BAB 1

Mystery & Detective Completed 41841

2014 - Tahun ni dah masuk 5 tahun aku sekolah dekat Joseph Internation School. Dengar je nama JI School, semua dah sedia maklum bahawa sekolah tu sekolah swasta. Dengar saje sekolah swasta, semua akan anggap tu sekolah orang kaya. Itulah mentaliti rakyat Malaysia. Aku disekolahkan di sini kerana sikap ayah aku yang terlalu cerewet dgn pembelajaran anak-anaknya dan sikap ayah aku yg anti kerajaan. Entah kenapa, ayah aku terlalu bencikan kerajaan tapi ayah tak pernah cerita buruk pasal kerajaan depan anak-anaknya.

Aku harap aku dapat tamatkan persekolahan ni secepat yang mungkin. Bagi aku, semua yang bersekolah di sini semuanya gedik, poyo dan 'bajet'. Almaklumlah, sekolah elitlah katakan. Aku dah muak dengan semua perempuan dalam sekolah ni. Tanpa rasa segan silu, mereka pasti akan terjerit-jerit bila nampak mamat hensem sikit. Yang paling memyampah, bila aku buka loker buku, mesti banyak surat cinta a.k.a sampah dalam loker aku. Kalau ikutkan hati, nak je buang semuanya. Tapi aku takdelah sekejam itu setakat ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang, menandakan waktu persekolahan tamat. Tetapi aku terpaksa pulang lambat sikit sebab aku terpaksa makan di kantin. Bukan apa, Ibu dengan ayah sibuk bekerja sehinggakan tiada siapa yang nak masak di rumah. Apabila dah habis makan, aku terus ke loker untuk meletakkan buku-bukuku. Di sekolah ini, buku setiap pelajar boleh ditinggalkan dan disimpan dalam loker. Kami akan membawa pulang kerja sekolah yang cikgu berikan sahaja. Tiba-tiba, aku terdengar suara lelaki dan perempuan bergaduh. Terdetik dalam hati aku ingin tahu siapa yang sedang bergaduh. Selalunya, aku malas nak amik kisah. Aku pun mengintai di sebalik dinding dan curi-curi dengar isi perbualan mereka. 'Eh sejak bila aku buat kerja gila ini?' Rupanya Afiq dan Zulaikha sedang bergaduh. Aku tak dapat dengar dengan jelas isi perbualan mereka. Mungkin cara pengintipan aku ni lopek kot. Zulaikha ternampak aku lalu dia terus berlari meninggalkan Afiq. "Aduhhhh spoil la kau ni. Macam mana boleh kantoi pulak ni. Dah tak dapat dengar kenapa diorang gaduh" Aku memaki hamun diri aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience