zulaikha semalam. Mendengar sahaja nama Afiq, pegawai polis tersebut terus meminta aku membawa Afiq kemari. Aku pun terus mencari Afiq di dalam kelasnya dan membawanya ke lokasi pembunuhan untuk berjumpa dengan Insp bagi membantu siasatan polis.

Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Polis belum mahu melepaskan aku kerana aku dianggap suspek. 'Kenapa la aku juga yang jd mangsa?' Aku mendengus. Keadaan kelas yang bersepah ni membuatkan fikiran aku menjadi kusut. Yang hairannya, terdapat sebuah kerusi sahaja berhampiran dengan mangsa.

Pegawai forensik yang menyiasat kes tersebut sedang melaporkan hasil siasatannya kepada insp. Asyraf. Suaranya agak kuat sekali sehingga dapat didengari semua orang dalam kelas ni termasuklah aku.

"Berdasarkan bedah siasat, punca kematian mangsa adalah kegagalan fungsi jantung. Pisau yang ditikam tepat mengenai jantungnya. Masa kematian adalah kira-kira 4 petang semalam. Badan mangsa tiada kecederaan lain selain tikaman pisau tersebut. Saya syak tiada pergelutan antara Mangsa dan pembunuh. Mungkin dia ditikam tanpa disedari mangsa."

"Tuan! Keputusan daripada makmal menyatakan bahawa hanya cap jari mangsa yang ditemui pada pemegang pisau tersebut. Pada pendapat saya, si pembunuh mungkin menggunakan sarung tangan semasa membunuh si mati. Darah yang terkena pada sehelai kertas mempunyai kepekatan yang rendah. Dan setelah dianalisis, darah mangsa telah bercampur dengan molekul air sebelum ia kering" Sorang lagi pegawai forensik memberitahu Insp tentang keputusan yang baru diperolehinya selepas mendapat panggilan daripada makmal forensik.

Insp : Kalau macam tu, diminta 3 orang untuk menyelongkar kesemua tong sampah dalam sekolah ini untuk mencari bahan bukti. Termasuk tong sampah kantin.

Ketiga-tiga pegawai polis tergopoh-gopoh meninggalkan lokasi pembunuhan.

"Air? Kenapa darah dia bercampur dengan air?" Hairan aku dibuatnya. Dahlah bilik ni panas.

Panas? Eh? Bukan ke semua kelas pasang aircond. Aku memandang aircond. Aircond masih dihidupkan. Tunggu sekejap. Aku cuba mencari remote aircond. Suhu menunjukkan 35°c. Patutlah panas. Tapi kenapa 35°c? Buang tabiat ke budak-budak ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience