BAB 5

Mystery & Detective Completed 41843

Tak lama kemudian, Julia tiba. Air mukanya seperti tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Sarah meluat tengok muka innocent Julia. Nak berlakon konon. Daripada gerak-geri Sarah, nampak sangat dia mahu membelasah budak tu kaw-kaw tapi dihalang oleh cikgu Maria. Julia disoal siasat di bilik kaunseling. Afiq dan Sarah dibawa ke tempat lain. Mungkin tak nak menambah kekacauan macam tadi.

Insp. Asyraf : Awak kenal tak mangsa? *sambil menunjukkan beberapa gambar Zulaikha*

Julia : Ya *sambil menundukkan mukanya.* Rasa bersalah mungkin

Insp. Asyraf : Apa hubungan awak dengan mangsa?

Julia : Dia senior saya. Saya hanya tahu nama, kelas, dan mukanya sahaja. Tak lebih drpd itu. Saya tak pernah bercakap dengan dia. Saya tak tahu apa-apa encik. Lepas ni saya kena pergi mahkamah ke encik? Adakah saya akan dihukum? Tolong la saya encik. Saya tak tahu apa-apa. Maafkan saya encik. *Mukanya takut*

"Kabutnya." Perkataan itu terpancul keluar daripada mulut aku. Eh? Jahatnya mulut aku. Aku terus menutup mulut aku dan memandang kiri kanan. Semuanya melakukan hal masing-masing. Mujur suara aku tak kuat.

Insp. Asyraf : Bawa bertenang cik. Ini soal siasat sahaja tapi awak masih dikira suspek. Saya teruskan. Apa hubungan awak dengan Afiq sehingga Sarah tuduh awak ada kaitan dengan pembunuhan ni?

Julia : Sa... Sarah? Kak Sarah tuduh saya? *mula menangis* Afiq tu bekas teman lelaki saya. Kami baru memutuskan hubungan tu semalam. Saya takde kaitan dalam semua ni. Saya pun tak tahu apa-apa pasal kes ini. Sob.. sob...

Insp. Asyraf : Bawa bertenang ye dik. Kenapa awak putuskan hubungan tu? Adakah mangsa tahu pasal korang berdua?

Julia : Saya tak tahu Kak Zu tahu ke tak. Afiq yang minta putus semalam. *mukanya ditundukkan ke bawah*

Insp. Asyraf : Semalam? Bila? Di mana?

Julia : Ya. Petang semalam di Restoran Risham.

Insp. Asyraf : Boleh saya tahu pada pukul berapa kamu berdua berjumpa? Berapa lama awak berdua 'buat kedai kopi'?

Julia : Kami berjumpa pukul 3 ptg. Saya tak pasti berapa lama kami berjumpa tp yang saya pasti, saya balik rumah pukul 5 ptg.

Insp. Asyraf : Minta maaf kalau saya ingin bertanya, berapa lama hubungan awak berdua?

Julia : Baru 2 bulan, encik.

Insp. Asyraf : Tapi kenapa Afiq putuskan hubungan tu?

Julia : Dia kata dia sayangkan Kak Zu. Dia rasa menyesal sebab sakitkan hati Kak Zu. *Dia mula menekup mukanya dengan tangannya kerana tak tahan menangis*

Aku mencuri dengar perbualan mereka berdua. Sayang konon. Kalau sayang, takkan terlintas si Afiq tu untuk menduakan Zulaikha. Walaupun aku sama gen, sama lelaki, sama kaum dengan Afiq, aku tetap tak berkenan dengan perangai Afiq yang playboy itu dan suka memainkan perasaan orang. Dia patut rasa bersyukur kerana dia dapat membuka hati Zulaikha. Aku sendiri mengakui bahawa sesiapa yang dapat mendambat hati Zulaikha memang orang paling bertuah dalam dunia ini. Dah lah lemah lembut, cantik, pandai, tinggi, dan disayangi semua guru & pelajar. Idaman semua lelaki pulak tu.

Aku terus mengetuk kepala otak aku. Apa benda yang aku fikir ni? Aku cuba kembali kepada perbualan tadi. Waktu perjumpaan mereka adalah lebih kurang sama dengan pembunuhan tu berlaku. Tak mungkin mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience