BAB 7

Mystery & Detective Completed 41839

Forensik : Tuan, kerusi yang berhampiran dengan mangsa ada kesan tapak kasut. Dan.... ia masih baru.

Insp. Asyraf : Kesan tapak kasut? Saya nak kamu padankan dengan kasut suspek termasuk suspek. Kumpulkan kesemua suspek sekarang!

*5 minit kemudian*

Forensik : Errr tuan. Kesan tapak kasut tu takde yang sama padan dengan kesemua suspek. Tapi..... dia padan dengan kasut mangsa.

Insp. Asyraf : Apa? Cis! Kenapa kita langsung takde bukti si pembunuh? Kalau macam ni la, macam mana nak selesaikan??! Nampaknya, pembunuh ni bukan calang-calang orang! Hishhhhh serabutnyaa !! *sambil menghentak meja di dalam kelas tersebut*

Aku faham bagaimana serabutnya fikiran insp. Aku pun harap kes ni selesai dengan cepat. Kalau aku bukan suspek, aku tak kisah . Ini aku pun jadi mangsa. Tiba-tiba ada cahaya memasuki mata aku menyebabkan mata aku menjadi silau. Cuaca hari ini sangat panas. Aku mencari dari mana datangnya silau cahaya. Puas aku menoleh ke kanan dan kiri, tapi masih tidak menjumpai dari mana datangnya silau cahaya tu. Cahaya itu menyilaukan aku lagi. Aku mendongak.

Alangkah terperanjatnya aku. Syiling kelas terbuka sedikit. Tapi kerja siapa? Syiling tu agak tinggi. Aku tercari-cari dari mana arahnya silauan tadi. Silauan itu dari celahan syiling yang terbuka tu. Aku pun terus menutup langsir sedikit untuk melihat benda apa yang menyilaukan itu. Ada botol. Botol thermos! Peliknya. Kenapa ada botol pada syiling. Seingat aku, masa aku bertugas minggu lepas, syiling kelas ni elok aje. Bingung kepala aku memikirkan hal ni.

Insp : Tak guna! Tak guna!

Insp. Asyraf menghentak-hentak meja guru beberapa kali tanda geram sehinggakan pen yang terletak pada hujung meja itu terjatuh atas lantai. Waktu itu aku terfikir sesuatu. Pen itu terjatuh? Sebelum ni tak pernah pula aku terfikir benda remeh-temeh ni. Macam Sir Isaac Newton pula yang mendapat ilham tentang konsep graviti selepas duduk dibawah pokok epal. Secara tidak langsung, aku dapat membayangkan bagaimana pembunuhan itu berlaku. Bukti dah ada. Aku dah tahu siapa pembunuhnya. Ni bukan pembunuhan biasa. Budak pandai fizik je yang dapat idea ni. Aku tersengih sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience